Pulau Eurasia, lokasinya terletak di tengah-tengah Laut
Cina Selatan merupakan wilayah Malaysia. Sebuah bandar kedua terbesar selepas
Kuala Lumpur, Eurasia sememangnya memainkan banyak peranan dalam membangunkan
ekonomi Malaysia sehingga menjadi harimau asia dalam bidang ekonomi setanding
dengan Singapura, Korea Selatan, India, China dan Jepun.
Namun, siapa tahu
kota metropolitian ini bakal bertukar menjadi neraka dunia bagi penduduknya,
mengheret sebuah konflik yang telah lama dilupai dunia belasan tahun yang lalu,
ketika di Racoon City, Amerika Syarikat.
Perjudian yang
dilakukan oleh pemimpin Malaysia telah memakan diri dan memberi impak besar kepada
Malaysia. Siapa tahu, tragedi yang berlaku itu juga memberikan sejuta
pengajaran kepada penduduk kota metropolitian Pulau Eurasia. ALLAH Maha Besar.
Syamir, Harish dan Ashraf,
jelas mempelajari sesuatu yang sangat berharga untuk dikutip. Cinta,
persahabatan dan kepercayaan teruji dalam kancah permainan tuhan untuk menguji keimanan
hambanya.
Taman
Mahkota, Pulau Eurasia
1.00 pagi,
1 April 2013
Syamir seperti
terkena renjatan eletrik apabila jeritan kakaknya itu menyerang lenanya. Mimpi
indah yang baru sahaja dikecapinya hilang bagai dibawa angin. Syamir lengkap
berbaju-T dan berseluar jeans yang dipakainya sebelum tidur. Tanpa mempedulikan
rambutnya yang serabai dan air liur basi yang membasihi pipi, Syamir terus
membuka larian ke arah ruang tamu, punca suara kakaknya menjerit minta tolong.
“Kak Leen!” seru Syamir.
Leen sedang terlutut di lantai sambil tangan kanannya berlumuran darah. Syamir hilang
keseimbangan melihat situasi yang sedang terpapar dihadapan matanya.
Anak ahli
perniagaan terkenal itu tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia tahu bahawa
darah itu milik seseorang yang dikenalinya, cuma jasad mereka sahaja yang tidak
kelihatan. Leen mendongak melihat wajah adiknya itu, turut berkongsi rasa sedih
dan terkejut.
“Apa yang dah jadi
ni, kakak ?” soal Syamir sambil menghampiri kakaknya. Bahu Leen disentuh oleh Syamir,
lembut. Jelas yang tangan Syamir menggigil. Air mata Leen terus sahaja tumpah
sebaik sahaja ditanya mengenai apa yang sebenarnya berlaku di ruang tamu rumah
banglo dua tingkat mewah itu.
“Pak cik Kamil. Kakak
lihat sendiri dia dibaham oleh makhluk tu lalu diheret keluar.” Pegawai
keselamatan mereka baru sahaja ditimpa bala.
Syamir menyedari
ada ‘sesuatu’ yang sedang menyerang rumahnya. Dia menolak lembut kakaknya ke
tepi lalu berlari ke tingkat atas biliknya. Telefon bimbit dan kayu hoki
dicapai oleh Syamir lalu turun ke ruang tamu.
Namun kali ini,
benda yang membaham Pakcik Kamil sedang menghampiri Leen yang sedang menggigil
ketakutan di atas tompokan darah di ruang tamu.
“Kakak! Lari! Biar Syamir
uruskan benda ni!” teriak Syamir lalu melompat dari tingkat dua, tanpa
menggunakan tangga dan terus sahaja menghadiahkan sebuah pukulan yang kemudiannya
tepat mengenai kepala manusia aneh atau benda itu. Makhluk itu tersembam jatuh.
“Zombi?” Perkataan
itu terpacul dari mulut Syamir apabila melihat gaya berjalan dan jatuh benda
itu. Syamir lantas menarik kakaknya menjauhi zombi, barangkali namanya. Zombi
tadi belum mengalah, cuba untuk bangkit dan... belum sempat untuk zombi tadi
berdiri, sebuah pukulan kayu hoki lagi hinggap di tempurung kepalanya. Pukulan
yang dilepaskan oleh Syamir kali ini sepenuh tenaga. Darah merah merembes dari
kepala zombi itu lalu membasahi tangan Syamir.
