“OKEY CLASS, that’s all for today.” Arif mengakhiri kuliah pada hari itu. Para pelajar sudah mula meninggalkan dewan kuliah. Mungkin ke kelas yang seterusnya. Namun, ada juga yang masih belum berganjak. Masih lagi mahu bertanyakan beberapa
perkara kepada Arif. Sebagai seorang pensyarah, Arif cuba untuk memberikan
tunjuk ajar yang terbaik. Sememangnya ramai pelajar yang mengagumi kebolehannya
dalam menyampaikan kuliah.
“Zahra, kau tengok tu,” arah Ida sambil memuncungkan mulutnya.
“So?” Zahra sedang mengemas alat tulisnya dan nota-nota yang
dicatatnya sebentar tadi. Kemudian dimasukkan ke dalam beg sandangnya. Dia
hanya memandang sekilas sahaja ke arah Sheila seperti yang ditunjukkan oleh
Ida.
Ida mencebik. “Dari segi gaya dia macam ada hati kat Encik Arif je. Bukan
apa. Kot ya pun janganlah melebih-lebih. Menjatuhkan maruah kaum perempuan je.”
“Biar jelah dia nak buat apa pun. Kenapa? Kau suka kat Encik Arif ke?” Zahra meneka sambil tarik sengih.
“Ish! ke situ pulak kau ni. Aku cuma tak suka dengan cara dia tu. Itu je.
Menyakitkan pemandangan je. I
think I need to do something.”
Ada sengihan nakal di hujung bibir Ida. Dia sudah bangun dari duduknya dan mula
mengorak langkah ke hadapan. Ke arah Arif dan rakan-rakan sekuliah yang lain.
“What are you trying to
do Miss Ida?” Zahra mula rasa
tak sedap hati melihat riak muka sepupunya itu. Si Ida ni kenapa? Tak
pernah-pernah dia macam ni. Zahra pun cepat-cepat membuntuti Ida.
“Maaf Encik Arif, kami sebenarnya urgent sebab nak pergi kerja jap lagi. Ada part
time job. Boleh kami tanya
sikit dulu tak?” Ida memulakan rancangan yang tak masuk dek akal. Sambil tu dia
heret Zahra sekali. Tipu. Dia dengan Zahra mana ada kerja part time. Dia hanya ingin menyelamatkan Arif daripada kegedikan
Si Sheila. Sakit mata punya fasal.
Sheila dah buat mimik muka ‘minah
berdua ni kacau daun betul’.
Zahra pula sejak dari tadi dah buat muka blur. Geram pun ada dengan Ida. Sebab dia tak boleh duduk dekat
dengan Arif. Meluat katanya.
“Sheila can you wait for
a moment? Or how
about, I send you
some explanation to your email address, ok?” cadang Arif.
“Yelah Sheila. Kesian kat kawan-kawan kita yang lain ni. Dari tadi tengah
tunggu nak tanya kat Encik Arif. Takkan nak buat angka giliran pulak.” Ida
pantas menyampuk dengan mimik muka selambanya sebelum sempat Sheila menjawab.
Rakan-rakan sekuliah yang lain bersetuju dengan Ida.
“Takpelah Encik Arif. Saya tunggu e-mel jelah...” Kecewa benar Sheila sebab
tak dapat nak berlama-lama dengan pensyarah kesayangannya itu. Ada nada kecewa
dalam suaranya. Sempat la juga dia bagi jelingan maut habis kepada Zahra dan
Ida sebelum berlalu. Sebab kacau daun.
Arif menoleh ke arah Zahra dan Ida sebaik sahaja Sheila meminta diri untuk
berlalu pergi. Untuk beberapa saat mereka saling berpandangan. Seolah-olah
tiada apa-apa yang berlaku.
“Yes, how may I help both of you?”Arif mengecilkan sedikit matanya.
Nada suaranya jelas menunjukkan bahawa dia rasa ada sesuatu yang tak kena. Something fishy going on here. Macam tahu-tahu aja Arif ni. Super ahli nujum betul. Fishy tak fishy, dia tetap memberikan peluang kepada mereka untuk
bertanya.
