ERENAtercengang apabila melihat sikap Dr.
Qasyiful yang berubah 360 darjah itu. Dah macam cuaca empat musim di negara
luar pula. Hisy, pelik!
Dahi Erena berkerut seribu. Sungguh, dia jadi hairan
dengan sikap encik tunangnya itu. Pelik bin hairan. Boleh pula mamat serius 24
jam ni berbual-bual dengan keluarga dia, siap buat lawak lagi tu. Yang bestnya,siap boleh ketawa besar lagi. Tapi kenapa bila dengan aku, dia
jadi lain? Kenapa bila dengan keluarga, dia jadi lain? Ataupun dia hanya jadi
serius bila dengan aku aje? monolog hati Erena sendirian.
Erena menyuap nasi berlaukkan ayam masak lemak cili api
itu ke dalam mulut. Entah mengapa seleranya mati. Tidak dinafikan makanan itu
sememangnya menyelerakan. Namun, susah rasanya mahu menghadam makanan itu
apabila terfikirkan sikap empat musim encik tunangnya itu.
Erena mengeluh. Qasyiful Hakim, kenapa sikap awak selalu
aje berubah macam cuaca empat musim kat negara luar tu? Macam mana sikap
sebenar awak? Ah, saya semakin tidak faham! Siapa awak sebenarnya? desis
hatinya lagi.
Tiba-tiba, kedengaran satu suara menampar gegendang
telinganya. Kenapa kau sibuk-sibuk nak tahu perangai sebenar dia, Rena? Bukan
ke kau tak sukakan dia? Yalah, diakan Dr.
serious…sentiasa serius 24 jam. Jadi, kenapa kau sibuk nak fikir pasal dia
pula? Nak jadi ahli kaji cuaca ke, Erena? Hatinya segera menepis setiap apa
yang bermain dalam benak fikirannya.
Erena menarik nafas panjang. Tapi… tak salah kan kalau
nak tafsir perangai sebenar tunang sendiri? Yalah… dia tukan tunang aku, jadi
mestilah aku kena ambil tahu.
Mana boleh! Sejak bila pula kau mengaku yang Dr. serioustu tunang kau, hah? Bukan ke
kau dah buat rancangan? Kau kan nak buat dia putuskan pertunangan ni? Sekarang,
hati kau berbelah bahagi pula? Apa sebenarnya yang kau nak, Erena Amani? Sekali
lagi suara itu menyindir Erena.
Erena tergamam. Aku… aku… err… aku cuma nak ambil tahu
aje. Salah ke? ucap hatinya tidak mengalah.
“Amani?” tegur Shukri.
Erena tersentak. Lamunannya segera mati. Dia memandang
wajah Shukri. “Ya, Abang Shuk?”
“Amani okey ke?
Dari tadi, Abang Shuk tengok Amani termenung jauh aja. Kenapa? Amani tak selesa
ke dengan kami?” tanya Shukri.
Erena mengukir senyuman kelat. “Saya okey aje, Abang
Shuk. Err… mungkin saya rasa kekok sikit kot. Yalah, kali pertama bersua muka,
kan.” Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan hakikat yang sebenar.
Ustaz Kamarul tergelak. “Amani, janganlah malu-malu
dengan kami. Anggap aje kami ni macam keluarga Amani sendiri. Lagipun, Amani
kan bakal isteri Qasy. Jadi, Amani kenalah belajar biasakan diri dengan kami.”
“Insya-ALLAH, pak
cik. Saya cuba,” jawab Erena. Bakal isteri Dr.
serious?Jangan bermimpilah! Tak naklah aku kahwin dengan mamat serius 24
jam ni, getus hatinya.
Hajah Kamariah
memandang Dr. Qasyiful yang sedang kusyuk menikmati makanan kegemarannya.
“Qasy?”
Suapan Dr. Qasyiful terhenti. Lalu, dia memandang wajah
emaknya. “Ya, mak?”
“Cedokkan nasi ke dalam pinggan Amani. Biar dia makan
sampai kenyang,” kata Hajah Kamariah.
Dr. Qasyiful terpempan. Erk? Dia memandang wajah Erena.
“Err… awak nak tambah nasi ke, Rena?” Dia menayang memek muka serius bagai nak
rak.
Erena tercengang. Eh, macam tu ke tanya aku? Huh, tak
romantik langsung!
“Abang ni, ada ke tanya macam tu dekat Kak Amani?
Romantiklah sikit, abang,” tegur Diana.
Shukri tergelak. “Tulah… Qasy, romantiklah sikit dengan
Amani. Lagipun bukannya dengan orang lain pun, dengan tunang sendiri juga.”
Dr. Qasyiful tersenyum kelat. Lalu, dia mencedok satu
sudu besar nasi ke dalam pinggan Erena. “Makanlah. Makan sampai kenyang,”
perlinya selamba. Sengaja hendak menyindir tunang manjanya itu.
Erena mendengus geram. Dia menjeling tajam. Nasib baik
ada keluarga kau kat sini, Dr. serious.Kalau
tak, memang aku dah lancar perang mulut! Kalah kau nanti bila aku dah mula
bersuara! desis hatinya geram.
Diana menggeleng. “Apalah abang ni? Tak sportinglangsung! Ada ke cakap macam tu
dekat Kak Amani? Kasihan Kak Amani tau,” tegurnya geram.
Dr. Qasyiful tidak membalas, sebaliknya dia menayang
memek muka tak ada perasaan. Dengan selamba kataknya, dia menyambung kembali
menyuap nasi ke dalam mulut.
Erena menarik muncung panjang, lalu dia menjeling geram.
Huh! Sahlah, kau memang mamat tak ada perasaan! Hati kering! Hati batu! Apa
lagi gelaran yang sesuai dengan kau, hah?
Shukri menggeleng. Haiya… makin teruk perangai adik aku
ni. Dengan tunang sendiri pun, tak reti nak romantik. Apa dah jadi ni? getus
hatinya hairan.
Lalu, mereka seisi keluarga kembali menyambung menikmati
hidangan makan malam dengan penuh berselera.
Kecuali Erena… apabila memikirkan sikap dingin dan serius
encik tunangnya, dia jadi hilang selera. Hatinya tertanya-tanya. Kenapa sikap
kau macam negara empat musim? Peliklah! desis hatinya lagi.