Sucikanlah dirimu daripada dosa-dosamu kerna sesungguhnya
Allah amat menyayangi hamba-hambaNya yang bertaubat...
SUKAR bagi
Zahra memfokuskan dirinya untuk
studi. Mood studinya dibawa pergi bersama kedukaan yang sedang
melanda dalam dirinya. Sudahnya dia menutup saja buku setebal lima ratus tiga puluh
muka surat di depannya dan bercadang untuk melayari Internet. Status relationships di
facebook diubah. Daripada engaged kepada single. Melihat perubahan
itu, ramai kekawan mula bertanya. Jawapannya hanya satu. No
comment, go and ask Johan.
Tahulah mereka bahawa Johanlah yang menimbulkan masalah.
Selesai dengan facebook, dia beralih kepada e-mel pula. Sudah lama dia tidak
membuka e-melnya. Sebaik sahaja dia klik butang login, terdapat berpuluh-puluh e-mel baru dalam inbox. Mak ai! Banyaknya. Sedang dia melihat sekilas lalu, matanya menangkap satu e-mel yang seratus
peratus telah mencuri perhatiannya.
To:[email protected]
From:[email protected]
Subject:
Pujuklah dirimu wahai Humaira...
Attachment:
Hijau Daun feat
Astrid – Aku Ingin Engkau.mp3
Wahai gadis yang sedang berduka...
Setiap kedukaan yang dirasai adalah satu ujian buatmu...
Hapuskanlah air matamu...
Janganlah dikau terus bersedih lagi...
Janganlah dikau terus mengenang cinta lalu...
Kerana Allah sudah merencanakan sesuatu yang lebih baik
buatmu...
Sesuatu yang tak terduga... yang lebih indah buatmu...
Maka kembalilah kamu kepadaNya...
Kerna Dia tak pernah meninggalkan dikau seorang diri...
Ketahuilah kamu bahawa Dia sedang menyayangi dirimu...
Bercintalah dikau denganNya yang setia menunggumu...
Sesungguhnya cintai Ilahi adalah cinta yang paling
agung...
~alfiyaakob~
cc: Allah Azza Wajalla
Alfiyaakob? Aku ada ke kawan nama ni? Rasanya tak ada. Siap cc pada Allah lagi tu. Zahra tertanya-tanya
adakah e-mel tersebut sememangnya khas untuk dirinya? Atau pengirimnya tersilap hantar? Tapi nama dia pun Humaira juga. Cuma belum pernah ada yang memanggil dia
sebagai Humaira. Kata-kata yang ditaip juga seolah-olah untuk dirinya. Kena dengan
keadaan dia pada masa itu.
Membacanya, membuatkan diri Zahra terasa kerdil. Hati kecilnya cukup tersentuh dengan kata-kata istimewa yang dikarang khas dalam e-mel itu. Usai membaca, Zahra memuat turun lagu mp3 yang turut dilampirkan. Tanpa ditunggu-tunggu
lagi Zahra terus memainkannya. Setiap bait-bait lirik dalam lagu
itu dihayati sepenuhnya. Berulang kali Zahra memainkan lagu itu di laptop. Tak jemu-jemu dia
mendengarnya.
Engkaulah hidup dan matiku
Dan juga pelita di hatiku
Disaat gelap datang dan dingin mencekam
Engkau selalu menjagaku
Ku pernah bersalah kepadaMu
Dan juga pernah menyakitiMu
Saat mata terpejam dan semua menghilang
Engkau masih tetap disampingku
Aku ingin Engkau menuntun jalanku
Genggam tanganku di saat ku jatuh
Aku ingin Engkau menemani aku
Di setiap waktu di hidupku ini
Tanpa disedari kelopak matanya mula berair. Zahra sedar terlalu banyak
dosanya kepada Allah. Teringat akan dia kata-kata ibunya. Mungkin apa yang
terjadi adalah untuk mengembalikan dirinya kepada Allah atau menjadikan dia
lebih baik.
Astaghfirullahal’azim! Zahra sedar selama ini dia banyak berbuat dosa
kepadaNya. Banyak mana dosanya Allah masih tetap berada di sampingnya.
Masya-Allah!
Pada malam tu juga dia berazam untuk membaiki dirinya untuk menjadi hamba
Allah yang lebih baik. Air matanya semakin deras mengalir mengenangkan
dosa-dosanya. Selama ini ibadat solatnya hanya dibuat ala kadar. Ada masa
dibuat secara ekspres. Tak ada toma’ninah
langsung. Lebih teruk apabila dia sering melengah-lengahkan waktu solat. Ada
masa terbabas dari waktu solat. Padahal ianya merupakan satu kesalahan besar
yang disebut oleh Rasulullah s.a.w.
Puasa pun tak pernah dibuat secara
ikhlas. Selama berpuasa dalam bulan Ramadan tak pernah sekali pun dia menyerikan
bulan ukhrawi itu dengan beribadat kepada Allah s.w.t. Hanya menunggu masa
untuk berbuka. Ya Allah! Sia-sia puasa aku selama ini.
Bahkan pakaiannya pun hanya cukup-cukup syarat tapi masih belum cukup baik
pada pandangan Islam. Ada masa rambutnya didedahkan kepada orang yang bukan
muhrim. Ya Allah! Berdosanya aku kerana tidak menjaga rambutku. Ampunkan
hambaMu ini, Ya Allah.
Perlakuannya dan kata-katanya senantiasa kasar. Baru dia sedar ada masa
terutamanya ketika dia dalam keadaan mood yang tidak baik, kata-kata dan perlakuannya terhadap
abah dan ibunya agak kasar. Dan apa yang dia pasti dia adalah seorang yang
panas baran tak bertempat dan tak kenal erti perkataan sabar.
Malahan yang paling menyedihkan sudah lama dia tidak mengaji al-Quran.
Sehinggakan kitab suci itu sudah lama tidak ditatapnya. Dibiarkan berhabuk di
atas almari. Rugilah seseorang itu sekiranya dia menjauhkan dirinya daripada
kalam Allah. Kerana al-Quran dengan mudah meninggalkan seseorang itu jika dia tidak
membacanya. Apatah lagi jika tidak beramal dengannya. Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Teruskanlah
membaca al-Quran itu. Demi Allah yang menggenggam jiwa Muhammad, al-Quran itu
lebih mudah terlepas berbanding terlepasnya seekor unta dari ikatannya’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ya Allah, Ya Tuhanku, aku ingin bertaubat kepadaMu, ampunilah segala
dosa-dosaku selama ini. Berikanlah petunjuk hidayahMu kepada hambaMu yang penuh
dengan dosa ini.
Allah s.w.t sentiasa membuka seluas-luasnya pintu taubat
kepada hamba-hambaNya yang ingin bertaubat. Sesungguhnya Dialah Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.
Bersempena dengan Maal Hijrah yang bakal tiba, Zahra nekad. Dia mahu
berhijrah ke jalan Allah s.w.t. Malam itu juga, sedang semuanya masih dibuai
mimpi, Zahra pula sedang berteleku di atas sejadah. Usai menunaikan solat
sunat taubat tadi, mulutnya tak putus-putus beristighfar berulang kali. Tangan
masih lagi mengira biji-biji tasbih pemberian arwah neneknya suatu ketika
dahulu. Dia mahu membasuh segala dosa-dosanya yang terpalit dalam dirinya selama ini. Dia tidak mahu
kembali kepadaNya dalam keadaan dirinya yang penuh dengan dosa.