Home Novel Thriller/Aksi Epidemik T
Bab 23 Penembak Tepat

Fasiliti Asstrold Pharmacy

5.10 Petang, 1 April 2023

Shila sedang berbaring di atas katil yang disediakan di dalam bilik kurungan di fasiliti rahsia Asstrold Pharmacy. Nasi Briyani yang tersedia di atas dulang kelabu langsung tidak disentuh oleh Shila. Gadis itu memilih untuk berlapar daripada menjamah makanan yang disediakan oleh orang yang berniat buruk padanya.

“Ayah...” gumam Shila sambil mengesat air matanya yang mengalir. “Mana hero yang ayah janjikan akan datang selamatkan saya kalau Shila ditimpa bahaya?”

Pintu bilik kurungan Shila terbuka dan seorang gadis tinggi lampai dan berambut pendek pada paras bahu muncul sambil memegang sepucuk pistol M1911. Gadis itu kelihatan memakai cheongsam yang di bahagian kakinya hampir terbelah sehingga menampakkan pehanya yang putih gebu itu. Di peha gadis itu kelihatan sebilah pisau bersarung yang diikat kemas.

“Ikut aku,” ajak gadis itu.

Shila kelihatan terpingga-pingga.

“Ayah yang hantar awak ke?” soal Shila sambil mengesat air matanya.

“Yalah. Panggil aku Farah dan aku kena bawa kau keluar dari sini. Enrique dan Darren tak boleh tahu yang aku bekerja untuk kerajaan,” kata Farah lagi.

Shila mengangguk lagi sambil tersenyum.

“ALLAH telah memakbulkan doa saya. Dia hantar awak untuk selamatkan saya,” tutur Shila sambil menghampiri Farah.

Hutan Simpan Eurasia

5.10 Petang, 1 April 2023

“Pinjam rantai kau!” pinta Harish tiba-tiba sambil menatap rantai yang terkalung di leher Harish. Rantai itu kelihatan berkilauan di sinari cahaya matahari yang mencelah masuk melalui ruang kecil yang ditinggalkan oleh sang hutan.

“Kenapa?” tanya Yusoff.

Mereka berdua sedang bersembunyi di balik pokok besar sambil bersandar. Harish kelihatan mengeluarkan peluru yang terbenam di kakinya menggunakan pisau yang diberikan oleh Yusoff.

“Aku tahu apa yang aku nak buat dengan rantai. Kau cuma perlu beri aku aje,” desak Harish lagi yang kini sedang mengintai dari balik pokok itu.

“Baik,” jawab Yusoff yang terpaksa akur akhirnya.

“Kalau sesuatu terjadi pada aku nanti dalam pertempuran ini, aku nak kau atau Farah yang selamatkan Shila. Yusoff, aku nak minta maaf di atas apa yang berlaku,” tutur Harish sambil menggengam rantai perak Harish itu.

“Aku yakin kau akan menang,” balas Yusoff memberi amaran.

“Peluang untuk aku menang sama macam Malaysia akan layak ke Piala Dunia. Lawan aku kali ini bukan calang-calang sniper. Dia mampu menembak kaki aku dalam keadaan hutan yang sebegini, itu pun aku yakin disengajakan.”

Yusoff terdiam. Kemudian, dia tersenyum.

“Kalau macam tu, kau akan menang sebab aku yakin Malaysia akan layak ke Piala Dunia suatu hari nanti.”

“Aku ingat lawak kau ini kalau aku mati nanti.”

Putrajaya

5.10 Petang, 21 Disember 2023

Butang merah itu pantas ditekan oleh Datuk Shahrin sebaik sahaja pintu pejabatnya diketuk dari luar. Televisyen di hadapannya terus padam. Rakaman yang telah melibatkan Shila diseksa oleh Enrique, orang suruhan Asstrold Pharmacy itu sudah ditonton oleh pemimpin Malaysia itu ratusan kali.

“Masuk,” gumam Datuk Shahrin. Nada suaranya kelihatan lemah apabila sejak semalam lelaki tua itu tidak mahu menjamah sebarang makanan ataupun meneguk walau setelan air.

