Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 8 Pertolongan

Hutan Simpan Eurasia

7.45 pagi, 1 April 2013

“Dari atas!” teriak Aulia sambil menolak Harish ke tepi apabila salah satu daripada zombi menerkam dari tingkat dua. Harish jatuh terlentang, begitu juga senjatanya, pistol Berreta M9.

Zombi tadi dengan kepala yang berlumuran darah, cuba mendekati Harish yang tidak bersenjata. Aulia pantas melompat ke lantai lalu mengambil pistol Harish lalu melepaskan beberapa das tembakan tepat mengenai kepala zombi yang cuba menjadikan Harish makan malamnya.

Harish yang sudah mula memejamkan matanya, seolah-olah menyerahkan nyawanya kepada ALLAH terus sahaja merangkul tubuh Aulia, sangat-sangat berterima kasih apabila gadis itu menjadi penyelamat hidupnya. Aulia tergamam sebentar namun dia sempat ditarik ke dalam dunia realiti.

“Nah, ambil pistol ini. Ada banyak zombi lagi untuk awak selesaikan,” bisik Aulia ketika kepala Harish masih berada di atas bahunya. Aulia pula masih tidak lekang melihat sekelililingnya. Mereka sedang dikelilingi oleh ratusan zombi. Harish mengangguk setuju lalu mencapai pergelangan tangan Aulia.

“Saya akan lindungi awak dengan sepenuh hati saya. Terima kasih Aulia,” ucap Harish sambil erat menggenggamkan pistol Berreta M9 yang diberikan oleh Aulia. “Mari berdepan dengan Mejar Adam Harish, wahai manusia-manusia sesat sekalian...”

Harish sudah mengacukan picu senjatanya dengan sebelah tangan sambil tanganya yang sebelah lagi memegang erat pergelangan tangan Aulia. Aulia sekadar merenung kosong wajah Harish. Mata jejaka itu sudah terpejam dan beberapa saat kemudian... beberapa das tembakan dilepaskannya dan tidak ada satu pun tersasar. Empat orang zombi rebah ke tanah dengan dua peluru sahaja.

“Jalan keluar,” bisik Harish. Dia mengeratkan genggaman tangannya lalu menarik tangan Aulia mengikutinya ke arah jalan keluar yang terbuka buat beberapa saat selepas Harish berjaya menumbangkan empat zombi.

“Nak ke mana?” tanya Aulia.

“Lari,” balas Harish pendek lalu memecahkan tingkap dengan kakinya di tingkat dua selepas berusaha menaiki tangga tanpa dibaham oleh satu zombi pun. “Awak lompat ke bawah dulu!”

Aulia jadi diam selepas diarahkan oleh Harish. Dia melihat tinggi rumah batu dua tingkat itu. Harish sedang melindungi dirinya, sambil bertarung dengan zombi-zombi yang ada dengan sisa-sisa peluru yang tinggal.

“Awak?” tanya Aulia.

“Saya akan terjun lepas awak terjun,” balas Harish.

“Tapi saya takut!” balas Aulia.

“Terjun atau mati.” Harish memberikan kata putus.

Aulia tiada pilihan. Keadaan sekeliling telah memaksanya membuat keputusan itu. Aulia memanjat di bingkai tingkap yang pecah itu dan sambil memejamkan erat matanya, gadis itu melompat ke bawah. Dia jatuh tergolek tetapi kakinya sakit... seseorang turut terjun dari atas sana.

“Awak tak apa-apa?” soal Harish.

“Kaki saya...” bisik Aulia lemah. Kakinya terseliuh. Harish menggelengkan kepalanya lalu terus mencapai kaki Aulia yang dibalut oleh seluar jeans. Harish menyisingkan seluar Aulia ke atas paras lutut.

“Terseliuh aje,” kata Harish lalu kembali berdiri, tetapi sakit di kakinya yang masih cedera kembali menyerang. Meraung jejaka itu. Dia kembali terduduk. Matanya erat dipejam ketika menahan kesakitan.

