22
Ketukan di muka
pintu sekali lagi mengganggu Afini. Cepat sahaja May bangkit untuk membuka
pintu.
“Afini…”
Afini kenal suara itu.
Lantas pandangannya diarahkan kepada lelaki yang sudah pun berdiri di
hadapannya.
“Busy?”
Afini mengangguk.
“May, you boleh ambil
alih kerja Puan Afini?” tanya Yus sambil memandang wajah May.
Afini pelik mengapa
pembantunya pula yang diarahkan untuk menyiapkan kerjanya. “Tak apa, I boleh
uruskan sendiri!”
“May, I nak you ambil
alih kerja Puan Afini. Sekarang!” arah Yus tanpa memperdulikan kata-kata Afini.
Mendengarkan kata-kata
itu, May segera menghampiri Afini. Setelah Afini menerangkan secara terperinci
apa yang perlu dilakukan, May kembali semula ke tempatnya.
“Cepat ambilhandbag you!” arah Yus lagi sambil tangannya sudah memaut
lengan Afini.
“Kita nak pergi mana?!”
soal Afini geram.
Yus hanya diam.
Hampir 15 minit
memandu Yus membelokkan keretanya ke kiri dan berhenti betul-betul di hadapan
sebuah kedai yang menjual bahan-bahan untuk membuat kek.
“You tunggu dalam
kereta. Tak payah turun.” Akhirnya Yus bersuara.
‘Apa mamat ni nak buat
dekat sini?’ soal hati Afini berserta rasa pelik yang menghuni di segenap ruang
jiwanya.
Selepas 20 minit, Afini
melihat Yus bergegas keluar dari kedai di hadapannya itu.
Yus pantas meletakkan
barang-barang yang dibelinya di tempat duduk belakang.
“Beli apa?” Afini tidak
dapat menahan perasaan ingin tahu, lantas persoalan itu diungkapkan. Masih
tiada jawapan diberikan oleh lelaki yang memandang tepat ke arah jalan. Yus
memandu pada kelajuan yang agak membimbangkan Afini.
‘Dia ni nak ke mana?
Bawak kereta macam hantu aje!’ gerutu
hati Afini.
“Turun.” Sekali lagi
arahan diberikan kepada Afini sebaik sahaja mereka sampai di Pasar Raya Tesco.
Afini hanya menuruti
langkah Yus. Tapi saat ini hatinya sudah tidak mampu menahan bebanan persoalan
yang kian bertambah akibat sikap pelik Yus. “You nak buat apa sebenarnya dekat
sini?! I tanya you baik-baik. Kenapa you tak nak jawab?”
Yus mengeluh.
“Kenapalah you ni banyak sangat tanya? Boleh tak untuk sekali ni aje, you diam.
Jangan banyak soal.” Dia menarik jari jemari Afini dan digenggamnya erat.
Yus sering berkelakuan
seperti ini. Kadangkala naluri wanita Afini turut bergetar akibat tingkah
lelaki itu. Adakah Yus sedar getaran di hatinya? Tidakkah Yus juga sepertinya?
Yus pantas sahaja
mengambil troli dan menolaknya. Aturan langkahnya tetap sahaja laju.
Afini yang membuntuti lelaki yang berkaki panjang
itu sudah tidak mahu mengikut rentaknya. Lantaklah kalau Yus masih mahu
bergerak cepat, biarkan sahaja. Tenaganya tidak sebanyak lelaki itu sementelah
dia belum mengambil apa-apa makanan untuk menjadi santapan perutnya walaupun
waktu makan tengah hari sudah lama berlalu.
Yus yang menyedari
Afini di sisinya, cepat sahaja menoleh kebelakang. “Cepatlah sikit! Dah lambat
ni!” marah Yus.
“Lambat nak pergi
mana?” soal Afini bersama langkah yang masih lambat.
Melihat akan kedegilan
Afini yang tidak mahu menurut kehendaknya, Yus meninggalkan troli di tempat dia
berdiri. Kakinya diatur untuk mendapatkan Afini. Lengan isterinya itu ditarik
sedikit kasar.
“You ni degilkan! I
suruh you cepat… cepatlah! Jangan banyak soal!”
Terasa sakit lengan
Afini ditarik begitu. Untuk tidak menjadikan keadaan kian teruk, Afini menuruti
sahaja langkah lelaki yang ligat memasukkan beberapa barang basah ke dalam
troli yang disorongnya. Hampir sejam juga mereka berada di dalam Tesco.
Setelah membuat
pembayaran, troli disorong ke arah kereta Porsche 911 Carrera milik Yus dan
segala isi perut troli itu dipindahkan ke dalam bonet kereta.
Sesampainya di
kondominium, Yus mengarahkan Afini mengangkat dua bungkusan plastik yang dibeli
di kedai kek manakala dia membawa barang-barang yang dibelinya dari Tesco.
Yus masuk ke biliknya
dan Afini diarahkan untuk memunggah semua barang yang telah dibelinya. Hampir
sepuluh minit, Yus kembali semula ke dapur. Namun pakaiannya sudah bertukar.
Dia hanya mengenakan seluar panjang berwarna biru gelap dan dipadankan dengan
sehelai t-shirt berwarna hitam. Itulah pakaian yang sering disarungnya sewaktu
berada di rumah.
“Tak nak tukar baju?”
Yus menanyakan soalan yang kedengaran pelik di telinga.
“Nak suruh I tukar
baju? Nak buat apa?”
“Nak buat apa? Sayang,
sekarang ni kita dekat dapur. You nampak apa yang ada depan mata you ni? Nampak
tak?” tanya Yus sinis.
Afini terkaku seketika.
Bukan kerana persoalan yang diutarakan kepadanya yang menyebabkan dia kaku,
tetapi kerana perkataan ‘sayang’ yang diungkapkan itulah yang menjadi puncanya.
Inilah pertama kali Yus memanggilnya sebegitu. Adakah Yus sedar di saat
mulutnya menuturkan kata ‘sayang’ itu?
“Afini… I tanya you,
you nampak tak apa yang ada depan mata you sekarang ni?”
Afini hanya mengangguk,
sedangkan mulutnya masih tidak mampu untuk menuturkan kata-kata.
“Hari ni hari jadi mak
you, kan? Jadi I ingat nak buat kek untuk mak you dan dah tentulah chef yang
pakar macam I ni perlukan orang suruhan. Jadi youlah yang kena jadi hamba abdi
I hari ni.”
‘Buat kek? Pandai ke
mamat poyo ni buat kek? Aku pulak nak jadi hamba abdi dia! Kurang ajar!’ Namun,
semua kata-kata itu hanya berani Afini hadirkan melalui kata hatinya sahaja.
“Dah, tunggu apa lagi?
Cepatlah tukar baju. Lembaplah you ni,” selamba sahaja Yus menuturkan kata-kata
itu. Tak ada perasaan langsung.
Afini bergegas ke
bilik. Dia segera menyarung sehelai t-shirt dan seluar trek Adidas. Selepas
itu, dia bergegas ke dapur. Dia memerhatikan Yus melakukan kerjanya. Perutnya
mula berkeroncong. Dia mengerutkan mukanya kerana menahan rasa lapar.
“Kenapa muka macam tu?”
tegur Yus apabila melihat Afini asyik mengerutkan mukanya.
“Macam mana?” balas
Afini malas.
Yus masih memandang
Afini. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Afini.
“I lapar,” jawab Afini,
jujur.
“You belum makan lagi?
Kenapa tak makan? You nikan, memang macam ni! Kalau you sakit…” Bebelan Yus
tergantung di situ dan tangannya pantas mengambil sebuku roti dan sebotol jem
lalu diletakkan di hadapan Afini.
“Makan!” marahnya
persis seorang ayah memarahi anak kecil. Kemudiannya dia membancuhkan secawan
Milo panas dan mengambil tempat di hadapan Afini.
Terasa kekok Afini saat
dirinya diperhatikan.
“Kenapa tak makan
tadi?” tanya Yus lembut.
“Tak sempat. Banyak
kerja.”
“I bagi you kerja
banyak sangat ke?”
Tak pernah lelaki ini
begitu prihatin seperti sekarang. Kenapa Yus begitu mengambil berat tentang
diri Afini?
“Kalau you rasa tak
dapat nak uruskan semua kerja yang I berikan pada you, nanti I carikan seorang
lagi pembantu.”
Tersenyum Afini mendengar
kata-kata Yus.
“Kenapa senyum?” tanya
Yus pelik.
“Tak… cuma kelakar.
Yalah, you yang sepatutnya perlukan pembantu. Bukan I. I dah ada May. Cukup
untuk membantu I. Lagipun May tu rajin. Kenapa you tak nak cari penggantisecretary you tu?” Sudah lama sebenarnya Afini ingin menanyakan
soalan itu.
“Untuk apa? I boleh
uruskan semuanya sendiri.”
“Kalau you boleh
uruskan semua, kenapa setiap hari you balik lambat?” soal Afini sekadar ingin
menguji kejujuran kenyataan yang akan keluar dari mulut Yus nanti. Tetapi yang
peliknya cepat sahaja lelaki di hadapannya itu mengukirkan senyuman.
“Kenapa? You tak suka I
balik lambat?”
Kian nakal senyuman
yang dilemparkan kepada Afini. Ah! Kenapa harus Yus menggoda Afini dengan
senyumannya itu? “Taklah!” bohong Afini.
Sedangkan setiap malam
Afini mengharapkan Yus pulang seawal mungkin. Walaupun dia sedar ke mana
menghilangnya lelaki itu, tetapi entah mengapa hatinya bagaikan tidak boleh
menerima yang Yus sedang bermadu asmara dengan ‘madunya’ itu.
“Kata nak buat kek?”
Sengaja Afini menuturkan soalan itu tatkala merasakan dirinya tidak betah
diperhatikan lagi.
Bagaikan baru tersedar, cepat sahaja Yus
mendapatkan beberapa barang yang akan digunakan untuk membuat kek.
Setelah menyudahkan
makan, Afini menghampiri Yus dengan niat ingin membantu apa yang patut.
Yus memasukkan beberapa
bahan ke dalam pemutar telur. Antara bahan yang dimasukkan ke dalamnya adalah
tepung, sembilan biji telur ayam, air danovalette.
Setelah semua adunan itu dimasukkan, Yus segera menekan suis bagi membolehkan
alat itu menjalankan tugasnya. Setelah kembang kesemua bahan yang disatukan,
barulah dia memasukkan minyak jagung.
“Dah dapat tangkap?”
“Tangkap?” tanya Afini.
Dia tidak memahami apa yang Yus maksudkan.
“Maksud I, you dah tahu
dah cara-cara nak buat kek?”
“Siapa kata I tak
pandai?” Afini cuba meninggikan dirinya, tidak mahu dipandang rendah walaupun
hakikatnya memang dia tidak tahu langsung bagaimana cara membuat kek hari jadi.
Bukan setakat kek hari jadi, kek biasa pun dia tidak tahu macam mana hendak
menyediakannya.
Yus hanya tersenyum
melihat telatah isterinya itu. Dia kemudiannya memasukkan adunan tadi ke dalam
loyang yang telah dialaskan dengan kertas minyak.
“Nah, pergi masukkan
dalam oven.” Yus menghulurkan loyang kepada Afini
Afini menyambut huluran
itu. Sesampainya di hadapan oven, dia menggarukan kepala yang tidak terasa
gatal. Dia memandang ke arah lelaki yang sudah tersenyum penuh makna kepadanya.
Lantas Yus menghampiri
Afini. “Kenapa? Tak tahu nakset
suhu?”
Afini bagaikan terpukul
dengan kata-kata itu.
“Kata pandai buat kek,
takkan nakset suhu pun tak tahu?” perli Yus sambil
tersenyum.
‘Tak apa… tak apa. Kali
ni kau perli aku! Tunggulah giliran kau nanti!’ geram benar hati Afini melihat
Yus tertawa mengenakan dirinya.
“Lain kali kalau tak
tahu tu, jangan nak tunjuk pandai. Kalau nak buat kek kenasetkan masa selama 45 minit dan suhu letakkan pada 150
darjah celsius.”
Tangan Yus sudah pun
memutarkan knob yang ada pada oven untuk menetapkan tempoh masa dan suhu.
Terasa panas wajah
Afini akibat rasa malu yang kian hadir.
“Mak you suka makan
kari ayamkan?” tanya Yus.
“Macam mana you tahu?”
“Dulukan you pernah
beritahu I,” mendatar nada Yus.
Yus masih mengingati
apa yang Afini katakan padanya? Adakah Yus juga masih mengingati akan hidangan
kesukaannya?
“Eh… You nak buat apa
ni?” Di saat Afini ingin membantu Yus menyediakan bahan-bahan masakan, Yus
bertanyakan soalan itu.
“Nak tolong youlah.”
“Tak payah. Lebih baik
you duduk aje. I bukan apa, tak suka orang lembap macam you ni tolong I. Nanti
bertambah lambat,” perli Yus. Walaupun perlian yang dilontarkan, namun senyuman
segera terukir saat terlihat wajah Afini yang terus mencuka. Senang hatinya
dapat menyakat isterinya itu.
‘Amboi... sesedap mulut
dia aje kata aku lembap! Kurang ajar! Aku tampar sekali muka tu, baru tahu!’
marah benar hati Afini. Kadangkala dia bingung dengan sikap Yus. Sebentar tadi
Yus boleh menjadi lelaki yang berbudi bahasa tatkala berbicara dengannya, namun
sesaat kemudian ‘mulut longkang’ milik Yus lancar sahaja menuturkan kata-kata
yang amat menyakitkan telinga Afini.
Dari meja makan, Afini
memerhatikan Yus membuat kerja. Ternyata lelaki itu seorang yang kemas dan
begitu mementingkan aspek kebersihan sewaktu melakukan tugasan di dapur.
Pembersih! Ya, itulah salah satu daya tarikan Yus selain wajahnya yang kacak
dan penampilannya yang menarik. Tapi sayang… kekacakan dan daya tarikan Yus itu
bukanlah untuk kaum Hawa. “Yus…”
Cepat sahaja Yus
memalingkan wajahnya.
“Hmm… I nak tanya sikit
boleh?” tanya Afini teragak-agak.
“Tanyalah...”
“Hmm… semenjak bila…
you sedar yang you ni ‘lain’ daripada yang lain?” perlahan Afini menuturkan
persoalan.
Yus menghentikan
gerakan tangannya. Namun, sesaat kemudian dia menggerakkan semula tanggannya
itu untuk menyebatikan rasa kari ayam. Dia mengambil sudu dan mencedok sedikit
kuah kari lalu diletakkan di telapak tangannya sebelum lidahnya menjadi juri
rasa. Setelah mendapatkan rasa yang diingini, dia pantas mematikan gas.
Yus bergerak pula ke
arah oven untuk mengambil kek yang sudah siap dibakar. Diletakkan kek itu di
hadapan Afini. Matanya beralih pula ke arah bahan-bahan untuk menghias kek.
Wajah Yus kelihatan keruh.
Afini yakin Yus tidak
menyenangi persoalan yang diutarakan kepada lelaki itu sebentar tadi. “Kalau
you tak nak jawab, tak apa.”
Yus merenung Afini.
Riak wajahnya tidak kelihatan marah. Dia mengeluh berat. “Betul you nak tahu?”
Afini mengangguk.
Yus mengambil masa yang
agak lama sebelum menyambung bicara. “Semenjak… perempuan tak guna tu curang
dengan papa I! Semenjak dia kecewakan papa I yang waktu tu benar-benar perlukan
kehadiran seorang isteri! Waktu tu I baru berusia tujuh tahun. You bayangkan
dalam usia sementah itu, I ditinggalkan oleh perempuan yang sepatutnya
menyayangi dan mengasihi I. Tapi tak… dia sanggup biarkan anak dia ni...” Yus
tidak dapat menghabiskan bicaranya. Terlihat genangan air mata.
‘Ya Allah... dia menangis?’ Afini berasa
kesal kerana bertanyakan soalan itu.
Afini tidak tahu untuk
berbuat apa. Sedangkan lelaki di hadapannya ini masih terlihat sedaya upaya
mengumpul kekuatan untuk meluahkan derita di hati.
“Waktu tu… I selalu
cemburu bila tengok rakan-rakan sebaya I dicium dan dipeluk oleh mama mereka.
Tapi I tak rasa semua tu. Dunia I cuma ada papa. Sebab tu I dah nekad untuk tak
percayakan mana-mana perempuan! Semua perempuan sama! Jahanam!”
Terlihat kemarakan api
di mata Yus saat dia mengakhiri kata-katanya. Afini?
Afini berasa simpati
dengan Yus. Dia yakin, mama Yuslah punca mengapa lelaki itu terjebak dengan
dunia gay.