Home Novel Komedi/Romantik Komedi Ustaz Pink
Bab 13 : *Sesuatu* untuk awak...

ZAHRA mencuit bahu Ida. Ida yang asyik menaip assignment mereka, spontan menoleh.

“Banyak mana dah? Sambung dekat rumah aku jelah. Lagipun, ibu masak nasi beriani hari ni. Dia suruh ajak kau sekali.” Zahra tarik kerusi sebuah kerusi yang berdekatan dan duduk di sebelah Ida. Dia sedang membaca bait-bait perkataan yang ditaip oleh Ida.

“Ni yang aku sayang sangat dekat mak lang. Jap, aku nak habiskan ayat ni.” Ida tarik senyum sampai ke telinga. Kemudian menyambung semula kerja-kerja menaipnya.

“Ok.”

Seketika kemudian, mereka menapak keluar dari Perpustakaan Hamzah Sendut II. Mereka terus menuju ke kereta Ida. Hari ni Zahra tak drive sebab kereta dia buat hal lagi. Agaknya macam mana la Zahra drive sampai boleh masuk bengkel selalu. Mujur abang bengkel tu kenal abah Zahra. Boleh dapat diskaun. Sempat la juga dia minta Encik Rahman hantar sampai ke USM pagi tadi.

“Kau nak drive?” Ida menghulurkan kunci keretanya. Sambil itu dia sengih sampai tayang barisan gigi putihnya.

“Kau ni malas betul nak drive. Kereta sendiri pun malas nak drive. Bak sini.” Zahra berdecit.

Ida terus memeluk Zahra. “Hehe, ni yang aku sayang giler pada kau ni. Aku suka jadi co-pilot je.”

Co-pilot kepala hang.” Zahra berdecit lagi.

Allahuakbar! Semasa mengundurkan kereta, Zahra terlanggar kereta seseorang. Ok, bumper kereta Ida tercium kereta orang lain. Serta-merta cermin padang belakang dilihat. Matanya terbeliak besar apabila melihat tuan punya kereta. Guess who? Ustaz Pink!

“Alamak Ida! Macam mana ni? Kereta Encik Arif la tu.” Zahra menggelabah semacam.

“Kita keluar dulu,” gesa Ida yang sudah membuka pintu.

Mendengar gesaan Ida, terus dia keluar dari kereta. Ingatkan boleh balik dengan aman tapi kena menghadap muka ustaz ni lak. Aduh! Macam mana ni? Dah la dia pakai kereta mahal.

Arif sudah pun berdiri di hadapan keretanya. Muka dia nampak tegang sikit. Gulp! Zahra telan air liur.

“Erm, saya minta maaf. Tak sengaja. Berapa ni?” Takut-takut Zahra bersuara. Nak pandang muka Arif pun tak berani. Ida di sebelah pun senyap je.

“Berapa apa?” Arif membalas dengan soalan. Dia yang sedang memeluk tubuh, merenung Zahra yang nampak cuak giler. 

'Comel. Macam budak-budak yang dah buat salah.' desis Arif. Dia masih dengan mukanya yang serius. Saja aja buat serius macam nak makan orang.

Apa ke bengap Ustaz Pink ni. Mestilah aku tanya berapa nak kena bayar sebab dah terlanggar kereta dia. Mesti dah tercalar punya. Wajahnya semakin merah disebabkan menahan rasa marah yang tiba-tiba menular dalam diri. 

“Harga untuk kerosakan la. Apa lagi!” Keluar dah aura marah Zahra. Tak sah kalau tak buat darah aku mendidih.

Arif tergelak kecil.

Ish! Boleh gelak pula mamat ni. Tak betul ke selepas kena langgar dengan aku? Putus fius ke apa? “Kenapa gelak? Saya tak buat lawak pun. Encik Arif ingat saya tak boleh nak bayar ke?” Dalam keadaan marah, Zahra cuba mengawal suaranya. Padahal dalam hati dah membara gila. Tapi aku betul boleh bayar ke? Jawabnya kena pau kat abah la ni. Ades!

Ida pula dah hampir-hampir nak menghamburkan ketawa. Tapi cepat-cepat dia menekup mulutnya. Sepupu dia yang bersalah, takkan dia nak gelak pula. Mau kena jelingan maut daripada Zahra pula nanti.

“Saya tak cakap pun macam tu. Tak baik salah sangka,” tegur Arif baik-baik. Tenang aja wajahnya ketika itu. Berbeza dengan wajah Zahra yang merah menyala ketika itu.