“Ini ialah laporan siasatan kami mengenai rebakan Virus-T atau nama penuhnya Tyrannosaurus Virus. Virus ini dipercayai menguasai otak manusia lalu secara perlahan-lahan mengubah manusia menjadi pemakan daging segar. Mereka akan mula hilang ingatan dan secara perlahan-lahan akan bertukar menjadi haiwan karnivor. Kemudian, tanda-tanda manusia itu sudah hilang dari diri mereka. Virus ini boleh berjangkit melalui gigitan dan hubungan seks,” terang lelaki cina yang sedang duduk di hadapan Datuk Shahrin.

“Teruskan,” gumam Datuk Shahrin apabila lelaki cina itu berhenti.

1 Minggu sebelum tragedy...

“Polis telah mengepung sebuah apartment yang dipercayai merupakan tempat tragedi. Polis sedang merancang bagaimana cara untuk masuk ke dalam apartment dan membebaskan orang yang terperangkap di dalam sana.” Pang Chin Fei, gadis cina itu sedang melaporkan untuk Buletin Utama. “Kami akan cuba dapatkan jawapan daripada pegawai polis yang bertugas.”

Wartawan cina itu kelihatan berlari ke arah seorang lelaki yang tinggi lampai dan berbadan tegap yang sedang menjerit memberi arahan kepada anak-anak buahnya bagi menangani situasi genting itu.

“Datuk Rosdi. Sebagai Ketua Polis Eurasia, boleh tak kami dapatkan sebarang kenyataan mengenai apa yang sedang berlaku di belakang Datuk?” tanya Pang Chin Fei.

Datuk Rosdi mengeluh berat. Dia berpaling ke arah Pang Chin Fei.

“Kami menerima panggilan daripada penghuni apartment ini mengenai seorang lelaki yang dipercayai sakit jiwa telah membunuh dan memakan daging manusia yang dibunuhnya. Pihak polis...”

Datuk Rosdi, Ketua Polis Eurasia itu terdiam apabila seorang anggota polis jatuh daripada tingkat atas apartment itu lalu menghempas lantai.

“Kita pergi ke sana,” arah Pang Chin Fei kepada jurukameranya.

“Encik tak apa-apa...”

Anggota polis itu cuba menarik tangan Pang Chin Fei. Meronta-ronta gadis itu cuba melepaskan dirinya. Tembakan dilepaskan mengenai badan anggota polis tersebut namun tidak meninggalkan sebarang kesan.

“Tolong saya!” teriak Pang Chin Fei yang sudah mula menangis.

Jurukameranya cuba memukul kepala anggota polis tersebut. Tetapi, dirinya pula yang menjadi mangsa. Anggota polis tersebut telah mengubah sasaran. Jurukamera tadi terlentang di atas tanah apabila anggota polis itu menerkam dirinya.

“Arghh!” teriak jurukamera tersebut apabila darah merembes keluar dari lehernya. Pang Chin Fei yang sedang terduduk di atas tanah merangkak menjauhi tempat tragedi. Peluru terus dilepaskan.

5 hari sebelum tragedi...

Sebuah rancangan bual bicara nombor satu Malaysia bersama pengacara nombor satu Malaysia pada waktu itu, Zizan Razak sedang berkumandang. Pengacara tampan itu sedang menemu bual perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Shahrin Ruslan.

“Apa pendapat datuk tentang wabak yang kononnya sedang tersebar di Eurasia?” tanya Zizan Razak. Datuk Seri Shahrin Ruslan masih kelihatan tenang luar biasanya walaupun dilontarkan dengan soalan cepu emas seperti itu.

“Semua rakyat Malaysia jangan risau. Wabak itu sekadar wabak selsema biasa yang melanda. Dijangka dalam masa dua minggu lagi, wabak itu akan reda dan semua penduduk Eurasia dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak keluar dari rumah,” tutur Datuk Seri Shahrin Ruslan.

2 hari sebelum tragedi...

Datuk Shahrin Roslan kelihatan mundar-mandir di dalam pejabatnya. Dia baru sahaja menerima panggilan daripada anak tunggalnya iaitu Shila bahawa gadis tersebut mahu membawa diri ke Pulau Eurasia bagi menenangkan fikiran selepas putus tunang dengan Azmir, seorang anggota pasukan keselamatan Komando 69 Malaysia.

