Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 12

DATUK HARRIS mengeluh. Lelaki itu menayang muka serba salahnya di hadapan bakal menantunya. “Maafkan uncle,Qasy. Unclebetul-betul tak sangka, Rena boleh berpakaian macam tu. Uncle malu dengan kamu. Tak patut Rena buat macam tu.”

Dr. Qasyiful tersenyum. “Tak apalah uncle,Qasy tak kisah pun. Lagipun, Rena tu kan budak-budak lagi. Akal fikirannya pun belum matang lagi. Biarlah… Qasy tak ambil hati pun.”

Tapi… comel juga bila dia berpakaian macam tu, kan? Dengan baju Tom and Jerry, seluar pula berbunga-bunga pink, siap ikat tocang dua lagi. Hmm, dah macam kanak-kanak ribena aje, kata hatinya. Eh, kejap! Kau ni dah kenapa, Qasy? Takkanlah awal-awal lagi kau dah tangkap cintan dengan bakal isteri sendiri?Come on, stop it ok!

“Unclebukan apa, Qasy. Unclesendiri pun dah tak tahu lagi macam mana nak uruskan si Rena tu. Manjanya… masya-ALLAH!Kalah budak prasekolah, Qasy. Pening kepala uncle dibuatnya.” Datuk Harris menyuarakan keresahannya.

“Sebab itulah uncle nak kahwinkan dia dengan Qasy. Uncletahu, Qasy boleh bentuk dia jadi seorang isteri yang solehah. Sekurang-kurangnya, Qasy dapat lentur sedikit sikap manja dia tu.”

“Qasy bukan sesempurna Rasulullah SAW, uncle. Qasy hanyalah lelaki biasa. Qasy takut, Qasy tak mampu membimbing Rena menjadi isteri solehah.”

“Janganlah merendah diri, Qasy. Uncleyakin, pilihan uncletepat. Unclejuga yakin, Qasy merupakan calon suami yang terbaik untuk Rena. Percayalah cakap uncle. Qasy boleh lakukannya,” balas Datuk Harris.

“Insya-ALLAH, uncle. Qasy janji Qasy akan cuba jadi suami yang baik untuk Rena,” balas Dr. Qasyiful. Erk, mampukah aku menunaikan janji ini? Dahlah Rena tu macam murid prasekolah… Hisy, adik aku pun tak adalah sampai macam tu sekali. Ni dah masuk kategori terlebih manja dah.

Kedengaran Datuk Harris menarik nafas panjang. Lega mendengar janji bakal menantunya itu. “Janji dengan uncle Qasy, tolong jaga Rena sebaik yang mungkin. Renalah satu-satunya anak kami, Qasy. Uncleamanahkan Rena pada Qasy.”

Dr. Qasyiful mengangguk perlahan. “Qasy bukan lelaki yang sempurna, uncle. Macam yang Qasy cakap tadi, Qasy hanyalah lelaki biasa. Tapi… Qasy janji, Qasy akan jaga Rena sebaik yang mungkin. Qasy akan jaga Rena macam Qasy jaga nyawa Qasy sendiri. Qasy janji, uncle.”

Sekali lagi Datuk Harris menghela nafas lega. “Terima kasih, Qasy. Uncletahu, uncleboleh harapkan Qasy. Qasylah satu-satunya pilihan uncle. Uncleyakin, pilihan uncletepat. Uncletahu, Rena akan bahagia dengan Qasy,” balas Datuk Harris penuh yakin.

Dr. Qasyiful tersenyum kecil. “Insya-ALLAH, uncle.” Ah, mampukah aku melembutkan gadis sekeras hati Erena Amani? Mampukah aku melentur sikap manja dia yang saban hari semakin parah itu? Bersediakah aku menghadapi karenahnya yang manja dan bagaikan keanak-anakan itu? Hmm… entahlah!

DR. QASYIFUL bersama Erena serta bakal mentuanya mengorak langkah menuju ke arah ruang makan. Sesampai di meja makan, tiba-tiba Datuk Harris berdehem.

“Rena, papa nak Rena duduk di sebelah Qasy,” arah Datuk Harris. Siap menayang muka selamba kataknya di hadapan Erena.

Erena membuntang mata. Ternganga sedikit mulutnya. Hah?! Duduk kat sebelah mamat serius 24 jam ni? Hisy, tak naklah! Sorrynaik lori! “Tapi papa, Rena…”

Belum sempat Erena menghabiskan ayatnya, terlebih dahulu dipintas oleh Datuk Harris. “No excuse, Erena Amani. This is an order!” katanya serius.

Erena menarik muncung panjang tanda protes. Wajahnya cemberut. Hisy papa ni, sengaja nak aku duduk kat sebelah Dr. seriousni. Dah tahu aku tak suka, nak juga paksa aku, bebel hati Erena geram.

Walaupun tidak puas hati dengan tindakan papanya, namun Erena tetap menurut juga kemahuan itu. Dengan hati yang tidak rela, dia memaksa dirinya melabuhkan duduk di sebelah Dr. Qasyiful.