“Habis tu kenapa gelakkan saya?” Zahra meninggikan suaranya sedikit. Naik dah satu oktaf. Terasa seperti Arif menyindirnya.

“Cik Zahra, cuba bawa bertenang sikit. Kalau ikutkan situasi sekarang ni, saya yang patut marah.” Tenang Arif bertutur.

Zahra tarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan-lahan. Sabar jelah aku dengan ustaz ni. “Maaf.” Suaranya kembali kendur sedikit.

“Kan elok macam ni.” Ikhlas Arif berkata.

Whatever! Tidak di telinga Zahra. Baginya kata-kata Arif tu seakan memerlinya. Zahra buang pandang ke arah lain.

“Macam ni. Saya tak nak minta apa-apa bayaran pun. Kereta saya ok je. No scratch at all. Cuma...” Arif angkat kening. Ada segaris senyuman. Manis seperti selalu.

“Cuma apa?” Zahra kembali cuak. Apa ustaz ni nak?

Budak ni cepat benar menggelabah. “Cuma saya nak nasihatkan supaya lain kali berhati-hati sikit. Dengan saya, saya tak kisah. Saya tahu awak tak sengaja. Tapi kalau orang lain saya tak tahu. Betul kan cik Ida?” Arif memandang silih berganti antara Zahra dan Ida.

“Ha..haah, betul tu Encik Arif.” Ida terpinga-pinga. Tak menyangka Arif akan bertanya kepadanya, tergagap sedikit. Cepat-cepat dia menyengih sambil garu kepala.

Zahra diam tak berkutik. Ceh! Nak tunjuk baik la tu.

“Satu lagi. Saya ada homework untuk kamu.”

“Hah? Homework?” Bulat mata Zahra mendengarnya.

“Saya cadangkan awak baca surah Toha ayat 120 sampai 135. Kalau dapat hafal lagi bagus,” ujar Arif dengan tenang. Matanya masih menyapa wajah Zahra yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Hampir-hampir sahaja dia menghamburkan ketawanya.

For what?” Zahra mengerutkan dahi. Dia tahu membaca dan menghafal ayat-ayat al-Quran adalah satu ibadah yang mulia. Tapi mesti ada sebab kenapa tiba-tiba Arif pilih surah tu untuk Zahra.

Arif tersenyum nipis. “Ayat-ayat tu bagus untuk orang yang cepat marah seperti kamu. Yang tak kira waktu dan tempat. Anger is not good for you. Boleh stress kalau cepat marah.” Nasihat yang baik daripada Arif untuk Zahra.

“Tak faham. Bila masa saya marah-marah? Tadi aja kan saya marah? Masa Encik Arif ketawakan saya.” Zahra menggeleng perlahan. Bingung dengan kata-kata Arif.

“Ingat balik masa di kuliah tadi. What happened ya masa tu? Masa tu kamu ketawa atau marah?” Renungan Arif agak tajam menikam mata Zahra.

“Ok, saya pergi dulu. Drive baik-baik. Assalamualaikum.” Setelah menjawab segala persoalan yang sedang bermain di kepala Zahra, Arif terus masuk ke dalam keretanya semula dan beredar.

‘Wa’alaikumsalam,’ jawab Zahra dalam hati. Dia bungkam sejenak. Cuba mencerna kembali apa yang diperkatakan Arif sebentar tadi. Maknanya dia memang dengar apa yang aku cakap masa kuliah tadi. Malunya. Muka Zahra semakin menghangat.

“Kau ok ke ni? Apesal muka kau merah semacam ni?” Ida menepuk-nepuk bahu Zahra.

“Kau tak dengar ke apa yang dia cakap tadi?” Lambat-lambat Zahra menoleh ke arah Ida.

Ida tersenyum nakal. “Dengar. Maknanya dia...”

Stop! Jangan cakap apa-apa lagi,” cantas Zahra dengan mengangkat tangan di depan muka Ida. Is a stop sign. Dia tidak mahu Ida meneruskan ayatnya yang bakal membuatkan dia terus malu. Dia tahu apa yang bakal keluar daripada mulut Ida.

“Jom balik. Kau drive.” Zahra terus masuk ke bahagian penumpang.

“Alaaa...” Ida tarik muncung panjang. Sempat dia meninjau keadaan bumper keretanya sebelum ke bahagian pemandu. Sikit je calarnya. Tu pun tak nampak sangat. Zahra, Zahra. Ida geleng kepala.