“Kau nak tanya kan tadi Zahra? Cepatlah,” gesa Ida sambil menguis-nguis
tangan Zahra.
“Erm... erm... slide 3 tadi.” Terpinga-pinga Zahra dengan Ida yang tiba-tiba past baton pada dia. Budak ni betul-betul nak kena dengan aku. Dia
yang pandai-pandai heret aku dalam situasi ni. Pandai-pandailah jawab sendiri.
“Huh? Slide 3?” Arif hampir ketawa melihat betapa gelabahnya Zahra
bertutur.
“Maksud saya slide
untuk section ketiga masa Encik Arif tunjuk dalam kuliah tadi.
Berkenaan dengan activity-based
costing. Boleh saya minta
penerangan yang detail sikit tak? Bagi example ke?” Nasib baik otak dia bergeliga. Nak harapkan Ida,
hampeh kot. Boleh terkantoi tau. Sekurang-kurangnya Zahra boleh ingat setiap slide
yang ditunjukkan oleh Arif dalam kelas tadi. Kalau tak
ingat mana boleh dia jadi pelajar terbaik untuk subjek tu. Arif turut mengakuinya. Setiap kali sebelum
kelas bermula, Arif akan memberi kuiz tergempak. Markah Zahra cukup baik dan
memuaskan sebab dia mampu menjawab kesemua kuiz tersebut dengan baik. Dah tahu
ada kuiz tergempak, kena sentiasa buat revision la namanya tu. Betul tak?
“Oh yang itu.” Arif pandang Zahra sebentar sebelum memberikan penerangan.
Tersengih-sengih Ida melihat Zahra dengan Arif. Bagi dia, kalau boleh nak
gandingkan kedua-duanya. Semua orang pun tahu Arif masih single and available. Boleh dikatakan satu universiti pun tahu. Malah pensyarah-pensyarah perempuan pun tahu. Siapa yang tak
kenal Arif. Dengan berwajah putih bersih disertakan dengan perwatakan yang
baik, mahu semua tak terpikat. Kecuali Zahra. Dari dulu lagi dia memang tak
suka. Bagi dia, sampai mati pun dia tak boleh nak lupakan ‘peristiwa’ tersebut.
“Dah faham?” Arif menyoal sambil mengangkat sedikit kening kanannya.
Zahra tersentak sedikit dengan pertanyaan Arif. Dia sebenarnya ‘not fully pay attention’ pada penerangan Arif. Arif dengan baik hati tengah bagi explanation, Zahra buat kerja lain. Boleh pula Zahra menilik dan
menganalisis wajah Arif. Bak kata orang Penang segaknya ciptaan Allah ni.
Sehampir perfect.
“Dah kot.” Cepat-cepat Zahra menjawab. Cuba menutup kegugupannya. Takut
pula kalau-kalau Arif sedar dengan perlakuannya sebentar tadi. Boleh malu wei. Seratus tahun pun belum tentu lagi
dapat menghilangkan rasa malu. Mujur perlakuannya itu tidak dihidu oleh sesiapa
pun. Malah Arif sendiri.
“Kenapa kot? Belajar mana boleh kot-kot. Dari dulu lagi suka benar tambah kot.
Awak nak jadi Miss Kot ke?” Arif angkat sebelah kening. Ada segaris
senyuman pada bibirnya. Suka benar dia mengusik gadis di hadapannya itu. Dan
dia sendiri tidak sedar sejak bila dia jadi seorang pengusik. Okey, take note, Arif bukan seseorang yang suka mengusik bahkan sekali
menyakat seseorang. Perempuan pula tu. Segala-galanya berubah sejak kehadiran
gadis yang bernama Nur Humaira Az-Zahra. Panggil Zahra.
Bulat mata Zahra mendengarnya. “Suka hati saya lah! Dah habit saya! Nak buat macam mana! Tak boleh
hilang! Salah ke?” balasnya sambil menahan rasa marah yang sedang bermukim di
hatinya. Dia ni betul-betul nak kena dengan aku. Ada ke dia panggil aku Miss Kot.
Dah bunyi macam biskut. Dah la Ida pun baru buat perangai tak senonoh dia.
