Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 8
ERENA dan Fina bertungkus-lumus memunggah baju di dalam almari. Mencari pakaian yang sesuai untuk makan malam sebentar lagi. Habis berteraburan kain baju Erena di atas lantai. Dah macam baru kena rompak gayanya.

Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dahinya berkerut. Huh, geramnya! Dari pagi sehingga ke petang, mereka berdua terperap di dalam bilik. Yang sakit hatinya, barang yang dicari tetap tidak ditemui.

Erena menjeling geram. Hisy minah over hotni, dah bermacam-macam jenis baju aku bawa keluar. Tapi, satu pun dia tak berkenan! Entah apa yang minah ni cari, aku pun tak tahulah. Hisy! bebel hatinya geram.

Tiba-tiba, mata Erena terpandangkan sepasang baju yang tergantung cantik di dalam almarinya. Dia tersenyum. Pantas tangannya mencapai baju itu. “Fina, okey ke tak ni?” soal Erena sambil menjungkit kening. Baju yang dipegangnya itu diangkat lalu ditayangkan ke hadapan Fina.

Fina mengeluh. Dia menggeleng. Langsung tak sesuai! “Apalah kau ni, Rena? Kata nak bagi calon suami kau tu tarik balik keputusan dia, tak nak dia kahwin dengan kau. Off course baju ni tak sesuai! Takkanlah kau nak tayang baju cantik macam ni depan dia? Terbeliaklah biji mata dia bila tengok kau pakai macam ni. Entah-entah, terus fall in love.Macam dalam drama Korea tu.”

Erena mendengus geram. Dia bercekak pinggang sambil matanya membulat memandang wajah kawan baiknya. “Ewah-ewah, pandainya kau bersyarah, kan cikgu? Haa… lepas ni bolehlah kau applyIjazah Sarjana Muda Pendidikan. Pot pet pot pet… tulah suka sangat makan bontot ayam. Kan dah suka membebel. Sakit telinga aku dengar kau membebel.”

Fina menjelir lidah, sengaja mahu menyakitkan hati Erena. “Aku membebel untuk kebaikan kau juga, mak cik oii. Okey, kalau kau tak nak aku tolong, tak apa. Aku tak rugi apa-apa pun. Haa… pergilah kahwin dengan calon suami kau tu, ya,” sindirnya. Siap menayang muka sepuluh sennya di hadapan Erena.

Erena menjeling geram. Hisy, boleh pula dia loyar buruk dengan aku? Ciss! Nasib baiklah aku perlukan pertolongan kau tau. Kalau tak, ada jugalah yang merasa tenyehan cili merah. Tak payah pakai lipstick,terus merah menyala bibir kau. Hah, kelasss kau Jah! Bebelnya di dalam hati tanda geram.

Erena tayang sengihan kerang busuknya, sengaja mahu mengambil hati kawan baik kesayangannya itu. “Okey, sorry.Kau aje kawan yang aku ada. Kau jugalah yang boleh tolong aku, Fina. Kalau kau tak boleh tolong aku, siapa lagi? Janganlah merajuk ya, ala bucuk-bucuk,” pujuknya.

Fina mencebik. Siap tayang aksi geli-gelemannya lagi. “Ha ha ha… lawaknya? Oit nenek sihir, aku bukan budak kecil lagilah. Hee… meremang bulu roma aku tau. Bucuk-bucuk? Oh, please.Nak termuntah aku dengar tau.” Dia ketawa besar. Bucuk-bucuk? Iyu… geli telinga aku dengar tau.

Erena masih lagi tersengih. “Dah kau merajuk, aku pun pujuklah. Habis tu, siapa lagi yang nak pujuk? Nak panggil cik abang Anuar Zain kesayangan kau tu, entah bilalah nak jumpa? Jadi, aku pujuklah. Kau patut berbangga Fina, ada juga orang yang nak memujuk kau tau.” Dia menjungkit keningnya berulang kali.

“Whatever!” bidas Fina lalu menjulingkan matanya ke atas.

Erena tidak menjawab, sebaliknya dia hanya menjelirkan lidahnya pada Fina. Do I care?

Setelah berhempas pulas menjadi perompak terhangat di pasaran, akhirnya mereka berdua menghempaskan tubuh ke atas katil

Fina memandang Erena. “Rena…”

Erena memandang Fina. “Hmm…”

“Aku peliklah dengan kau ni, Rena. Takkanlah kau langsung tak ada baju yang nampak macam sengal-sengal sikit? Yang boleh menampakkan ciri kemanjaan dan kegedikan kau tu?” tanya Fina hairan.

