Putrajaya
4.00
pagi,1 April 2013
Telefon
bimbit Perdana Menteri Shahrin berdering lagi.
“Assalamualaikum?”
tutur Perdana Menteri Shahrin sambil mengangkat panggilan tadi.
“Shahrin.
Aku Luis Darren. Pengerusi Syarikat Asstrold Pharmacy,” riak wajah Perdana
Menteri bertukar gusar apabila nama Asstrold Pharmacy hinggap di telinganya.
Wajah Ketua Polis Negara, Tan Sri Redza dan juga Menteri Pertahanan Negara di
tatap oleh Perdana Menteri silih berganti.
“Apa
yang kau mahu?” soal Perdana Menteri Shahrin.
“Kau
gagal. Helikopter ejen yang kau hantar terhempas ditembak oleh bazooka anak
buah aku di Hutan Simpanan Eurasia. Malangnya kita orang tak temui jasad dia.
Berdoa-doalah agar dia selamat!” kata Luis lagi. Talian terus dimatikan.
“Hello?
Hello Luis. Aku ada sesuatu yang.. cis. Bedebah kau Luis!” teriak Perdana
Menteri Shahrin hilang kawalan. Telefon bimbit itu dicampaknya ke lantai lalu
bersepai. Wajah Datuk Hidayat dijamah matanya dengan perasaan marah yang
meluap-luap.
“Kenapa?”
“Helikopter
yang dinaiki oleh ejen yang kau hantarkan itu, terhempas kena tembak dengan
anak buah Asstrold Pharmacy!” Datuk Hidayat meraup wajahnya yang dipenuhi peluh,
tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Bagaimana
dengan keadaan Mejar Harish?” soal Datuk Hidayat ingin tahu.
“Mereka
tak jumpa mayat dia. Kemungkinan untuk dia hidup sangat besar, insyallah,”
balas Perdana Menteri Shahrin. Tan Sri Redza yang lengkap beruniform polis itu
tidak berani mencelah. Dia hanya mendengar perbualan Datuk Hidayat dan Perdana
Menteri Shahrin, sambil menunggu arahan daripada orang atasannya itu.
“Redza!”
panggil Perdana Menteri Shahrin.
“Ya!”
sahut Redza.
“Aku nak
kau kerahkan semua anggota Komando 69 untuk ke Pulau Eurasia. Aku nak mereka
menghalang sebarang aktiviti keluar masuk ke tiga pintu masuk Eurasia, Lapangan
Terbang Antarabangsa Eurasia (EAIA), pelabuhan Eurasia dan juga Lebuhraya bawah
air Eurasia yang menghala ke Terengganu!” panjang lebar arahan Perdana Menteri
Shahrin. Tan Sri Redza hanya sekadar mengangguk, tidak mahu membantah. Dia
sudah faham akan situasi yang sedang menghantui Pulau Eurasia tersebut.
Lapangan
Terbang Lama Sungai Besi
5.30
pagi 1 April 2013
Lapangan
Terbang Sungai Besi sedang dipenuhi oleh puluhan manusia yang pakaiannya saling
tak tumpah seperti anggota SWAT. Tiga buah pesawat Cessna sedang menunggu untuk
berlepas.
Amirul Ashraf
Osman merupakan salah seorang daripada ahli skuad Komando 69. Di sebelahnya,
sahabat baiknya Azmir sedang mendengar muzik melalui fon telinganya. Ashraf
menggelengkan kepalanya melihat gelagat Azmir, yang tidak pernah serius dalam melaksanakan
misi. Fon telinga Azmir ditarik oleh Ashraf membuatkan Azmir terkejut.
“Dengar
taklimat Sarjan Azmi!” tegur Ashraf. Wajah Azmir kembali monyok.
“Setiap
kali benda yang sama aja yang dia bebelkan,” gerutu Azmir.
“...musuh
kita kali ini bukannya manusia tetapi Zombi. Memang kedengaran tidak masuk akal
dan macam cerita filem. Tetapi, benda ini dah berlaku. Tugas kita sekarang adalah
untuk menutup pintu keluar daripada Pulau Eurasia. Jangan benarkan sesiapa
untuk menjejakan kaki keluar dari bandar!” tutur Sarjan Azmi. Azmir kelihatan
tidak puas hati.