“Saya tak cakap salah pun,” bicara Arif bersahaja dengan kening terangkat
sedikit.
“Habis tu. Kenapa nak menyibuk pula? Biar la saya nak cakap apa pun. Mulut
saya. Suka-suki panggil orang Miss Kot.” Zahra mengerutu. Siap mencebik lagi. Ida yang
masih setia berada di sebelah Zahra sedang cuba menahan ketawa. Hatinya
bersorak girang dengan situasi ini. Sweet la dua-dua ni.
Dengan mata yang meredup, Arif masih tenang. Ditambah dengan segaris
senyuman. Ada sahaja gelagat budak ni.
“Saya nak pergi dulu. Nak kejar masa.” Sambil menarik tangan Ida, mereka
pun berlalu pergi. Sempat lagi dia menjeling kepada Arif. Namun malang sungguh
bagi Zahra. Belum apa-apa lagi, kakinya tersadung pada wayar. Wayar yang
digunakan untuk menghidupkan peralatan pengajar seperti laptop dan projector. Walaupun tak tersungkur ke lantai tapi cukup memalukan.
Dengan muka yang menebal, lambat-lambat Zahra menoleh ke belakang.
Ternyata Arif yang sedang memeluk tubuh sedang merenungnya. Tercetus gelak
kecil dari mulutnya.
“Clumsy betul.” Dilabelnya Zahra sedemikian. Perlahan tetapi
ianya amat jelas kedengaran pada gegendang telinga Zahra. Perubahan rona wajah
Zahra yang semakin jelas kelihatan, menunjukkan betapa malunya dia ketika itu.
Apa la aku ni. Macam mana la aku tak perasan wayar ni. Mangkuk ayun betul
orang yang pasang wayar ni kat sini? Zahra mengetuk kepalanya. Tak fasal-fasal
orang lain pula yang dapat gelaran mangkuk ayun. Menonong dia beredar dari
situ. Disusuli dengan Ida yang tersengih-sengih sumbing sedari tadi.
Arif hanya memerhati dan menggeleng. Lawak sungguh budak ni.
“KAU NI nak
cepat buat apa? Kan kita ada banyak masa.” Zahra ni... aku baru nak kenen-kenenkan
kau dengan Encik Arif.
“Part time job? Dah lupa? Cerita yang kau buat-buat tu.” Aku sekeh
jugak budak ni. Dia yang pandai-pandai buat cerita, boleh buat-buat lupa pulak.
“Haah la, hehe lupa.” Ida tersengih lagi sambil mengaru kepalanya yang tak
gatal.
“Lain kali jangan buat macam tu lagi boleh tak?” pinta Zahra. Ada bunyi
amaran.
“Yelah. Aku cuma nak selamatkan Encik Arif je. Tapi kau ni kenapa? Sejak
Encik Arif ada, kau ni tak habis-habis buat lawak tak sengaja. Macam mana kau
boleh tersadung tadi?”
Zahra hanya mendengus mendengarnya.
Dalam masa yang sama Sheila and
the gang datang menyerang. Ditolaknya Zahra dan Ida dari
belakang. Macam singa yang kelaparan. “Hei! Kau orang berdua ni dah takde kerja lain ke!”
“Apa masalah kau ni!” Zahra membalas. Hampir tersungkur dia dan Ida
dibuatnya.
“Aku tahu kau orang saja je tadi kan?!” Sheila menuding jarinya ke arah Zahra
dan Ida.
“Kau ingat kau seorang je ke yang boleh tanya Encik Arif? Gedik!” Ida
menambahkan api kemarahan Sheila.
“Hei perempuan tak sedar diri! Aku tahulah kau suka kat Encik Arif. Masa
hari pertama lagi kau saja je nak tarik perhatian dia kan?!” Sheila menuduh
Zahra.
“Hoi! Sheila! Kau nak aku cili-cili mulut kau tu ke?! Punya sedap kau cakap
aku suka Ustaz Pink tu!” Terkebil-kebil Zahra dengan kata-kata yang baru
dimuntah keluar dari mulutnya sendiri. Alamak dah terkeluar? Macam mana aku
boleh terlepas panggil Encik Arif macam tu. Ida sendiri pun tergamam. Dahinya
berkerut seribu.
