PUAS Zahra
mencari tote beg dia. Tapi langsung tak dijumpai. Satu bilik
digeledahnya.
“Mana pulak beg ni? Rasanya semalam bawa gi Jusco. Lepas tu... Agaknya ada
dengan Ustaz Pink kot...”
getus Zahra seorang diri. Dia menggaru pelipis kanannya.
“Nak buat macam mana ni? Erm, try tanya dia dululah.” Lalu Zahra mengambil telefon
bimbitnya yang terdampar di atas katil.
“Eh? Kejap, aku mana ada nombor dia. Ayoyo! Kan dia pernah bagi nombor handphone dia masa dalam kuliah dulu.”
Zahra tepuk dahinya pula.
“Tapi... itu hanya untuk hal-hal kuliah je. Tapi ni kira emergency. Try jelah. Ok, baca bismillah dulu. Amin.” Zahra menyapu
mukanya dengan kedua-dua tangan.
Tanpa melengahkan masa lagi, nombor Arif didail. Wah, siap letak caller ringtone lagi. Sedap pula tu. Macam pernah dengar je tapi di mana
ya? Ni lagu Opick, kan? Sedang dia berangan memikirkan tajuk lagu caller ringtone, tiba-tiba panggilannya dijawab.
Zahra pula yang tak bersedia tersasul lagi. “Oh mak kau Opick!” Ya ALLAH!
Malunya! Mesti dia dengar. Zahra dah gigit bibir bawah. Telinganya menangkap
bunyi orang yang sedang ketawa kecil di hujung talian. Pasti Arif sedang
mengetawakan dia.
“Assalamualaikum ust... eh bukan, Encik Arif. Saya Zahra.” Bertenang Zahra.
Jangan menggelabah. Baru awal-awal dah menggelabah. Kali ni dia ketuk kepalanya
pula.
“Wa’alaikumsalam.” Balas Arif. Ketawanya masih bersisa.
“Erm, saya nak tanya fasal tote beg saya. Tote beg yang saya bawa semalam. Encik Arif ada nampak tak?”
“Yang berwarna putih?” Arif meneka.
“Haah. Beg saya lah tu.” Zahra menggaru pelipis kanannya.
“Ada dengan saya. And
for your information,
saya dah ada depan rumah awak.”
“Hah! Depan rumah saya?” Terus Zahra ke jendelanya untuk mengintai sedikit.
Sambil-sambil itu dia berselindung dengan kain langsir. Takut auratnya dilihat
oleh lelaki yang bukan muhrim. Telefon bimbit masih di telinga.
“Sekejap saya turun sekarang.” Panggilan dimatikan.
Jubah dan tudung disarung kemas. Kemudian Zahra lantas turun ke bawah.
Dilihatnya Arif sudah duduk elok di ruang tamu. Aik? Bila dia masuk?
“Hah, Zahra. Ni Arif datang melawat kamu.” Ibu rupanya yang jemput dia
masuk. Zahra terus mendapatkan tempat di sebelah ibunya.
“Duduklah dulu Arif. Mak cik ke dapur sekejap.” Seperti kebiasaan sekiranya
ada tetamu Puan Sofea pasti akan menghidangkan air dan kuih yang dibuatnya
sendiri.
“Eh, takpe mak cik. Buat susah je. Saya cuma datang untuk pulangkan beg
Zahra.”
“Tak susah pun. Duduk dulu. Mak cik ada buat kuih sikit.”
“Alhamdulillah murah rezeki saya hari ini. Terima kasih mak cik,” ucap Arif
sambil memberikan senyuman.
Puan Sofea sempat menepuk perlahan paha Zahra sebelum ke dapur. Akhirnya
tinggal mereka berdua di ruang tamu. Dua-dua pun membisu. Hanya kedengaran
bunyi kipas siling yang berputar laju. Berkeriut bunyinya.
Melihat Zahra hanya mendiamkan diri dan menekur pada jari jemarinya yang
bertaut, Arif memulakan bicaranya dulu. “Awak memang selalu begini ye?”
Spontan Zahra panggung kepalanya. Terpinga-pinga. “Pardon?” Pelik Zahra dengan Arif yang tiba-tiba bertanya
sebegitu.
Arif tersenyum melihat reaksi Zahra. “Ok saya dah faham. Awak memang selalu
begini.”
Zahra angkat kening. “Maksud Encik Arif?”
“Kalut dan cepat menggelabah,” tutur Arif secara jujur.
Zahra berdecit. Matanya dihalakan ke tempat lain. “Dengan Ustaz Pink je
saya macam ni.” Gumamnya perlahan. Ingat Arif tak dengar ke?
Arif tersenyum lagi. “Nah, beg awak.” Dia meletakkan tote beg Zahra di atas meja kopi di hadapan mereka.
Seronok Zahra melihat tote beg dia. Dia melihat-lihat buku-buku yang baru dibelinya
semalam.
“Oh ya. Ada hadiah untuk awak.” Arif menghulurkan beg kertas kecil berwarna
putih.
Zahra meletakkan tote beg di tepinya. Lalu dia mengambil beg kertas pemberian
Arif dan melihat isi kandungannya.
“Apa ni?” Berkerut dahinya.
“Oh, itu sapu tangan saya yang awak guna semalam. Tolong cuci eyh. Saya
cadangkan awak guna sabun Attack Colour Ultra. Boleh menaikkan warna dan
menghapuskan bakteria. Kemudian guna Comfort Ultra Anti Bac sekali. Bekas hingus awak tu.” Selamba sahaja
Arif mengarah Zahra.