Syamir kelihatan
tercungap-cungap sambil mencuci tangannya yang berdarah pada langsir yang
berdekatan dengannya. Matanya menangkap satu susuk tubuh yang berketinggian
sederhana, berambut lurus dan berkulit kuning langsat yang sedang bertarung dengan
belasan orang zombi di luar rumahnya menggunakan selaras Shotgun jenis Browning
Auto-5 dengan peluru 20 gauge
“Akak! Ada orang kat luar!” seru Syamir sambil memanggil
Leen. Leen menghampiri Syamir lalu menyelak langsir itu bagi memudahkan
pandangan.
“Jiwon!” Leen
tiba-tiba menjadi teruja. Syamir merenung kakaknya itu, terkejut apabila nama
yang sangat asing dalam masyarakat melayu yang hinggap di telinganya.
“Jiwon? Kakak kenal
dia ke?” soal Syamir pula.
Leen ternganga
merenung wajah polos Syamir itu.
“Diakan pelakon
korea yang terkenal tu? Akak suka tengok drama dia. Tak sangka pula... macam
King 2 Heart dengan Secret Garden.”
“Nanti-nanti...
maksud kakak dia adalah aktress terkenal yang dari luar negara, memang terkenal
dan... tapi macam mana pula dia boleh ada kat Malaysia? Adik tak fahamlah!”
“Diakan dalam
promosi filem Hollywood pertama lakonannya, Resident
Evil: Racoon City tu kan? Tak akanlah itu pun adik tak tahu?” balas Leen
pula. Peristiwa pegawai keselamatan mereka diseret dalam kegelapan malam entah
kenapa lenyap terus dari minda mereka buat seketika apabila heroin asia yang
sangat terkenal sedang bertarung seperti dalam filem dihadapan mereka.
“You two! Come and help me fight!” teriak
Jiwon tiba-tiba membuatkan Syamir dan Leen terdiam. Jiwon sedang bertungkus
lumus melawan zombi.
“Syamir nak pergi
tolong dia kat luar! Kakak duduk dalam rumah ni, jangan ke mana-mana!” arah Syamir.
Leen sekadar mengangguk. Dengan pantas, Syamir terus membuka larian dan tidak
sampai beberapa ketika, dia sudah berdiri di sebelah Jiwon. Leen tersenyum,
memang tabiat biasa Syamir sekiranya budak lelaki itu tersempak dengan gadis
cantik.
“How can this happens to the city in just of one night?” soal Syamir sambil mengangkat kayu hokinya di paras kepalanya. Jiwon
menoleh ke arah Syamir.
“Saya tak tahu!
Saya bangun tidur aje, orang di hotel saya...” Jiwon menundingkan jarinya ke
arah sebuah banggunan hotel yang tidak jauh dari rumah banglo dua tingkat Syamir.
“Semuanya dah hilang macam diculik. Saya jumpa senjata ni di koridor di hadapan
bilik saya! Apa-apa pun sekarang bukan masanya untuk bercakap!” jelas Jiwon
sambil melepaskan beberapa das tembakan lagi mengenai zombi yang sedang
menghampiri mereka.
Syamir tidak
melepaskan peluang itu untuk menjadi hero yang membantu heroin asia yang
terkenal seperti Jiwon. Tiada satu kepala pun yang lepas daripada menjadi
sasaran hayunan kayu hokinya itu.
“Awak boleh
bertutur dalam bahasa Melayu?” soal Syamir tidak percaya sambil menghadiahkan
sebuah tendangan mengenai salah satu daripada zombi yang mahu menyerang curi Jiwon
dari belakang. Jiwon memalingkan tubuhnya lalu melepaskan tembakan yang
membaham kepala zombi tadi.
“Saya belajar. Saya
boleh bertutur dalam tujuh bahasa!” balas Jiwon tiba-tiba sambil menarik dan
terus memeluk Syamir lalu melepaskan sedas tembakan lagi yang tepat mengenai
kepala zombi yang cuba menyerang Syamir. Syamir jadi tergamam...
“Zombi yang
terakhir... mujurlah!”
