Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 24 - PART 1

.KERETAToyota Vios berwarna hitam memandu laju membelah jalan raya yang penuh dengan kenderaan persendirian dan awam. Masing-masing berpusu-pusu menuju ke destinasi yang dimahukan.

Dr. Qasyiful mengukir senyuman penuh makna. Di fikirannya, terbayang wajah comel tunang manjanya itu. Ah, tidak sabar rasanya mahu berjumpa tunangnya, cik manja Erena Amani.

Kedengaran Dr. Qasyiful menarik nafas panjang. Lalu, menghembusnya secara perlahan-lahan. “Jangan gelabah sangat Qasy, just relax, ok. This is your first date!Jadi, kau kena pastikan ia berjalan dengan lancar,” pujuknya bersungguh-sungguh. Sedaya upaya dia cuba menenangkan hatinya yang berdebar-debar sejak tadi.

Bayangan wajah tunangnya yang comel itu menjelma di ruang mata. Bayangan itu seolah-olah sedang tersenyum manis sambil melambai-lambaikan tangan ke arahnya. Seolah-olah tidak sabar mahu berjumpa dengannya. Ah, so sweet!

Angan-angan itu membuat Dr. Qasyiful tersenyum sendiri. “Kau jangan nak beranganlah, Qasy oii. Ini semua angan-angan kau aje, Qasy. Angan-angan Mat Jenin. Tak mungkin akan jadi kenyataan. Lagipun, kaukan mamat serius 24 jam. Manalah sesuai dengan cik manja yang comel lote tu,” ngomelnya.

Tiba-tiba, kata-kata Dr. Aiman singgah ke cuping telinganya. “Dia gelar kau macam tu ya, Qasy? Hah... memang padanlah dengan kau, wahai encik mamat serius 24 jam. Aku tengok, depan dia bukan main lagi kau serius bagai nak rak. Cuba romantik sikit, Qasy. Bukannya dengan siapa-siapa pun. Dengan tunang sendiri juga.”

Sekali lagi Dr. Qasyiful tersenyum. Dia menggeleng. “Romantik?” Dia tergelak. Keningnya terjungkit sebelah. “Kalau aku romantik dengan Rena, mahu pengsan tunang aku dibuatnya nanti. Iya la, mamat serius 24 jam tiba-tiba jadi romantik? Macam tak kena aje.”

Dr. Qasyiful mengeluh. “Ah, lupakan ajelah Qasy. Just be yourself.Tak payah nak jadi orang lain, okey,” ngomelnya lagi.

Kata-kata Dr. Aiman sekali lagi singgah ke cuping telinganya. “Hah… bagus sangatlah tu! Mamat serius 24 jam vs cik manja. Kita tengok siapa yang tunduk dulu. Kau atau dia?”

Sekali lagi Dr. Qasyiful menggeleng. Sekali lagi lelaki itu tergelak. “Siapa yang tunduk dulu? Aku ke Erena?” Dia tersenyum.

Kening Dr. Qasyiful terjungkit sebelah. “Mamat serius 24 jam vs cik manja? Hisy, ada-ada aje si Aiman ni! Sengal sungguh!” gerutunya lagi.

Sedang asyik melayani perasaannya, tiba-tiba telefon bimbit Dr. Qasyiful berdering. Dia terus melihat skrin telefon bimbitnya. Dahinya berkerut seribu. “Kajang Medical Centre?”

Lantas, punat hijau ditekan. “Hello?” sapanya dengan nada suara serius.

Dr. Qasyiful diam. Memberi ruang untuk si pemanggil menyampaikan tujuannya menghubungi Dr. Qasyiful.

“Baik, I ke sana sekarang,” jawab Dr. Qasyiful dengan nada suara tegas.

Serentak itu, dia segera mengubah haluan untuk ke Kajang Medical Centre.

Previous: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.