Bawah Jambatan
10.00 Pagi, 1 April 2013
“Kita
berhenti di sini,” tutur Arief sebaik sahaja menghentikan kereta perisai itu di
bawah jambatan. “Aku nak tidur sekejap.”
“Kita
berehat sekejap,” kata Ashraf menyokong kata-kata Arief yang sudah
mencondongkan kerusinya itu ke belakang.
Mereka
mengambil keputusan untuk berehat selepas bertarung semalaman mempertahankan EIA
daripada tumbang. Namun, apakan daya, ketentuan ALLAH tu lebih hebat daripada
usaha manusia.
Jambatan
yang melintang di atas sebatang sungai itu menjadi lokasi rehat mereka kerana
lokasinya yang terpencil dan jauh daripada lautan mayat hidup yang dipanggil zombi.
“Kita
nak ke mana sekarang?” tanya Azmir ketika dia membuka pintu kereta perisai itu.
Dia memilih untuk berehat di luar, mengambil udara segar daripada terperap di
dalam bersama Arief yang sudah membuta. Arief hanya mengambil masa beberapa saat
untuk terlelap dibuai mimpi indah.
“Aku
ingatkan nak singgah ke mana-mana kedai serbaneka. Kita perlukan susu untuk
Danny,” kata Ashraf sambil melemparkan pandangan ke arah Fera yang sejak tadi
asyik mendukung Danny yang masih lagi tidur.
“Lepas
tu?” tanya Azmir lagi.
“Rumah Ketua
Menteri Eurasia, Datuk Hazman,” kata Arief yang menyertai mereka dari belakang.
Iwan dan Ashraf yang sedang bersandar di kereta perisai Harimau Warriour itu
menoleh ke arah Arief.
“Bukan
kau tidur ke tadi?” tanya Iwan.
“Aku tak
mengantuk. Tadi, aku uji radio kereta perisai. Aku dapat pesanan daripada orang
Datuk Hazman Zafryl yang mereka sedang kumpulkan survivor epidemik ini di rumah agam Datuk Hazman Zafryl” kata Arief
lagi.
“Jauh
tak nak ke sana?” tanya Iwan.
“Sejam dari
sini,” jawab Arief pendek.
Pasar
Raya Mydin
10.10
pagi, 1 April 2013
“Berhenti-berhenti,”
seru Fera tiba-tiba apabila sebuah pasar raya yang berdiri di tepi Lebuhraya
Eurasia berjaya mencuri perhatiannya. Arief yang sedang memandu itu sekadar
mengangkat bahunya.
Kereta
Perisai itu semakin perlahan ketika menghampiri pasar raya yang kelihatan suram
itu. Beberapa buah troli kelihatan terbalik di hadapan pintu masuk pasar raya
itu. Terdapat banyak sampah berselerak di hadapan pasar raya.
“Kau nak
buat apa?” tanya Arief.
“Nak
‘beli’ susu, pampers dengan baju untuk Danny,” ujar Fera. Danny tersenyum riang
sebaik sahaja namanya dipanggil oleh Fera. Telatah Danny sangat mencuit hati
dan membuatkan Fera semakin sayang.
“Beli?”
ulang Azmir dalam nada menyindir. Fera sekadar tersengih, memahami maksud Azmir
itu.
“Korang
nak kirim apa-apa tak?” tanya Fera.
“Aku nak
apa sahaja benda yang boleh dibuat makan. Perut aku dah meragam ni,” kata Azmir.
“Same with him,” kata Arief pula.
“Sama,”
balas Tasha pendek.
“Danny,
kita nak pergi shopping dengan ayah.
Jom?” kata Fera sambil mendukung Dany. Dany berdecit kecil. Dia suka apabila
hidungnya dicuit oleh Fera.
“Kenapa
pula saya?” tutur Ashraf yang kelihatan tidak puas hati itu.
“Tak ada
kompromi. Pokoknya Ashraf kena ikut juga. Jangan lari daripada tanggungjawab. Ashraf
ialah ayah kepada Danny,” marah Fera.
Ashraf
mengeluh berat. Sempat juga dia menoleh ke arah Arief yang sekadar tersenyum.
***
Ashraf
sedang menolak sebuah troli memasuki pasar raya kecil itu. Fera yang sedang
mendukung Danny mendahuluinya di hadapan. Selaras Shotgun Benelli M4 Super 90
sepanjang 884 mm sedang terbaring kemas di dalam trolinya. Senjata itu dijumpai
Ashraf di dalam kereta perisai.
“Assalamualaikum...”
teriak Fera.
“Waalaikumussalam,”
jawab Ashraf pendek.
“Memang
tak ada orang langsung kat sini,” kata Fera sambil menoleh ke belakang. Ashraf
sekadar menggelengkan kepalanya sambil setia menolak troli membontoti Fera dari
belakang.
“Kita
pergi ke bahagian susu dulu ya Ashraf?” kata Fera yang kelihatan luar biasa
gembira. “Fera dah lama nak rasa nikmat mempunyai keluarga...”
Ashraf
terkesima mendengarkan bait-bait kata Fera. Entah kenapa, dia merasakan ada
satu aura yang sedang menyelubunginya.