“Shila.. angkatlah ayah telefon ni,” gumam Datuk Shahrin lagi.

Pintu pejabat Datuk Shahrin diketuk lagi dan Ketua Menteri Eurasia, Datuk Hazman sedang melangkah ke arah Datuk Shahrin. Sitausi di Eurasia sudah menjadi tidak terkawal. Seorang demi seorang telah dijangkiti Virus T.

“Datuk, saya nak beritahu yang Eurasia dah memasuki fasa epidemic. Rebakan virus T dah tidak terkawal datuk. Banyak manusia yang dah bertukar menjadi mayat hidup atau dalam bahasa lainnya, zombi!”

Telefon bimbit Datuk Shahrin terlepas dari tangannya lalu jatuh menyembah bumi. Wajah Datuk Shahrin bertukar pucat. Seperti mana yang dimaklumkan, penerbangan Shila daripada KLIA sudah berlepas ke EIA, sebuah lapangan terbang antarabangsa Eurasia.

“Kerahkan pasukan untuk membawa balik Shila ke Putrajaya. Aku tak nak sesuatu terjadi pada anak perempuan aku,” kata Datuk Shahrin memberi arahan kepada Ketua Menteri Eurasia itu.

“Ya ALLAH, kau selamatkanlah anak aku,” gumam Datuk Shahrin perlahan sebaik sahaja Datuk Hazman menghilang dari pandangannya.

Putrajaya

5.12 Petang, 1 April 2023

“Virus ini menjadi sebuah epidemik dalam masa hanya seminggu. Mangsa pertama yang dijangkiti virus ini dipercayai merupakan saintis yang berkerja untuk Asstrold Pharmacy. Oh ya, Pulau Eurasia lumpuh dalam hanya masa seminggu. Apa-apa pun, pasukan keselamatan masih hebat berjaga di pintu keluar dari Eurasia untuk mengelakkan virus daripada tersebar,” tutur lelaki cina itu lagi.

“Bagi aku masa dua hari lagi. Lepas Harish berjaya selamatkan Shila daripada Asstrold Pharmacy, siapkan sebuah peluru berpandu untuk meletupkan Pulau Eurasia. Kita tidak boleh tinggalkan sebesar habuk pun kesan Virus T. Aku khuatir Virus T akan tersebar ke seluruh dunia. Kalau macam tu, kau faham-fahamkan maksud aku?”

Dr Lim mengangguk setuju. Dr Lim ialah antara orang kanan Datuk Shahrin yang dipercayai oleh orang nombor satu Malaysia itu.

“Aku nakkan laporan daripada Emma mengenai perkembangan misi Harish,” tutur Datuk Shahrin lagi sebelum Dr Lim menghilang dari pandangan matanya.

Selepas itu, Datuk Shahrin kembali tenggelam dalam kemurungannya. Rakaman yang memaparkan Shila diseksa kembali diputarkan oleh Datuk Shahrin. Air matanya kembali mencurah, membasahi pipinya.

Hutan Simpan Eurasia

5.10 Petang, 1 April 2023

Rantai perak milik Yusoff digantung pada kepala kapak Harish. Daripada balik pokok itu, Harish mengjulurkan sedikit kapak itu yang disarungkan dengan rantai Yusoff. Rantai itu disuluhi cahaya matahari lalu mencuri perhatian David Humbolt. Pang! Rantai tersebut ditembak oleh David Humbolt lalu terjatuh di atas tanah.

“Hebat...” tutur Yusoff tidak percaya. Rasa gerun jelas terpampang pada riak wajahnya.

“Dia memang hebat,” Harish juga terpaksa mengakuinya. “Dia mampu menembak rantai ini dalam jarak yang mungkin dalam dua kilometer jauhnya dengan tepat. Dia bukan calang-calang lawan kita.”

“Harish... kita menyerah diri. Aku tak rasa...”

“Cepat kau ubah fikiran?” perli Harish yang memintas kata-kata Yusoff.

