SMK Dato’ Onn
8.30 pagi, 1 April 2013
Jiwon
sedang menggengam erat koler baju Syamir. Syamir terangkat di udara. Kekuatan
yang dimiliki oleh Jiwon agak mengangumkan juga untuk seorang gadis. Izara yang
sedang berdiri di sebelah Jiwon tergamam melihat reaksi spontan Jiwon itu.
“Kau
ambil shotgun tu, tolong pertahankan Azim dari jauh. Aku percayakan kau,” tutur
Jiwon yang masih belum melepaskan koler baju Syamir.
Kedengaran
bunyi shotgun dilepaskan oleh Izara. Gadis itu agak bijak bermain senjata
walaupun itu merupakan kali pertama dirinya menggunakan shotgun. Dia tidak
perlu bertanyakan kepada Jiwon bagaimana mahu menggunakan shotgun itu kerana
ayah Izara merupakan ketua polis Eurasia, jadi perkara yang berkaitan dengan
senjata api ini merupakan kebiasaan gadis pemalu itu.
“Bagus Izara!”
puji Azim yang sedang membersihkan laluan ke arah bas yang tidak jauh dari
mereka. Izara tidak sahaj aberdiri di situ tetapi bertindak lebih berani. Dia
menghampiri Azim. Dia memilih untuk mempertahankan Azim pada jarak yang lebih
dekat.
“Hebat!”
teriak Azim yang kelihatan sangat teruja bermain dengan pedang samurainya itu.
Sementara
itu, Jiwon sedang merenung tajam mata Syamir.
“Lepaskan
aku...” gumam Syamir yang langsung tidak meronta-ronta untuk melepaskan diri.
Sebaliknya dia membiarkan dirinya diperlukan sedemikian rupa oleh Jiwon.
Ternyata semangatnya untuk hidup sudah luntur.
“Terimalah
kenyataan yang kakak kau dah tak ada!” pekik Jiwon sambil menumbuk pipi Syamir.
Kuat
kekuatan tangan gadis itu, bibir Syamir sedang berdarah.
“Aku
bodoh... kalaulah aku ajak dia ikut aku...”
“Kau
rasa Leen nak tengok kau dalam keadaan yang macam ni ke?” tempik Jiwon
tiba-tiba.
Syamir
tergamam. Wajah Jiwon ditatapnya dalam-dalam.
“Leen
nak tengok aku gembira” soal Syamir.
Jiwon
mengangguk sambil tersenyum.
“Kau
rasa Leen suka tak tengok keadaan dia macam ni?” teriak Jiwon, koler baju Syamir
masih tidak dilepaskannya.
Azim dan
Izara yang sedang berdiri membelakangi antara satu sama lain mengangguk
serentak. Kemudian, Azim melibaskan pedang dan Izara melepaskan tembakan.
“Dengar
tu Helmi. Kami perlukan kau di sini...” tambah Jiwon lagi, kali ini dia
melepaskan koler Syamir. Kaki Syamir menjejak tanah.
Jiwon
pantas mengambil pistol yang pernah diberikannya pada Syamir ketika pertemuan
pertama mereka. Pistol Desert Eagle berserta kotak peluru yang masih belum
digunakan.
“Ambil
kau!” gumam Jiwon ketika dirinya hampir menjadi mangsa bahaman zombi ketika dia
asyik menyedarkan Syamir.
“Maafkan
Syamir...” Syamir mengulangi perkataan itu. Tiba-tiba sahaja dia tersenyum,
lantas mengesat air mata yang mengalir. Kayu hoki yang terdampar di atas tanah
di capainya.
“Aku
akan mempertahankan kamu semua,” kata Syamir yang sambil menyentuh bahu Jiwon.
Kemudian,
Syamir merenggangkan tangannya sebelum menghadiahkan sebuah hayunan. Tiga
kepala zombi pecah merembeskan darah akibat menjadi mangsa hayunan kayu hoki.
Kayu hoki itu terpatah dua, terpelanting lalu menghentam kepala zombi yang
sedang membanjiri dataran sekolah itu.
Bunyi
hon bas telah menarik perhatian Jiwon dan Syamir.
Azim dan
Izara sudah tiba ke bas. Mereka berdua berjaya mengahrungi banjiran zombi yang
sedang menghalang jalan. Syamir dan Jiwon kembali berkongsi pandangan.
Masing-masing menguntum senyuman.
“Kayu
hoki aku dah patah... sekarang masanya untuk aku beraksi menggunakan tangan
aku,” gumam Syamir tenang.
“Boleh
ke?” tanya Jiwon yang sedang mengisi peluru ke dalam pistolnya.
“Ini
jaguh silat SMK Dato’ Onn,” kata Syamir.
“Kita
berlumba untuk sampai ke sana?”
“Tak ada
masalah. Aku tak pernah kalah.”
Selepas
itu, Syamir sempat menjeling ke arah mayat kakaknya. Rasa hiba kembali
menyerang hatinya. Namun, sekarang bukannya masa untuk bersedih. Suasana pada
waktu itu bukan untuk orang yang lemah dan Syamir harus gagahkan dirinya.
***
Cikgu
Daniel mendepakan tangannya, cuba menghalang sekumpulan pelajar yang tidak
henti-henti mengekorinya dari belakang daripada meneruskan perjalanan. Mereka
sedang bersembunyi di tingkat bawah banggunan utama SMK Dato’ Onn.
“Nampak
tak bas sana?” tanya Cikgu Daniel kepada anak-anak muridnya yang akan
mengikutinya.
6 orang
pelajar SMK Dato’ Onn yang lengkap beruniform sekolah, terdiri daripada 3 orang
lelaki dan 3 orang perempuan mengangguk. Mereka kusyuk mendengar penjelasan
lelaki yang berkaca mata itu.
“Kalau
kita nak selamat, kita kena ikut budak empat orang tu. Kamu sendiri dah lihat
bagaimana mereka bertempur dengan zombi-zombi tadi, macam tak ada masalah...
kalau kita kekal dengan mereka, cikgu yakin yang kita pasti akan selamat,” kata
Cikgu Daniel. Gayanya saling tak tumpah seperti seorang ahli politik yang
sedang mengumpul pengikutnya.
Alexa
yang hanya berbaring di atas sofa yang berdekatan dengan ruang penyambut tetamu
di SMK Dato’ Onn itu mengangkat topi koboi yang menutupi wajahnya. Selaras Shotgun
Semi-Auto versi Benelli M4 Super 90 yang panjangnya hampir 1 meter itu dicapai
oleh Alexa.
“Masa
untuk beraksi,” kata Alexa sambil memakai topi koboi yang digunakan sebagai
penutup wajahnya. Dia kemudiannya mengisi beberapa butir peluru 12 caliber ke
dalam Shotgun Semi-Auto itu.
“Bagi
cikgu senapang tu. Ini bukannya permainan video...”
“Milik
saya sebab saya yang jumpa,” kata Alexa sambil menolak Cikgu Daniel ke tepi
yang jelas sedang menutup jalannya.
“Jangan
nak kurang ajar...” gumam Cikgu Daniel geram.
Namun
Alexa sudah meninggalkannya jauh, membuatkan Cikgu Daniel terpempan dengan
sikap gadis itu. Lautan zombi yang membanjiri dataran sekolah tidak dipedulikan
oleh Alexa.
“Budak
perempuan tu...” gumam Cikgu Daniel geram. Dia menoleh kepada enam orang anak
muridnya. Dia memberi isyarat supaya mengekorinya yang menjadikan Alexa sebagai
perisai hidup secara tidak langsung.
“Kau nak
pergi mana?” teriak Cikgu Daniel.
Alexa
tidak menjawab sebaliknya mengacukan mata senapangnya ke arah bas yang sedang
cuba dihidupkan oleh Izara dan Azim. Cikgu Daniel. Dia mengenali dua orang anak
muridnya yang sedang berada di dalam bas.
Sementara
itu, di dalam bas, Izara dan Syamir sedang bertengkar antara satu sama lain. Jiwon
pula sedang duduk di kerusi pemandu manakala Azim sedang berbaring di bahagian
paling belakang, menunggu bas itu untuk meneruskan perjalanan.
“Awak
nak pergi mana?” teriak Izara sambil menarik lengan Syamir. Azim yang
berkira-kira turun memalingkan tubuhnya menghadap Izara.
“Saya
nak selamatkan Cikgu Daniel!” balas Syamir.
“Jangan
buat kerja gila. Biarkan dia mereput kat luar sana!” Suara Izara kedengaran
marah.
Syamir
tergamam mendengarkan arahan Izara. Dia tidak pernah melihat Izara menjadi
semarah dan sebengis itu. Syamir kemudian kembali menoleh ke arah batang tubuh
Cikgu Daniel yang sedang berdiri sambil memberi isyarat kepada anak muridnya
supaya berlari dengan pantas, tidak ubah seperti polis trafik yang mengawal
kesesakan jalan raya.
Seorang
anak murid Cikgu Daniel, lelaki yang berkaca mata itu tersembam lalu menyembah
kaki Cikgu Daniel. Lelaki itu cuba bangkit namun kakinya terseliuh.
“Cikgu,
kaki saya...” tutur pelajar lelaki itu. “Tolong saya...”
“Maafkan
cikgu,” tutur Cikgu Daniel sambil tersenyum jahat.
Cikgu
Daniel yang berkira-kira mahu melangkah pergi terus mati langkahnya apabila
pelajar lelaki itu berpaut pada kaki Cikgu Daniel, cuba merayu simpati Cikgu
Daniel supaya menyelamatkannya. Air mata mengalir deras daripada wajah pelajar
lelaki itu.
“Pergi
mati kau!” teriak Cikgu Daniel bengang lalu menghadiahkan tendangan yang
kemudiannya hinggap pada wajah pelajar lelaki itu. Apa lagi, meraunglah pelajar
lelaki itu manakala Cikgu Daniel memulakan larian derasnya. Sempat juga Cikgu
Daniel menoleh belakang, melihat bagaimana pelajar lelaki itu tadi dikerumi
oleh belasan zombi. Kedengaran suara pelajar lelaki itu meraung meminta tolong,
tidak mahu menjadi makanan malam kepada mayat hidup.
Pintu
bas sedang ditutup dan... Cikgu Daniel sempat melompat masuk dan serentak itu
pintu bas tersebut menutup rapat ruang di belakanngnya. Lelaki itu terbaring
keletihan manakala Izara sekadar melemparkan jelingan yang cukup meluat ke arah
Cikgu Daniel.
“Awak
akan menyesal membenarkan dia masuk,” bisik Izara di telinga Syamir.
Kelihatan
seperti anak murid Cikgu Daniel yang lain sempat menempatkan diri ke dalam bas
sekolah itu sekali gus membuahkan senyum di wajah Cikgu Daniel. Alexa sekadar
melambaikan tangannya ketika menyedari mata Cikgu Daniel sedang melekat pada
wajahnya.
“Terima
kasih kerana menyelamatkan saya,” tutur Cikgu Daniel ketika melintasi Jiwon
yang sedang duduk malas di atas kerusi pemandu.
“Sama-sama,”
jawab Jiwon perlahan. Dia menekan pedal. Bas itu meluncur keluar dari SMK Dato’
Onn. Syamir sekadar duduk di tepi tangga bas sekolah itu, memikirkan kembali
kata-kata Izara.
Awak akan menyesal membenarkan dia masuk...
Benarkah
aku akan menyesal?