DATUK HARRIS menyedut
teh aisnya, sekadar hendak membasahkan tekak. Sesudah itu, dia menolak cawannya
ke tepi. “Qasy Dr. Qasyiful yang sedang menyuap kentang goreng ke dalam
mulut, segera menghentikan perbuatannya. Dia memandang wajah Datuk Harris. “Ya uncle, ada apa?”
“Salah satu sebab uncledatang berjumpa dengan Qasy, adalah
untuk memohon maaf,” kata Datuk Harris.
“Minta maaf? Untuk apa, uncle?”soal Dr. Qasyiful ingin tahu.
Datuk Harris menguntum senyuman. “Unclebetul-betul malu
dengan Qasy malam tu. Uncletak
sangka Rena boleh berpakaian macam tu. Uncle
minta maaf pada Qasy kalau-kalau ada ketelanjuran kata dan sikap Rena yang
menyakitkan hati Qasy. Sejujurnya, uncle kesal dengan apa yang dah berlaku.”
Wajah lelaki itu kelihatan serba salah.
“Oh!” Dr. Qasyiful tersenyum. “It’s ok uncle, small matter. Actually,Qasy pun tak ambil hati
pasal tu. Rena budak mentah lagi uncle,Qasy
faham. So,uncletak perlu minta maaf pada Qasy. Uncletak buat apa-apa salah pun.”
Datuk Harris menghela nafas panjang. Hatinya berasa lega
apabila mendengar jawapan itu. “Lega hati unclebila dengarnya, Qasy. Yalah… salah kami juga kerana terlalu
memanjakan Rena.”
Dr. Qasyiful tersenyum lagi. “Jangan menyalahkan diri
sendiri, uncle.Qasy faham perasaan, uncle.
Rena satu-satunya anak tunggal uncledan
auntie.Jadi, ibu bapa mana yang tak
sayangkan anak, kan uncle?Kalau Qasy
di tempat uncle pun, maybeQasy akan
buat benda yang sama juga.”
Datuk Harris melepaskan keluhan panjang. “Entahlah Qasy, unclesendiri pun dah tak tahu nak buat apa
lagi. Rena terlalu manja, Qasy. Sikap keanak-anakan dia juga makin teruk.
Mungkin bila dia dah bergelar seorang isteri, Qasy boleh membimbingnya untuk
berubah,” katanya penuh mengharap.
“Insya-ALLAH uncle, I
will try to do my best,”balas Dr. Qasyiful seakan menaruh janji. Ah,
mampukah aku melenturkan perangai Erena, anak manja tu? Kegedikannya pun buat
aku meremang bulu roma, apatah lagi sikap keanak-anakannya. Ya ALLAH, macam
manalah aku nak hadapinya nanti?
Sejenak mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.
“Oh ya Qasy, uncleterlupa pula. Sebenarnya, uncledatang berjumpa Qasy sebab nak bincang
tentang majlis pertunangan Qasy dengan Rena.” Tiba-tiba Datuk Harris bersuara,
mematikan lamunan Dr. Qasyiful.
Dr. Qasyiful terpempan. Mulutnya ternganga besar. Hah?!
Bertunang? Biar tembikai? “Majlis pertunangan?” tanyanya gugup. Menayang muka
terkejut badak. Lelaki kacak itu menelan liur. Kenapa aku tak tahu pasal benda
alah ini?
Datuk Harris mengangguk laju. Senyuman lebar terukir di
bibir lelaki itu. “Ya, Qasy. Minggu depan kamu dan Rena akan bertunang. Sebab
tu, unclenak bincang dengan Qasy
pasal majlis pertunangan ni.”
Dr. Qasyiful terkedu. Bertunang? Minggu depan?
Astaghfirullahalazim…
Berkerut dahi Datuk Harris. Hairan apabila melihat Dr.
Qasyiful yang terdiam sebaik sahaja dia menyebut tentang majlis pertunangan
itu. “Qasy, are you ok?”
Dr. Qasyiful tersentak. “What?”soalnya terpinga-pinga.
Berkerut dahi Datuk Harris. “Are you ok, son?”ulangnya lagi.
Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Yes, I’m ok.” Sedaya upaya dia memaniskan wajahnya. No, I’m not ok actually!Bertunang
dengan Rena? Minggu depan? Oh my ALLAH!
DR. QASYIFUL
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia mengeluh. Wajahnya kelihatan
sugul. Mengenangkan permintaan Datuk Harris yang mahukan dia dan Erena
bertunang minggu hadapan, membuat dirinya resah bagai kucing hilang anak.
“Bertunang dengan Erena minggu depan?” Dr. Qasyiful
mencubit lengannya. Ouch, sakit! Huhh, itu tandanya dia bukanlah di alam mimpi.
Sebaliknya, dia berada di alam realiti.
Oh, tidak! Semua ini dirasakan seolah-olah berlaku
terlalu cepat. Dia baru sahaja menerima pinangan Datuk Harris. Tidak
semena-mena, lelaki itu mahu dirinya mengikat tali pertunangan dengan Erena.
Ah, apa yang berlaku ini benar-benar
gila!
Dr. Qasyiful meraup muka. Sebuah keluhan panjang
terhembus keluar dari bibirnya. “Ya ALLAH… beratnya rasa hati untuk meneruskannya
lagi. Subhanallah…” Sekali lagi Dr. Qasyiful mengeluh perlahan.
Apabila menyedari ketelanjuran katanya, Dr. Qasyiful
segera beristighfar dalam hati. “Ya ALLAH… jauhnya aku berfikir. Tak patut aku
mengeluh sampai macam tu sekali. Lagipun, keputusan dah diambil. Aku kena
teruskannya juga.”
Tiba-tiba, kata-kata yang terluah dari bibir Erena
menikam benak fikirannya.
“Saya tak nak kahwin
dengan awak! Jadi, awak nak buat apa kat saya? Hei, sikit pun saya tak ada perasaan
kat awak tau! Iyyuuu… siapalah nak bersuamikan lelaki serius macam awak? Tak hinginlah!”
Dr. Qasyiful mengukir senyuman kelat. “Walaupun awak
berkeras tidak mahu kita bernikah, saya tetap akan meneruskannya juga. Saya dah
berjanji dengan uncle Harris. Dan saya tidak akan sesekali melanggari janji
saya, Erena,” tuturnya penuh tekad.
Tidak semena-mena, bayangan wajah mak dan ayah menerpa ke
ruangan mata Dr. Qasyiful. Memikirkan mak dan ayah di kampung, hatinya dihimpit
rasa bersalah. “Mak dengan ayah tak tahu pun pasal perkara ni. Kalaulah dia
orang tahu, mahu terkejut badak jadinya,” omelnya sendirian.
“Aku kena berterus-terang dengan mak dan ayah. Aku kena
balik Kedah esok. Mereka berhak tahu yang aku akan bertunang dengan Erena.”