“Kenapa
pula? Sepatutnya kita kena bawa semua rakyat Eurasia keluar dari bandar tu.
Baru tiada yang mati dibaham oleh zombi!” bengkeng Azmir tiba-tiba. Ashraf
merenung tidak percaya sahabatnya itu.
Sarjan
Azmi kelihatan sangat tenang ketika berhadapan dengan soalan Azmir itu.
“Untuk
mengelak virus itu daripada keluar dari Pulau Eurasia. Jangkitan boleh berlaku
di luar Eurasia nanti!” terang Sarjan Azmi. “Apa-apa pun, aku akan jelaskan di
dalam pesawat nanti.”
“Maksud tuan...
kami juga boleh dijangkiti oleh virus itu?” soal pula anggota Skuad Komando 69
yang lain.
“Tidak...
kalau kamu berhati-hati. Virus ini hanya boleh berjangkit melalui gigitan
manusia yang terkena virus. Elakan diri daripada digigit oleh zombi. Ingat, kamu
adalah pejuang negara. Nasib Malaysia tergalas di bahu kamu semua!” tambah
Sarjan Azmi lagi. Kali ini tiada lagi kedengaran soalan atau bantahan. Azmir terpaksa akur.
Skuad
Komando 69 yang berjumlah enam puluh orang itu dibahagikan kepada tiga
kumpulan. Ashraf dan Azmir telah dimasukan ke dalam kumpulan yang harus
mempertahankan Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia (EAIA). Yang lainnya akan
mempertahankan Lebuhraya Bawah Air Eurasia dan Pelabuhan Kapal Eurasia.
Pesawat
Cessna
5.45
pagi, 1 April 2013
Ashraf
sedang membelek-belek senjatanya. Colt M16A1 ialah senjata asasi yang sering
digunakan oleh Komando 69. Senjata itu salah satu daripada kategori raifal. M16A1
merupakan senjata buatan Amerika dan menggunakan peluru calibre 5.56 x 45 mm
NATO. Peluru senjata itu mampu bergerak 945 per saat. Di dalam setiap poket
ahli Komando 69 yang lain, tersimpan beberapa keping magazin yang setiap satu
mengandungi 30 butir peluru yang bakal dimanfaatkan di Eurasia kelak. M16 ialah
nama popular untuk senjata itu.
Selain itu, sebahagian daripada ahli
Komando 69 juga memegang pistol M1911 sebagai senjata alternatif ketika
berdepan dengan zombi yang sedang mengganas di salah sebuah kota metropolitian
milik Malaysia.
“Ashraf… macam mana agaknya rupa zombi
tu ya?” soal Azmir mencelah kesunyian yang sedang berjangkit antara mereka. Ashraf
yang sejak tadi asyik menundukkan wajahnya mendongak memandang Azmir.
“Entah…” jawab Ashraf pendek. Azmir
naik binggung dengan sikap dingin Ashraf yang tiba-tiba itu.
“Kenapa ni Ashraf?” soal Azmir.
“Tak ada apa-apa…” balas Ashraf
seperti sedang menyembunyikan sesuatu. Fikirannya kembali mengulit kenangan
lama, ketika menjadi perantauan di Racoon City dulu.
Arklay Mountains, USA
May 1998, Racoon City
“Ibu!” teriak seorang budak kecil.
Peluru-peluru sesat sedang terbang di atas kepalanya. Ashraf tidak sanggup
untuk melihat ibunya sedang terbaring tidak bermaya selepas menjadi mangsa
zombi di Racoon City.
Leon cuba melarang budak kecil, si
anak kacukan itu daripada mendekati jasad ibunya. Peluru sesat sedang terbang
di atasnya, antara polis-polis di Racoon City Police Department. Namun, budak
kecil itu terlalu mentah untuk mengenal erti kematian dalam kamus hidupnya.
“Ibu jangan tidur!” teriak budak
kecil itu. Ibunya yang sudah tidak bernyawa di lantai di dakapnya. Darah yang
membuak-buak keluar dari leher ibunya begitu menikam perasaannya walaupun dia
tidak mengerti mengapa.
Leon menyedari bahaya yang sedang
melingkari budak kecil itu. Pantas dia berlari mencapai tubuh anak kecil itu.
