Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Prolog

cinta sesama manusia,

ada manis,

ada pahit,

tetapi cinta dari Yang Maha Pencipta tak pernah mengecewakan...

HARI ini merupakan hari keenam Zahra berada di Tanah Suci Mekah. Hati terasa lebih tenang dan damai. Mulut tak pernah jemu mengucapkan tasbih, tahmid dan takbir. Sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Azza wa Jalla.

Mendapat pasport khas untuk menjadi salah seorang daripada tetamuNya benar-benar membuatkan Zahra teruja. Berhari-hari lamanya dia melakukan sujud syukur sebelum berangkat ke kota yang tak pernah tidur ini. Ya Allah, sukar untukku menggambarkan keterujaanku ini dengan bahasa lidahku.

Sebentar tadi Sheikh al-Shuraim baru saja selesai mengimamkan solat isyak. Untungnya dapat menjadi salah seorang makmumnya. Bukan senang nak dapat dengar alunan ayat-ayat suci al-Quran daripada Naib Imam Besar Masjidil Haram ni secara live terus sampai ke telinga. Betapa merdu bacaannya yang penuh dengan tartil sehingga menusuk masuk hingga ke sanubari. Sehingga boleh menitis air mata.

Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”. (Surah al-Muzzammil 73:4)

Bilangan jemaah semakin berkurangan. Namun tak semuanya berduyun-duyun keluar dari masjid yang penuh dengan keberkatan ini. Ada yang bertawaf, bersai’e, membaca kitab suci al-Quran dan ada juga yang berdiri di tepi-tepi beranda masjid untuk melihat panorama indah di tengah-tengah masjid yakni Baitullah. Mereka akan menatap dengan penuh perasaan sambil berdoa kepada Yang Maha Esa. 

Dengan melihat Kaabah sahaja, seseorang itu akan dikurniakan kepadanya ganjaran pahala. Betapa Allah s.w.t amat menyayangi hamba-hambaNya. Kasih sayang yang tak terhingga.

Sementara menunggu seseorang, Zahra mengambil sebuah kitab suci al-Quran yang disediakan pihak masjid dari rak yang paling hampir dengan tempat duduknya. Halaman lima enam dua diselak, di mana letaknya surah al-Mulk. Surah yang tergolong dalam surah Makiyyah ini sentiasa menjadi pilihannya. 

Penuh khusyuk Zahra membacanya sehingga ke penghabisan. Sebaik sahaja kitab suci tu ditutup, Zahra dikejutkan dengan satu suara. Serta-merta Zahra berpaling...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera