19
Afini melangkah ke arah jendela yang sudah
terbuka dan sedia menanti kehadiran sesiapa sahaja di sisinya. Pemandangan yang
ditatapi kini jauh berbeza dengan apa yang selalu dijamahi oleh matanya sebelum
ini.
Andai kebiasaannya mata
Afini akan terpukau tatkala memandang keindahan alam dan kesayuan malam yang
hanya diterangi cahaya rembulan, itu semua tiada lagi. Apa yang terbentang di
hadapannya tika ini adalah deretan 15 buah khemah yang dipacak untuk menampung
kehadiran para tetamu yang hadir untuk meraikan dirinya dan Yus dalam majlis
resepsi yang baru berakhir sebentar tadi.
Sedari pukul 11.00 pagi
sehinggalah ke malam, ada sahaja sahabat handai dan saudara mara mengunjungi
banglo dua tingkat milik bapa mentuanya ini. Majlis kali ini jauh lebih meriah
andai dibandingkan dengan majlis yang berlangsung di rumah emaknya. Bukan ahli
korporat sahaja yang menghadirkan diri, malahan golongan menteri dan artis
turut serta meraikan Afini dan Yus. Terasa kerdil dirinya jika dibandingkan dengan
mereka yang lebih tinggi status sosialnya.
Afini terus membuang
pandangan sementara mindanya berputar mengingati setiap detik yang dilaluinya
siang tadi. Ternyata sandiwara kali ini lebih berjaya dilakonkan berbanding
sebelumnya. Senyuman dan tawa ria sentiasa hadir di bibirnya. Yus pula masih
seperti selalu, melakonkan watak sebagai lelaki sejati dan romantis.
Pelukan, ciuman dan
genggaman erat di jari jemari Afini sering menjadi kunci untuk lelaki itu
berjaya dalam setiap lakonannya. Terhela jua keluhan dari bibir Afini tatkala
dia merasakan dirinya begitu penat dengan semua penipuan dan pembohongan ini!
Ya! Dirinya penat dengan semua ini!
Di saat tubuh Afini
berasa dingin akibat disapa bayu malam, dia lantas memusingkan tubuhnya untuk
berlalu. Tanpa diduga, Yus berdiri betul-betul di belakangnya sehingga
menyebabkan tubuh mereka bertemu.
Serta merta pandangan
mata mereka bertaut.
‘Sejak bila Yus berada
di belakangnya? Adakah Yus memerhatikan setiap tingkahnya? Kenapa Yus berdiri
begitu hampir dengannya? Apa mahunya?’
“Hmm… I … nak ti…
tidur,” kata Afini, gagap.
Yus diam. Hanya
pandangan matanya sahaja yang berbicara. Lembut pandangan matanya menyapa mata
Afini.
“You… tak penat ke? I
dah letihlah. Nak tidur.”
Yus langsung tidak
mengendahkan kata-kata Afini. Malahan kini, dia kian berani merangkul erat
pinggang isterinya itu dan menyentuh lembut rambut yang dibiarkan lepas.
“Cantik rambut you,”
kata Yus dengan suara romantik.
Serta merta jantung
Afini kian kuat berdegup. Adakah Yus ingin melakukan sesuatu terhadapnya?
Tidak! Tak mungkin! Tak mungkin Yus boleh melakukan apa-apa sedangkan nafsunya
hanya untuk kaum Adam sahaja.
“Yus… I nak berehat.”
seraya menuturkan kata-kata itu, Afini mengalihkan kasar tangan suaminya itu.
Tujuannya untuk menyedarkan apa yang dilakukan oleh lelaki itu adalah salah.
“Kenapa? You tak suka?”
Soalan jenis apa pula
yang diutarakan oleh Yus? Tidakkah dia tahu akan status dirinya?
“You tak suka kalau I
manjakan you macam ni?” Yus kian berani merapatkan bibirnya ke bibir isterinya
itu. Namun sebelum apa-apa berlaku…
“Yus!Stop! You tak boleh buat macam ni!”
Serta merta Yus
menghentikan tingkahnya. Terlihat riak terkejut di wajahnya.
“Yus… you tak boleh
buat macam ni.” Afini mula melembutkan suaranya.
“Kenapa tak boleh?! You
isteri I!” bantah Yus dengan suara sedikit tinggi. Nada romantik sudah hilang.
“Sebab… sebab…”
“Sebab apa?” soal Yus
dan tangannya kembali merangkul pinggang Afini.
“Sebab you gay!”
Yus bagai terpana
mendengar kata-kata itu. Pelukannya dileraikan.
Afini pantas mengatur
langkah laju menjauhi suaminya itu. Malam ini merupakan malam pertama dia
berdua-duaan dengan Yus di dalam bilik yang dihiasi indah untuk menjadi tempat
beradu raja sehari yang baru pertama kali ingin melayari bahtera asmara. Namun,
itu semua mustahil berlaku kepadanya dan Yus.
