Jalan Raya
1.45 Petang, 1 April 2013
Ashraf dan Azmir sedang
meronda-ronda di kawasan jalan rayayang dipenuhi oleh ribuan kereta yang tidak
bertuan, sekadar terdampar di atas jalan raya. Fera meminta jasa baik dua orang
jejaka itu untuk berkawal sementara Fera menyusukan Danny.
“Comelnya...” tutur Tasha ketika
melihat Danny sedang kusyuk menghisap puting botol susu yang sedang dipegang
oleh Fera.
“Nak dukung dia ke?” tanya Fera
ketika melihat Tasha begitu kusyuk menatap wajah Danny.
“Saya... tak pandai dukung budak
kecik. Lagipun budak ni tulang belakang dia belum kuat lagi,” balas Tasha
sambil tersengih. Fera pula membalasnya dengan senyuman.
“Belajarlah, lagi pun suatu hari
nanti awak akan jadi ibu. Apa salahnya belajar,” kata Fera pula.
Kedua-dua gadis itu menjadikan
sebuah taman yang terletak di sebelah jalan raya yang sedang menuju ke arah
Bukit Harapan, sebuah kawasan perumahan mewah untuk golongan kaya dan elit yang
menjadikan langit Pulau Eurasia sebagai tempat mereka berteduh.
Tasha kelihatan takut-takut untuk
mendukung Danny, namun naluri keibuan Tasha menghalang segala perasaan yang
sedang bercampur baur di dalam diri Tasha daripada menguasai diri Tasha.
“Kan tak ada masalah tu?” ujar Fera
sebaik sahaja Danny bertukar tangan.
Tasha tersenyum.
“Hai Danny. Kakak Tasha dukung Danny
ya?” ujar Tasha pula. “Comelnya dia senyum. Macam dia faham apa yang kita cakap
pulak.”
“Sebab tu mama sayang Danny,” gumam
Fera pula.
Tasha tersenyum mendengar ungkapan
‘mama’ yang dibahaskan oleh Fera. Gadis itu memang mempunyai jiwa keibuan yang
tinggi.
“Fera, awak memang nak jaga Danny
ke?” tanya Tasha.
Fera yang masih lengkap beruniform
polis itu terdiam. Wajah Danny ditatap penuh kasih sayang oleh Fera. Tulus
renungan mata Fera. Terpancar rasa sayangnya yang bertimbun untuk bayi yang
telah kehilanagn ibu pada usia yang semuda itu.
“Saya dah sayangkan budak ni Tasha.
Lagi pun budak ni dah tak ada siapa di dalam dunia. Dia ada saya dan Ashraf
aje... dan kamu semua. Lagi pun permintaan terakhir arwah mak Danny suruh saya
jaga dia kalau berjaya keluar dari pulau ini hidup-hidup,” gumam Fera.
“Bertuah Danny dapat mama macam
Fera,” kata Tasha sambil mencubit lembut pipi Danny.
Kedengaran bunyi tapak kaki sedang
menghampiri kawasan taman itu sekaligus mematikan perbualan di antara Tasha dan
Fera. Kelihatan Ashraf dan Azmir sedang menghampiri.
“Kawasan sini kosong. Tak ada satu zombi
pun yang kami jumpa,” luah Azmir yang kelihatan seperti tidak sedap hati dengan
situasi yang sedang mereka hadapi.
“Pelik...” tutur Azmir pula yang
tiba-tiba terasa sesuatu yang tidak menyenangkan sedang menyerang hatinya.
“Sekejap... Arief mana?” tanya Tasha
apabila menyedari seorang daripada ahli kumpulan mereka sudah hilang. Serentak
itu, Ashraf dan Azmir saling berkongsi pandangan.
Apartment
2.05 Petang, 1 April 2013
Kelihatan seorang lelaki menyusuri
sebuah lorong yang kelihatan sunyi. Arief semakin jauh daripada kumpulannya
kerana mengekori seorang gadis yang telah mencuri perhatiannya ketika mengikut
Ashraf dan Azmir berkawal.
“Tak silap aku, perempuan tadi masuk
sini,” gumam Arief yang sedang berdiri di hadapan sebuah banggunan usang.
Terdapat sebuah pintu di hadapan pintu Arief dan pintu itu terbuka luas.
“Ada orang tak?” teriak Arief
sebelum melangkah masuk. Tiada balasan.
Pelik...
tak ada zombi ataupun manusia di kawasan perumahan ini...
Gelap. Itulah yang boleh disimpulkan
oleh Arief. Sebuah lampu suluh dihidupkan oleh Arief. Senjata kesayangannya
iaitu M16A2 kelihatan tergantung di celah ketiaknya manakala Arief memutuskan
untuk menggunakan M1911, sebuah pistol kegemarannya.
Arief berhati-hati mengatur langkah
ke dalam aparment kosong itu. Di bawah tapak kakinya kelihatan kesan darah yang
merata. Kelihatan seperti pernah berlaku peristiwa berdarah, beberapa jam yang
lepas.
Lampu suluh Arief tersuluh sesuatu
yang sedang berlari ke tingkat atas...
“Tunggu!” panggil Arief namun
perempuan itu sudah menghilang ke tingkat atas.
Kedengaran bunyi tapak kaki
perempuan itu memanjat anak tangga.
“Apa yang dia nak tunjukkan pada
aku?” tutur Arief di dalam kegelapan itu.
Taman Permainan
2.30 Petang, 1 April 2013
“Azmir. Masanya sudah tiba,” tutur
Ashraf sambil memeriksa SMG yang ada di tangannya.
“Tasha, berikan aku Shotgun kau,”
pinta Azmir pula.
Tanpa banyak soal, Tasha sekadar
menyerahkan senjata itu. Azmir tidak mengucapkan terima kasih sebaliknya
sekadar menguntumkan senyuman. Shotgun itu dibelek oleh Azmir.
“Mana pelurunya?” tanya Azmir lagi,
“Ini,” jawab Tasha pendek sambil
menyerahkan sekotak peluru kepada Azmir.
“Saya pinjam aje tau Shotgun ni.
Nanti, bila kita orang balik nanti, Shotgun ini jadi milik awak ya? Awak ambil
M16 ni,” kata Azmir lagi.
“Kenapa awak tak guna aje M16 tu?”
tanya Tasha.
Azmir sekadar tersenyum.
“Saya ini bukannya penembak tepat
macam Arief dan mempunyai ketepatan yang tinggi macam Ashraf masa menembak. Zombi
ini tak akan mati sekali lagi kita tak serang kepala mereka. Hancurkan otak
mereka atau kita akan mati!” jelas Azmir yang mengambil tempat duduk di sebelah
Tasha.
“Mana awak tahu?” tanya Tasha,
pendek.
“Kalau saya tak tahu, mungkin saya
dah lama mati. Jadi, macam mereka,” terang Azmir.
“Awak...” seru Tasha tiba-tiba.
“Nanti kalau awak balik sini, boleh
tak awak ajar saya menembak? Saya tak pernah menembak seumur hidup saya pun,”
tutur Tasha lagi.
“Kenapa awak suruh saya ajar? Kenapa
tak suruh Ashraf atau Arief?” tanya Azmir.
Wajah Tasha tiba-tiba merona merah.
Dia tunduk malu.
“Kenapa Tasha?” tanya Azmir, separuh
mendesak.
“Awak ingat tak lagi masa kat
lapangan terbang tadi?” tanya Tasha.
“Saya selamatkan awak...” Azmir
terdiam. Senyuman sinis terukir di wajahnya manakala wajah Tasha pula semakin
bertambah merah.
“Awak nak hero hidup awak yang
mengajar awak menembak?” tanya Arief.
Tasha spontan mengangkat kepalanya.
“Azmir...”
“Nurul Natasha...”
“Mana awak tahu nama saya?” tanya
Tasha.
“Tag nama awak tu,” jawab Azmir
sambil menjuihkan bibirnya ke arah baju kebaya biru yang merupakan baju seragam
untuk pramugari syarikat penerbangan nombor satu Malaysia, Malaysian Airlines.
“Maaf,” tutur Tasha yang kembali
tertunduk malu.
“Awak nak mengurat saya ya?” usik
Azmir lagi yang seperti terhibur melihat telatah Tasha yang kelihatan malu-malu
itu. Merah wajah Tasha mendengarkan ungkapan Azmir.
Bunyi tembakan yang berdendang di
udara menyebabkan perbualan Azmir dan Tasha terhenti. Ashraf yang sedang kusyuk
bermain dengan Danny juga tergamam. Danny diserahkan kepada Fera untuk
didukung.
“Itu bunyi tembakan... barangkali
Arief dalam bahaya,” gumam Ashraf sambil menghampiri Azmir yang sedang berdiri
di sebelah Tasha yang masih duduk.
“Kita kena pergi. Bunyi tembakan
yang dilepaskan mungkin akan menarik perhatian ratusan zombi dari jauh,” ujar
Azmir pula.
Ashraf sekadar mengangguk. Dia tidak
mahu berbicara, kerana perkataan bakal mencuri masa dan sedetik yang dilepaskan
membuatkan Arief semakin tenggelam ke dalam lembah maut.
Tap! Pergelangan tangan Azmir dicapai
oleh Tasha, secara tiba-tiba.
“Kenapa Tasha?” tanya Azmir.
“Awak kena janji dengan saya yang
awak akan balik dengan selamat? My
hero...” gumam Tasha.
“Saya Mohammad Azmir Shah bin Azmi
berjanji kepada Nurul Natasha akan kekal hidup sebagai hero di dalam hatinya,” tutur Azmir sambil mengangkat kedua-dua
belah tangannya ke udara gaya orang bersumpah.
“Terima kasih...”
Penerbangan Malaysian
Airlines
2011
Tasha sedang menyiapkan
secangkir kopi yang dipesan oleh penumpang pesawat MAS. Kusyuk gadis itu
menjalankan kerjanya. Seorang lelaki memanggil Tasha, tidak jauh daripada
tempat Tasha sedang menyiapkan kopi tersebut.
“Macam mana rasanya bila teman
lelaki jadi boss dalam pesawat ini?”
bisik lelaki itu ketika Tasha menghampirinya.
“Awak!” seru Tasha geram sambil
mencubit lengan lelaki itu. “Orang nampak nanti!”
“Biar diaorang tahu yang Irwan dah
jatuh cinta pada wanita yang paling cantik dunia!” kata Irwan lagi.
“Sudah-sudahlah tu Irwan!” marah
Tasha.
Irwan tiba-tiba berdiri. Tangannya
tiba-tiba melingkari pinggang Tasha dari belakang membuatkan darah menyerbu
terus ke wajah Tasha. Tasha merenung dengan mata yang seolah-olah hampir sahaja
tersembul keluar.
“Kawan-kawan sepesawat dengan saya.
Dengar sini, saya ada kejutan untuk gadis pramugari ini,” kata Irwan sambil
menepuk tangannya, mencuri perhatian penumpang pesawat Boeing 747 itu.
“Kepada Nurul Natasha binti Hazman,
sudikah anda menjadi isteri saya, menemani saya dari masa susah dan senang?”
tutur Irwan sambil melutut. Tasha hilang kata-kata, dia tidak pernah menyangka
bahawa Irwan akan menjadi seberani itu... juga sangat romantis.
“Saya... terima!” ucap Tasha sambil
mengangguk kepalanya. Kedua-dua tangan Shila spontan menyentuh bibir. Bunyi
tepukan memenuhi seisi pesawat. Tetapi..
Sepucuk pistol sedang melekat di
kepala Tasha. Dua orang lelaki arab sedang berdiri di belakang Tasha. Lengan
lelaki yang mengacukan pistol itu pula sedang melingkari leher Tasha.
“Maafkan aku sebab merosakkan
suasana pesawat ini dan kisah cinta kamu berdua. Kamu boleh simpan adegan cinta
itu untuk kemudian sebab sekarang aku ada benda yang lebih penting. Kau, tolong
bawakan aku jumpa juruterbang pesawat ini. Kita ada lencongan yang perlu
dibuat!” bisik lelaki arab itu ditelinga Tasha.
Rakan subahat lelaki itu pula sedang
mengacukan senjatanya ke arah Irwan yang masih lagi melutut di atas lantai.
Suasana bisu memenuhi ruang pesawat itu. Kemudian dua orang pengganas itu
berserta Tasha bergerak ke arah kopkit.
Sebaik sahaja dua orang lelaki arab
dan Tasha menghilang ke dalam kopkit. Irwan terus berdiri mencari dua orang
pramugara yang merupakan rakan setugas Tasha pada hari itu.
“Aku Inspektor Irwan, kita kena
berbuat sesuatu untuk selamatkan nyawa Tasha dan seluruh penumpang pesawat
ini,” kata Irwan sambil menunjukkan lencana polisnya.
Dua orang pramugara yang tinggi
lampai itu sekadar mengangguk, namun riak wajah mereka menunjukkan mereka
sedang ketakutan dengan insiden yang menimpa mereka.
“Tadi... Tasha ada sediakan kopi
bukan? Aku perlukan air panas!” arah Irwan lagi. Mereka tidak mempunyai masa
yang cukup sebelum dua orang pengganas tadi memunculkan diri.
“Bagus! Sekarang kamu berdua ikut
aku!” arah Irwan lagi.
Mereka bertiga bergerak ke arah
kopkit. Jag yang mengandungi air panas itu dipegang erat oleh Irwan.
“Aku beri arahan, kau buka pintu
ni?” bisik Irwan. Pramugara itu mengangguk lagi.
Irwan mengenyit matanya. Serentak
itu, pintu ke arah kopkit terbuka dan Irwan mencurahkan air panas itu kepada
salah seorang daripada pengganas yang berkawal di pintu masuk. Tembakan
dilepaskan tetapi tersasar. Kesempatan itu diambil oleh Irwan dengan menendang
pengganas yang cuba menembaknya. Pengganas itu terbaring dan pistolnya yang
tercampak di atas lantai dicapai oleh Ashraf lalu diacukannya ke arah pengganas
yang menjadikan Tasha sebagai tebusan.
“Jangan bergerak atau perempuan ini
akan mati!” teriak pengganas itu sambil menujah-nujah kepala Tasha dengan mata
pistolnya. Tasha pula sudah teresak-esak menangis.
Irwan bukannya anggota polis yang
bodoh. Pengganas yang cuba bangkit itu tiba-tiba dicapai oleh Irwan. Dalam
sekelip mata sahaja, Irwan sudah berdiri di belakangnya sambil mengacukan
senjata di dahi lelaki itu.
“Sekarang, lepaskan Tasha atau kawan
kau ni akan mati!” teriak Irwan.
Pengganas yang memiliki Tasha itu
tergamam.
“Kau rela mati bukan? Berkorban
untuk sebuah jihad!” kata pengganas yang memegang Tasha.
“Kau nak biarkan aku mati ke?”
pengganas yang sedang dijaga oleh Irwan itu tidak puas hati.
“Jihad Rahman! Ingatlah yang kita
buat ini kerana untuk agama Islam...”
Irwan tiba-tiba ketawa besar
membuatkan kedua-dua pengganas itu mengerutkan dahinya dengan sikap Irwan.
“Kamu bilang apa yang kamu lakukan
ini untuk agama Islam?” ujar Irwan sambil tersenyum sinis. “Sekarang bilang
pada aku mana-mana hadis atau ayat Al-Quran yang menghalalkan perbuatan kamu
menjadikan gadis yang tak berdosa macam dia sebagai cagaran?”
Pengganas tadi terdiam. Dahinya
berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.
“Kamu mahu menghancurkan musuh
Islam. Aku puji tindakan kamu. Tapi, kamu menjadikan mereka-mereka yang seagama
dengan kamu sebagai cagaran! Apa kamu fikir ALLAH akan menghalalkan tindakan
kamu itu?”
“Tapi.. kau tak nampak ke apa yang
Amerika dan Israel buat pada orang Islam?”
“Aku nampak. Mereka membunuh orang
Islam kita seperti nyawa kita tiada harganya. Tapi, kalau kamu bunuh orang
Islam seperti mereka, apa bezanya kamu dan mereka?”
Tiada lagi balasan daripada
pengganas yang memegang Tasha. Tangannya longlai jatuh... kesempatan itu diraih
oleh Tasha untuk berlari ke arah Irwan. Namun, belum sempat Tasha untuk tiba di
situ, pengganas tadi mengangkat kembali pistolnya ke udara.
“Tasha!” teriak Irwan sambil menolak
Tasha ke tepi. Sedas tembakan dilepaskan dan pelurunya membaham dada Irwan.
Darah merah membuak-buak keluar dari dada Irwan manakala si penembak itu
tergamam dengan apa yang dilakukannya.
“Kau tak pernah membunuh bukan?”
tutur Irwan yang sudah terlutut sambil memegang dadanya. Si pengganas itu
menggelengkan kepalanya.
“Aku maafkan kau sebab kau tak tahu
apa yang kau lakukan ini salah,” gumam Irwan lagi.
“Jangan sebut benda tu!” teriak
Tasha ketika menghampiri Irwan. Irwan diriba oleh Tasha. Air mata sudah
mengalir deras dari kelopak mata Tasha, sekaligus merosakkan solekan pada
wajahnya yang sudah sedia jelita itu. “Awak tak akan mati... itu janji awak
selagi awak tak memperisterikan saya!”
Irwan hanya tersenyum.
“Nurul Natasha, saya cintakan awak!”
***
Azmir... tahukah kau yang wajah kau dan Irwan saling tak
tumpah dan sangat seiras? Dan kamu berdua ialah hero di dalam hidup aku.
Azmir dan Ashraf kelihatan melangkah
pergi, ke arah punca bunyi tembakan tersebut dilepaskan. Sebuah apartment di
tepi jalan raya yang kosong.