KEWAJIPAN kepada
Yang Maha ESA baru sahaja ditunaikan. Arif bangkit dari sejadah dan menuju ke
jendela. Sejadah yang telah digunakan tadi disidai pada tempatnya. Sudah
menjadi kebiasaan bagi dia untuk menikmati suasana pada waktu malam. Langit malam
yang ditaburi butir-butir bintang ciptaan-NYA. Indah lagi menakjubkan.
Suatu ketika dahulu, butiran-butiran inilah yang pernah dijadikan sebagai
penunjuk arah bagi anak kapal yang berlayar di lautan atau yang biasa memasuki
hutan. Bagaikan kompas di tengah lautan dan di dalam hutan.
Bahkan terdapat tiga jenis bintang yang boleh dijadikan panduan kepada umat
Islam untuk mengenal pasti arah kiblat. Yakni arah yang membolehkan mereka mengetahui
di manakah berdirinya Kaabah. Bintang-bintang ini dikenali sebagai Al-Nilam,
al-Nitak dan Mintaka. Ketiga-tiga bintang ini tersusun secara berderetan dan
dilingkungi beberapa bintang yang bercahaya di dalam buruj Orion yang juga
dikenali sebagai al-Babadur atau Belantik.
“Dan Dialah yang menjadikan
bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di
darat dan di laut. sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran
(Kami) kepada orang-orang yang mengetahui.” (Surah al-An’aam 6:97)
Subhanallah!
Waktu bagi seluruh manusia enak dibuai mimpi ini merupakan waktu bagi Arif.
Merenung dan melihat kekuasaan serta kebesaran-NYA. Keindahan langit malam membuatkan
hatinya tenang. Juga dapat mendekatkan dirinya dengan Yang Maha Pencipta alam
ini. Segala kejadian yang ada di alam semesta ini membuatkan Arif sedar betapa
kerdil dirinya sebagai hamba-NYA. Allahuakbar!
Dalam mengingati kebesaran ILAHI, kejadian siang tadi berlayar di fikiran.
Zahra. Jatuh kesian Arif melihat keadaan pelajarnya itu. Rasanya lebih daripada kesian. Kalaulah
ada sesuatu yang boleh dia lakukan. Sesuatu yang dapat memberikan kebahagiaan
kepada Zahra. Juga untuk mengembalikan kegembiraan dalam hidup gadis itu.
Zahra mungkin tak pernah tunjuk bahawa dia masih terkenangkan kisah
sedihnya kepada sesiapa pun. Namun, Arif yakin dia masih memikirkannya. Gadis
itu tidak bersalah. Kesetiaannya dikotak-katikkan oleh bekas tunangnya sendiri.
Tanpa dipinta, Encik Rahman sendiri membuka lembaran kisah sedih mengenai
anaknya kepada Arif.
Ditanya pada dirinya pula. Adakah dia mampu untuk membantu Zahra? Arif
meraup wajahnya. Nafas berat dihela perlahan-lahan. Kalaulah ada sesuatu yang
boleh dia lakukan...
Apabila diceritakan kepada Iqbal, disuruhnya kahwin sahaja. Habis cerita.
Dapat jadi pelindung sehidup semati kepada Zahra. Tak kurang dengan itu, akak kat
pejabat pusat pengajian pun suruh dia masuk meminang. Apa kes? Semuanya
gara-gara kena tangkap dengan akak tu masa dia ‘bertekak’ dengan Zahra di
hadapan papan notis tempoh hari. Hilang saja kelibat Zahra, akak tu terus tegur
dia, ‘Haih Arif, dalam hati ada taman ke?
Apa susah, masuk meminang je. Kamu pun
budak baik. Confirm
mak bapak dia berkenan.’
Siap angkat ibu jari lagi. Mana tak malu Arif masa tu. Nasib baik akak tu je
yang nampak.
Arif baru teringat dia terlupa hendak menghidupkan kembali telefon
bimbitnya yang sedang dicas. Lewat petang tadi telefonnya terpadam sendiri
kerana kehabisan bateri. Sebaik sahaja dihidupkan, terdapat beberapa miscall dan SMS. Kebanyakan daripada keluarganya.
Hanya ada satu
sahaja yang berbeza. SMS daripada Zahra. Baru sebentar tadi dia
memikirkan tentang Zahra. Sekarang dia menerima SMS daripada gadis itu pula.
1 message
received
From
Zahra: Assalamualaikum, saya cuma nak ucapkan terima kasih untuk siang tadi. A proper thanks, I guess.