Budak kecil itu hanya mampu menjerit-jerit memanggil nama ibunya yang sudah
tidak bernyawa.
Pesawat Cessna
6.00 pagi, 1 April 2013
“Ibu! Jangan tinggalkan Ashraf! Ashraf
sayangkan ibu!” teriak Ashraf tiba-tiba. Terpekik-pekik dalam pesawat yang
membawa mereka.
“Ashraf?” seru Azmir apabila Ashraf
sedang meracau-racau persis orang gila di dalam pesawat itu. Mata Ashraf
terbuntang luas. Peluh membasahi wajahnya. Jejaka kacukan itu beristigfar
panjang. Mimpi itu lagi... peristiwa lama bermain kembali di layar mindanya.
“Aku mimpi ngeri!” tutur Ashraf yang
sekaligus menerbitkan senyuman di wajah comel Azmir itu.
“Kau boleh lagi tidur pada masa yang
macam ni. Hahahaha...” tutur Azmir yang disambut oleh tawa daripada rakan-rakan
mereka yang merupakan anggota Komando 69. Ashraf sekadar tersengih kemudian
kembali tenggelam dalam imaginasinya.
Peristiwa belasan tahun yang lalu
kembali menghantui. Tragedi yang tidak mungkin luput dari benak fikiran Ashraf.
Azmir merenung wajah rakannya itu. Ada rahsia yang cuba diselindungi. Bukan
ketakutan tetapi hanya keresahan yang membasahi jiwa.
Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia
6.15 pagi, 1 April 2013
Pesawat Cessna yang membawa mereka
mendarat selepas sejam perjalanan dari Lapangan Terbang Lama Sungai Besi. Pintu
pesawat itu terbuka dan... mereka dihidangkan dengan rusuhan penduduk bandar
yang cuba merempuh pintu masuk ke lapangan terbang. Malah, beberapa orang polis
sedang melepaskan beberapa das tembakan ke arah penduduk bandar yang sedang
merusuh.
Mujurlah pesawat yang mendarat
menjauhkan penduduk bandar yang jumlahnya ribuan orang menjarakkan diri
dari pintu gerbang EAIA. Anggota Komando 69 turun sambil menghampiri barisan
anggota polis Eurasia yang sedang menembak penduduk Eurasia.
“Apa yang kau buat?” tengking Ashraf
sambil menyentuh bahu seorang gadis yang lengkap berpakaian uniform polis yang
cuba melepaskan beberapa das tembakan ke arah penduduk yang sedang merusuh.
Anggota Komando 69 yang lain cuba menghentikan anggota polis yang lain.
“Tembak merekalah!” balas gadis itu
dingin. Ashraf jadi berang. Tangan gadis itu dicapai oleh Ashraf. Pantas tapak
tangan Ashraf menyentuh mata pistol bagi mengelak peluru sesat yang bakal
membaham penduduk yang tidak berdosa.
“Apa yang awak buat ni?” soal gadis
itu lagi.
“Hentikan perbuatan bodoh awak!” Ashraf
memberi amaran. Gadis itu menggelengkan kepalanya.
“Awak yang akan bodoh kalau tak
tembak mereka!” tingkah gadis itu sambil cuba menolak Ashraf.
Ashraf tidak percaya apabila
perkataan itu keluar dari mulut gadis secantik itu. Tiba-tiba ada satu kekuatan
kuat menolak Ashraf dari belakang membuatkan jejaka itu terjatuh sambil
tertolak gadis polis itu. Dalam sekelip mata, Ashraf hanya sejengkal sahaja
daripada betul-betul menghempap gadis itu. Mujurlah tangan sasa Ashraf menjadi
tongkat.
“Er.. maaf!” tutur Ashraf pantas
lantas bangkit.
“Awak! Hati-hati!” teriak gadis itu
tiba-tiba lalu melepaskan beberapa das tembakan dari balik belakang Ashraf. Ashraf
terkesima lantas menoleh. Rusuhan itu kelihatan seperti...
“Mereka zombi?’
Gadis itu mengangguk. Ashraf meraup
wajahnya yang dibasahi peluh itu. Dia pantas bangkit lalu mengeluarkan
senjatanya, sudah bersedia untuk bertarung.