Zahra ternganga. Ceh! Orang baru nak seronok dapat hadiah. Rupa-rupanya
dipermainkan lagi. Semalam cakap simpan je. Hari ni suruh cuci pulak. Suka hati orang la nak guna softener jenis apa. Eeee geram betul aku dengan Ustaz Pink ni! Apa dia ingat aku ada banyak duit ke nak beli segala
sabun dengan pelembut fabrik tu.
Zahra baru teringat. Padan la sapu tangan tu ada dengan Arif. Pagi tadi
puas dia cari di pelosok biliknya. Ingatkan ada dengan dia.
“Yelah! Suka-suki hati dia je nak arah orang,” gerutu Zahra sorang-sorang.
Dua-dua senyap lagi. Wajah Arif pun kelihatan serius.
Kali ni Zahra pula yang memulakan dulu. “Erm... fasal semalam tu..” Dia
hanya meramas-ramas dan menekur pada jari-jarinya yang runcing. Setelah apa
yang berlaku semalam, sukar bagi dia untuk bersemuka dengan Arif. Perasaan
malunya pun semakin terserlah.
“Hal tunang?” Arif angkat kening.
“Ha..ah. Sa..saya terpaksa. Encik Arif tak ma..rah kan?” Zahra merasakan
suaranya bagaikan tersekat-sekat di kerongkong.
“Sejak bila awak bercakap tergagap-gagap ni?” Arif sengaja mengusik Zahra.
“Dengan Encik Arif je saya macam ni,” Zahra menggumam perlahan dengan nada
geram. “Encik Arif tak marahkan?” Zahra bertanya lagi.
“Kenapa saya nak marah? Kalau betul pun apa salahnya kan?” Arif bermuka
selamba lagi. Mata mereka bertembung untuk beberapa saat sebelum masing-masing
mengalihkan pandangan mereka.
Apa yang dia merepek ni? Ada ke cakap macam tu. Main-main je kot. Ish!
Apesal jantung aku ni berdegup
kencang sangat ni. Bukannya aku baru lepas lari pecut dua ratus meter pun. Muka
pun dah terasa makin panas. Mesti dia nampak muka aku yang tengah blushing ni.
Melihat Zahra seperti berada dalam dunianya sendiri, Arif berdeham-deham.
“Awak dengar tak saya cakap ni? Sah berangan. Ke awak dah ingat nak bertunang
dengan saya?”
“Ma..mana ada? Sa..sape yang nak bertunang dengan Encik Arif. Perasan. Encik
Arif memang selalu begini ye?” Apekehel cakap tergagap ni?
Mendengarkan soalan yang dilontarkan Zahra membuatkan Arif gelak perlahan. “Aik?
Macam pernah dengar je soalan ni. Tadi saya tanya awak macam ni juga kan? Awak
ni copycat
girl ke?”
Zahra gelak evil sambil mengibas-ngibas tangan pada mukanya. Panas ni!
Panas dalam hati. “Ha, ha, ha, takde maknanya saya nak copy Encik
Arif. Perasan benar. Apa kata saya call Encik Arif de Ustaz Perasan pulak?” Sempat dia jeling pada Arif.
“As you wish.
Then apa kata saya call awak Miss Zahra de
Ustazah Suka Bagi Gelaran.”
“As you wish.” Selamba badak je Zahra menjawab. Badak pun tak selamba
macam tu.
“Sah copycat girl.” Arif menyakat lagi.
“Eee geramnya aku dengan ustaz ni! Cakaplah sorang-sorang. Tak kuasa nak
layan dah. Lama pulak ibu buat air.” Zahra mengomel sorang-sorang.
“Lega saya tengok awak dah ok.” Arif memandang Zahra. Ada senyuman lega
pada riak wajahnya.
Zahra terpinga-pinga lagi. “Huh? Apa dia?” Pelik betul Encik Arif ni.
Tersenyum-senyum pula.
“Apa pun saya bergurau je tadi. Fasal hal semalam tu..” Wajah Arif kembali
serius. Dia menarik nafas sebelum menyambung, “..saya tak ambil kisah pun.
Lagipun awak bukan sengaja nak tipu. Awak ada sebab tersendiri. Betul kan?”
Tiba-tiba Zahra nampak muram. Cepat-cepat dia menutupnya. “Erm... terima
kasih sebab tolong hantarkan saya semalam. Saya dah susahkan Encik Arif pula.”
“Sama-sama. Alhamdulillah awak pun dah nampak okey.” Tenang sekali Arif
bertutur.
Akhirnya, baik Zahra mahu pun Arif, dua-dua sudah kehabisan modal untuk
berbalah lagi. Sesekali mata mereka bertembung. Zahra hampir terpukau dengan panahan
mata redup Arif. Namun cepat-cepat dia mengalihkan matanya dan beristighfar. Same goes to Arif.
“Erm...saya rasa, baik saya ke
dapur dulu. Tolong ibu.” Berdesup Zahra ke dapur. Meninggalkan Arif seorang di
ruang tamu.
Ya ALLAH, apa yang
sedang berlaku ni? Kenapa hati aku tak keruan? Zahra dan Arif sama-sama bermonolog dalam hati. Mengadu pada ILAHI.