“Aku tak akan letak maruah aku serendah itu. Selagi aku mempunyai tulang empat kerat ini, aku akan berlawan hingga ke titisan darah yang terakhir. Dan, apa yang terjadi pada Aulia memerlukan pembelaan,” kata Harish lagi.

“Kalau macam tu, apa yang kita nak buat sekarang?” tanya Yusoff.

“Berdasarkan arah tembakan, kelajuan dan kekuatan bunyi yang dilepaskan. Aku dapat mengagak yang kedudukan si penembak tepat itu berada di atas gaung sana. Dari atas sana, dia dapat melihat keadaan kita,” terang Harish lagi.

“Hebat,” gumam Yusoff lagi.

“Kita akan berlari dari balik pokok ini, aku akan ikut kiri dan kau akan ke kanan. Kita akan kelirukan dia. Berlari sehinggalah ke pokok besar yang berdekatan, kemudian sembunyi di situ. Bila ada, peluang kita akan berlari lagi. Ingat, jangan berlari dalam posisi yang lurus, tapi bengkang bengkok,” jelas Harish sambil menarik picu Crossbow yang diambil dari tempat persembunyian Yusoff sebelum mereka bertolak beberapa jam tadi.

“Kau biar betul?” tutur Yusoff yang tidak percaya mendengarkan rancangan Harish itu. “Aku bukan kamikaze.”

Koler baju Yusoff tiba-tiba digenggam oleh Harish.

“Kau nak biarkan diri kau mati di tangan dia? Kau nak mati tanpa melawan? Mana maruah kau? Negara kirimkan kau ke sini sebab negara percayakan kau untuk berkhidmat padanya. Tapi, apa yang kau berikan? Tak malu ke bila orang kenal kau sebagai pengkhianat bila kau dah mati nanti?” bentak Harish tiba-tiba.

Yusoff tergamam.

“Maafkan aku,” tutur Yusoff sambil menundukkan wajahnya.

“Tak apa. Sekarang bukannya masa untuk kau bersedih. Kita ada misi yang sedang tergalas di bahu kita,” kata Harish yang kini sedang mengira busur-busur panah yang kemudian diletakkan ke dalam seluar hitamnya.

“Macam mana dengan Rifle kau?” tanya Harish.

“Baik...” jawab Yusoff pendek.

“Baguslah kalau macam tu. Macam ni, bila aku kira satu sampai tiga, kita berdua akan berlari macam yang aku arahkan?” ujar Harish lagi. Yusoff sekadar mengangguk.

“Satu...”

Yusoff menarik nafas panjang.

“Dua...”

Nafas itu dihembus perlahan-lahan oleh Yusoff.

“Tiga!” teriak Harish sekuat hatinya.

Kedua-dua orang sahabat baik itu bangkit lalu membuka langkah seribu ke arah yang bertentangan. Kedengaran bunyi tembakan dilepaskan oleh David Humbolt dari atas gaung, namun tersasar apabila Harish berjaya melompat lalu berlindung di balik pokok gergasi yang rending itu. Yusof pula masih berlari apabila menyedari bahawa David Humbolt sedang mengisi peluru ke dalam senjatanya.

Pang! Tembakan dilepaskan tetapi seperti Harish, dia berjaya bersembunyi di pokok yang berdekatan.

“Alhamdulilah...” ucap Harish di dalam hatinya. Pusingan pertama pertempurannya dengan penembak tepat legenda yang kononnya telah menembak ratusan ribu nyawa ketika Peperangan Vietnam puluhan tahun dahulu telah dimenangi oleh Harish.

David Humbolt sekadar tersenyum apabila dirinya dipermainkan oleh kedua-dua anak muda itu. David Humbolt merupakan seorang lelaki tua yang rambutnya sudah putih beruban. Begitu juga dengan janggutnya yang lebat sehingga ke paras dada.

“Aku dah tua...” suara David Humbolt bergetaran.

“Harish, kau okey tak?” teriak Yusoff.

“Kaki aku, sakit sikit. Kesan tembakan lelaki itu dengan kesan terseliuh masa helikopter aku terhempas masih terasa,” balas Harish pula.

