Home Novel Komedi/Romantik Komedi Benci ke Sayang? (Oh... My Encik Tunang?)
BAB 27 - PART 2

DAHI Dr. Aiman berkerut seribu. “Oii, yang kau macam orang baru lepas putus cinta tu, kenapa? Termenung aje. Kau ada masalah ke?” Dia mengatur langkah ke sofa, lalu melabuhkan duduk di sebelah sahabatnya itu.

Dr. Qasyiful mengeluh. Dia tersenyum kelat. “Ini bukan masalah orang baru lepas putus cinta, Man. Masalah ni lagi besar dari masalah tu,” jawabnya lemah. Macam orang hilang semangat untuk meneruskan hidup sahaja.

Mulut Dr. Aiman ternganga besar. Aik, apa hal pula ni? Macam serius aje ni… kenapa, ya? “Apa pula masalah kau kali ni, Qasy?” tanyanya ingin tahu.

Sekali lagi Dr. Qasyiful mengeluh. Spontan, permintaan mak sebentar tadi menyinggah ke cuping telinganya. Permintaan itu membuat kepala dia semakin pening. Aduh! Dalam banyak-banyak benda, kenapalah benda tu yang mak nak? Nak ke Rena ikut aku balik kampung? keluh hatinya.

Dr. Aiman semakin pelik. “Qasy?” Dahinya berkerut sejuta apabila melihat tingkah laku kawan baiknya itu. Aik, kenapa pula ni? Pelik!

Dr. Qasyiful tidak menjawab, sebaliknya lelaki itu tetap termenung panjang.

Dr. Aiman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Qasy?” panggilnya sedikit kuat. Siap memetik jari di hadapan kawan baiknya lagi.

Dr. Qasyiful tersentak. Spontan, lamunannya segera menghilang. Sekali lagi keluhan panjang terluah di bibirnya. Lalu, dia meraup wajahnya.

Kening Dr. Aiman semakin berkerut. “Kau okey ke ni, Qasy? Masalah apa ni sampaikan kau termenung panjang macam ni?” tanyanya ingin tahu.

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Mak aku, Man. Dia nak aku bawa Erena balik kampung,” beritahunya resah.

Mulut Dr. Aiman ternganga besar. Dia agak terkejut apabila mendengar jawapan itu. “Ya ke?” tanyanya sukar hendak percaya. Biar tembikai?

Dr. Qasyiful mengeluh. Entah untuk kali yang ke berapa, tidak terkira rasanya. Dia mengangguk.

Dr. Aiman ternganga lagi. “Laa… kenapa pula?”

Dr. Qasyiful menggusap rambutnya. Ah, dia semakin pening apabila memikirkan masalahnya itu. “Mereka nak berkenalan dengan Erena dengan lebih rapat lagi,” beritahunya lemah.

Dr. Aiman tersenyum. “Eh… baguslah kalau macam tu. Lagipun, dia orang kan belum kenal Erena lagi. Yalah, kau orang kan tunang ekspress. Mana sempat dia orang nak berkenalan dengan Erena.”

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Memanglah, aku pun setuju dengan permintaan mak aku tu, Man. Tapi, ada masalahnya,” balasnya perlahan.

Kening Dr. Aiman terjungkit sebelah. “Masalah apa pula? Kau risau ke kalau-kalau Datuk Harris tak izinkan kau bawa Erena balik ke kampung? Kalau Datuk Harris tu, aku rasa dia mesti izinkan,” tanyanya ingin tahu. Siap menayang muka hairan lagi.

Sekali lagi Dr. Qasyiful mengeluh. “Bukan itu masalahnya, Man. Insya-ALLAH, mungkin Datuk Harris akan izinkan. Masalahnya sekarang ni Erena. Nak ke budak bandar macam dia tu ikut aku balik kampung?” balasnya resah.

Dr. Aiman tergelak. “Ooo… jadi, tu aje ke masalahnya?” perlinya selamba.

Dr. Qasyiful memuncung panjang, lalu dia mengangguk sebagai jawapan.

Dr. Aiman menggeleng apabila melihat telatah Dr. Qasyiful. Apalah kawan baik aku ni? Alahai, lemahnya… “Aku rasa tak ada masalahlah, Qasy. Just tell her the truth,”cadangnya.

Dr. Qasyiful tersenyum kelat. “Kau cakap senanglah, Man. Kau sendiri tahukan Rena tu macam mana orangnya? Rena tu keras kepala tau! Kalau A katanya, A la jadinya. Tak ada nak jadi B dah.”

Dr. Aiman tergelak. Keningnya terjungkit sebelah. “Kau gunakanlah Datuk Harris sebagai orang tengah, Qasy. Mesti dia tak boleh mengelak kalau Datuk Harris yang suruh,” balasnya beria-ia. Siap tersenyum penuh makna lagi.

Dr. Qasyiful terdiam. Datuk Harris? Serentak dengan itu, bibirnya terukir senyuman penuh makna. Hmm… kenapalah dia tidak terfikirkan cara itu? Kalau dia berjaya memujuk Erena untuk menjadi tunangnya, mungkin lelaki itu dapat membantunya.

“Tak terfikir pula aku cara tu, Man. By the way, thank you very much.Kau dah banyak tolong aku, Man,” balas Dr. Qasyiful. Senyuman penuh makna masih lagi terukir di bibirnya.

Dr. Aiman tersenyum lebar. “No hal!Lagipun, kau kan kawan baik aku. Takkanlah aku tak tolong pula? Hmm… tak payah nak tayang muka masam lagi. Tak elok pun!” perlinya selamba.

Mereka ketawa.

Previous: BAB 27 - PART 1
Next: BAB 28

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.