DR. QASYIFULmemarkir keretanya di kotak parkir RnR
Tapah. Dia mematikan enjin keretanya. Dia mengerling wajah tunangnya di
sebelah. “Rena?” sapanya perlahan.
Erena memandang wajah encik tunangnya itu apabila
terdengar namanya dipanggil. “Hmm…” jawabnya acuh tidak acuh.
Wajah Dr. Qasyiful kelihatan serius. Macam cikgu
disiplin. “Jom lunchRena, saya
laparlah. Lagipun, perjalanan kita masih jauh lagi,” ajaknya. Siap menayang
memek muka orang tengah kelaparan lagi.
Erena menayang muka orang tak ada perasaan. “Okey!”
Sekali lagi dia menjawab dengan acuh tidak acuh sahaja. Siap menayang muka tak
ada perasaan lagi. Dia segera melangkah keluar dan berdiri di sebelah
keretanya. Menunggu tunang manjanya itu keluar dari perut kereta.
Erena menarik muncung panjang. Hisy, boleh pula mamat
serius 24 jam ni berdiri sebelah kereta dia aje? Tak reti nak buka pintu kat
tunang sendiri ke? Hisy, tak romantik langsung! bentaknya dalam hati.
Erena tersentak. Dia seakan tersedar sesuatu. Eh, sejak
bila pula aku mengaku yang Dr. serious
ni tunang aku? Alahai… kau ni dah kenapa, Erena Amani? Hatinya bermonolog
sendirian.
Berkerut dahi Dr. Qasyiful. Dia mengeluh. Eh dia ni,
kenapa tak keluar lagi ni? Huhh! Dia berjalan ke pintu sebelah kiri. Dia
mengetuk cermin kereta. Siap memberi isyarat supaya Erena cepat keluar dari
keretanya.
Erena mendengus keras. Hisy! Dengan langkah geram, dia
melangkah keluar dari perut kereta. Sempat lagi menghadiahkan jelingan tajam
buat encik tunangnya itu.
Dr. Qasyiful mendengus geram. “Ingat tuan puteri ke? Nak
turun dari kereta pun, kena tunggu berjam-jam. Mengada-ngada… Hello, you are not Cinderella, ok!”
Erena menjegilkan matanya. Ewah-ewah, sesuka hati kau aje
marah aku, kan. Aku lempang karang, terus pipi
kau tu jadi lempeng. Argh! bentak hatinya geram.
Namun belum sempat Erena hendak menjawab, dengan selamba
kataknya Dr. Qasyiful berjalan pergi meninggalkan dia di belakang.
Erena mendengus geram. Dia menghentak kakinya kuat.
“Hisy, selamba kataknya mamat serius 24 jam ni tinggalkan aku? Hampeh betul!
Hancuss! Papa dengan mamalah ni, beria-ia nak aku ikut mamat serius 24 jam ni.
Tengok apa dah jadi? Bencilah, argh!” bebelnya panjang lebar.
Walaupun mulutnya membebel panjang, namun dia tetap
membuntuti langkah Dr. Qasyiful dari belakang.
Dr. Qasyiful menggeleng. Rena… Rena… tak habis-habis
dengan perangai manja dia tu. Bilalah nak berubah? Hisy! bebelnya geram.
Dia terus berjalan ke kedai menjual kacang rebus. “Bang,
kacang rebus RM3.00.” Bibirnya terukir senyuman manis.
“Siap!” balas penjual itu sambil tersenyum.
Erena berdiri tegak bak tiang bendera Malaysia di sebelah
Dr. Qasyiful. “Qasy?” tegurnya dingin.
Dr. Qasyiful memandang Erena. Wajahnya seperti biasa.
Tetap serius 24 jam. “Hmm…” Acuh tidak acuh sahaja dia menjawab.
“Saya nak ke washroom.
Awak pergilah dulu,” balas Erena tanpa memandang wajah encik tunangnya.
Dr. Qasyiful mengangguk sebagai jawapan. “Okey!” Selepas
membayar harga kacang rebus itu, dia terus berjalan ke dewan makan.
Bibirnya menguntum senyum lebar. Lega kerana masih
terdapat banyak lagi meja yang kosong.
Dr. Qasyiful berjalan menuju ke arah gerai yang
menyediakan juadah makan tengah hari.
Sebaik tiba di gerai nombor empat, langkahnya mati di
situ. Bibirnya terukir senyuman lebar. Ayam masak lemak cili api, makanan
kegemarannya.
MATA Erena meliar ke
sana sini mencari kelibat tunangnya. Hisy, ke mana pula mamat serius 24 jam ni
pergi? Argh!
Akhirnya, matanya tertancap pada satu lembaga yang sedang
berselera menikmati hidangan makan tengah harinya. Mulutnya mula memuncung
panjang. Dia segera menghampiri Dr. Qasyiful.
Suapan Dr. Qasyiful terhenti apabila terasa seperti ada
satu lembaga sedang berdiri tegak di hadapannya. Dahinya berkerut seribu.
“Kenapa?” tanya Dr. Qasyiful serius.
Erena tercengang. Dia menayang memek muka geram. “Kenapa
tak tunggu saya?” marahnya geram.
Dr. Qasyiful sengaja menjungkit sebelah keningnya. “Perlu
ke saya tunggu awak?” Selamba katak dia menjawab. Siap menayang muka tidak
bersalah lagi.
Erena menjegilkan matanya. Siap menayang muka tidak puas
hati lagi. Mamat ni… argh memang hati kering! Tak ada perasaan! Hisy! marah
hatinya geram.
Erena berpaling lalu melangkah ke gerai makan. Namun,
langkahnya mati apabila terdengar namanya dipanggil. Gadis itu berpaling,
memandang wajah encik tunangnya.
“Apa dia?”
Dr. Qasyiful menyeluk poket seluar jeansnya. Dia membawa
keluar sekeping not RM20 lalu menghulurkannya pada Erena. “Ambil ni. Belilah
apa-apa yang awak nak makan,” katanya serius.
“Tak payah! Saya ada duit sendiri,” kata Erena selamba.
Sengaja mahu melihat reaksi encik tunangnya.
Dr. Qasyiful berdehem. Dia membetulkan duduknya. “Tak
payah guna duit sendiri, Rena! Saya yang ajak awak balik ke kampung saya, kan?
Jadi, saya yang akan tanggung segala makan, minum dan pakai awak.”
Kening Erena terjungkit sebelah. Dia masih lagi tersenyum.
“Tak payah, saya tak harapkan duit awak pun.”
Dr. Qasyiful menjeling tajam. “Janganlah degil, cik manja
oii. Saya tak suka awak bayar sendiri harga makanan awak sedangkan saya ada.
Ambil ajelah duit ni. Jangan banyak karenah! Tolonglah jangan nak mengada-ngada
okey. Lagipun, saya tak suka orang cakap saya ni kedekut,” desaknya.
Erena menarik muncung panjang. “Huhh, yalah!” balasnya
geram. Lalu, dia merampas kasar not RM20 itu.
“Cepat sikit!” arah Dr. Qasyiful selamba.
Erena menarik nafas panjang. Geram apabila mendengar
arahan itu. Kau ingat aku ni apa? Argh! jerit hatinya geram.
Dr. Qasyiful menggeleng. “Rena… Rena…”