“Apa kau panggil Encik Arif tadi? Ustaz Pink?” Sheila bersama rakannya dua orang lagi mula mengekek
ketawa. Semakin ramai orang mengerumuni mereka. Tertarik dengan drama di hadapan
mata mereka. Ingatkan dalam drama je.
Rupa-rupanya dalam realiti pun ada. Pergaduhan dua orang pelajar perempuan
kerana seorang pensyarah lelaki. Ida yang menyedari kehadiran orang ramai, mula
menarik tangan Zahra untuk pergi. Malu wei.
“Aku tibai jugaq hang pa bertiga
nanti!” Zahra yang sememangnya hot dari dalam dewan kuliah tadi bertambah hot. Muka dia pun dah hot macam tergigit cili kering.
“Kau ingat Sheila! Jangan
sampai aku tibai tang muka hang
dengan kulit durian baru hang tau!”
Huh? Kulit durian pula yang terkeluar. Apesal mulut aku ni suka merepek! Tak
boleh jadi ni. Aku kena pergi jugak dari sini. Sheila and the
gang semakin galak
mengetawakannya.
“Ida jom! Meluat aku tengok tiga ekor beruk ni!” Zahra menarik tangan Ida
yang sedari dari tadi senyap je. Dengan segera mereka meninggalkan tempat itu.
Tanpa mereka sedari ada sepasang mata yang turut menyaksikan perbalahan tadi.
Milik seseorang yang menjadi isu perbalahan mereka.
SEJAK dari tadi Arif menahan rasa geli yang
bermukim di hatinya. Sehinggakan rancangan yang disiarkan pada skrin TV plasma
empat puluh inci tidak menarik minatnya langsung. Dia tidak menyangka gadis
kecil molek itu akan menggelar dia sebagai Ustaz Pink. Dalam banyak-banyak gelaran. Itu yang dipanggilnya.
Lawak-lawak.
“Amboi, senyum sampai ke telinga nampak. Ada apa-apa ke ni? Fasal bidadari
kau tu ke?” Iqbal mula menelah sesuatu. Rif ni betul ke tak? Dari tadi
tersenyum-senyum. Aku kena korek ni.
Sejak bertemu semula, Arif buat keputusan untuk tinggal sekali dengan Iqbal
di Bandar Perda. Jauh tu memang la jauh dari tempat kerja. Tapi dia tak kisah.
Asalkan tak menyusahkan along.
“Tak ada apa-apalah.” Matanya masih tertumpu ke arah televisyen. Namun
fikirannya melayang entah ke mana.
“Mana boleh tak ada apa-apa. Sejak akhir-akhir ni muka hang tu dah nampak makin berseri-seri, hang tahu tak? Baik hang
cakap lekas. Sah! Tak lain tak bukan. Ini mesti fasal student kau yang bernama Zahra tu kan?” teka Iqbal lagi.
“Wow! Dah jadi orang Penang sahabat ku ini.” Mata sengaja dibesarkan sedikit.
Bibirnya masih tak lekang daripada senyuman.
“Kau jangan nak berdalih pula. Aku tau. Kau ni dah terkena penyakit cinta.”
Iqbal merumus. Perasaan ingin tahu Iqbal semakin membuak-buak. Belum pernah dia
melihat Arif berkelakuan sebegini. Ini dikira first
time tau.
“Mengarutlah kau ni Iq. Aku tahulah kau belajar psikologi. Sampai aku pun
kau nak cakap macam tu.” Arif menafikan. Teh o panas yang berada di atas meja
kopi diambil dan dicicip sedikit.
“Kau tahu tak? Orang yang tak ambil jurusan psikologi pun boleh tahu la
yang kau ni dah jatuh cinta.” Tak nak mengaku erk. Tak salah lagi. Memang dah
terkena penyakit cinta sahabat aku seorang ni.
“Ada student aku ni. Bagi gelaran pada aku pula. Mana aku tak rasa
geli hati.” Arif mula membuka ceritanya. Itu pun setelah Iqbal tak henti-henti
bertanya.
