Home Novel Cinta Anehnya Cinta
BAB 3

3

Afini berlari dengan laju menghampiri bangunan dua tingkat yang berada di hadapannya ini. Kakinya yang pendek akibat ketinggiannya yang tidak mencukupi memenatkan dirinya. Namun, selaju manapun dia berlari, hakikatnya dia sudah terlewat sepuluh minit untuk menghadiri temu duga yang sepatutnya bermula jam 11.00 pagi. Rasa takut dan cemas bergaul rasa.

Setibanya Afini di hadapan Syarikat D’Astana Living Sdn. Bhd, dia membetulkan rambut lurusnya yang dibiarkan lepas melebihi paras bahu.

“Selamat pagi. Saya Afini… hari ni saya ada temu duga dengan Encik Yusuf Dato Haji Mohd. Haalim.”

“Sepatutnya temu duga cik pukul 11.00 pagi tadi. Tapi sekarang dah terlewat,” tutur gadis Melayu di hadapan Afini sambil memaniskan wajahnya. “Hmm… nanti saya cuba hubungi Encik Yusuf dulu.”

Pantas sahaja receptionist itu menekan butang yang ada pada PABX System.

Setelah beberapa minit, gadis itu meletakkan semula gagang di tempatnya lantas bangun dan menghampiri Afini. “Silakan, Cik Afini.”

Afini mengatur langkah membuntuti gadis yang berada di hadapannya. Mereka berhenti di hadapan sebuah bilik yang tertutup rapat pintunya. Ketukan diberikan dan terdengar arahan menyuruh mereka masuk.

Hati Afini rasa berdebar-debar.

“Silakan duduk!” Terdengar garang empunya suara.

Afini mengambil tempat di hadapan seorang lelaki yang masih tidak jelas rupanya akibat terlindung dengan beberapa keping kertas yang dipegangnya. Namun, di saat kertas itu diletakkan di atas meja, dadanya kian kuat berdebar. Kali ini bukan kerana dia takut untuk ditemu duga tetapi kerana kekacakan dan kesempurnaan wajah insan yang sedang memandang tepat ke arahnya.

“Kenapa lambat?” soal lelaki di hadapan Afini dengan tegas. “First rule, tak boleh datang lambat! Tapi you dah langgar. Apa penjelasan you terhadap kelewatan untuk pertama kali ni?”

Hampir kecut perut Afini mendengar persoalan itu. “Maafkan I, Encik Yusuf. I tersalah jalan tadi. Sebenarnya I tak berapa familiar dengan jalan di kawasan ni.”

“Betul ke? Setahu I, you tinggal di Jalan Kebun. Satu kampung dengan Siti. Lagipun Jalan Kebun dengan Bukit Raja ni bukannya jauh sangat.”

Afini bagaikan terpukul dengan kata-kata lelaki yang sedang memandang tepat ke arahnya itu. Apakah yang harus dilakukannya sekarang? Adakah dia perlu memberitahu perihal sebenar tentang kelewatannya itu atau terus berdusta?

“I tahu memang tempat tinggal I dengan kawasan pejabat ni taklah jauh sangat. Tapi terus terang I katakan, yang I dah lama tak datang ke sini.” Akhirnya terpaksa jua Afini meneruskan penipuan itu. Dia mempunyai alasan tersendiri mengapa tindakan itu yang diambil.

Setelah memberikan jawapan yang mungkin memuaskah hatinya, lelaki yang berada di hadapan Afini itu mulai tenang wajahnya dan suaranya juga sudah tidak kedengaran begitu tegang seperti sebelumnya.

Temu duga berlangsung hampir dua jam. Pelbagai persoalan dipersoalkan kepada Afini. Di akhir temu duga, Afini berjabat tangan dengan si penemuduga dan di saat itulah lelaki itu melemparkan sebuah senyuman yang begitu manis. Tatkala bibir merahnya itu menyingkapkan tabirnya terlihat susunan gigi putih yang menambahkan lagi kekacakannya. Ya! Lelaki itu sungguh kacak!

“Afini!” Hampir terlepas semua fail yang dipegang tatkala namanya dipanggil dengan jeritan yang amat membingitkan teliganya.

“Kau nikan Siti, suka sangat jerit-jerit panggil nama aku!” kata Afini berpura-pura marah.

“Alahsorrylah. Bukan aku sengaja nak jerit. Kau jalan laju sangat. Tak padan dengan pendek tapi jalan macam lipas kudung,” usik Siti.

“Untuk pengetahuan kau Siti. Bukan aku yang pendek sangat, tapi kau tu yang terlebih tinggi macam galah,” balas Afini tidak mahu mengalah.

“Alah... cakap sikit nak merajuk,” kata Siti sambil mencubit pipi Afini.

Terasa cubitan di pipi Afini.

“Kau nikan suka sangat cubit pipi akukan!” marah Afini dan rajukannya kian menjadi.

“Comel sangat. Okeylah, aku salah. Apa kata aku belanja kau makan.”

Afini sudah tersenyum mendengar kata-kata itu.

“Lagipun hari ni akuhalf day. Aku dah janji dengan Zaid nak cari cincin sama-sama hari ni,” kata Siti sambil tersenyum.

