SMK Dato’ Onn
7.20 pagi, 1 April 2013
Izara berjalan sendirian dalam
pakaian sekolahnya, baju kurung dankainbiru. Jalan raya agak sunyi pada pagi
itu. Tiada langsung kelibat kereta atau manusia yang selalunya akan memenuhi
jalan raya pada pagi itu demi memenuhi tuntutan masing-masing, mencari rezeki
dan menuntut ilmu. Namun, aktiviti harian manusia itu seperti tidak berlangsung
pada hari itu dan itu telah menambahkan lagi resah Izara.
Tadi,
ketika dia bangun pagi, ibu-bapanya tidak langsung kelihatan. Anak tunggal
dalam keluarga sederhana itu tidak mengendahkan itu semuanya, dan perkara itu
selalu berlaku. Izara selalunya akan ditinggalkan sendirian. Namun, pagi itu
hatinya meronta-ronta cuba memberitahunya bahawa ada sesuatu yang buruk berlaku
pada ibu dan bapanya.
Izara
semakin laju melangkah. Sekolah yang merupakan wadah tempat gadis itu menuntut
ilmu hanya 500 meter di hadapan, berdiri gagah sambil disinari oleh cahaya
matahari yang semakin naik.
Sebaik
sahaja Izara tiba di SMK Dato’ Onn, kelihatan pintu pagar terbuka luas dan
keadaan sangat sunyi. Resah Izara semakin menggunung tetapi Izara tetap
beranikan diri untuk masuk ke dalam perkarangan sekolah. Ketiadaan manusia
bukan alasan untuk dia ponteng kelas. Izara seorang budak yang baik.
Dia
menghampiri Blok A SMK Dato’ Onn yang sedang berdiri gagah di hadapannya.
Kakinya diatur untuk memanjat tangga yang akan membawa dirinya ke kelasnya yang
terletak di tingkat dua banggunan blok A.
Kosong...
kelasnya kosong.
“Mana
semua pergi?” tanya Izara pada dirinya sendiri. Bunyi sesuatu terjatuh
mengejutkan Izara. Izara pantas menoleh ke arah belakang kelasnya dan tiga
orang lelaki yang kelihatan sangat tidak kemas dengan uniform sekolah sedang
melangkah ke arahIzara.
“Mujurlah....”
belum sempat Izara menghabiskan kata-katanya, dirinya jatuh terlentang apabila
salah seorang daripada pelajar lelaki tadi melompat dari belakang ke kelas lalu
menerkam Izara. Izara meronta-ronta mahu melepaskan dirinya. Namun, dia tidak
punya kekuatan untuk melepaskan dirinya, tenaga lelaki itu sangat kuat dan Izara
hanya gadis yang lemah.
Ya
ALLAH, selamatkanlah Izara...
Izara
hanya mampu memejamkan matanya apabila pelajar lelaki tadi membuka mulutnya,
cuba membaham leher Izara. Dia pasrah dan... darah merembes membasahi wajah
comel Izara. Kaca mata gadis itu sahaja melindungi matanya daripada turut
dibasahi oleh darah tadi. Izara terpisat-pisat membuka
matanya. Pelajar lelaki itu tidak lagi berkepala sebaliknya lehernya
terus memancutkan darah ke merata-rata sudut kelas itu.
Seorang
lelaki tampan sedang berdiri sambil menghulurkan tapak tangannya untuk disambut
oleh Izara. Ketua pengawas SMK Dato’ Onn, Muhammad Azim sedang berdiri sambil
mengukirkan senyuman. Tangannya yang lain memegang sebilah pedang samurai.
“Azim...”
tutur Izara.
“Awak
kena pergi tandas. Bersihkan diri awak,” kata Azim sambil menolong Izara untuk
berdiri. Gadis itu membetulkan kaca matanya. Tubuhnyamenggigil apabila melihat bajunya habis dipenuh darah
lelaki tadi.
“Ke..napa
awak bunuh dia?” tanya Izara. Azim berkerut dahi sambil menatap wajah
polos Izara, gadis yang kelihatan sangat lurus bendul itu. Kemudian, Azim
tersenyum lagi membuatkan Izara berkerut dahi.
“Awak
ni dari dulu asyik senyum jer. Dalam situasi yang macam ni pun...” komen Izara.
“Untuk
seorang gadis comel, saya memang akan senyum. Apa-apa pun, mereka semua itu
bukan manusia lagi. Mereka ialah zombi,” jelas Azim yang tiba-tiba mencapai
pergelangan tangan Izara. Izara sekadar membisu apabila Azim menyebut perkataan
yang sangat asing pada hawa telinganya.
“Nak
ke mana” tanya Izara pendek, sambil membetulkan beg galasnya. Azim tersenyum
lagi lalu mencuit hidung mancung Izara.
“Pergi
tandaslah sayang. Awak kan habis penuh dengan darah. Nanti orang ingat hantu
pula,” seloroh Azim lalu terus menarik tangan Izara. Izara terhincut-hincut
membontoti Azim dari belakang.
Taman
Mahkota, Pulau Eurasia
7.20
pagi, 1 April 2013
Telefon
bimbit Syamir berdering sebaik sahaja jejaka itu cuba menghidupkan kereta ayahnya.
Leen yang duduk di sebelahnya menoleh ke arah Syamir manakala Jiwon sedang
berbaring di belakang sambil memeluk selaras shotgun.
“Assalamualaikum
Seng,” tutur Syamir sebaik sahaja menjawab panggilan telefon dari Azim. Nama Ah
Seng sudah sinonim dengan Azim kerana raut wajah jejaka itu yang saling tak
tumpah seperti orang cina. Tetapi kakak Syamir, Leen melabelkan Azim
sebagai korean look.
“Waalaikumussalam
bro. Datang sekolah sekarang juga.
Selamatkan aku dan Izara kat sini,” tutur Azim namun belum sempat Syamir
menjawab, panggilan terputus selepas jeritan Izara bergema di gegendang
telinganya.
“Kita
tukar arah kita. Kawan Syamir ada masalah,” kata Syamir sambil menoleh ke arah
kakaknya Leen. Jiwon yang dari tadi asyik membisu tiba-tiba membuka matanya. Dia
lantas duduk lalu menghulurkan kepalanya di tengah-tengah antara mereka.
“Kita
nak pergi mana?” tanya Jiwon.
“Er...”
Syamir jadi tergagap-gagap apabila raut wajah gadis jelita itu hanya seinci
sahaja dari pipinya. Wajah Syamir merona merah yang lantas mengundang ketawa
kecil daripada Leen. “Sekolah. Kawan saya...”
“Cepat
sikit,” kata Jiwon yang kemudiannya kembali berbaring di belakang. Syamir menghidupkan
kereta lalu memecut laju meninggalkan perkarangan kawasan rumahnya. Sepanjang
kereta itu meluncur laju di atas jalan raya, beberapa orang zombie dilanggar
tanpa belas kasihan oleh Syamir. Peristiwa pagi tadi telah mengajarnya bahawa
dunia baru itu bukan untuk orang yang lemah dan lembut hati.
“Bagus
budak kecik,” tutur Jiwon dari belakang. Syamir tersengih seperti kerang busuk
apabila menerima pujian daripada Jiwon yang masih memejamkan matanya. Gadis itu
memang luar biasa tenangnya dalam situasi seperti itu.
“Seronok
langgar diaorang ni,” gumam Syamir apabila rakus membunuh zombi-zombi yang
berkeliaran di atas jalan raya. Gaya pemanduan Syamir memang seperti seorang
professional walaupun dia tidak mempunyai lesen.
“Adik...”
panggil Leen. “Perlahan sikit...”
“Lajukan,”
pintas Jiwon dari belakang.
Leen
sekadar menjeling wajah Syamir yang kelihatan ghairah melanggar manusia-manusia
yang sudah bertukar menjadi mayat hidup. Buat pertama kalinya, Leen melihat
adiknya segembira itu.
“Saya
mula suka dunia baru ini. Memang best. Macam main permainan video,”
sekali-sekala Syamir menggumam. Syamir memandu pada kelajuan 120 kilometer
sejam dan dalam masa sepuluh minit, dia tiba di kawasan sekolahnya. Kejutan
yang tidak terhingga menjamah mata mereka. Lautan zombi sedang berkumpul di
perkarangan sekolah itu.
“Masa
untuk bergembira,” kata Jiwon sambil menggeliat seperti baru bangun dari tidur.
Dia kembali menggengam erat shotgun lalu menjadi orang pertama membuka pintu
kereta itu, meninggalkan Syamir dan Leen yang terpinga-pinga.
“Syamir
nak ikut dia. Kakak staykat dalam ni,” arah Syamir serius
lalu mencapai kayu hokinya. Jiwon sudah mara lebih jauh ke dalam kawasan
perkarangan sekolah itu sambil melepaskan beberapa das tembakan mengenai zombi-zombi
yang berkeliaran di situ.
“Syamir!”
teriak Azim dari atas ruftup blok A. Dia jelas sedang bertarung hebat dengan
pedang samurai. Syamir tersenyum lalu melambaikan tangannya. Ah Seng... Izara
sekadar duduk berpeluk tubuh di sudut ruftup itu.
Izara Aishah...
“Jiwon,
kita naik atas sana,” teriak Syamir ketika memukul-mukul kepala zombi-zombi
yang cuba menyerangnya dengan kayu hoki yang erat digenggamnya. Jiwon
mengangguk lalu mendahului Syamir menaiki tangga blok A.
Syamir
sempat lagi menghancurkan beberapa buah kepala sebelum mengekori Jiwon dari
belakang. Sepanjang menaiki tangga itu, belasan zombi tumbang dibaham peluru shotgun
Jiwon.
Sebaik
sahaja mereka tiba di bahagian ruftup, Azim sedang berpeluh membelah tubuh zombi
yang cuba menjadikan dirinya dan Izara makanan. Jiwon dan Syamir datang tepat
pada masanya, membantu Izara dan Azim. Dalam beberapa minit sahaja, ruftup itu
bersih daripada mayat-mayat hidup.
“Sahabatku,”
gumam Azim sambil bersalaman dengan Syamir. Tangan mereka berdua berlumuran
darah tetapi itu tidak menghalang persahabatan mereka. Izara yang
bersembunyi dari balik tangkungan air di atas banggunan sekolah itu keluar
sambil menundukkan wajahnya. Azim pula tidak habis-habis mengamati wajah Jiwon.
“Aku macam pernah nampak awek tu aje,” bisik Azim.
“Itu
Ha Jiwon, pelakon korea yang terkenal tu,” kata Syamir sambil tersenym. Jiwon
kelihatan menghampiri Izara yang kelihatan trauma dengan apa yang berlaku lalu
memeluk tubuh gadis itu yang kebasahan.
“Tak
kenal langsung,” kata Azim.