“Aku tahu, student kau tu Zahra kan? Dia panggil kau apa?” Iqbal rasa
pelik. Lagilah dia ingin tahu.
“Kau ni tak habis-habis lagi ke nak sebut nama dia.”
“Dah memang dia. Aku tahu la. Cepatlah bagi tau, dia panggil kau apa?” Tak
sabar-sabar Iqbal hendak mengetahuinya.
“Dalam banyak-banyak gelaran dia panggil aku Ustaz Pink.” Arif tergelak kecil sambil menggeleng.
Berkerut dahi Iqbal mendengarnya. “Pink? Warna merah jambu tu?”
“Ye la. Warna apa lagi. Takkan kelabu asap pulak.”
“Kenapa dia panggil kau macam tu? Kau suka warna pink ke?”
Setahu Iqbal, Arif ni minat dengan warna hitam dan putih je. Kadang-kadang beralih kepada warna biru gelap.
“Mana la aku tahu. Agaknya sebab...” Arif mula memutar semula kejadian hari
pertama dia mengajar di kelas Zahra.
“Kau ni boleh stop
half way pula. Cakap jelah
terus.” Rasa ingin tahu Iqbal semakin membuak-buak.
“Kau ni nama aja ustaz tapi tak sabar langsung.”
“Hehe, aku teruja dengan cerita kau ni.” Iqbal tarik sengih. Arif pun mula
menceritakan kejadian tersebut daripada A sampai Z. Tiada satu pun yang
tertinggal.
“Patut pun dia panggil kau macam tu. Cakap macam ustaz. Pakai kemeja warna
merah jambu lak tu. Tapi aku rasa taklah nampak sangat macam pink. Soft
je warna tu.” Pelik juga
aku dengan student Rif ni.
Arif jongket bahu.
“Tapi kalau aku jadi dia, aku pun malu. Kau minat dekat dia ke?” sambung
Iqbal lagi.
“Taklah.” Arif cuba berdalih walaupun ada sesuatu kelainan dalam hatinya.
Seolah-olah ada taman dalam hati.
“Nak cover lagi. Muka kau tu dah tertulislah yang kau dah mula syok
kat dia.”
Arif menarik nafas panjang. Kemudian dihela perlahan-lahan. “Iq, aku belum
bersedia untuk mencari pengganti Atiqah.” Ada nada sedih pada suara Arif.
“Tapi kau berhak mencari kebahagiaan kau juga. Aku pasti arwah pun nak kau
bahagia.”
“Entahlah Iq.” Arif bertutur perlahan tapi masih didengari Iqbal.
“Macam ni, kau ada buat solat istikharah?”
“Kau kena buat Rif. Hati akan rasa lebih tenang. Insya-Allah, kau akan
petunjuk daripada-Nya,” sambung Iqbal apabila Arif hanya menggelengkan
kepalanya.
“Iq, aku nak masuk bilik dulu.” Arif bangun meninggalkan Iqbal dan menuju
ke biliknya. Hatinya benar sesak dengan apa yang dirasainya ketika itu. Betul
ke aku suka dekat budak tu? Tapi aku masih merindukan arwah. Ya Allah, jangan Kau
biarkan hatiku ini diperdaya oleh bisikan-bisikan syaitan. Namun aku tidak
mampu menepis rasa yang sedang lahir di hatiku ini. Lindungi hambaMu ini daripada cinta palsu.
Yakni cinta yang Kau tak redai. Sesungguhnya hanya padaMu aku berlindung.
Seperti kebiasaan Arif akan mengambil wuduk dan menyedekahkan surah Yasin
kepada isteri tercinta yang telah pergi menghadap Ilahi. Itu juga salah satu cara untuk menenangkan dan mengubatkan
hatinya. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, ‘Surah Yasin ialah jantung atau hati
al-Quran. Apabila seseorang lelaki (atau perempuan) membacanya dalam keadaan
mahukan keredaan Allah s.w.t dan kebahagiaan di alam Akhirat, maka dosanya
diampunkan oleh Allah s.w.t. Bacalah surah Yasin kepada orang-orang mati
daripada kalangan kamu, (sama ada sebelum mati ataupun selepas mati).’