Taman Mahkota, Pulau Eurasia
6.30 pagi, 1 April 2013
Syamir menghempaskan punggungnya di atas kusyen, keletihan
selepas bertarung bersama Jiwon tadi. Kelihatan yang Jiwon bukanlah gadis
biasa. Syamir melihat sendiri dengan mata kepalanya bagaimana gadis itu
menggunakan shotgun dengan sangat mahir. Dia merenung wajah Jiwon yang sedang
memejamkan matanya sambil merehatkan diri di atas kusyen. Kemudian, Syamir
melarikan matanya melihat jam dinding. Rupa-rupanya hari sudah menginjak pagi.
Sudah pukul enam. Masa berlalu agak pantas semalam.
“Akak..
rasanya waktu subuh dah lama masuk. Jom kita solat dulu?” ujar Syamir
tiba-tiba. Kakaknya Leen mengangguk.
“Kita
berjemaah hari ni? Kita minta doa pada ALLAH agar diselamatkan mak dan ayah!” cadang
Syamir. Leen sekadar mengangguk. Serentak itu, mata Jiwon terbuka. Solat?
Perkataan itu agak asing di cuping telinganya.
“Kamu
semua nak pergi mana?” soal Jiwon. Loghat koreanya masih bersisa dalam bahasa
melayunya yang agak fasih itu. Syamir sekadar menunjukkan isyarat mengangkat
tangan yang akan dilakukan ketika mengangkat takbir.
“Prayer?” soal Jiwon di dalam Bahasa Inggeris.
“Yup.Waktu subuh dah dekat nak masuk.
Lepas kami solat, kita akan bincang macam mana nak keluar dari bandar ni,” kata
Leen. Syamir sudah mendahului yang lain, dia terlebih dahulu sudah naik ke
biliknya untuk ke bilik air dan seterusnya mengambil wuduk. Leen pula berlalu
ke biliknya di tingkat bawah.
Beberapa
minit kemudian, mereka berdua sudah berada di ruang tamu.
“Kita
solat berjemaah kat bilik tetamu?” cadang Syamir. Leen sekadar mengikut
cadangan adiknya itu.
“Tunggu!”
seru Jiwon. Syamir dan Leen menoleh.
“Boleh saya tengok kamu solat?” Syamir dan Leen saling
berkongsi pandangan. Kemudian, Syamir tersenyum.
“Apa
salahnya... mari-mari,” ajak Syamir. Ini peluanganya untuk dia menunjukkan
keindahan Islam. Biar Jiwon akan terpegun akan keindahan solat, yang mewakili
antara lima tiang Islam itu.
***
Suara Syamir
begitu merdu mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Dia memilih surah Ad-Duha sebagai
surah pertama dan Suruah Al-Ikhsan sebagai surah kedua dalam solatnya. Bacaan
yang dilontarkan oleh Syamir begitu menenangkan Jiwon. Walaupun ayat-ayat itu
tidak difahami oleh Jiwon, namun ianya sudah cukup untuk menjadi sesuatu yang
membuatkan air mata Jiwon bergulung tanpa sedar.
Usai
sahaja solat berjemaah dan Leen melipat telekungnya lalu dimasukkan ke dalam
beg, Jiwon menghampiri kedua-dua orang adik beradik itu sambil tersenyum. Gadis
itu sempat mengesat air mata tidak henti mengalir tadi.
“Awak
baca apa tadi?” tanya Jiwon.
“Al-Quran.
Kitab orang Islam. Kenapa?” tanya Syamir.
“Sedap..
hati saya tenang bila dengar bacaan tu. Merdu suara awak Syamir,” Jiwon memuji.
“Terima
kasih,” ucap Syamir seraya mengukirkan senyuman. Jiwon seolah-olah terpanar
pada senyuman itu, lembut tetapi menusuk ke ruang kalbu.
“Hari
masih gelap. Bahaya kalau kita keluar dalam masa yang macam ni,” jelas Leen.
“Hari
tidak akan lagi cerah di sini,” celah Jiwon.
“Kenapa?”
tanya Syamir ingin tahu.
“Tidak
ada gunanya kalau hari cerah, kita masih terperangkap dalam bandar ini. Apa
yang penting, kita kena telefon polis. Kita perlukan kepastian ke atas apa yang
sedang berlaku pada Eurasia!” Jiwon serius memberi arahan, lagak seseorang yang
sudah biasa menempuh situasi seperti ini.
Syamir
mengangguk, sekadar menjadi pak turut. Dia bingung untuk berdepan dengan
‘fenomena ajaib’ di mana hampir jutaan penduduk bandar metropolis Eurasia City
bertukar menjadi makhluk yang dahagakan daging, otak serta darah manusia.
“Sila
cuba sebentar lagi. Pihak kami sedang mengalami kesulitan,” kedengaran suara
wanita yang kelihatan seperti sudah dipogramkan. Syamir mematikan panggilan
dengan hati yang dipenuhi rasa hampa.
“Sila
cuba sebentar lagi. Pihak kami sedang mengalami kesulitan,” Syamir mengajuk
kembali suara wanita di panggilan tadi ketika Jiwon dan Leen melontarkan
pandangan meraih jawapan. Ketawa kecil dua gadis jelita itu.
“Kalau
macam tu, kita kena buat sesuatu... fikirkan cara terbaik untuk keluar dari sini.”
Leen mengutarakan cadangan.
“Kita
buka televisyen. Mungkin kita akan tahu apa yang sedang berlaku.” Syamir
memberikan cadangan. Jiwon mengukirkan senyuman, seolah-olah merestui hasrat Syamir.
Tanpa sedar, Jiwon seolah-olah menjadi ketua mereka.
“Berita
Terkini melaporkan untuk anda. Penduduk bandar Eurasia dilaporkan telah
mengadakan rusuhan yang paling besar dalam sejarah Malaysia. Komando 69 dan
anggota polis telah dikerahkan untuk mengawal keadaan. Sebab dan alasan berlaku
rusuhan masih belum diketahui. Bersama Arshad Hamidin di Eurasia untuk
mendapatkan laporan penuh daripada Lapangan Terbang Eurasia.” Pembaca berita
siaran TV3 itu kusyuk menjalankan tugas. Skrin beralih tempat. Kali ini,
seorang lelaki yang berperut sedikit buncit sedang memegang mikrofon sedang
berdiri benar-benar di belakang rusuhan di Lapangan Terbang Eurasia sedang
kelihatan di televisyen.
“Saya
Arshad Hamidin melaporkan daripada...” Zrashh! Lehernya tiba-tiba di baham oleh
manusia ‘perusuh’ itu. Kamera sedikit bergerak. Darah merembes membassahi skrin
dan kemudian.. siaran terganggu.
Syamir
pantas mematikan siaran. Dia saling berkongsi pandangan dengan Jiwon dan Leen.
“Adik..
kakak takut...” luah Leen jujur. Syamir mengeluh kasar. Dia mengeluarkan
senjata pistol yang diberinama Desert Eagle yang baru sahaja diberikan oleh Jiwon
sebentar tadi.
“Kita
tak ada pilihan lain. Kalau kita bertiga masih selamat, kita kena jadi hero dan
heroin. Destinati kita ialah... Balai Polis Eurasia!” jelas Syamir sambil
matanya kusyuk mengamati pistol buatan Belgium itu. Tangan kanannya pula erat
menggenggam kayu hoki.