Selesa sungguh Afini rasakan di saat dia
merebahkan tubuhnya ke tilam. Seusai solat Subuh, dia terus mengemas rumah dan
memasak.
Deringan telefon
mematikan lamunan Afini. “Siapa pulak yang telefon tengah-tengah hari ni?”
rungut Afini sambil mencapaihandphonenya.
“Helo...”
“Helo, Cik Afini. Saya
Eliz dari D’Astana Living Sdn. Bhd. Saya ingin memaklumkan yang Cik Afini
diminta untuk hadir bekerja pada 7/5. Cik Afini diminta untuk melaporkan
kehadiran kepada Encik Yusuf bin Dato Haji Mohd. Haalim. Untuk pengetahuan Cik
Afini pihak kami juga sudah e-mailkan segala maklumat yang Cik Afini perlukan
ke e-mail Cik Afini.”
Terasa dada Afini
berdegup kencang tatkala mendapat berita gembira itu. “Betul ke apa yang you
cakapkan ni?”
“Ya, Cik Afini. Ada
apa-apa ke yang Cik Afini ingin tanyakan kepada saya?”
“Hmm… rasanya tak ada.
Tak apalah, apa-apa pun I akan periksa
e-mail I dulu. Kalau ada apa-apa yang I tak faham I akan hubungi you.”
“Baiklah. Kalau macam
tu saya nak ucapkan tahniah kepada Cik Afini dan selamat datang ke Syarikat
D’Astana Living Sdn. Bhd.”
“Terima kasih, Cik
Eliz.”
“Sama-sama. Okey,bye.”
“Bye.”
Hari ini Afini
sampai setengah jam awal dari waktu yang sepatutnya. Sesampainya di lobi, dia
melihat seorang gadis Melayu sedang rancak berbual di telefon. Gadis itu
tersenyum kepada Afini.
“Morning, Cik Afini,” sapareceptionist
itu setelah meletakkan gagang.
“Morning,” balas Afini sebelum menghulurkan tangan tanda
perkenalan.
“Saya Eliz,receptionist di sini.”
“Jadi youlah Eliz.
Orang yang menghubungi I tempoh hari?”
“Ha’ah... Cik Afini nak
jumpa dengan Encik Yusuf ke?”
“Encik Yusuf dah sampai
ke?” soal Afini tanpa menjawab persoalan yang diajukan oleh Eliz kepadanya
sebelum itu.
“Awal-awal lagi Encik
Yusuf dah sampai. Selalunya kalau Encik Yusuf tak adaappointment dengan sesiapa, sebelum pukul 8.00 lagi
dia dah bertapa dalam bilik dia. Biar saya bawa Cik Afini ke bilik Encik
Yusuf.” Eliz lantas mengatur langkah mendahului Afini.
Setelah
dipersilakan duduk. Afini mengambil tempat di hadapan lelaki yang sebelum ini
menemuduganya.
“Macam mana hari ni?
Dah tak sesat?”
Afini agak terkejut
mendengar kata-kata lelaki yang sedang memandangnya kini. Dahlah salam tidak
dihulurkan perlian pula dilontarkan kepadanya. ‘Hisy! Mamat ni nak perli aku ke
apa? Nasib baiklah kau tu bos aku! Kalau tak… siaplah kau!’ gerutu hati Afini.
“Tak… hari ni I dah tak
salah jalan dah,” balas Afini.
“Dahbreakfast?”
“Dah,” tipu Afini.
“Okey, I ingat baru nak
ajak youbreakfast dengan I. Tapi tak apa,next timelah.”
Afini tidak membalas
apa pun terhadap kata-kata lelaki di hadapannya itu. Hanya senyuman sahaja
dilemparkan.
“I nak ucapkan selamat
datang ke syarikat ini. I harap you akan bertahan lama di sini dan yang penting
sekali I nak you berikan kualiti kerja yang terbaik. Lagi satu, kami di sini
bekerja seperti famili. Jadi I harap you dapat jalinkan hubungan yang baik
dengan semua staf. Apatah lagi you menyandang jawatan HR Manager. Faham!”
“Faham, Encik Yusuf.
Saya berjanji akan melakukan tugasan dengan sebaik mungkin.”
“Bagus, I yakin you
boleh! Tapi… Tak perlulah you nak panggil I Encik Yusuf. Semua orang di sini
panggil I Encik Yus. I lebih selesa
orang panggil I dengan nama tu,” kata Yus.
Afini hanya mengangguk.
Afini dan Siti
menikmati makan tengah hari di sebuah restoran berdekatan dengan pejabat
mereka.
“Macam manafisrt day?”
“Okey,” balas Afini
sepatah sambil terus menyuap nasi berlaukkan sambal sotong ke mulutnya.
“Bagus. Pembantu kau
okey?”
“May? Setakat ni aku
nampak dia okey, rajin, suka membantu dan yang aku suka sangat dekat dia tu
sebab fasih betul dia bercakap bahasa Melayu. Tak pelat langsung.”
“Dah tentu pakwe dia tu
orang Melayu. Mestilah kena pandai cakap bahasa Melayu. Kalau tak nanti kenareject dengan mak mentua. Kan susah?” kata Siti.
“Orang Melayu? Siapa?
Budak ofis kita jugak ke?” soal Afini ingin tahu.
“Ha’ah… Alah budak satu
department dengan aku. Omar namanya.”
“Ya ke.”
“Alah, apa nak hairan.
Zaman sekarang ni dah biasalah orang kahwin campur,” kata Siti.
Afini mengangguk tanda
setuju.
“Encik Yus?”
“Yalah, Yus... Siapa
lagi? Setahu aku cuma dia aje gay dekat syarikat kita tu. Tak tahulah aku kalau
ada orang lain yang dah ikut jejak langkah dia tu.”
“Amboi-amboi. Ni nak
mengumpat ke apa ni? Siap hilang dah panggilan encik dekat depan nama bos kita
tu.”
“Alah… sekarang nikan
luar waktu ofis.So, suka hati akulah nak panggil dia Yus ke?
Yusuf ke? Atau pun… mamat gay!” Ada nada kemarahan dalam bicara Siti kali ini.
“Kau ni, tak baik tau.
Diakan bos kita.” Afini cuba mengingatkan sahabatnya itu.
“Eh, Afini! Kau belum
kenal tau perangai dia. Dahlah panas baran, kurang ajar pulak tu! Geram betul
aku! Ada ke patut pagi tadi dia salahkan aku pasal aku tak boleh nak gantikan
dia jumpa seorang klien ni! Aku beritahu dia baik-baik yang aku tak boleh
gantikan dia, sebab jadual akufull
hari ni! Banyak kerjapending yang aku nak kenasettlekan. Tapi dia tak faham. Apa yang dia faham aku ni
kuli batak dia! Suka-suka hati dia aje nak suruh aku buat apa!” marah Siti.
“Alah biasalah… diakan
bos. Dah tanggungjawab dia arahkan kita buat kerja dan tanggungjawab kita pulak
buat apa yang dia suruh. Barulah professional namanya.” Afini cuba meredakan
api kemarahan Siti yang kian membara di saat ini.
“Afini, kalau kau rasa
aku ni tak professional, dia tu lagilah tak professional! Kalau dia dia tu
professional sangat, dia takkan mengelak daripada berjumpa dengan klien tu
hanya kerana klien tu mama dia!”
Afini terpempan tatkala
mendengar kata-kata akhir yang keluar dari mulut Siti.
“Aku tak faham… maksud
kau yang klien tu mama dia? Jadi kalau betul yang klien tu mama dia, kenapa nak
kena jumpa dekat luar? Dekat rumahkan dia bolehsettle.”
Keluhan berat terpacul
dari bibir Siti.
“Kenapa ni Siti? Kenapa
kau mengeluh sampai macam tu sekali? Ada sesuatu ke yang aku tak tahu?”
Lama juga Siti terdiam
sebelum menjawab persoalan Afini.
“Sebenarnya Afini…
daripada apa yang aku tahu, Yus tu benci sangat dekat mama dia. Sebab… mama dia
sanggup minta cerai dengan papa dia sewaktu dia masih kecil semata-mata hendak
berkahwin dengan suami dia sekarang.”
Afini bagaikan tidak
percaya dengan apa yang didengarinya. “Tapi kenapa?”
“Sebab… dulu Dato Haji
Mohd. Haalim tak sekaya sekarang. Dulu kehidupan Dato lebih kurang sama macam
kita jugak. Hidup sederhana… Sedangkan Datin Nur Kamiilah mempunyai impian besar
dan Dato tak mampu nak tunaikan waktu tu. Akhirnya setelah bertemu dengan suami
dia sekarang yang pada waktu itu sudahpun begelar jutawan, Datin ambil
keputusan untuk berpisah dengan Dato,” cerita Siti.
“Kau tahu tak Afini
kenapa Yus tu jadi abnormal? Maksud aku kenapa dia suka kaum sejenis?”
“Sebab… mama dia?” teka
Afini.
“Betul tu. Daripada apa
yang aku dengar, salah satu sebab kenapa Yus benci sangat dengan kaum Hawa ni
sebab mama dialah!. Dia anggap semua perempuan jahat macam mama dia! Tapi, aku rasa
itu cuma pencetusnya sahaja. Pembangkit utama kenapa dia jadi macam tu, aku
yakin sebab dia belajar dekat UK. Maksud aku, kau tahukan… Orang barat memang
dah tak kisah pasal gay dan lesbian ni. Malahan ada sesetengah negara di barat
mengizinkan perkahwinan sesama jantina.”
Afini setuju dengan apa
yang diperkatakan oleh Siti. Semuanya benar berlaka. Tetapi dirinya tidak kisah
dengan semua itu kerana di saat ini mindanya sedang memikirkan satu persoalan…
Adakah rasa benci Yus
sama seperti rasa benci yang sedang bersarang di hatinya ini akibat kecurangan
arwah ayah terhadap emak tersayang?