Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 14 : Davidoff & Miss Kot

“KAU saja la yang pergi hantar. Aku tunggu kat sini, eyh, eyh,” cadang Zahra dengan merayu. Dia tak sanggup memanjat tangga dan menapak ke bilik Arif. Setelah apa yang berlaku semalam, tak sanggup dia nak bertembung dengan Arif. Makanya, lebih baik dia tunggu di lobi saja.

“Kau niii, kita bukan nak jumpa dia pun. Kita cuma nak letak assingnment dalam kotak depan bilik dia je.” Ida geleng kepala. Apa la Zahra ni. Malu sampai tak berani nak jumpa Encik Arif. Gara-gara terlepas cakap sampai Encik Arif boleh dengar, dia jadi macam ni.

Zahra pantas menggelengkan kepala. Tanda tak setuju. Dia tak rela. Buatnya terserempak macam mana? Tak nak! Tak nak! Hatinya menjerit.

“Yelah, yelah. Biar aku je yang naik. Tunggu kat sini. Jangan ke mana-mana.” Sempat Ida berpesan sebelum mengorak langkah.

Zahra tak membalas sebaliknya dia tersengih panjang. Ni yang aku sayang dekat sepupu aku ni. Sementara Ida ke bilik Arif, dia pula mengambil tempat duduk di kerusi yang disediakan berdekatan dengan pintu masuk pusat pengajian. Sambil menunggu, dia menyelak nota kuliah pagi tadi.

“Macam kenal aja bau ni.” Zahra angkat muka apabila hidungnya mengesan bau yang amat dia kenali. Perfume Davidoff Cool Water. Wangian yang dihasilkan oleh Pierre Bourdon pada tahun 1988. Bagaimana Zahra boleh tahu? Sebab ni bau kegemaran dia. Dia siap buat research lagi. Fresh and simple. Walaupun ini perfume lelaki tapi dia tetap suka.

Mata melilau, mencari siapakah gerangan yang memakai wangian ini.

Terkejut bukan kepalang! Sebab orang yang memakai wangian ini ialah... ialah Encik Arif! 

Ok, denyutan jantung Zahra seakan-akan terhenti seketika.

'Ustaz Pink!' Itu yang terucap dalam hati. Sebab lidah Zahra dah kelu semacam. Membeku macam ais. Tak terkeluar satu patah perkataan pun. 

'Semalam accident dengan dia. Hari ni pun kena bertembung lagi dengan dia. Tulah Ida ajak naik tadi, aku tak nak. Padan muka. Alahai, apa la nasib aku ni!' keluh Zahra. Simpati dengan diri sendiri.

Arif yang baru melangkah masuk ke pusat pengajian turut sama terkesima. Namun senang saja bagi dia untuk mengawal dirinya. “Hantar assignment?” Dia tahu kedatangan Zahra ke sini untuk menghantar tugasan yang diberinya. Sebab hari ini adalah deadline untuk menghantarnya.

Zahra membalas dengan anggukan. Terasa kehangatan semakin menjalar ke seluruh mukanya. Manik-manik peluh mula membasahi dahinya. Apesal panas semacam pulak ni? Dia mengibas-ngibas dirinya dengan nota di tangan. Tengok je muka Arif, terus dia teringat hal semalam. Mula-mula gaduh dengan Sheila. Selepas tu, terlanggar kereta Arif pula. 

Zahra berpaling ke arah lain. Tak mahu Arif mengesan perubahan kulit warna pada wajahnya tika itu. Senang saja bagi orang seperti Arif mengesannya. Tambahan, kulit Zahra jenis yang putih melepak. Lagi la nampak perubahan tu.

Arif senyum nipis. Tahu apa yang sedang berlaku kepada Zahra. 'Mesti teringat hal semalam ni,' detik hati Arif.

“Dah buat homework yang saya beri semalam?” tanya Arif. Dia masih berdiri di hadapan Zahra.

Zahra kembali menoleh. Dia tercengang sedikit. “Err... dah kot.” Teragak-agak dia bertutur.

Arif geleng kepala. Wajahnya yang kelihatan tenang dihiasi dengan senyuman manis. Budak ni selalu macam ni. Asal bertembung sahaja dengan aku, mesti dia jadi macam ni. Tetapi itulah yang mencuit hati Arif sebenarnya. Wajah yang comel dihiasi dengan perwatakan yang comel.

“Dah hafal?” soalnya lagi.

“Dalam proses... kot.” Zahra membalas tanpa melihat Arif. Matanya meliar ke merata-rata tempat.

“Awak ni Miss Kot ke?” Arif cuba bergurau.

“Ye kot.” Zahra tak menyedari langsung soalan Arif tu. Zahra semakin tak keruan. Mana Ida ni? Lamanya pergi hantar assignment.

“Sah Miss Kot.” Selamba Arif memanggil Zahra sebegitu.

“Huh?” Pantas Zahra mendongak. Terpinga-pinga. Dia cakap apa tadi? Biskut? “Bila masa saya makan biskut? Saya tak makan biskut. Ke... Encik Arif nak biskut? Nak biskut, pergilah beli dekat kedai runcit. Mana-mana kedai runcit pun ada. Penipu besar la kalau takde.” Gelabah punya fasal, Zahra dah mula merapu sorang-sorang.