“Ashraf,
kenapa tercegat lagi berdiri kat situ? Cepatlah,” panggil Fera sekaligus
mematikan lamunan Ashraf. Kelihatan senyuman terukir di bibir Ashraf.
***
Fera
sedang mengukur baju yang mungkin sesuai untuk Danny. Akhirnya tiga buah baju
jenama Pollo untuk Danny. Dia kemudian memakaikan Danny dengan sehelai baju
berkoler berwarna merah jambu. Kemudian sehelai seluar jenama Quuaee yang
berharga RM 22.90 disarungkan di kaki Danny.
“Sekarang
anak mama dah comel,” kata Fera sambil mencium pipi Danny.
Ashraf
hanya memerhatikan gelagat Fera melayan Danny.
Comel... anak dengan mamanya comel...
“Kita
pergi cari pampers Danny pulak,” kata
Fera lagi lalu meninggalkan Ashraf yang masih setia menolak troli, mengekori si
gadis yang teruja menjadi ibu kepada bayi yang bernama Danny.
***
“Kita
ambil air tin ni ya?” kata Fera ketika berhenti di bahagian minuman.
“Ambilah...”
balas Ashraf malas.
Dia
masih mengingati pesanan arwah ibunya.
“Ashraf kalau dah berkahwin nanti, Ashraf
kena ingat yang orang perempuan ini kita kena ikut sahaja cakap mereka ketika
mereka membeli-belah. Kalau tidak, mereka akan merajuk lama.”
“Mana mama tahu?” tanya Ashraf.
“Mama ni bukan perempuan ke?”
Ashraf tersengih.
“Ashraf tak nak kahwin. Ashraf nak
jaga mama sampai Ashraf mati.”
“Cukup
tak?” tanya Fera sekaligus membuatkan angan-angan Ashraf mati.
Troli
yang dibawa oleh Ashraf suku penuh dengan makanan ringan yang dikaut oleh Fera.
“Cukup
Fera,” jawab Ashraf pendek.
***
Ashraf
hanya mampu tersenyum mendengarkan celoteh Fera. Gadis itu tidak habis-habis
bercerita mengenai dirinya, Danny dan keadaan Eurasia yang telah bertukar
menjadi neraka dunia bagi penghuni di dalamnya.
Bam!
Bunti sesuatu terjatuh telah membuatkan jari Ashraf spontan menyentuh bibir
Fera. Kemudian, bunyi sesuatu meraung memecahkan kesunyian baru sahaja mahu
berleluasa. Shotgun Benneli M4 Super 90 dicapai oleh Ashraf.
“Jangan
bising,” gumam Ashraf perlahan. Tubuh Fera dirangkulnya agar Fera lebih hampir,
tidak terlalu jauh dengan dirinya. Suaranya hampir sahaja tidak kedengaran
namun gerak bibirnya mampu dibaca oleh Fera yang sedang memeluk erat Danny.
“Sana,”
gumam Ashraf lalu mengacukan senjatanya ke arah satu susuk tubuh yang sedang
berlari dengan sangat pantas ke arah mereka berdua.
Bam!
Kepala zombi itu bersepai di baham peluru Shotgun.
“Sana!”
teriak Fera.
Sekumpulan
zombi sedang berlari turun dari tingkat atas pasar raya itu. Danny sudah mula
menangis. Fera hanya mampu menepuk-nepuk belakang Danny perlahan. Jelas bayi
itu sedang ketakutan.
“Mereka
sudah berubah,” gumam Ashraf serius sambil melepaskan beberapa das tembakan
lagi. “Fasa dua jangkitan Virus T. Mereka bukan lagi jenis zombi yang hanya
berkeliaran longlai tetapi mereka sudah mampu berlari.”
Fera
sekadar mengangguk mendengarkan penjelasan Ashraf. Lelaki itu tahu banyak
mengenai zombi.
“Lari
dulu sementara aku uruskan zombi di sini. Kau kena bawa Danny dan barang-barang
yang kita curi dari sini keluar. Aku akan perlahankan mereka,” kata Ashraf
sambil melepaskan sedas lagi tembakan.
“Tapi
awak...”
“Nyawa
Danny dan awak lebih penting. Lagi pun dah menjadi lumrah dunia si ayah
memainkan peranan mempertahankan ahli keluarganya, bukan?” soal Ashraf sambil
tersenyum.
Air mata
Fera sudah mula menitik. Danny diletakkan di dalam troli. Pergelenagan tangan Ashraf
pula dicapai olehnya.
“Kita
mati bersama daripada awak mati seorang!” tegas Fera.
***
Pintu
keluar dari pasar raya itu terbuka. Rokok yang sedang bergayut di bibir Azmir
terjatuh tatkala melihat Ashraf dan Fera yang sedang deras berlari ke arah kereta
perisai mereka. Tasha sempat mencapai Danny yang sedang menangis ketakutan di
dalam troli.
“Buka
bonet!” arah Ashraf.
Azmir
mengangguk lalu melakukan apa yang diarahkan. Arief pula mencapai sebuah M16 yang
terdapat di dalam bonet kereta perisai itu. Dia sudah bersedia untuk beraksi.
“Zombi
ke?” tanya Azmir ketika membantu Ashraf memungah barang-barang keperluan ke
dalam bonet kereta perisai itu.