“Terima kasih...”
ucap Syamir apabila menyedari bahawa perbuatan Jiwon tadi adalah untuk
menyelamatkannya daripada dibaham oleh zombi. Tapi, mereka berdua berada di
dalam posisi menjengkelkan itu dalam beberapa minit, apabila masing-masing
terkedu dengan apa yang berlaku.
Ha Jiwon ialah
seorang wanita yang berambut hitam lurus pada paras bawah bahu, bermata separa
sepet persis gadis korea yang lain. Lesung pipitnya yang unik menambahkan lagi
tahap kecomelan Jiwon, jelas telah mencuri banyak hati lelaki dari seluruh
dunia.
“Syamir!” teriak
Leen menghampiri mereka. Syamir terus tersentak dari lamunannya. Jiwon lantas
dilepaskan daripada rangkulannya. Dengan sepantas kilat, Syamir memalingkan
tubuhnya menghadap arah yang bertentangan dengan Jiwon, berlagak seperti tidak
ada apa yang berlaku antaranya dan Jiwon.
“Jiwon ! Are you really Ha Jiwon? The famous actress
that play in Secret Garden and King Two Heart?”Leen terus sahaja
menghamburkan soalan kepada Jiwon sebaik sahaja Syamir dan Jiwon menamatkan
aksi pertarungan mereka.
Jiwon mengangguk
sebagai balasan kepada jawapan Leen tadi. Tanpa segan dan silu, Jiwon lantas
didakap oleh Leen dengan sangat kejap. Syamir sekadar tersengih apabila Jiwon
merenung kembali Syamir untuk mendapatkan kepastian.
Syamir sedar bahawa
kakaknya itu sememangnya peminat drama korea. Tidak hairanlah Jiwon aktress
dari Korea itu menjadi mangsa rangkulan Leen itu.
“Did you know that I’m your greatest fan?”
ujar Leen sambil memeluk tubuh Jiwon tidak mahu melepaskannya.
“Tahu. Kalau ya
pun, boleh tak awak lepaskan saya?” rayu Jiwon. Leen mula sedar bahawa
perbuatannya memeluk Jiwon tadi agak berlebih-lebihan. Syamir tiba-tiba menarik
kakaknya menjauhi Jiwon.
“Awak boleh cakap dalam
bahasa Melayu?” soal Leen tidak percaya dengan apa yang didengarinya. Jiwon
mengangguk, menjawab soalan yang dilontarkan oleh Leen itu.
“Maafkan kakak saya
tadi, Jiwon. Dia memang peminat nombor satu awak. Mungkin dia hilang kawalan
tadi lepas jumpa artis yang diminatinya,” jelas Syamir sambil menggaru
kepalanya yang tidak gatal itu.
“Tak apa. Saya dah
biasa,” jawab Jiwon pendek sambil menepuk-nepuk jaket kulit yang disarung di
badannya. Syamir tersenyum keanak-anakkan. Jiwon kemudiannya mencampakkan
sepucuk pistol kepada Syamir, membuatkan Syamir tergamam.
“Untuk apa?” soal Syamir.
“Senjata tambahan
untuk keluar dari bandar ini hidup-hidup. Sekarang, bawa saya ke rumah awak.
Kita perlukan rehat untuk sebuah perjalanan yang panjang pada hari ini. Bandar
ini dah tak ubah macam neraka!” jelas Jiwon yang sedang melangkah penuh bergaya
ke arah rumah banglo, tempat tinggal Syamir dan Leen.
Syamir dan Leen
berpandangan antara satu sama lain sebelum berlari anak-anak, mengekori Jiwon
dari belakang. Pistol yang diberikan oleh Jiwon disimpan oleh Syamir ke dalam
kocek seluarnya. Syamir lebih biasa bertempur dengan hanya menggunakan kayu
hoki daripada senjata api. Pistol itu ialah daripada jenis Desert Eagle buatan
Amerika. Pistol itu menggunakan peluru .44 Magnum dan impak tembakannya sangat hebat.
“Nampak macam ada
sesuatu yang buruk baru berlaku tadi,” kata Jiwon lagi sambil membuka pintu
rumah Syamir dan Leen. Pasangan adik beradik itu sekadar berbalas renungan
apabila ditarik balik ke dalam realiti oleh Jiwon.