Kali ini Arif betul-betul menghamburkan ketawanya. Tapi masih dikawal supaya tak keterlaluan. Budak ni ada sahaja lawak dia yang tak sengaja.

“Bila masa saya cakap biskut? Saya panggil awak Miss Kot.” Arif ni suka benar panggil Zahra, Miss Kot. Pening-pening.

Zahra masih terpinga-pinga. Dia panggil aku apa tadi? Miss Kot? Tak habis-habis nak panggil aku macam tu. Hatinya tiba-tiba mendidih. Hilang dah perasaan malunya tadi. Belum sempat dia nak balas, Ida muncul dengan tiba-tiba.

Ida yang baru saja turun tangga terus menuju ke arah Zahra. Tanpa menyedari siapakah gerangan hamba Allah di sisi Zahra, Ida terus je tegur sepupunya itu. “Zahra, dia mana ada pun. Kalau kau ikut naik tadi pun takpe.”

“Siapa yang tak ada?” tanya Arif dengan reaksi bersahaja.

Seperti Zahra, Ida turut sama terkejut. Mata membesar sedikit. What a coincidence. “Encik Arif... tak sangka ya boleh terserempak kat sini. Ada dengan sepupu saya pulak tu. Ingatkan siapa la tadi. Maaf tak perasan.” Ida tarik sengih. Mata dilirik kepada Zahra. Tak sangka dengan kewujudan Arif secara tiba-tiba di hadapan sepupunya itu.

Arif membalas kata-kata Ida dengan senyuman.

Zahra pandang Ida dengan riak wajah 'aku nak blah cepat'. “Kau dah hantar?” soalnya tanpa memandang kepada Arif. Dia cuba berlagak tenang di hadapan Ida dan Arif. Kalau boleh dia ingin cepat beredar dari situ. Lagi lama dia berada di situ, lagi tak tenang hati dia. Ada yang tak kena dengan hati dia. Ada kelainan sehingga dia sebagai tuan punya badan pun tak memahaminya.

“Dah,” jawab Ida dengan anggukan.

“Jom.” Zahra bangun dan terus menarik tangan Ida. Sesak nafas dia kalau terus berada di situ.

“Kami pergi dulu erk Encik Arif. Jangan lupa bagi markah lebih untuk tugasan kami,” gurau Ida. Zahra pula hanya menunduk dan menuju ke pintu keluar.

Arif menghantar Zahra dengan pandangan mata yang redup. Hatinya terasa senang sekali. Berbunga-bunga. Zahra, Zahra. Arif geleng kepala.


ZAHRA menghentak-hentakkan kaki semasa menapak laju ke kereta. Ida yang berjalan beriringan dengan Zahra menghamburkan ketawanya.

“Sukalah gelakkan aku sampai macam tu. Kau ni sama je dengan ustaz tu.” Zahra mencebik.

Gomen, gomen (Maaf, maaf).” Ida menekan perutnya bagi menahan ketawa.

“Geram betul aku dengan dia. Ada ke dia panggil aku Miss Kot,” bentak Zahra seraya mendengus kasar. Muka dia masam mencuka. Cuka pun tak masam macam tu kot.

“Dah kau suka guna perkataan kot. Tapi tak sangka betul la kau boleh bertembung dengan dia...” Ida meletakkan tangan pada bahu Zahra. “Lagi...” Ida menyengih lebar sampai ke telinga. Perkataan lagi ditekan. Sengaja.

“Apa la nasib aku ni. Eee geram betul!” Zahra meraup wajahnya.

“Istighfar Zahra. Tak elok marah-marah, nanti boleh stress. Tak pun kau baca ayat Toha yang kau hafal semalam tu.” Ida menyengih lagi.

Pantas Zahra menoleh ke arah Ida. Mata terbeliak. “Mana kau tahu? Bukan kau dah tidur ke semalam?” Bahaya ni kalau Ida tahu. Mesti kena sakat lagi.

“Kau tak sedar meh? Sah khusyuk menghafal semalam.” Ida kenyit mata. Sengihannya juga semakin melebar. Dalam mengusik sepupunya, kunci kereta dicari dalam beg galas.

“Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan. Aku baca pun bukan sebab dia. Lagipun bagus apa aku hafal ayat-ayat tu.” Zahra menggelabah tak bertempat.

“Eh? Aku tak cakap apa-apa pun. Yang kau menggelabah tak bertempat ni kenapa? Haaa ni mesti kau teringat kat dia, kan, kan? Tak payah nak tipu la.” Ida menuding jari telunjuk sambil mengecilkan mata. Pada masa yang sama mereka tiba di tempat dia memarkirkan keretanya.

“Mana ada. Apa-apa jelah.” Sebaik sahaja Ida tekan penggera kereta, Zahra terus buka pintu sebelah bahagian penumpang lalu meloloskan diri ke dalam kereta.

Eleh, tak nak mengaku la tu. Takpe, takpe. Hehehehe...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera