Hutan Simpan Eurasia
5.00
Petang, 1 April 2013
“Makmal
Asstrold Pharmacy?” gumam Harish yang masih lagi belum dapat menerima kejutan
yang dilontarkan kepadanya. Yusoff sedang mendahului mereka. Kelihatan lelaki
itu menyalakan sebatang rokok.
“Berapa
besar makmal itu?” tanya Aulia yang sedang berjalan seiringan dengan Yusoff.
“Ermm...
agak besar. Kamu boleh sesat di dalamnya,” kata Yusoff, pendek.
“Err...
awak dah kenal lama ke dengan Harish?” tanya Aulia lagi. Yusoff menoleh ke
belakang. Dia memandang Harish yang sedang berjalan sambil meletak kedua-dua tangannya
di dalam poket seluar.
“Lama...
tiga tahun rasanya,” kata Yusoff sambil melontarkan pandangan ke arah Harish.
Harish sekadar tersenyum.
“Masa di
Akademi Perisikan Malaysia, APM, kami ini ini sangat rapat. Macam belangkas.
Dia kawan baik aku, terbaik yang pernah aku miliki,” kata Yusoff sambil
melingkarkan tangannya di leher Harish.
“APM?
Tak pernah dengar pun...” kata Aulia.
“Rahsia
kerajaan. Tapi tak apa, awak dah berdepan dengan banyak bahaya semata-mata mahu
menyelamatkan Shila, saya rasa awak layak mengetahuinya,” balas Yusoff.
“Kembali kepada topik, masa di akademi dulu, aku ni sangat cuai...”
“Hari ni
pun sama...” usik Harish. Yusoff ketawa.
“Ya.
Sebab tu Farah asyik mengamuk dengan aku aje,” luah Yusoff jujur.
“Masa
ujian fizikal, ujian teori, ujian penyamaran, ujian... apa-apa ujian. Kalau tak
ada Harish, jujur aku kata yang aku akan gagal sebagai perisik. Aku sering
dibuli, tapi Harish selalu selamatkan aku. Dia.. my best bro!” puji Yusoff.
“Kau
ni...” Harish hilang kata-kata apabila pujian demi pujian dilontarkan oleh
Harish.
“Aulia...
macam mana boleh kenal dengan Harish?” tanya Yusoff tiba-tiba, menukar topik
dalam masa yang tersangat pantas.
“Err,”
tutur Aulia sambil jarinya spontan menyentuh bibirnya. Pandangan mata Aulia
ditalakan ke arah Harish yang sekadar berjalan sambil tersenyum di belakangnya.
“Macam yang awak cerita, Harish... dia ialah penyelamat saya. Awak kata dia
ialah the best bro yang awak ada,
bagi saya, he is my dream prince.”
Pengakuan jujur daripada Aulia
membuatkan darah tiba-tiba menyerbu ke seluruh wajah Harish. Yusoff pula
merenung curiga Aulia dan Harish silih berganti dan tidak segan langsung untuk
mempamerkan rasa syak wasangkanya.
“Korang ni...” gumam Yusoff.
“Aulia...” panggil Harish,
tiba-tiba. “Betul ke saya ni putera idaman awak?”
Aulia pula yang tersenyum.
“Tiga kali awak selamatkan saya.
Sesiapa sahaja, akan panggil awak sebagai putera mereka. Malah, mungkin lebih
lagi,” balas Aulia pula.
“Harish, nanti jangan lupa jemput
aku makan nasi minyak ya?” kata Yusoff tiba-tiba. Sindiran yang keluar dari
mulutnya itu terkena pada mangsanya. Harish dan Aulia yang seperti tidak
menyedari kehadiran Yusoff tadi lantas memalingkan wajah, memandang pada arah
yang berlawanan.
“Kita kena teruskan perjalanan.
Setiap saat yang dibazirkan bagai meletakkan nyawa Shila di hujung tanduk,”
kata Harish.
“Tukar topik?” perli Yusoff lagi.
***
Mereka berhenti rehat di sebatang
sungai yang sangat lebar dan deras. Airnya jernih sehingga dasarnya boleh
dilihat oleh mereka bertiga. Kelihatan Aulia sedang membasuh wajahnya dengan
air sungai itu manakala Harish dan Yusoff sedang berdiri tidak jauh daripada
Aulia.
“Harish...” panggil Yusoff sambil
menyalakan sebatang lagi rokok untuk dihisapnya.
“Ya kawan?” gumam Harish sambil
kusyuk memandang Aulia yang sedang memerhatikan arus sungai.
“Wajah Aulia... mengingatkan kau
pada dia bukan?” tanya Yusoff.
Soalan yang dilontarkan oleh lelaki
kacukan melayu-cina disambut oleh kebisuan daripada Harish. Harish pantas
tertunduk. Tidak semena-mena, air mata tumpah dari kelopak mata Harish. Namun,
itu tidak sedikit pun mengundang kejutan pada Yusoff. Dia kenal siapa yang
mampu membikin hati lelaki sehebat Harish gundah-gulana. Wanita itu juga
hebat...
“Kate...” tutur Harish.
Singapura
2008
Harish dan Kate menerima tugas baru
daripada kerajaan Malaysia. Pasangan yang sedang dilamun cinta itu diakui
sebagai gandingan hebat yang dimiliki oleh Malaysia dalam menjalankan sebarang
misi sulit.
“Aku mahu kamu berdua, masuk ke
dalam pangkalan tentera Singapura yang terletak di Bukit Batuk. Terdapat
senjata rahsia negara seberang yang dikhuatiri bakal menggugat keselamatan
negara kita,” tutur Datuk Hidayat di dalam pejabatnya. “Kalau sesuatu terjadi
pada kamu dan kamu ditangkap, Malaysia tidak akan bertanggungjawab dan tidak
akan sesekali mengaku bahawa kamu ialah warganegara kami.”
Harish dan Kate sedang kusyuk
memerhatikan sebuah presentation
daripada Datuk Hidayat, menteri keselamatan negara itu di hadapan sebuah skrin
layar. Sebuah peta rahsia bakal dibekalkan kepada mereka manakala sebuah
senjata iaitu pistol M1911 bakal menjadi bekalan mereka.
Namun, Harish tidak memasang tumpuan
ke arah penerangan yang diberikan oleh Datuk Hidayat sebaliknya menatap kusyuk
wajah Kate yang merupakan gadis kacukan melayu-inggeris. Dia benar-benar jatuh
cinta kali ini... wajah Kate yang putih itu, senyumannya yang berlesung pipit
dan renungan matanya yang mencairkan.
“Faham?” tanya Datuk Hidayat lagi.
Hanya Kate seorang sahaja yang
menjawab soalan itu manakala Harish masih berada di dalam dunia angannya.
Cubitan yang hinggap di lengan Harish daripada Kate menarik Harish kembali ke
dunia realiti.
“Maaf Datuk, saya faham,” tutur
Harish sambil tersengih. Tingkah Harish itu mengundang gelengan daripada Datuk
Hidayat.
***
Kate dan Harish diturunkan
berdekatan dengan perairan Singapura. Kemudian, daripada situ mereka harus
berenang ke sebuah pulau yang tidak tercatat di dalam peta. Dipercayai di situ
terletaknya pangkalan tentera rahsia Singapura yang dipercayai menyimpan senjata
rahsia yang memberi ancaman kepada sistem pertahanan Malaysia.
“Kita berehat di sini,” kata Kate
memberi arahan. Harish sekadar mengangkat bahunya lalu melabuhkan punggung di
bawah pokok yang paling rending di dalam hutan hujan tropika itu.
Kelihatan Kate sedang mengeluarkan
sesuatu daripada poket seluarnya. Sebuah alat yang menyerupai GPS.
“Kita hanya beberapa kilometer
sahaja daripada pangkalan tentera mereka. Nanti bila dah sampai sana, saya dan
awak akan pengsankan dua orang tentera mereka yang berjaga. Kemudian, kita akan
menyamar sebagai tentera singapura?” kata Kate mengingatkan Harish mengenai
perancangan misi mereka.
“Ya..ya, saya tahu. Awak ni asyik
membebel aje,” rungut Harish. Masuk kali ini, dah empat kali Kate mengulangi
benda yang sama.
“Mari pergi,” kata Kate sambil
menyimpan kembali alat itu ke dalam beg yang diikat pada lutut seluarnya.
Sepucuk pistol jenis M1911 dikeluarkan oleh Kate. Dia mendahului Harish
bergerak di dalam hutan yang sangat sunyi pada waktu malam itu.
Harish menguap. Dia bangkit.
***
Terdapat dua orang tentera Singapura
yang sedang berjaga di hadapan pintu gerbang ke pangkalan tentera yang
kelihatan canggih di tengah-tengah belantara itu. Pangkalan tentera itu
dikelilingi oleh pagar besi yang berdawai. Kononnya pagar itu juga terdapat
arus eletrik yang hanya diaktifkan pada waktu malam.
“Macam mana sekarang?” tanya Harish.
“Nampak tu?” bisik Kate.
Harish mengangguk. Kate sedang
mengamati laluan di bawah pagar berdawai yang mempunyai arus eletrik itu. Terdapat
seekor ular baru sahaja masuk ke dalam pangkalan tentera itu ketika mengejar
mangsanya, seekor tupai.
