Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 34 : SMS Ustaz Pink lagi;)

“APA!!!”

Terbeliak mata Ida. “Kau biar betul Zahra! Kau terima tanpa mengetahui siapa pilihan pak lang dengan mak lang?!” Nada suara dah naik seoktaf.

Zahra mengangguk. Tangannya sibuk mencecah keropok lekor dengan kuah cili. Mulut tak henti-henti mengunyah.

“Yang aku tahu dia tu duda,” beritahu Zahra dengan nada bersahaja.

“Apa dia? Duda! Kau biar betul!” Naik seoktaf lagi.

Menjerit lagi. Zahra tutup telinga. “Sudah-sudah la memekik tu. Dah pekak dah ni.”

“Kau bergurau ye?” Ida mengecilkan mata. Cuba memastikan sama ada Zahra sedang bergurau atau pun tidak. Dia ni kan dalam beberapa bulan ni, asyik bagi kejutan je. Boleh kena serangan sakit jantung aku macam ni.

“Betul la. Aku tak bergurau. Muka aku ni nampak macam aku tengah bergurau ke?” Geram pula aku dengan Ida ni. Takkan la aku nak buat main-main perkara macam ni.

“Duda tu Zahra.” Nada suara Ida menunjukkan dia seakan-akan risau.

“Duda pun manusia ok.” Zahra mengingatkan Ida. Mana tahu duda yang nak pinang aku ni kacak macam... Macam siapa erk? Macam Encik Arif. Eh? Apesal boleh fikir fasal Encik Arif pula? Jangan nak merepek wahai Zahra.

“Itu aku tahulah. Takkan alien kot. Dia ada anak tak? Anak dia boleh terima tak? Kalau anak dia tak boleh terima kau macam mana?” soal Ida bertalu-talu. Keropok lekor di depan mata tak terluak langsung. Membiarkan Zahra seorang yang menghabiskan. Walhal tadi dia yang beria-ria nak makan keropok lekor.

“T.A.K A.D.A. tak ada. Dia tak ada anak. Isteri dia dah lama meninggal, Ida.” Tiba-tiba terbit rasa sayu dalam diri Zahra untuk ‘duda’ itu. Kalau ada anak, mungkin dia tak rasa sunyi atau keseorangan.

“Oh...” Suara Ida kedengaran perlahan.

“Umur dia?” tanya Ida lagi.

“Umur dia erk?” Zahra buat-buat berfikir sambil mengetuk dagu. Dah ada rupa seperti Mr Thinker.

Melopong mulut Ida. “Kau tak tahu kan?” tekanya.

Zahra menyengih sambil garu kepala. Hehe.

“Kau biar betul?!” pekik Ida lagi.

Dia buat lagi. “Kau ni dari tadi biar betul, biar betul. Dah tak ada modal nak cakap ke?” marah Zahra seraya berdecit.

“Kenapa kau tak tanya pak lang dengan mak lang? Buatnya yang nak disatukan dengan kau tu umur dia dalam lima puluhan, macam mana?” Ida cuba menakutkan Zahra.

“Tak kot.” Zahra berfikir lagi. Takkan la mak bapak aku nak cari orang yang sebaya dengan mereka. Tak terbayang menantu yang sebaya dengan mereka panggil mereka abah dan ibu. Lawaklah pulak.

“Oi cik kak. Aku cuma nak ingat kan kau. Nanti kau jangan nak datang menangis kat bahu aku pula.” Ida memberi peringatan. Dia sebenarnya risaukan Zahra.

Zahra hanya ketawa. Tahu sepupunya itu tidak akan membiarkan dia. Acah-acah saja tu.

“Habis tu Ustaz Pink kau tu macam mana?” Suara Ida kedengaran hambar. Wajahnya bertukar menjadi muram. Kempunan aku nak tengok Encik Arif dengan sepupu aku bersatu. Penat-penat aku cuba kenen-kenenkan. Berdoa siang malam lagi.