“Entahlah, Fina. Aku sendiri pun tak tahu,” jawab Erena dengan nada bersahaja. Siap menayang muka selamba lagi. Diiringi sengihan kerang busuk yang tersungging di bibir gadis cantik itu.

Fina tergamam. Dahinya berkerut seribu. Lalu, gadis itu terus bersila di atas katil. Hah… biar betul minah ni? Dia bangun, berdiri bak tiang bendera di hadapan Erena. “Ni almari kau tau, Rena. Bukannya almari orang lain. Takkanlah isi dalam almari ni pun, kau tak tahu?”

Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Err… actually Fina, aku langsung tak pernah belek almari aku tu. Jadi, aku sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam almari tu,” balasnya. Dia tersengih.

Fina ternganga luas Matanya membulat bak huruf O. “Kau biar betul, Rena? Habis tu, macam mana kau ambil baju dengan seluar? Mesti kau ambil dalam almari, kan?”

Erena tersengih lebar. “Selalunya, aku ambil baju yang Kak Khadijah kedai dobi tu dah siap lipat. Aku tak pernah tengok apa yang ada dalam almari aku tu,” balasnya. Siap menayang muka selamba badaknya lagi.

Fina menepuk dahi. Aiseyman… payahlah kalau macam ni! Apa gunanya ada almari di dalam bilik, sekadar hiasan sahaja ke? “Hisy kau ni Rena, perempuan jenis apalah? Nilah perempuan zaman sekarang, pemalas, asyik nak suruh orang lain buat kerja dia aje. Perempuan zaman dulu, rajin aje tau. Hisy, apalah nak jadi dengan dunia sekarang ni?” kutuknya pedas. Hah… padan muka kau, Rena! Kan dah kena sebijik dengan aku. Dia membebel dalam hati.

Terbuntang mata Erena. Dia menjeling tajam. Geram mendengar kutukan itu. “Kau menyindir aku ke? Hisy kau ni! Bukan boleh tolong pun, menambahkan sakit hati lagi adalah,” bentaknya geram.

“Kau ni, langsung tak ada skil la...” sindir Fina selamba.

Kening Erena terjungkit sebelah. Hairan melihat telatah Fina. “Kau nak buat apa pula tu?” tanyanya bodoh-bodoh alam.

Fina mengukir senyuman penuh makna. “Kau kena tengok orang yang pakar dalam ilmu-ilmu menggelendah almari ni, belajar...” tambah gadis itu lagi. Seolah-olah mengangkat diri. Masuk bakul angkat sendiri.

Erena mencebik. Hisy, poyo aje! Menyampah aku, gedik sungguh! Sindirnya di dalam hati.

Pintu almari dibuka. Lalu, mata Fina tertancap pada sepasang pakaian yang tergantung cantik di situ. Spontan, bibirnya terukir senyuman penuh makna. Hmm…. baju ni nampak sesuai, nampak gedik. He he he… memang sesuai dengan Erena.

Baju yang tergantung di dalam almari itu segera dicapai lalu disuakan pada Erena. “Aku nak kau pakai baju ni, Rena. Haa… pergi salin sekarang!” arah Fina selamba. Senyuman penuh makna masih bergayut di bibirnya.

Erena mengigit bibir. Menayang muka teragak-agak. Namun, tangannya tetap juga menyambut huluran itu. “Baju ni? Err… kau biar betul, Fina? Takkanlah aku nak pakai baju macam ni kot?” soalnya teragak-agak, sambil jari telunjuknya tertuju ke arah baju itu.

Kening Fina terjungkit berulang kali. Senyuman lebar tetap setia meniti di bibirnya “Yes! I want you to wearing this clothes.Sesuai sangat dengan kau, Rena,” balasnya beria-ia.

Erena menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Kau biar betul, Fina? Seriuslah sikit! Okey ke ni?” tanyanya lagi. Masih teragak-agak dengan rancangan gila Fina. Ah, sememangnya gila!

Fina mendengus geram. Dia menghadiahkan jelingan tajam pada Erena. “Off course I am serious.Takkanlah aku nak kenakan kawan baik aku sendiri? Okeylah kalau kau pakai baju ni! Apa pula tak okeynya? Percayalah cakap aku! Baju ni memang sesuai untuk kau, Rena. Dah, jangan nak mengada-ngada. Pergi salin sekarang!” balasnya bersungguh-sungguh.

Erena menarik muncung Donald Duck. Namun, dia tidak bersuara sebaliknya hanya mengangguk sebagai jawapan. Lalu, dia melangkah masuk ke bilik air.

Fina tersenyum lebar. Hisy, tak sabar aku nak tengok. Mesti gedik gila, macam budak manja…. capnya lalu ketawa dalam hati.

Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.