Hutan Simpan Eurasia
7.00 pagi, 21 Disember
Harish sedang memejamkan matanya, menahan
kesakitan apabila Aulia sedang mencuci luka di wajahnya. Aulia yang merupakan
seorang pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan dengan perubatan
kelihatan begitu cermat sekali merawat Harish. Baru sahaja sebentar tadi dia
usai membalut tangan Harish.
“Auch,”
sekali sekala Harish mengerang kesakitan.
“Tahanlah
sikit sakit tu,” tutur Aulia sambil mengukirkan tersenyum. Kesakitan yang
dirasai oleh Harish terasa hilang buat seketika apabila senyuman gadis itu
sedang menghiasi pandangan matanya.
“Siap,”
kata Aulia yang baru sahaja usai menyapu herba-herba yang ditemuinya pada luka
di wajah Harish. Harish tidak menjawab sebaliknya dia masih kaku merenung wajah
Aulia. Comel...
“Awak?”
panggil Aulia sambil melambaikan tangannya. Harish pantas menggelengkan kepalanya.
Dia kembali tersenyum. Harish cuba bangkit tetapi Aulia terlebih dahulu
memegang lengan sasa jejaka itu.
“Saya
papah awak,” kata Aulia sambil mengukirkan senyuman di wajahnya.
“Jangan
senyum,” gumam Harish tiba-tiba.
“Kenapa?”
soal Aulia.
“Jangan
tanya,” balas Harish lagi.
“Okey,”
jawab Aulia pendek sambil mengangkat bahunya. “Tapi, kita nak ke mana?” tanya
Aulia. Belum sempat Harish mahu menjawab persoalan Aulia itu, tiba-tiba alat
komunikasinya kembali berfungsi. Fon telinga yang disumbat di telinganya
memancarkan suara seseorang.
“Hello,
ini Emma bercakap. Apakah Mejar Adam Harish berada di sana?” soal satu suara.
Harish mengarahkan Aulia supaya senyap. Peluang inilah yang ditunggu-tunggunya.
Aulia pula sekadar membatu di sebelah Harish.
“Ini
saya, Mejar Harish, roger,” jawab
Harish.
“Bagus.
Akhirnya dapat juga menghubungi awak. Saya ialah orang yang akan membantu awak
dalam misi menyelamatkan Shila. Syukur kepada ALLAH yang anda selamat. Apa-apa
pun, ada sebuah perkampungan yang tidak jauh dari tempat anda berada. Kami mahu
awak dapatkan maklumat di situ,” kata Emma lagi. Harish mengangguk seorang
diri.
“Macam
mana kau tahu lokasi aku?” tanya Harish. Perkataan saya dan awak tidak lagi
digunakan dalam perbualannya. Emma yang sedang berada di pejabat perdana
menteri, Datuk Shahrin Ruslan.
“Kami
dah pasangkan alat pengesan di baju awak. Jadi, lokasi awak sudah tertera di
atas peta di skrin komputer saya. Kampung itu terletak di utara dari lokasi
awak berdiri. Apa-apa pun, teruskan misi awak. Selamat berjaya,” tutur Emma
lalu mematikan komunikasi antara dia dan Harish. Pantas Harish mengeluarkan
senjata, pistol Beretta M9. Hanya itu sahaja yang tinggal padanya selepas
kemalangan helikopter pada tempoh hari.
“Kamu
ikut saya. Kita akan ke sebuah perkampungan yang berhampiran dengan kita. Saya
baru sahaja mendapat makluman daripada HQ, kemungkinan besar kita akan mendapat
maklumat dari perkampungan itu.”
***
Langkah
kaki Harish terhenti apabila sebuah tembok batu sedang menghalang jalan mereka.
Terdapat sebuah pintu gerbang yang terdapat ukiran aneh sedang menanti mereka
di tengah-tengah tembok batu yang melintang jauh. Kedengaran raungan dari dalam
perkampungan yang dilindungi oleh tembok batu itu.
“Shyy...”
arah Harish yang sudah bersiap sedia mengacukan pistolnya, sambil menghampiri
pintu gerbang itu perlahan-lahan. Pintu tersebut ditolaknya perlahan, tidak
berkunci. Harish mengintai dari celah pintu itu.
“Astagfirullah...”
Harish sempat beristighfar. Dia melihat mayat pemandu helikopternya sedang
dibakar hidup-hidup di tengah-tengah lapangan. Lapangan itu penuh dengan lautan
manusia. Aneh, cara penggerakan mereka sangat lemah longlai.
Aulia
yang melihat perkara itu mahu sahaja menjerit, tetapi mulutnya sempat ditekup
oleh Harish. Harish yakin pastinya mereka semua ada kaitan dengan kehilangan
Shila. Kelihatan beberapa orang penduduk kampung tersebut sedang mencampakkan
daun kering ke atas api yang sedang marak memanggang tubuh pemandu helikopter
milik Harish.
“Kita
akan masuk ke dalam sana,” kata Harish serius yang mengundang renungan tajam
Aulia seolah-olah Aulia sedang bertanya melalui matanya, “Awak dah gila ke?”
Belum sempat Aulia mahu membantah, Harish sudah menarik tangannya, supaya
mengekor Harish memasuki kawasan perkampungan itu.
“Assalamualaikum...”
tutur Harish tiba-tiba. Pandangan penduduk kampung itu merenung tajam ke arah
Harish dan Aulia yang sekadar tersengih bodoh. Harish kelihatan mengeluarkan
sekeping foto, lalu menghampiri salah seorang dari penduduk perkampungan itu.
“Pak
cik ada nampak tak gadis dalam gambar ini?” soal Harish, yang kelihatan sangat
tenang berhadapan dengan situasi itu padahal Aulia sudah mula ketakutan apabila
mereka sedang dihampiri dari serata sudut oleh ratusan penduduk kampung
tersebut. Erat lengan Harish dipeluk oleh Aulia.
Harish
tersengih melihat mereka sedang dikelilingi oleh lautan manusia di dataran itu.
Ada di antara mereka sedang memegang sebuah kapak, berjalan dengan sangat lemah
dan longlai ke arah Harish.
“Siapa
di antara kamu yang ada nampak gadis ini?” tanya Harish sambil menjulang foto
Shila.
“Mereka
ni nampak macam bukan manusia aje...” bisik Aulia di telinga Harish namun tidak
diendahkan oleh Harish. Merasakan keselamatan mereka berdua tidak lagi selamat,
Harish mengeluarkan lencananya yang mengatakan dirinya merupakan pihak
berkuasa.
“Saya
Mejar Harish dari unit siasatan PDRM dan saya perlukan bantuan kamu semua. Ada
sesiapa nampak anak perdana menteri Malaysia? Dia hilang...” belum sempat
Harish menghabiskan kata-katanya, dirinya ditolak dari belakang. Salah seorang
daripada penduduk kampung itu sudah bertindak luar batasan.
“Zombi?’
gumam Harish tidak percaya. Kelihatan Aulia sedang memapah jejaka itu untuk
kembali berdiri. Harish pantas mengeluarkan sepucuk pistol, lalu melepaskan
beberapa tembakan mengenai penduduk kampung itu.
“Harish?
Kenapa?” tanya Aulia namun soalan Aulia tidak berjawab. Pantas pergelengan
tangan Aulia dicapai oleh Harish lalu menarik gadis itu supaya mengekoirnya.
Harish sempat melepaskan dua das tembakan di kira dan kanannya, bagi membuka
laluan untuk dirinya melarikan diri.
Mereka
berdua menghampiri sebuah rumah batu dua tingkat yang tidak jauh dari tempat
tadi lalu memasukinya.
“Tolong
aku tolak almari ni. Kita kena berlindung di dalam!” kata Harish memberi
arahan. Sebuah almari yang lokasinya terletak di sebelah pintu masuk ke rumah
batu itu telah ditolak oleh Harish dan Aulia untuk dijadikan sebagai penahan
agar pintu tidak rosak. Kemudian, beberapa almari lagi diubah untuk melindungi
bahagian tingkap rumah tersebut.
“Kenapa
awak tembak mereka? Dan kenapa mereka nak serang kita? Siapa mereka?” soal
Aulia bertalu-talu seolah-olah tidak mahu memberi ruang untuk Harish bernafas.
Harish tidak mengendahkan pertanyaan Aulia itu sebaliknya sedang mengisi peluru
Berreta M9 miliknya itu.
“Kita
naik atas,” arah Harish serius.
“Awak
tak jawab soalan saya lagi!” marah Aulia.
“Bukan
sekarang. Kita ada benda yang lagi...”
“Saya
nak tahu apa yang terjadi pada Shila sekarang juga! Saya tak faham apa yang
terjadi pada rakan saya dan saya dah tak boleh duduk diam lagi,” pintas Aulia
marah. Harish terdiam. Wajah Aulia diamatinya penuh kusyuk.
“Kau
nak tahu?” tanya Harish.
“Yup,”
balas Shila.
“Mereka
semua itu zombi. Bandar Eurasia sudah diserang zombi. Maksud aku, hampir semua
penduduk bandar itu sudah dijangkiti oleh virus T yang disebarkan oleh sebuah
syarikat yang bernama Asstrold Pharmacy. Shila diculik kerana syarikat itu
tidak mahu Perdana Menteri Shahrin berbuat sesuatu bagi memindahkan semua
penduduk Eurasia bagi memudahkan kerja mereka,” terang Harish yang kembali
meyarungkan pistol tersebut di seluar jeansnya.
Aulia
mengeluh berat.
“Macam
cerita filem pula. Resident Evil...” ulas Aulia.
“Jangan
risau. Mejar Harish tidak pernah gagal dalam hidupnya,” kata Harish lagi. Namun
perbualan mereka mati secara tiba-tiba apabila kedengaran bunyi sesuatu pecah
dari atas. Harish kembali mengeluarkan pistolnya sebagai langkah berjaga-jaga.
Lelaki
itu memanjat tangga untuk ke tingkat dua. Kejutan sekali lagi menjelma apabila
salah seorang zombi telah mendirikan sebuah tangga untuk naik ke atas. Malang,
tangga tersebut mengenai tingkap lalu pecah.
Harish
berlari ke arah tingkap lalu melepaskan beberapa das tembakan dari atas lalu mengenai
kepala zombi yang sedang memanjat untuk ke atas.
“Ambil
kayu tu Aulia!” arah Harish. Masalah tidak berhenti setakat itu, kedengaran
bunyi dentuman dari tingkat bawah. Kelihatan seperti zombi sudah berjaya
memecah masuk ke dalam rumah itu. Ya ALLAH... kau selamatkanlah
kami.