“Hmm… tak lama lagi kau dah nak kahwin. Tinggal aku aje macam ni. Agak-agak lepas kau kahwin nanti, Zaid izinkan tak kau temankan aku kalau aku perlukan kau?”

“Jangan risaulah. Aku yakin Zaid akan izinkan! Lagipun aku dah banyak kali beritahu dia, kau adalah kawan terbaik yang aku ada. Jadi, kalau dia nak aku jadi isteri dia… maknanya dia kena terima hakikat yang kau juga ada tempat tersendiri di dalam hati aku!” Terpamer keyakinan di wajah Siti.

Afini dan Siti mengambil keputusan untuk menikmati makan tengah hari di KFC yang berhampiran dengan D’Astana Living.

So, macam mana denganinterview tadi?” soal Siti ingin tahu.

“Entahlah…” jawab Afini kurang yakin.

“Lah kenapa pulak?”

“Sebenarnyainterview tadi okey. Cuma… aku ada buatmistake yang aku sendiri tak tahu sama ada Encik Yusuf tu boleh terima atau tak.”

“Kau buat apa?” soal Siti cemas.

“Kau ni, janganlah buat muka cemas macam tu. Aku pulak rasa takut,” kata Afini. “Sebenarnya… aku terlambat tadi.”

What? Kau biar betul Afini. Kan aku dah ingatkan kau banyak kali yang Encik Yusuf ni cerewet. Dia pantang kalau orang datang lambat!”

“Aku tahu, tapi bukannya aku sengaja…”

“Kenapa kau lambat? Setahu aku, kau bukannya jenis orang yang suka datang lambat. Apatah lagi hal-hal penting macam ni. Apa sebenarnya yang telah berlaku?”

Kali ini Afini pula yang menghelakan nafas yang amat berat sebelum memulakan bicara. “Mak aku… dia… dia mengamuk pagi tadi bila aku minta tolong Mak Embun jaga dia. Habis barang-barang kat bilik dia sepahkan. Dia tolak Mak Embun. Entahlah... susah aku nak terangkan. Mungkin kau takkan faham.” Air matanya mengalir.

“Afini… maafkan aku. Aku tak berniat nak singgung perasaan kau. Aku faham Afini… Kau lupa ke masa mak kau mengamuk masa aku ada di rumah kau? Aku nampak macam mana terseksanya kau untuk mengawal emosi mak kau. Kadang-kadang aku sendiri tak dapat bayangkan kalaulah aku yang berada di tempat kau. Adakah aku mampu untuk bersabar seperti kau? Kau kuat Afini.”

Air mata Afini kian laju mengalir. Namun, cepat saja disekanya kerana dia tidak mahu menjadi tumpuan orang sekeliling.

“Dahlah… kita lupakan halinterview tu. Nanti pandai-pandailah akuadjust supaya dia ambil kau bekerja.”

“Thanks, Siti.”

Siti tersenyum. “So, apa pendapat kau tentang bos aku?”

“Maksud kau?” Berkerut dahi Afini.

First time kau tengok dia, kau rasa dia macam mana?”

“Hmm…attitude dia aku tak berapa suka sangat. Garang, bengis. Tapi… penampilan, rupa dan bentuk fizikal dia, memang aku tak nafikan diahandsome.”

“Aku dah agak dah kau akan jawab macam tu. Perempuan atau lelaki yang pertama kali berjumpa dengan dia, 90 peratus akan bagi jawapan yang lebih kurang sama macam kau.”

“Dah memang diahandsome, takkanlah aku nak kata dia hodoh pulak,” seloroh Afini.

“Aku tak kisah kalau kau nak puji dia, tapi ingat jangan sesekali kau ada hati dekat dia!” kata Siti dengan tegas.

“Kenapa pulak? Jangan-jangan… kau ada skandal dengan dia kot?” teka Afini sambil tersenyum.

“Kau gila! Mati hidup balik pun aku tak naklah dengan orang macam dia tu. Aku cakap ni sebab aku tak nak kau kecewa.”

“Yalah… aku sedar yang aku ni orang miskin. Tak layak kalau nak digandingkan dengan mamat tu.” Afini merendah dirinya.

“Kau ni, ke situ pulak. Bukannya maksud aku kau tak layak. Tapi dia tu yang tak layak untuk kau.”

Afini mengerutkan dahinya.

“Hmm… sebenarnya bos aku tu lain sikit.” Suara Siti lambat-lambat.

“Lain macam mana?” soal Afini benar-benar ingin tahu.

“Dia… dia… dia pelik dan berbeza dengan lelaki yang normal. Dia abnormal.”

“Abnormal? Maksud kau?” soal Afini.

“Sebenarnya bos aku tu… dia… dia tak suka perempuan.”

“Hah! Maksud kau dia tu… dia tu…”

“Dia gay!”

Tercampak tulang ayam yang sedang dipegang tatkala mendengar kata-kata akhir daripada Siti. Tidak disangka, lelaki yang dianggap sempurna dari luarannya rupa-rupanya pencinta kaum sejenis!

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.