“Macam mana apa lagi? Macam tu lah. Dia dengan hidup dia. Aku dengan hidup aku,” ujar Zahra bersahaja. Nak buat macam mana lagi. Aku dah terima pilihan ibu dan abah. Lagi pun Ustaz Pink tu... aku bukannya suka kat dia pun...? Dia pun anggap aku sebagai student dia je... Kekeliruan mula menyelinap dalam diri Zahra. Betul ke keputusan aku ni? Zahra, kau nak fikir apa lagi. Kau buat semua ni sebab kau sayang ibu dan abah kau. Sebab Allah.

Tiba-tiba Zahra pandang Ida apabila dia menyedari sesuatu. Tangan tak jadi nak ambil keropok lekor. “Wait, sejak bila Ustaz Pink tu aku punya? Dia bukan aku punya la Cik Ida oi.” Namun, jauh di sudut hatinya, sedikit sebanyak dia merasakan sesuatu apabila terfikir atau bercakap tentang pensyarahnya itu. Sesuatu yang dia sendiri tidak pasti. Apakah ia, perasaan dup dap dup dap ni?

“Bukan memang kau punya ke? Sejak azali lagi sudah tertulis,” usik Ida. Tersengih sambil angkat-angkat kening.

“Banyaklah kau punya azali.” Zahra mencebik. Tengok tu. Perasaan tu datang lagi. Oh jantung, janganlah kau over sangat depan Ida. Nanti dia perasan, mampus aku kena sakat.

“Aku nak tanya ni,” ujar Ida yang masih tidak percaya bahawa sepupunya bersetuju menerima pinangan tersebut.

“Tanyalah. Keropok lekor ni kau nak lagi ke tak? Aku je yang melantak dari tadi.” Jari telunjuk menuding ke arah keropok lekor yang terakhir di atas pinggan.

Ida menggeleng. Boleh lagi minah ni syok melantak? Aku dah la kepanasan punggung. Nak duduk pun tak senang. “Kenapa kau boleh terima? Kau dah buat solat sunat istikharah?” Dua soalan serentak.

“Sebab aku dah buat, aku boleh terima. Selepas aku buat, aku rasa tenang. Seolah-olah takde apa yang harus aku risaukan. Mungkin ini satu petunjuk daripada Allah,” tutur Zahra dengan tenang. Wajahnya berseri-seri dengan senyuman manis yang mekar menghiasi bibir.

Kali ini, Ida berasa lega apabila melihat ketenangan yang terpancar pada wajah Zahra. Segala kemusykilan yang melanda di fikirannya sudah terjawab. Tangan sepupunya itu diraih dan digenggam erat. “Zahra, aku akan sentiasa doakan kebahagiaan kau.”

“Terima kasih Ida. Nanti masa hari keluarga dari pihak lelaki datang, kau kena ada juga tau, temankan aku. Ketaq jugak kepala lutut aku ni,” pinta Zahra dengan muka kesian.

Ida kenyit mata. “Itu sudah pasti. Jangan kau risau.” Mereka saling berpelukan. Sayang benar mereka antara satu sama lain.

“Tapi aku kesal la Zahra. Masa rumah kau nyaris nak kena rompak, aku takde di sisi kau. Sorry sebab biar kau duduk sorang-sorang malam tu.” Sebelum Zahra sempat beritahu, cerita tentang pencuri yang hendak memecah masuk rumahnya sampai ke telinga Ida terlebih dahulu. Tahu pun daripada mak langnya. Nak tunggu Zahra yang beritahu, sampai ke tua la jawabnya.

“Takde apa-apa la tu.”

“Kagum betul aku dengan ‘hero’ kau tu. Sanggup betul dia bermalam di luar dengan kesejukan malam.” Melambung-lambung pujian Ida terhadap pensyarahnya itu. Tetapi kenapa la bukan Encik Arif yang menjadi pilihan Zahra? Kan bagus kalau dia. Ida masih mengharap.

“Hmm... apa-apa jelah.” Zahra tahu Ida takkan berhenti menyakat dia. Lebih baik jangan dilayan.

***

ALAMAK! Macam mana ni? Zahra dah garu kepala dengan sebelah tangan sedang memegang kalender. Esok rombongan tu nak datang tapi aku ada kuliah ganti. Dahlah penting pulak tu sebab ada kaitan dengan assignment dan final exam. Nak tak nak kena hadir juga. Mengeluh...

Tak pun aku try tanya lecturer aku dulu. Mana tau kot-kot dia faham nanti. Cepat-cepat Zahra meraih telefon bimbitnya yang terdampar elok di atas meja belajar.


- Assalamualaikum, Ustaz Pi...


Ish! Apekehal Ustaz Pink pulak? Salahlah, padam, padam, padam. Mesej ditaip semula.


- Assalamualaikum, Encik Arif, saya nak minta dikecualikan untuk kuliah esok, boleh tak? Sebab saya ada hal penting. Penting sangat. Hal keluarga. Diharap Encik Arif dapat memahami keadaan saya ini.


Message sent. Kemudian dia membaca semula SMS yang baru dihantar itu.

Wahahaha! Apa hal ayat aku jadi skema semacam ni? Tak pernah-pernah aku taip SMS macam ni. Ah, gasaklah, mana tau kot-kot dia bagi green light ke nanti lepas tengok ayat skema aku ni.

Lima minit kemudian...


Wa'alaikumsalam, the answer is cannot.


What?! Sikit punya baik ayat aku, dia boleh cakap macam tu. Tak bagi peluang langsung! Laju jari membalas.


- Tapi saya betul-betul ada hal penting ni. Pleaseee.


Lima saat kemudian...


+ Kalau tak nak repeat subject ni tahun depan, sila hadir.


Jatuh rahang bawah Zahra. Eeeeiii keji! Telinga dah berasap. Spontan jari menaip 'sesuatu'. Memang dia tak sedar dia boleh balas sebegitu.


- Pft!!! *emo jelir lidah* :-/


***

ARIF di sebelah sana dah tergelak-gelak. Menggeleng dia membaca SMS daripada pelajarnya itu.

Iqbal angkat muka daripada komputer ribanya. Dahi dah berkerut. "Kau ni dah kenapa? Pelik je aku tengok."

"Takde apa-apalah. Sambunglah kerja kau tu semula." Kedengaran sisa-sisa ketawa lagi.

Giliran Iqbal menggeleng. Rupa-rupanya orang yang nak bertunang ni boleh jadi pelik.

***

"IBU, esok Zahra kena pergi kampus." Takut-takut Zahra memberitahu ibunya. Ni semua Ustaz Pink tu punya fasal!

Mencerlung Puan Sofea memandang anaknya. "Esok rombongan meminang nak datang, Zahra boleh nak ke kampus lagi?"

"Penting bu, ada kaitan dengan final exam, lagi pun lecturer Zahra tu ambil kedatangan. Tak fasal-fasal nanti Zahra tak boleh nak ambil exam sebab kedatangan tak memuaskan."

"Zahra tak bagi tau dia ke Zahra ada hal penting?" Wajah ibunya dah serupa nak makan orang.

"Dah tapi dia suruh jugak Zahra hadir kalau tak nak repeat paper." Memang ni semua Ustaz Pink punya fasal! Tak fasal-fasal kena marah dengan ibu. Huh!

"Siapa pensyarah kamu tu? Takkanlah dia tak boleh nak bertolak ansur langsung." Puan Sofea semakin tidak berpuas hati.

Zahra pula kian cuak. "Err... Encik Arif, bu."

"Laaa awat tak bagitau ibu awal-awal? Kalau macam tu Zahra pergi jelah ke kuliah Zahra tu. Biar ibu dan abah yang handle semua esok." Kali ini wajah Puan Sofea dah bertukar menjadi manis. Siap sebut perkataan omputih lagi.

Hah! Biar betik ibu aku ni? Tadi bukan main marah. Zahra tayang muka blur.

Akhirnya Zahra serah bulat-bulat kepada kedua ibu bapanya. Dia ikut sahaja. Sah! Ada yang pengsan masa hari pertunangan nanti.

#prayforMH370

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera