Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 9 Operasi Cabut Lari

Lapangan Terbang Antarabangsa Eurasia

8.00 pagi, 1 April 2013

Ashraf dan Fera benar-benar tidak percaya dengan apa yang dilihat oleh mereka. Pasukan keselamatan yang berkampung Lapangan Terbang Eurasia akhirnya tumpas awal. Satu demi satu rakan-rakan mereka tumbang dibaham oleh mayat hidup yang sedang merusuh.

“Kita kena lari!” tutur Ashraf yakin. Fera melontarkan renungan tajam ke arah Ashraf.

“Tapi tanggungjawab kita...”

“Mampu ke kita bertahan dua orang ini, dengan awak yang terpaksa menjaga bayi tu?” soal Ashraf lagi yang sempat melepaskan beberapa das tembakan, melindungi Fera yang sedang menenangkan bayi yang berada dalam gendongannya.

Fera mati hujah untuk melawan Ashraf. Benar juga kata-kata lelaki kacukan itu. Wajah Ashraf yang sedang kusyuk melepaskan tembakan direnung penuh kusyuk oleh Fera. Kemudian, gadis itu melarikan matanya untuk melihat sekeliling. Tiada lagi manusia yang belum dijangkiti di dalam lapangan terbang canggih itu. Masing-masing sudah bertukar menjadi mayat hidup yang dahagakan daging segar.

“Awak, pintu keluar ada kat sana! Terbuka luas,” tutur Fera. Bayi tadi tidak lagi menangis sebaliknya merenung kosong wajah Fera. Ashraf memalingkan wajahnya ke arah arah yang ditunjukkan oleh Fera.

“Kita berdua lari serentak ke sana, sambil saya melindungi awak,” ujar Ashraf serius. Fera mengangguk.

“Satu.... dua... tiga!” teriak Ashraf lalu membuka langkah seribu.

***

“Arief! Tinggal kita aje kat lapangan terbang ni!” tempik Azmir sambil mengisi peluru ke dalam senjatanya. Arief sekadar menggelengkan kepalanya mendengarkan jeritan Azmir.

“Aku tak akan menyerah!” balas Arief. “Kalau ditakdirkan aku terkorban di sini, aku rela. Yang penting aku kena pegang amanah yang telah diletakkan ke atas aku.”

Azmir berlari menghampiri Arief lalu menghadiahkan sebuah tumbukan yang kemudiannya tepat mengenai pipi Arief. Koler Arief digenggamnya.

“Amanah apa lagi? Tiada siapa lagi yang masih manusia biasa dalam lapangan terbang ini kecuali kita. Dan kita ada dua nyawa yang harus kita pertahankan. Tasha dan budak perempuan tu!” marah Azmir.

“Ambil kau!” kedengaran suara Tasha berteriak ketika menghadiahkan satu pukulan menggunakan sebatang besi lalu tepat mengenai kepala zombi yang cuba menyerang budak kecil tadi. Namun, kudrat seorang gadis seperti Tasha tidak banyak membantu. Akhirnya, budak kecil tadi menjadi mangsa ratahan zombi yang sedang mengganas.

“Adik!” teriak Tasha yang terlepas pegangan tangannya ketika budak kecil itu ditarik kakinya ke arah lautan zombi yang sedang mengepung mereka. Tasha spontan terlutut di tanah, tidak percaya dengan peristiwa yang sedang berlaku.

“Bangkit Tasha!” kata Azmir sambil melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah zombi yang cuba menyerang Tasha dari pelbagai arah.

“Budak tadi...” gumam Tasha sambil mengesat air matanya. Arief menggelengkan kepalanya melihat situasi itu. Selepas kembali mengikat senjata sniper buatan Malaysia di belakangnya, Arief menghulurkan tangannya.

“Kita kena lari,” tutur Arief sambil menanti Tasha mencapai huluran tangannya.

“Tinggalkan saya kat sini.. saya lemah,” balas Tasha.

Azmir pula sedang sibuk melindungi Arief dan Tasha tatkala mereka berdua sedang menjadi sasaran zombi-zombi yang mengganas. Namun, Tasha masih membisu memaksa Arief untuk melakukan sesuatu.

“Maafkan aku,” tutur Arief lalu melingkarkan tangannya tiba-tiba di perut Tasha, lalu mengangkat gadis itu seperti sekarung guni di bahunya. Tasha kelihatan meronta untuk melepaskan diri daripada Arief.

“Aku kira sampai tiga. Kita lari!” tutur Azmir yang sedang berdiri di sebelah Arief.

***

“Shyyy...” tutur Ashraf sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di celahan kereta yang diparkir kemas di hadapan lapangan terbang. Fera pula hanya mampu menepuk-nepuk bahu bayi yang berada di dalam dakapannya.

“Kita tak boleh kasi dia menangis,” tutur Fera perlahan.

“Kalau macam tu, kasi dia minum susu,” jawab Ashraf.

“Mana saya nak cari susu masa-masa macam ni?” tanya Fera.

“Hmm... boleh tak kalau awak guna susu tu...” Fera berkerut dahi mendengarkan cadangan Ashraf, cuba menangkap maksud Ashraf namun selepas beberapa ketika, cubitan keras hinggap di perut lelaki itu.

Berkerut dahi Ashraf menahan kesakitan. Malah, Ashraf sempat menggigit lidahnya bagi mengelakkan sebarang suara keluar dari mulutnya. Fera mahu bangkit namun Ashraf sempat memegang pergelangan tangannya.

“Saya dengar bunyi tapak kaki sedang datang ke sini,” tutur Ashraf perlahan. Senapang M16 kembali dkeluarkan sebagai langkah berjaga-jaga.

“Ada peluru lagi ke?” tanya Fera.

“Tinggal sebutir sahaja,” balas Ashraf.

***

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” teriak Tasha ketika dirinya diusung seperti guni oleh Arief.

“Kita nak ke mana?” tanya Azmir yang terus berlari mengekori Arief dari belakang. Arief sekadar membisu. Azmir mahupun karenah Tasha langsung tidak dilayannya sebaik sahaja Azmir masih terus berlari.

Bam! Tiba-tiba sahaja ada sesuatu runtuh dari siling dan hampir sahaja menimpa mereka. Mujurlah Azmir sempat melompat untuk mengelakkan runtuhan. Sedar-sedar sahaja, dia sedang dipeluk oleh Tasha.

Mereka berdua kekal dalam posisi yang agak kekok itu dalam beberapa saat. Sebelum Tasha bangkit, cuba meraih kesempatan itu untuk melarikan diri. Namun, Azmir sudah berdiri di hadapan Tasha sambil tersenyum.

“Maaf,” tutur Azmir lalu memukul bahagian tertentu di leher Tasha untuk membuatkan gadis itu pengsan. Kemudian, Azmir pula mengambil giliran untuk mengusung Tasha.

“Kita tinggalkan tempat ini! Kita ke kawasan parkir kereta. Di sana ada sebuah kereta yang kalis peluru dan kita boleh gunakannya!” kata Arief yang mengambil senapang M16 yang diberikan oleh Azmir. VLB Berapi terpaksa ditinggalkan kerana sudah kehabisan peluru.

“Ini satu-satunya senjata aku yang masih berfungsi,” kata Azmir. “Dah, jangan buang masa, kita bertolak!”

***

Ashraf merangkak, gaya seorang tentera di dalam peperangan. Manakala Fera pula sedang memeluk erat bayi yang diamanahkan kepada mereka. Mujurlah bayi itu sedang lena tidur. Syukur...

Ashraf berdiri dan... mengacukan M16. Seorang lelaki juga mengacukan senjata yang sama ke arah Ashraf. Serentak itu, mereka berdua menjatuhkan senjata, sambil berkongsi pandangan. Kemudian, masing-masing tersenyum.

“Ashraf!”

“Azmir!”

Kedua-dua orang sahabat itu saling berbalas pelukan. Serentak itu, Fera dan Arief yang sedang mengendong Tasha keluar dari tempat persembunyian. Fera dan Arief juga berbalas senyuman.

“Fazeera!” panggil Arief.

“Arief!” panggil Fera pula.

“Kamu berdua kenal ke?” tanya Ashraf dan Azmir serentak.

“Mestilah, Kami ni satu pasukan,” jawab Arief dan Fera serentak.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.