Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 29 - PART 2

MULUT Erena ternganga luas. “Apa dia? Ikut awak balik kampung?” Dia terjerit. Dia terkejut besar sebaik sahaja Dr. Qasyiful menamatkan kata-katanya tadi.

Dr. Qasyiful memandang serius wajah tunangnya. “Ya, saya nak awak ikut saya balik kampung minggu depan, Rena,” katanya tegas.

Erena bertambah terkejut. Matanya membulat besar. “Haa… minggu depan?” jeritnya. Huhh, no way!Aku tak nak ikut kau pergi ke mana-mana pun!

Dr. Qasyiful mengangguk. “Ya, Rena. Minggu depan, kita akan balik ke kampung saya,” ulangnya sekali lagi.

Erena menarik muncung panjang. Dia mendengus keras. “Berapa hari?” tanyanya kasar.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Err… dalam seminggu dua. Lagipun, awak tengah cuti semester, kan? So, saya rasa tak ada apa-apa masalah kalau awak ikut saya,” balasnya selamba.

Erena semakin terkejut. Hah? “Apa dia? Seminggu dua? Lama tu! Saya tak nak ikut awak ke mana-mana pun. Saya nak duduk rumah aje!” tegasnya.

Kening Dr. Qasyiful terangkat sebelah. Dia tersenyum sinis. “Awak tak nak ikut saya? Awak bergurau ke?” bidasnya keras.

Erena menayang senyuman sinis. “Awak nampak muka saya ni macam orang tengah bergurau ke? Ha ha ha… so funny! I’m serious ok!Saya tetap dengan keputusan, saya tak nak ikut awak balik kampung!” jeritnya kasar.

Dr. Qasyiful mendengus geram. Pening kepalanya melayan telatah manja Erena. “Awak jangan nak mengada-ngada sangatlah, Erena! Mak saya yang minta saya bawa awak balik kampung tau. Kalau ikutkan hati saya ni, tak adanya saya nak bawa awak ikut saya minggu depan,” marahnya geram.

Erena menayang senyuman sinis. “Kalau macam tu, awak pergilah balik seorang diri aje! Kenapa nak kena ajak saya pula? Pokoknya, saya tetap tak nak ikut awak balik kampung! Kalau awak nak bawa peneman juga, pergilah ajak hantu. Tolong jangan ajak saya, okey!”

Dr. Qasyiful mengeluh. Dia menggeleng. “Cuba jangan tayang perangai kebudak-budakkan awak kat depan saya, Rena. Awak bukan budak-budak lagi tau. Awak dah besar. Dah 19 tahun!”

Erena tergelak besar. Sinis sekali bunyinya. “Hei, suka hati sayalah nak buat apa sekalipun! Apa kaitan dengan awak pula?” perlinya.

Dr. Qasyiful mengeluh. Kepalanya bertambah pusing. Ada tunang pun, tapi perangai macam budak-budak kecil. Adik aku yang umur 17 tahun pun, tak adanya nak tayang perangai macam ni. Aduh, nasib badan! keluhnya dalam hati.

Kening Erena terjungkit sebelah. Dia tersenyum sinis. “Kenapa? Dah putus asa ke? Hah… bagus sangatlah tu! So,tak jadi kan nak bawa saya balik kampung?”

Dr. Qasyiful tersenyum sinis. “Awak suka ke… awak tak suka ke… saya tetap akan bawa awak balik ke kampung saya. Lagipun, saya dah minta kebenaran daripada Uncle Harris.Dia pun dah setuju,” katanya selamba.

Erena ternganga. Matanya membulat besar. Hah… dia dah minta kebenaran papa? Mak aii, cepatnya bertindak. Cis! Habislah… kalau papa dah izinkan tu, memang aku tak ada harapanlah. Aduh! gerutunya di dalam hati.

Dr. Qasyiful mencebik. “Awak mesti terkejut besar, kan?”

Erena menjeling tajam. Geram apabila mendengar sindiran itu. “Jangan nak perli sayalah, Qasy!” marahnya geram.

Hisy, nak buat macam mana ni, ya? Aku tetap tak nak ikut mamat serius 24 jam ni balik kampung! Dahlah aku budak bandar. Boleh ke aku hidup dalam suasana kekampungan tu? Kalau sehari dua, tak apalah juga. Ni… sampai seminggu dua. Hancuss nanti! Tak boleh… tak boleh… aku kena cari jalan.

Erena mengetuk dagu. Mencari jalan untuk mengelak dari menuruti kemahuan Dr. Qasyiful.

“Hah Qasy, dah bagitahu Rena ke?” Tiba-tiba Datuk Harris menegur. Dia melabuhkan duduk di sofa sambil merenung wajah anak dan bakal menantunya itu.

Erena yang sedang melayan perasaan terkejut. Serta-merta lamunannya terbang melayang. Alamak, papa muncullah pula. Hisy… masa-masa macam nilah juga nak muncul, gerutu hatinya.

Dr. Qasyiful tersenyum sumbing. “Dah uncle,tapi tunang manja saya ni haa… dia tak nak ikut saya balik kampung,” adunya.

Erena terkedu. Ewah-ewah, kau ingat ni program Aduan Rakyat ke, hah? Kau ingat papa aku ni Karam Singh Walia? Cis, tak guna punya doktor! Dahlah sentiasa serius 24 jam, tukang mengadu pula tu, bentaknya dalam hati.

Datuk Harris tersenyum. Dia memandang Erena. “Erena Amani?” tegurnya lembut, namun suaranya tegas.

Gulp! Erena meneguk liur. Kalau panggil nama penuh aku tu, tak lainnya nak guna kuasa vetolah tu. Aduh, memang tak ada peluanglah nak mengelak! Huhh! bebel hatinya geram. Dia memandang papanya. “Ya, papa?” balasnya lembut.

Datuk Harris merenung tajam wajah anak gadisnya itu. Wajah itu kelihatan sungguh serius. “Papa nak Rena ikut Qasy balik kampung dia minggu depan,” arahnya tegas.

Erena menarik muncung Donald Duck. “Tapi papa, Rena tak nak!” bentaknya.

Kening Datuk Harris terjungkit sebelah. Dia tersenyum sinis. “Papa tak peduli, kamu kena ikut juga! Keluarga Qasy belum kenal dengan kamu lagi, Rena. Mereka nak kenal kamu dengan lebih rapat. Kamu kan bakal menantu mereka,” tegas Datuk Harris.

Hah? Siapa nak jadi bakal isteri mamat serius 24 jam ni? Iyuu… tolonglah! Erena menghentak kaki tanda protes. “Tapi papa, Rena…” Dia cuba mengelak, namun hampa.

Datuk Harris mendengus geram. “Wheither you like it or not, you have to!Rena kena ikut Qasy balik ke kampung dia minggu depan! Final!”Wajahnya kelihatan serius.

“Yalah papa, Rena ikut!” jawab Erena geram. Argh! Ini tidak adil! Benci betullah bila kena paksa macam ni, bentaknya dalam hati.

Datuk Harris tersenyum. “Good girl,macam ni kan senang!” Dia memandang Dr. Qasyiful. “Qasy, jangan balik lagi. Kita makan tengah hari dulu.”

Dr. Qasyiful tersenyum, lalu mengangguk. “Baik, uncle.”

Datuk Harris tersenyum kecil. “Uncleminta diri dulu. Nak ke bilik air.” Dia segera melangkah pergi meninggalkan pasangan tunang itu.

Dr. Qasyiful memandang wajah tunang manjanya itu. Mesti cik manja aku ni tengah marah gila. He he he… gumamnya dalam hati.

Erena menjeling tajam. “Apa tengok-tengok?” marahnya.

Dr. Qasyiful menayang muka serius. “Saja! Bukannya dengan orang lain pun, tunang saya juga,” balasnya selamba.

Erena semakin panas hati. “Banyaklah! Dahlah mamat serius 24 jam, tukang mengadu pula tu. Haa… memang sesuailah dengan awak! Huhh!” bentaknya.

Dr. Qasyiful menjungkit sebelah keningnya, lalu dia tersenyum sinis. “Do I care?”perlinya selamba. Dia berjalan meninggalkan Erena sendirian di situ.

Nafas Erena turun naik. Geramnya.

Previous: BAB 29 - PART 1
Next: BAB 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.