“Kenapa awak?” tanya Aulia pula.

“Sakit tadi datang balik,” jawab Harish sambil matanya terpejam erat. Zombi-zombi tadi sedang mengelilingi mereka membuatkan resah Aulia makin bertambah. Pada saat penyelamatnya sedang kesakitan, mampukah dia untuk terus menghidup udara di atas bumi tuhan itu?

Aulia menghampiri Harish lalu mengambil pistol jejaka itu yang tersarung di dalam poket seluar askar jejaka berbadan tegap itu. Dia mahu berjuang juga. Dia tidak mahu kehadirannya sebagai beban kepada Harish.

“Aulia...” seru Harish lemah apabila melihat gadis itu berusaha untuk berdiri dalam kesakitan kakinya yang terseliuh. Gadis itu memegang erat pistol Berreta M9. Kelihatan tekad di wajahnya. Perasaan kagum lahir dari relung hati Harish. Gadis ini bukan calang-calang perempuan... dia kuat.

Namun, belum sempat Aulia melepaskan tembakan, bunyi loceng dari sebuah menara batu yang tersergam beberapa kilometer daripada tempat mereka berdendang menarik perhatian zombi-zombi yang sedang mengelilingi mereka berdua.

Penggerakan zombi-zombi tadi kaku sambil menghalakan pandangan ke arah menara batu, punca bunyi loceng yang masih berbunyi nyaring. Mata tajam Harish dapat menangkap kelibat seorang gadis yang berpakaian merah, sedang berdiri di puncak menara itu.

Apa yang menghairankan, zombi-zombi tadi meninggalkan mereka berdua yang sedang cedera itu. Masing-masing berduyun-duyun bergerak menyelusurui hutan tebal yang mengepung kawasan kampung itu. Lapangan di kampung aneh itu kembali membisu. Aulia terduduk melepaskan lelah.

“Alhamdulilah...” ucap Aulia sambil mengurut dadanya.

“Terima kasih,” balas Harish.

Saya akan melindungi awak sepenuh hati saya,” kata Aulia mengulangi kembali ayat yang dituturkan oleh Harish. Harish merenung wajah gadis itu tajam sebelum ketawanya meletus.

“Awak kelakar. Saya suka,” kata Harish pendek.

Harish sedang merenung dengan penuh cermat ke arah sebuah menara batu, punca bunyi loceng yang telah menyelamatkan seseorang.

“Kenapa awak?” tanya Aulia.

“Seseorang telah menyelamatkan kita, dari atas sana,” tutur Harish serius. “Seorang perempuan yang berbaju merah.”

“Kenapa dengan dia?” soal Aulia.

“Dia pasti tahu sesuatu tentang kehilangan Shila. Kita kena cari dia,” kata Harish yang kembali bersemangat. Rasa sakit di kakinya sudah semakin hilang dan dia sudah mampu berdiri. Aulia turut berdiri tetapi berpaut pada lengan sasa Harish. “Destinati kita ialah menara itu.”

***

“Kau gila ke?” marah Yusoff dengan tindakan Farah. Shotgun sudah bersiap sedia di tangan lelaki kacukan melayu-cina itu. Yusoff Ong dan Farah Ahmad sedang berdua di puncak menara.

“Kita memang gila kalau kita tak cabut cepat,” kata Farah tenang.

“Kenapa kau heret aku buat semua kerja bodoh ni?” tanya Yusoff bengang. Koler baju Yusoff tiba-tiba digenggam erat oleh Farah.

“Kau lupa ke tugas kita ialah apa? Negara telah mengupah kita untuk mencuri sampel virus T daripada Asstrold Pharmacy. Budak Harish tu juga kita kena bantu sebab dia bekerja di bawah payung yang sama dengan kita. Apa-apa pun tugas kau bakal bermula, sementara aku masuk ke fasiliti mereka, kau bawa Harish jumpa Enrique, budak Shila tu ada pada ketua kampung kita ni,” kata Farah Ahmad lagi. Yusoff mengeluh berat.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.