“Lagi sekali ya?” balas Yusoff pula.

Harish mengeratkan pegangan Crossbownya. Pusingan kedua pertarungan dengan penembak tepat itu bakal bermula.

“Dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi penyayang,” ucap Harish.

“Mula!” teriak Harish.

Harish bangkit lalu memulakan lariannya ke arah gaung yang dipercayai merupakan tempat David Humbolt sedang bersembunyi. Tembakan dilepaskan oleh David Humbolt dari atas sana, tetapi tersasar hanya seinci sahaja daripada membaham tubuh Harish.

“Mana kehebatan kau?” teriak Harish sambil membuat provokasi.

“Teruskan berlari Harish!” Kedengaran suara Yusoff menjerit memberi semangat. “Ini ialah peluang kita untuk membalas dendam di atas kematian Aulia.”

“Tak guna,” David Humbolt menggumam geram. Tangannya mencari sesuatu di dalam poket seluar askarnya.

“Kali ini, kamu berdua tak akan terlepas,” tutur David Humbolt lagi.

Sebuah bom asap dilemparkan dari atas sana, mendarat hanya beberapa meter sahaja daripada tempat Yusoff berlari. Kemudian, sebuah lagi bom asap dilontarkan oleh David Humbolt. Harish pula menjadi mangsa.

“Sial!” teriak Yusoff apabila bom asap itu membuatkan langkah kakinya berhenti.

“Aku tak nampak apa-apa!” laung Harish pula.

Pang! Tembakan dilepaskan dan Yusoff tercampak. Kedengaran suara Yusoff meraung kesakitan apabila belakang badannya terkena sebatang pokok.

“Kau tak apa-apa ke?” tanya Harish.

“Aku okey. Tembakan dia terkena Rifle aku,” balas Yusoff pula.

Fasiliti Asstrold Pharmacy

5.20 Petang, 1 April 2023

“Kita nak ke mana ni?” tanya Shila apabila Farah membawanya jauh ke dalam fasiliti yang serba canggih itu.

“Ikut aku kalau kau nak selamat,” balas Farah lagi.

Farah membawa Shila ke sebuah bilik yang kelihatan seperti penjara. Lebih teruk daripada keadaan bilik kurungan yang menempatkan Shila. Keadaan bilik itu sangat gelap membuatkan Shila yang ketakutan itu memegang erat lengan Farah.

“Ezi,” panggil Farah.

Sebaik sahaja nama itu disebut oleh Farah, keadaan bilik itu bercahaya tiba-tiba. Seorang lelaki yang sedang tidur sambil memeluk tubuh sedang tersenyum. Lelaki itu membuka matanya, menampakkan lagi biji matanya yang putih dan tidak berkornea.

“Siapa dia?” tanya Shila.

“Kau diam,” arah Farah.

“Kau datang nak lepaskan aku ke Farah?” tanya Ezi sambil menjilat kukunya yang panjang itu. Wajah lelaki itu sangat mengerikan apabila terdapat kesan bengka-bengkak yang sangat aneh.

“Aku nak kau bunuh seseorang,” tutur Farah.

“Siapa?” tanya Ezi.

Bunyi yang sangat aneh tiba-tiba kedengaran. Ribuan lebah tiba-tiba keluar dari lubang hidng Ezi membuatkan Shila menjerit ketakutan. Lebah-lebah itu mengelilingi tubuh Ezi, solah-olah Ezi ialah tuannya.

“Kau masih setia dengan lebah kau ya?” Farah tidak menjawab soalan Ezi.

“Lebah ialah haiwan yang indah. Kau tak akan faham Farah Ahmad,” tutur Ezi pula. “Siapa budak perempuan tu?”

“Ini?” tanya Farah sambil menjeling ke arah Shila.

“Aku kena bawa dia keluar dari sini. Itu tugas aku,” ujar Farah.

“Kau kena bawa dia keluar ke?” tanya Ezi.

“Pada asalnya, tidak. Ada orang lain yang harus lakukan kerja ini. Tapi, memandangkan aku mahu kau bunuh orang itu, jadi aku akan ambil alih tugas dia.”

“Ejen Harish ya? Aku ingat kau dah buang...”