Erena mengerling sekilas wajah kacak Dr. Qasyiful. Hmm… harap muka aje kacak, tapi hampeh! Kalau asyik serius 24 jam, buat apa? Apa pun tak boleh! For you information,tak akan ada seorang pun yang melekat kat kau termasuklah aku tau! sindir hatinya lagi.

Dr. Qasyiful semakin berdebar. Lagi-lagi, bila Erena duduk di sebelahnya. Jantungnya bagai hendak pecah. Dug dag dug dag… dah macam bunyi paluan kompang aja. Wahai hati, tenanglah dikau, pujuk hatinya. Relax Qasyiful Hakim, just be cool ok.Jangan gabra sangat. Karang tak pasal-pasal budak mentah ni gulaikan kau.

Datuk Harris dan Datin Katrina tersenyum simpul apabila melihat pasangan itu. Sah! Bagai pinang di belah dua… bagai merpati dua sejoli… eh, peribahasa apa lagi yang boleh kaitkan mereka, ya? Ah, macam-macamlah! Pokoknya, mereka berdua memang sepadan. Sama cantik dan sama kacak.

Fina mencuri-curi pandang wajah kacak Dr. Qasyiful. Jantungnya terasa macam nak meletup sebaik sahaja melihat wajah kacak itu. Ah, kacaknya! Macam Sir Chief Richard Lim dalam drama Be Careful With My Heart tu. So handsome… so sweet…Wah, rasa macam dah tertelan gula lebih pula.

Datin Katrina memandang Dr. Qasyiful. Dia tersenyum. “Eh Qasy, janganlah malu-malu. Tambah lagi nasi tu. Auntiemasak specialuntuk Qasy tau.”

Erena mencebik. Hek eleh, nak mengada-ngadalah pula. Menyampah aku! Herdik hati Erena geram.

Dr. Qasyiful tersenyum. “Err… tak apalah, auntie. Kejap lagi Qasy tambah, ya.”

“Rena, cedokkan nasi tu. Letak dalam pinggan Qasy. Kasihan bakal suami kamu tu,” tegur Datuk Harris. Dia cuba merapatkan hubungan Erena dan Dr. Qasyiful. Dia jadi tidak senang duduk. Mana tidaknya, pasangan itu hanya berdiam sejak tadi.

Erena tersedak. Cepat-cepat dia minum air. Hah?! Nak tambahkan nasi ke dalam pinggan dia? Eeii, tolonglah! Tak kuasa aku! “Papa, diakan ada tangan? Kalau dia nak tambah, pandai-pandailah dia cedok sendiri. Kan, Dr. Qasyiful?”

Tawa Fina hampir meledak, namun segera ditahan. Sejujurnya, dia geli hati dengan jawapan selamba Erena.

Gadis itu melirik sejenak wajah kacak Dr. Qasyiful. Merah padam wajah kacak itu apabila mendengar sindiran Erena. Gilalah kau Rena, selamba katak aje kau perli dia. Memang terbaik! pujinya dalam hati.

“Rena, tak baik cakap dengan bakal suami macam tu! Bukan tu cara yang sesuai, Rena. Cubalah tanya elok-elok sikit. Kita kan ada adab,” tegur Datin Katrina, tegas.

Dr. Qasyiful menguntum senyuman kelat. “Eh tak apalah, auntie. Qasy tak kisah pun. Lagipun, Qasy boleh ambil sendiri. Kan, Rena?” balas Dr. Qasyiful pula, sengaja memuntahkan kembali sindiran Erena. Siap menayang muka selamba badak lagi. Hah… ambil kau! Ingat aku nak berdiam? Sorry,no way!

Erena terkesima. Nafasnya turun dan naik tanda marah. Ewah-ewah, nak melawan aku pula? Tak apa… tak apa… jom kita lawan. Haa… kau tengok kehebatan aku berperang mulut dengan kau, Dr. serious,bentak hatinya semakin geram.

“See? I have told you, mama?Dr. Qasyiful pun tak kisah, mama. So,biar ajelah,” balas Erena dengan muka tidak bersalah.

Fina menggeleng. Hisy, apa lagilah yang minah ni cari? Dahlah dapat bakal suami kacak, doktor pula tu. Apa lagi yang kurangnya? Karang aku caras baru tau. Meranalah kau bermadukan aku, perli hatinya geram.

Datuk Harris menggeleng. Ada-ada aje jawapannya, sengaja hendak menyakitkan hati bakal suamilah tu. “Rena, be careful with your words,”tegasnya.

Erena menjeling geram. Eh, nak bela Dr. seriousni pula? Ah, ada aku kisah? Aku akan buat apa aje, sampai dia tak jadi nak teruskan rancangan gila ni. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap tidak mahu berkahwin. Tambah-tambah lagi dengan Dr. Qasyiful, lagilah dia tidak mahu.

Dr. Qasyiful tidak menjawab. Lelaki itu kembali menyuap nasi berlaukkan ayam masak merah dan sayur dalca ke dalam mulut. Sesekali matanya mencuri pandang wajah Erena.

Bibirnya terukir senyuman penuh makna. Tak apa, kau keraskan hati kau. Aku pun, akan keraskan hati aku. Kita tengok, siapa akan tunduk dulu? Kau atau aku, sayang?

Previous: BAB 11
Next: BAB 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.