“HUHH!” Erena
melepaskan keluhan geram. Gadis itu menarik muncung Donald Duck. Dia menarik
muka cemberut. Dia melabuhkan duduk di atas sebuah kerusi. Dia duduk di situ
sambil menongkat dagu. Selepas itu, dia mengerling jam yang terikat kemas di
pergelangan tangan kirinya. Sekali lagi dia mengeluh. “Ayoyo! Dah pukul 3.30
petang ni!” gerutu Erena dengan nada suara geram.
Erena bangun. Dia mundar-mandir di lobi hotel. Ah, dia
merasakan seolah-olah dirinya bak tunggul kayu. Berjam-jam dia menghabiskan
masa di situ. Namun, bayang encik tunangnya a.k.a Dr. serious masih tidak muncul lagi.
Erena menghentak kaki tanda geram. “Hisy… dah macam
patung Cendana kat shopping mallaje
aku kat sini tau, tapi bayang kau masih belum terpacak macam tiang bendera
lagi. Oii… Dr. serious,kau melencong
ke mana hah? Kenapa lambat sangat ni? Hisy!” bebelnya.
Erena semakin bengang. Dia menggenggam buku lima tanda
geram. “Haa… itulah janji lelaki! Kalau tak tepati janji, memang tak sah. Huhh!
Janji pukul 1.30 petang, tapi jarum jam dah berganjak ke pukul 3.30 petang pun,
bayang kau masih belum muncul lagi. Oii… kau ingat aku ni penunggu setia ke,
hah? Dari aku duduk melangut kat sini, lebih baik aku berjimba-jimba kat shopping mall. Argh!” bebelnya geram.
Dari pukul 1.30 petang, Erena sudah terpacak di lobi Hotel
Marriot,Putrajaya. Hampir dua jam
gadis itu menanti. Namun, jarum jam sudah berganjak ke pukul 3.30 petang pun,
langsung tiada tanda-tanda Dr. Qasyiful akan muncul.
Erena mendengus geram. “Huhh, tak boleh jadi ni!
Takkanlah aku nak tunggu macam tunggul kayu aje kat sini?” gerutunya geram.
Lantas, telefon bimbitnya yang berjenama Iphone 5 dibawa
keluar dari tas tangan. Dia membuka phone
booklalu mencari nombor telefon encik tunangnya.
Senyuman terukir di bibir apabila nama Dr. serioussudah ada di depan mata. Dia
terus menghubungi encik tunangnya.
Namun, hampa! Inilah jawapan yang diterimanya. “Nombor
yang anda dail, sedang sibuk. Sila cuba sebentar lagi!”
Huhh, operator yang jawab? Hampeh betul!
“Aku nak dengar
suara kau, wahai mamat serius 24 jam. Bukannya suara operator telefon yang jadi
peneman setia tu. Huhh!” ngomel Erena semakin geram.
Erena menghentak kaki. “Aduh, sakitnya hati aku! Kalau
tahu nak jadi macam ni, baik tak payah datang pun tak apa. Tak ada la aku
melangut macam orang tak siuman kat sini!” gerutunya geram.
Erena menggosok kepalanya berulang kali. Memikirkan sikap
sambil lewa Dr. Qasyiful, membuatkan hati Erena semakin membengkak. “Kenapalah kau tak reti nak callaku, hah? Kalau tak jadi nak jumpa,
beritahulah awal-awal. Tak ada la aku terpacak kat sini macam Patung Cendana.
Kau ni memang cari nahaslah!”
Sekali lagi Erena cuba menghubungi Dr. Qasyiful, namun
gagal lagi. Dia semakin bengang. “Argh!”