Afini melangkah ke arah
katil dan menyelubungi keseluruhan tubuhnya agar Yus tidak berpeluang untuk
melakukan perkara yang sama.
Yus pula masih tercegat
di tempatnya dan matanya kini tidak lagi terarah kepada isterinya itu. Dia
membuang pandangan ke luar jendela sama seperti keadaan Afini sebelumnya.
‘Malam pertama, tiada
apa yang indahnya. Yang ada hanyalah sengsara,’
sayu hati Yus merintih pada kesunyian.
Seawal 7 pagi, Jeff
menerima mesej daripada Yus yang menyatakan gesaan untuk bertemu dengannya di
restoran yang biasa dikunjungi mereka. Jeff yang sememangnya mahu mengetahui
tentang perkembangan penganti baru itu cepat sahaja menyatakan persetujuannya.
“So, macam mana ‘malam pertama’?” tanya Jeef dengan wajah
nakal. Dia tersenyum.
Yus hanya diam.
“Woi! Apa hal kau
senyap aje ni? Muka pun macam tikus mondok. Orang kalau lepas malam pertama,
bukan main senyum lagi. Ini tak.”
Yus diam lagi.
Jeff mulai tidak senang
melihat riak sahabatnya itu. “Yus, kau ni kenapa? Aku tanya, kau tak jawab. Kau
ada masalah dengan Afini lagi?”
Yus mengeluh.
Jeff yakin Yus ada
masalah. “Masalah apa pula kali ni?”
“Afini… dia… dia…”
“Dia apa?” soal Jeff
mulai tidak sabar.
“Dia ingat aku ni…
aku…”
“Aku apa? Kau ni
janganlah nak buat aku gelabah. Cakap ajelah. Dia ingat kau apa?” potong Jeff.
Dia sudah tidak tahan melihat sikap sahabatnya yang tiba-tiba tidak dapat
bertutur dengan lancar.
“Dia ingat aku macam
kau!”
“What? Oh, my
God!” terkejut Jeff.
“Sejak bila dia ingat kau ni gay?” tanyanya.
“Semalam,” jawab Yus
sepatah.
“Semalam? Sebelum ni
kau tak tahu yang dia ingat kau ni gay?”
“Tak. Maksud aku,
memang aku yang beritahu dia yang aku minta dia mengahwini aku sebab papa aku
tahu yang kononnya aku ni gay. Tapi aku tak sangka pulak yang dia boleh percaya
bulat-bulat apa yang aku cakap. Bendul betullah perempuan tu. Takkanlah dia tak
boleh nampak yang aku ni lelaki sejati.” Sekali lagi Yus mengeluh.
“Kau tak terangkan pada
dia?”
“Nak terangkan apa? Nak
terangkan yang aku ni bukan gay? Nak terangkan yang selama ni aku tipu dia!”
“Kau tak tipu dia. Dia
yang salah faham.” Jeff cuba menenangkan sahabatnya yang nampak benar
berserabut saat ini.
“Apa aku nak buat?”
tanya Yus sambil memandang ke arah Jeff.
“Kau sayangkan Afini?”
“Aku tanya kau apa aku
nak buat? Tapi kau boleh tanya pulak aku sayang ke tak dengan Afini?” Geram Yus
dengan sikap Jeff.
“Yalah... bila kau
berterus terang dengan aku tentang perasaan kau pada isteri kau tu, barulah aku
boleh bagi idea naksettlekan masalah kau ni.”
Yus menarik nafas
dalam-dalam. Kemudian dia merenung Jeff. “Kau rasa?”
“Aku tak boleh nak
rasa. Sebab, kadang-kadang aku tengok kau layan Afini tu baik sangat.
Kadang-kadang kau layan dia tak ubah macam musuh kau. Baru lima hari kau
menikahi dia, kau dah ugut dia. Kau lupa?”
Kali ini Yus sudah
memicit perlahan tengkuknya.
“Kalau aku tak cintakan
dia, aku takkan beria-ia nak perangkap dia supaya kahwin dengan aku. Lebih baik
aku bayar aje model-model yang tergila-gilakan aku tu untuk jadi isteri aku.
Sebab aku sayangkan dia jugalah aku ugut dia supaya dia tak mencurangi aku
macam mana perempuan jahanam tu buat dekat papa aku!”
Jeff tersenyum
mendengar jawapan Yus. “Jadi kesimpulannya memang dari awal lagilah yang kau
dak syok dekat isteri kau tu?”
Yus mengangguk.
Jeff tersenyum lagi.
Mindanya kian rancak mengatur rancangan untuk sahabatnya itu.