“Dendam ini akan terus terbakar selagi dia masih hidup. Aku masih tak dapat menerima kenyataan yang kakak aku dah mati,” tutur Farah geram.

“Kate. Aku rindukan dia, sama macam di akademi dulu...”

“Bunuh dia untuk aku. Aku akan lepaskan kau dari sini,” kata Farah lagi.

Ezi tiba-tiba tersenyum sinis. Jari hantunya di angkat sedikit dan... lebah-lebah yang menghurung tubuhnya bergerak sepantas kilat ke arah Farah. Farah menjerit kesakitan apabila dirinya disengat oleh ribuan lebah. Shila pula cuba cabut lari tetapi bilik itu tertutup dengan sendirinya sebelum Shila sempat kabur.

“Kau nak lari ke mana?” tutur Ezi.

“Tolong jangan apa-apakan saya,” ucap Shila sambil teresak-esak menangis.

Ezi menggelengkan kepalanya.

“Siapa yang tergamak nak sentuh perempuan cantik macam kau?”

“Habis tu, kenapa awak bunuh dia?”

Ezi menjeling ke arah Farah yang sudah tidak bernyawa.

“Dia mati sebab kebodohan dia. Sebab dendam dia. Dia cuba bawa lari kau dari sini. Dia tak tahu yang aku dah bekerja di bawah Asstrold Pharmacy... lama dah...”

Shila sedang duduk sambil berpeluk tubuh di satu sudut bilik itu.

“Mari ikut aku budak cantik. Aku akan bawa kau ke bilik kau ya sayang? Kau akan tenang di sana... aman,” ucap Ezi sambil mengesat air mata Shila yang mengalir.

“Jangan apa-apakan saya,” rayu Shila sambil teresak-esak menangis.

“Aku janji. Aku tak akan apa-apakan kau,” ujar Ezi sambil tersenyum. Dia menghulurkan tapak tangannya yang dibalut sarung tangan itu.

Ezi, lelaki yang berambut perak panjang sehingga paras bahu. Orangnya berpakaian serba hitam, sangat kontra dengan warna rambutnya. Wajah Ezi pula berbengkak-bengkak. Hidung Ezi mancung seperti burung kakak tua.

“Kau takut dengan aku ke?” tanya Ezi.

“Saya takut lebah,” tutur Shila jujur.

Ezi ketawa mendengarkan jawapan Shila itu. Sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, lebah-lebah yang menghurungi tubuhnya itu kembali menyerbu lubang hidungnya, lantas menghilang dari pandangan mata.

“Sekarang macam mana? Takut lagi?” tanya Ezi lagi.

Shila menggelengkan kepalanya.

“Kalau macam tu, sambutlah tangan aku.”

Shila mengangguk.

“Macam inilah. Dah, jangan menangis. Aku tak suka tengok perempuan menangis,” kata Ezi ketika Shila sedang terpingga-pingga di hadapannya.

“Saya kena duduk tempat tu balik ke?” tanya Shila.

Ezi mengangguk sambil tersenyum.

“Kenapa saya tak boleh balik?” tanya Shila.

Ezi sekadar mengangkat kedua-dua bahunya.

Hutan Simpan Eurasia

5.10 Petang, 1 April 2023

“Adam Harish!” Suara David Humbolt bergema. “Yusofff Ong!”

“Dia panggil kita,” tutur Harish yang sedang bersandar bersama dengan Yusofff di balik sebuah pokok. Mereka telah hilang jejak David Humbolt ketika lontaran bom asap lelaki tua itu.

“Berambus dari hutan ini. Jangan cari pasal dengan Asstrold Pharmacy. Aku bagi amaran terakhir,” suara David Humbolt bergema di sekeliling hutan itu.

“Aku tak akan menyerah kalah. Serahkan Shila kepada aku dan aku beri jaminan tidak akan ganggu kamu di hutan ini. Aku cuma mahukan Shila!” pekik Harish.

“Harish dan Yusoff... kamu tahu apa mereka panggil aku?” tanya David Humbolt.

Kali ini, Harish dan Yusofff saling berkongsi pandangan.