Lagi satu, kalau boleh don’t
let my parents know ya. Just
tak nak diorang risau. Please *with bling-bling eyes*
Tergelak Arif membaca SMS tersebut. Budak bertuah ni. Ada sahaja caranya
untuk melawak. Namun, dia sendiri sudah terbiasa. Selalunya Zahra akan buat lelucon
secara tak sengaja.
Nak balas tapi macam dah lewat. Tak elok pula ganggu anak
dara orang malam-malam. Makanya Arif bercadang untuk membalas mesej Zahra pada
hari keesokannya sahaja. Lagipun ada permintaan yang perlu dia sampaikan kepada
gadis itu. Penting. Hidup dan mati punya hal.
***
ZAHRA yang sedang terlentang di atas katil, masih
merenung pada siling. Matanya masih segar-bugar. Tak boleh nak dilelapkan
langsung. Bila teringatkan SMS yang dihantarnya kepada Arif, terasa menyesal
pula. Darah hangat semakin menyerbu naik ke mukanya apabila memikirkannya. Malu
tak terhingga.
Macam mana la aku boleh terfikir nak letak with
bling-bling eyes. Mesti dia
fikir aku ni tak ubah seperti perempuan gedik. Zahra pukul tangannya sendiri.
Gatal punya tangan. Dia menekup mukanya dengan bantal pula. Nak jerit
puas-puas sambil guling-guling atas katil. Malunyaaa!!
Sebaik sahaja selesai menunaikan solat isyak tadi, Zahra berkira-kira
hendak menghantar SMS kepada Arif. Awal-awal tu teragak-agak juga nak hantar. Last-last hantar juga. Kalau diikutkan, idea menghantar SMS tu,
idea Ida. Tetapi dia sendiri yang mencipta ayat terakhir itu. Bak kata
pepatah yang telah diubah mengikut sesedap arus semasa, terlajak perahu boleh
diundur, terlajak SMS tiada gunanya. Bukan ada button
undo pun dalam telefon
bimbit.
Setelah hampir berjam-jam struggle dengan perasaan malu, akhirnya Zahra terlelap juga. Itu
pun dekat-dekat pukul empat pagi. Nasib baik tak terbabas solat subuh.
Automatik dia terjaga sewaktu bilal sedang melaungkan azan subuh.
Selesai saja
mengaji, telefon bimbit berbunyi. Serta-merta Zahra terkaku. Firasatnya kuat mengatakan bahawa SMS yang baru sahaja diterima itu adalah daripada
Arif. Dengan dirinya yang masih mengenakan telekung, pantas Zahra mencapai
telefon bimbitnya yang terdampar di tepi katil.
1 message
received
From
Arif: Wa’alaikumsalam, no worries. Will keep your secret. But in 1 condition.
Make sure u r free this Sat. Or else I won’t accept your *bling-bling eyes*
Si Arif ni suka benar buat Zahra terlopong, tergamam, terpaku, terkesima
dan seangkatan dengannya. Zahra terduduk di birai katil dengan muka toya.
Aduiii!
Bling-bling eyes tu, tak payahlah nak sebut-sebut lagi. Bikin malu saja. By the way, ada apa dengan Sabtu ni? Bukan ke hujung minggu ni
selalunya hari sedunia untuk keluar date ke? Dia nak ajak aku pergi dating ke? Jangan nak merepeklah wahai cik Zahra. Encik Arif
kan pernah kasi tau date berdua-duaan sebelum kahwin ni boleh mengundang dosa.
Habis tu dia nak apa ni?
Mesej dibalas.
- Ok tapi kenapa?
+
Just wait & see. You will know:)
Zahra garu kepalanya
yang tak gatal. Ustaz Pink ni susah sangat ke nak bagi
tau terus? Apa yang big sangat sampai kena
tunggu? Ni yang buat aku rasa cuak giler. Nak tunggu sampai hari Sabtu ada empat
hari lagi. Lamanya nak kena tunggu. Punggung pun tak senang nak duduk.
Tiba-tiba Zahra teringat kembali perbualan antara dia dengan Ida. Dia nak datang meminang ke?! Ish!
Mengarut ke apa? Takkan la kot? Tapi kalau betul ni keje Ida, macam mana? Oh
tidak, tidak. Zahra menggeleng. Menidakkan.
p/s: Hm... agak-agaknya apa la plan Ustaz Pink ni? Ke Ida dah melancarkan misinya?
Enjoy!
TQ sudi singgah & baca^_^b