Jendela yang terkuak
sedikit, dilebarkan bukaannya sebelum membolehkan dirinya menyebarkan
pandangannya ke arah luar rumah. Air mata yang mengalir lesu dihapuskan segera.
Satu persatu peristiwa
yang berlaku di pejabat tadi berputar semula sehingga menekan sebak di dada.
'Kenapa? Kenapa begini
sekali KAU uji aku, Ya ALLAH… kenapa?' persoalan di hati menggamit semula
titisan permata dan pedih di mata kian terasa.
“Afini…”
Terkejut Afini
mendengar panggilan lembut emaknya itu. Segera persoalan di jiwa dimusnahkan
segera.
“Eh, mak. Afini ingat
mak kat rumah Mak Embun.”
“Selalunya lepas asar
baru mak pergi rumah dia. Kenapa Afini balik awal hari ni?” soal Imah yang
berasa pelik kerana Afini pulang lebih awal dari kebiasaan.
“Afini tak sedap
badanlah mak. Tu yang minta balik awal.” Tidak sanggup rasanya untuk Afini
berterus terang hal sebenar. Dia tidak mahu emaknya runsing, apatah lagi
kesihatan emaknya baru beransur pulih.
“Patutlah mak tengok
mata anak kesayangan mak ni merah. Ingatkan menangis… rupanya sakit,” kata Imah
sambil membelai pipi Afini.
Afini menahan sedih di
dalam hati. Dai terasa mahu memeluk emaknya dan menangis semahunya. Namun, dia
harus kuat. Emaknya tidak boleh tahu kesedihan dan masalah yang ditanggungnya.
“Mak… Afini masuk bilik dulu ya. Afini pening kepalalah.”
“Afini tak nak makan
dulu. Mak dah masak.”
“Tak apalah mak.
Nanti-natilah.” Afini sudah mengatur langkah ke arah biliknya.
Di dalam bilik, Afini
menangis semahu-mahunya. Habis lencun bantal yang digunakan untuk menahan sendu
dan esak tangisnya daripada kedengaran. Bermacam masalah menimpa hidupnya
akhir-akhir ini. Bermula dengan kecurangan arwah ayah terhadap emak… Kemunculan
perempuan jahanam yang bernama Jannah!
Ya! Perempuan itulah
punca kenapa dia dan emaknya harus menanggung derita sehingga ke saat ini!
Habis tanah pusaka milik emaknya tergadai. Apa yang paling menyedihkan dia
dipecat.
‘Ya Allah... mengapa begitu berat sekali
dugaan yang Kau kirimkan
kepadaku? Mengapa ya Allah? Bukan
aku tidak redha… tetapi aku sudah tidak mempunyai kudrat untuk menghadapinya.
Aku buntu ya Allah. Berikan aku
petunjuk dan hidayah-MU, ya Allah.
Hanya kepada-MU aku memohon.’ Doa Afini di dalam hati.
Yus masih membuang
pandangannya ke arah kelam malam. Walaupun tiupan angin begitu lembut menyapa
tubuhnya, namun tidak mampu meredakan resah gelisah di hatinya. Otaknya masih
memikirkan sesuatu… sesuatu yang diperkatakan oleh Siti siang tadi.
‘Adakah ini satu
kebetulan?’
Soal hati Yus. Soalan
ini sudah acap kali diputarkan oleh hatinya di saat dia mengetahui perkara sebenar
mengenai diri Afini.
“Ya Allah… adakah ini sahaja jalan yang aku
ada?”
Setelah hampir sejam
berdiri, Yus melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi yang kedudukannya
bertentangan dengan katilnya. Dia mencapai iPhonenya yang diletakkan di atas
meja mini. Jarinya menggigil mendail nombor telefon seseorang yang bakal
mengubah hidupnya selepas ini.
Afini mencapaihandphonenya. Ada sepuluhmiss calldaripada
Siti.
“Mesti Siti risaukan
aku,” kata Afini. Di saat kaki baru sahaja ingin melangkah menuruni katil,handphonenya menjerit lagi. Dia terus menjawab panggilan itu.
Sangkanya Siti yang menelefonnya.
“Siti,sorrylah aku tertidur tadi. Aku ingat nakcall kau balik, tapi kredit aku dah habis. Kau risaukan
aku ya?”
Diam.
“Siti… Kenapa kau diam
aje ni?” soal Afini lagi setelah agak lama sang gerangan di hujung talian tidak
bersuara.
“Siapa ni?!” Afini
meninggikan sedikit suaranya setelah yakin itu bukanlah panggilan daripada
Siti!
“Kalau awak nak
main-main, saya letak telefon ni!” gertak Afini.
“Afini…”
Di saat namanya
dituturkan oleh lelaki yang berada di hujung talian, dada Afini berdebar-debar.
Dia amat kenal suara itu.
“Afini… I… Yus.”
Afini diam. Dia
mengerling sekilas ke arah jam di dinding. Waktu sudah menlewati 11.00 malam.
Kenapa lelaki itu menelefonnya?
“Afini… You dengar
tak?” soal Yus. Terasa getaran dalam soalannya itu.
“I dengar,” balas Afini
setelah agak lama membisu. “Kenapa Encik Yus hubungi I malam-malam ni?” soalnya
lembut. Ikutkan hati, mahu sahaja dia menjerit dan memaki hamun lelaki ini. Tetapi
tetap jua ditahan agar dirinya ‘tampak’ tabah.
“I… I ada sesuatu
perkara yang ingin dibincangkan dengan you. Jadi, boleh tak esok you datang ke
pejabat seawal yang mungkin?”
‘Seawal yang mungkin?
Pelik…’ “Hmm… boleh I tahu tentang apa ya, Encik Yus?”
“Tentang Afini… dan…”
“Dan apa?” soal Afini
benar-benar ingin tahu dan entah mengapa dadanya kian kuat berdebar.
“Tentang saya!”
“Tentang saya?” Belum
sempat Afini bertanyakan apakah maksud sebenarnya, Yus terlebih dahulu
memutuskan talian.
Adakah dia harus
bertemu dengan Yus esok? Tapi untuk apa? Adakah pertemuan esok mampu memberikan
peluang kepadanya untuk mendapatkan kembali kepercayaan lelaki itu supaya
mengambilnya bekerja semula? Andai itulah yang bakal terjadi, dia akan
menghadirkan dirinya untuk bertemu dengan Yus.