“Aku ada banyak nama... tapi nama yang paling popular ketika Perang Vietnam dahulu ialah Two Seconds.”

“Maksud kau?” tanya Harish.

“Apabila aku mengetahui di mana lokasi kamu, kamu cuma ada dua saat sahaja untuk hidup,” provok David Humbolt lagi.

Harish tidak mahu tewas dalam perang psikologi itu. Dia tiba-tiba ketawa besar.

“Aku dah bertarung dengan kau dua puluh minit wahai Two Seconds.Aku tak nampak pun kenapa...”

Peluru membaham kepala Yusoff sekaligus membuatkan Harish terkesima. Kata-katanya terus hilang di kerongkong apabila melihat Harish perlahan-lahan rebah di sebelahnya.

“Yusoff!” teriak Harish sekuat hatinya. Jasad Yusoff dipeluknya.

Tembakan sekali lagi dilepaskan dan hampir sahaja membaham Harish, tetapi Yusoff yang nyawa-nyawa ikan itu menjadikan dirinya sebagai perisai terakhir. Tembakan itu membaham belakang tubuh Yusoff.

Mata Harish merah menahan kemarahan. Dari arah tembakan itu, dia dapat mengesan kedudukan David Humbolt. Legenda penembak tepat dunia. Harish tahu yang mereka hidup selama ini kerana David Humbolt sengaja mahu bermain-main dengan mereka.

“Silat.. silat...” itulah perkataan terakhir Yusoff kepada Harish.

Harish tahu yang Yusoff cuba memberitahunya sesuatu... ya sesuatu yang boleh membantu dirinya bertempur dengan David Humbolt. Dia boleh gunakan segala ilmu yang dipelajarinya ketika belajar silat di akademi risikan dahulu. Pantas Harish berdiri lalu mencari tempat perlindungan yang bebas daripada visi David Humbolt, penembak tepat legenda yang mempunyai pelbagai nama panggilan yang kedengaran sangat menakutkan.

“Kalau kita tak dapat melihat dengan mata kasar kita, lihatlah dengan mata hati. Bersihkan dengan kalimah tuhan, maka tuhan akan tunjukkan jalan untuk kita. Berdoalah kepada dia...”

Harish tiba-tiba bangkit dari tempat persembunyian. Dia menghadap ke arah yang dipercayai oleh Harish sebagai tempat David Humbolt bersembunyi dalam kesamaran hutan pada waktu petang itu.

“Wahai alam... bantulah aku...” tutur Harish sambil memejamkan matanya. Dia kelihatan sangat tenang manakala tangan kanannya memegang rifle milik Yusoff.

Rifle itu dihalakan selaras dengan matanya. Perlahan-lahan Harish membuka matanya dan, sesuatu keajaiban berlaku. Harish dapat mengesan kedudukan David Humbolt. Matanya sedang melihat bagaimana David Humbolt sedang mengisi peluru ke dalam senjatanya.

“Bersedia untuk mati,” tutur Harish sambil picu rifle.

Dengan lafas basmalah, Harish melepaskan tembakan, serentak dengan tembakan peluru yang dilepaskan oleh David Humbolt. Harish seperti sudah bersedia untuk menerima kehadiran maut dalam hidupnya dan...

Seseorang telah menolak dirinya. Peluru itu tersasar dan peluruh Harish membaham kepala David Humbolt. Harish pula terbaring di atas lantai hutan sambil seseorang sedang terbaring di atas tubuhnya.

“Aulia?” tutur Harish tidak percaya. Dia menyangka bahawa gadis itu sudah tiada...

“Awak jangan mati lagi. Shila perlukan awak,” gumam Aulia dan dia terbatuk. Darah merah terpecik di atas dada Harish.

“Saya kena selamatkan awak,” gumam Harish sambil menolak tubuh Aulia ke tepi. Peluru yang membaham belakang tubuh gadis itu harus dikeluarkan secepat mungkin. Kelihatan Harish mengendong Aulia pergi daripada situ.

“Aku kalah...” tutur pula David Humbolt yang sedang terbaring lemah sambil memeluk senjata kesayangannya itu. Perlahan-lahan, dia menutup matanya. Dia tersenyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.