“Awak nak kita bergolek di bawah
itu?”
“Pembetulan,” jawab Kate. “Saya
seorang aje sebab tubuh awak yang berketul-ketul ini...” Kate menumbuk lembut
lengan Harish. “...tak muat di bawah sana.”
“Tapi...”
“Shyy...” Jari Kate telunjuk yang
dibalut sarung tangan itu menyentuh bibir Harish. “Jangan cakap lagi. Kita dah
tak banyak masa. Apa-apa pun saya sayangkan awak...” gumam Kate yang membuatkan
Harish tergamam.
Kate meniarap lalu bergerak di bawah
pagar tersebut. Alhamdulilah, Kate lepas. Kemudian, Kate bergerak dengan sangat
pantas tetapi senyap ke belakang dua orang tentera Singapura itu. Sekelip mata,
mereka berdua dibunuh oleh pisau Rambo milik Kate. Kate sempat memberi isyarat
kepada Harish untuk menghampirinya. Sementara itu, Harish pula membunuh dua
orang lagi tentera Singapura yang berkawal di luar pangkalan tentera itu.
“Ini Ialah masanya, saya akan bawa
mayat ni ke dalam semak sana. Saya akan tukar baju di sana... dan jangan
mengintai!” Kate memberi amaran keras.
Harish hampir sahaja tergelak.
“Baik-baik Cik Kate ya?” kata Harish
sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya di udara, seolah-olah Kate sedang
mengacukan sepucuk pistol ke arahnya.
***
“Awak nampak cantik dalam baju
tentera,” puji Harish spontan ketika melihat Kate sedang melangkah ke arahnya.
“Sudah-sudahlah dengan ayat manis
awak tu,” kata Kate yang sedang melutut di sebelahnya, memerika senjata M16
milik tentera Singapura yang baru sahaja tumbang di tangan gadis itu.
“Ayat manis saya untuk orang yang
manis aje,” balas Harish sambil mengambil senjata M16 yang diserahkan oleh Kate
kepadanya.
“Harish, dengar sini. Semakin saya
kenal awak, saya rasa awak ni tak sesuai jadi perisik macam James Bond ni. Awak
sesuai jadi...”
“Casanova!” pintas Harish sambil
tersenyum. “Saya dah dengar benda itu daripada awak beratus kali dah.”
Kate mencebikkan wajahnya. Dia
bangkit sambil membersihkan seluarnya yang terkena pasir hutan. Dia mendahului
Harish melangkah masuk ke dalam pangkalan tentera Singapura tersebut.
“Sekarang, kita akan masuk ke dalam
bilik sekuriti. Itu ialah objektif misi kita yang seterusnya,” kata Kate sambil
memeriksa android yang dibekalkan oleh Datuk Hidayat kepadanya. Misi itu, Kate
ialah ketuanya.
“Tahu kat mana?” tanya Harish.
“Tengok ni, di tingkap sana,” kata Kate.
“Bilik di balik tingkap itu ialah bilik yang mengawal semua CCTV di dalam
banggunan yang merupakan pangkalan rahsia tentera Singapura.”
***
Harish membuka tingkap itu dari
luar. Tidak berkunci. Perlahan dan senyap sehingga tidak disedari oleh tentera
yang sedang menikmati Nasi Lemak sebagai makan malam mereka. Bila-bila masa
sahaja, ajal mereka bakal ditamatkan oleh Harish dan Kate. Rakannya yang
seorang lagi pula sedang tidur.
“Mereka tak sedar kehadiran kita,”
gumam Harish perlahan. M1911 dikeluarkan oleh Harish. Kemudian, jejaka itu
memasang silencer pada mata pistol tersebut. Sasaran Harish ialah tentera yang
bertugas di bilik sekuriti itu.
“Seorang dah mati,” tutur Harish
apabila otak bersepai daripada kepala lelaki yang sedang memakan nasi lemak
itu. Tiada langsung kedengaran bunyi tembakan memandangkan silencersudah dipasangkan.
Kate memanjat masuk bilik sekuriti
itu lalu mengeluarkan pisau Rambo.
Leher lelaki yang sedang tidur itu merembes darah merah. Kemudian, Harish
menyusul dari belakang. Selepas membaringkan dua mayat tentera Singapura
tersebut, Kate mengambil tempat duduk mereka.
“Itu...” tutur Harish tidak percaya.
“Makmal rahsia mereka,” kata Kate
sambil menumpukan perhatian ke arah skrin yang memaparkan saintis-saintis
Singapura sedang mengusahakan sesuatu di sebuah makmal yang serba putih.
“Seseorang harus pergi ke sana,”
tutur Kate lagi.
“Siapa?” tanya Harish.
“Saya. Awak tunggu di sini. Hubungi
saya kalau ada bahaya yang sedang menghampiri,” tutur Kate lagi sambil
membetulkan fon telinga yang agak berbelit itu.
“Tapi... saya yang nak...”
“Awak masih baru lagi. Saya ialah
mentor awak bukan? Awak kena belajar daripada saya. Kalau sesuatu terjadi pada
saya, saya nak awak tahu sesuatu, saya cintakan awak.”
Harish tergamam. Ucapan itu
sebenarnya yang ditunggunya. Perlahan-lahan, Kate meninggalkan Harish
keseorangan di dalam bilik yang asing bagi Harish itu. Tanpa diketahui oleh
Harish, itulah detik terakhir Harish bertemu dengan Kate.
Kate telah ditembak di lengan ketika
cuba melarikan diri selepas meletakkan bom jangka di makmal senjata Singapura.
Dia sempat sampai ke bilik yang menempatkan Harish, tetapi dalam keadaan
nyawa-nyawa ikan. Pada malam itu, Harish setia mengendong jasad Kate yang tidak
lagi bernyawa, melarikan diri daripada situ. Makmal itu berjaya diletupkan.
Hutan Simpan Eurasia
5.05 Petang, 1 April 2013
Pang! Aulia rebah ke dalam arus
sungai. Belakang tubuh Aulia dimamah peluru yang ditembak oleh seseorang.
Harish yang menyaksikan perkara itu tergamam. Yusoff pula spontan meniarap di
atas tanah. Tetapi tidak Harish. Satu lagi tembakan membuatkan Aulia rebah.
“Aulia!” teriak Harish seperti orang
yang kena histeria.
Aulia hanya mampu
tersenyum. Air matanya mengalir. Wajah Harish cuba dibelai oleh Aulia, namun
tangan gadis itu agak lemah. Tembakan bergema lagi. Kali ini tersasar dan tiada
yang terkena tembakan.
“Sakit...” tutur Aulia sambil
tersedak. Darah merah membuak keluar daripada mulut Aulia.
“Harish! Tunduk! Ada sniperdi sini,” bisik Yusoff yang masih
lagi meniarap. Namun, Harish mengendahkan amaran Yusoff.
Tembakan berdendang di udara.
Pelurunya membaham kaki kiri Harish ketika lelaki itu cuba untuk berdiri sambil
mendukung Aulia. Yusoff hanya menggelengkan kepalanya memerhatikan situasi itu.
Dia hanya mampu melihat Harish rebah ke tanah bersama Aulia.
“Kaki aku Yusoff,” bisik Harish
ketika terbaring terletang dalam rumput yang tinggi memanjang.
“Ada penembak tepat yang sedang
memerhatikan kita,” gumam Yusoff pula.
Namun, kesakitan itu bukanlah alasan
buat Harish untuk melupakan Aulia. Lelaki itu merangkak menghampiri Aulia. Mata
gadis itu sudah tertutup. Harish meraung menjerit nama Aulia. “Aulia!!!”
Air mata membasahi wajah Harish.
Tanah di bawahnya pula menjadi mangsa Harish yang sedang dirasuk oleh emosi. Matanya
merah. Jelas kemarahan sedang menguasai diri Harish.
“The
Sniper!Aku akan balas dendam!” teriak Harish ketika meniarap. “Yusoff,
siap sedia, kita akan bertempur.”
Yusoff tidak percaya mendengarkan
kata-kata Harish. Mahu bertarung dengan seorang penembak tepat di dalam hutan
tebal sebegini? Terdapat banyak gaung di sekeliling mereka dan penembak tepat
itu boleh berada di mana-mana sahaja.
“Ingat balik ilmu yang kita belajar
di akademi. Bagaimana mahu berdepan dengan penembak tepat macam dia,”
kedengaran suara Harish menggumam lagi.
Sementara itu, agak jauh daripada
tempat Harish dan Yusoff berselindung, kelihatan seorang lelaki yang sedang
meniarap sambil setia mendakap setia sebuah senjata Barret M82A1.
“Mejar Adam Harish dan Leftenan Muda
Yusoff Ong. Hutan ini ialah kubur kamu berdua. Jangan cari pasal dengan
Asstrold Pharmacy. Aku, Kapten David Humbolt, legenda Perang Vietnam dahulu
akan kembali bernyawa,” gumam David Humbolt sambil menarik picu senapangnya.
David Humbolt, tidak pernah tewas
dalam pertarungan sniper.