SELEPAS makan malam, Zahra dan Ida sambung semula tugasan mereka yang tergantung.

“Arghhh!” Zahra tiba-tiba menjerit. Jari-jemarinya yang sedari tadi menekan papan kekunci komputer riba berhenti.

Ida yang tengah khusyuk membaca majalah Anis dengan bersila di atas katil terkejut beruk. Apa la Zahra ni. Boleh sakit jantung aku kalau terus terkejut macam ni. Dia mengurut dadanya.

“Kau sambunglah.” Zahra bingkas bangun dari duduknya dan terus menghempaskan badannya ke katil. Fikirannya tengah kacau-bilau. Ada sahaja yang tersalah taip. Sampai dia sendiri dah fed-up. Sebenarnya dia tiada mood sejak balik dari kampus. Ditambah dengan rasa bersalah terhadap Ida sebab tercalarkan kereta dia. Padahal Ida dah cakap no worries, be happy. Zahra bukan sengaja pun. Sama macam apa yang Arif cakap.

Masa makan tadi pun Zahra tak habiskan makanannya. Tekak dia macam telan pasir. Ida pula berselera sampai tambah dua kali. Bila Encik Rahman dan Puan Sofea tanya, dia cakap penat buat assignment. Ida pula apabila ditanya, dia angkat bahu. Ida faham sepupunya itu malas nak mengulas lebih lanjut. Lebih baik senyap saja.

“Kau ni kenapa? Masih fikirkan apa yang Encik Arif cakap petang tadi?” Ida menebak. Semestinya itu yang sedang bermain-main di fikiran Zahra.

Zahra mendengus kasar. Matanya dipejam rapat. Lengan kanan diletakkan di atas dahinya.

Melihat tiada balasan daripada Zahra, Ida terus menuju ke meja studi Zahra. Mahu sambung semula kerja yang ditinggalkan Zahra.

Satu jam setengah telah berlalu. “Dah siap. Kau nak check tak? Kot, kot nak tambah apa-apa,” ujar Ida seraya menoleh kepada Zahra.

“Kau dah tidur ke tu?” soal Ida apabila melihat Zahra tak bergerak langsung. Keadaan dia masih sama seperti tadi.

“Belum,” balas Zahra ringkas dengan mata yang masih tertutup rapat.

“Aku ingat kau dah tidur. Nak tengok tak ni?” Ida bangun dan membuat senaman kecil. Lenguh sebab duduk lama menghadap laptop.

“Kau save dulu. Esok pagi aku tengok.” Zahra bangun dan menuju ke bilik air. Sepuluh minit kemudian dia keluar. Muka yang basah di lap kering dengan menggunakan tuala yang disangkut pada belakang pintu. Dia melihat sekilas jam bulat yang tergantung pada dinding. Dah hampir sebelas empat puluh lima minit malam.

“Kau tidur jelah dekat sini. Dah malam sangat dah ni. Tak elok drive malam-malam.” Zahra terus baring di sebelah Ida yang sudah enak berbaring di atas katil empuknya. Mujur juga katil Zahra ni queen size. Kalau tak ada juga kena tidur atas lantai beralaskan toto.

“Ok gak. Lagi pun esok kelas Madam Angelica postpone hari Sabtu ni kan? Cuma ada discussion group dengan Zila dan Ema kan?” Ida meminta kepastian.

“Yup. Group discussion tu lepas zohor sebab pagi dia orang ada kelas bahasa Perancis,” beritahu Zahra. Dia sedang leka bermain-main dengan telefon bimbitnya. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Terus dia bangun dan mengambil sesuatu pada rak bukunya. Lalu kembali semula ke katil. 

Dia menyelak bahagian indeks muka surat. Matanya mencari sesuatu. Jumpa. Terus dia membuka halaman tersebut. Matanya meniti pada setiap baris ayat-ayat dari Surah Toha bersama terjemahan sekali. Dia membacanya dalam hati. Bermula dari ayat 120 hingga 135.

Ida angkat kepala sedikit. Mata mengerling ke arah Zahra. Ingat juga sepupu aku ni. Hebat betul penangan kata-kata Encik Arif ni. Ida hanya tarik sengih. Dia tak berkata apa-apa. Mahu membiarkan Zahra melayan perasaannya sendiri. Lagipun matanya dah penat sangat. Dia kembali letak kepala dan terus melelapkan mata. Sekejap je dia dah lena.

Berulang-ulang kali Zahra membaca ayat-ayat itu. Cuba menghafalnya. Sebetulnya dia mahu mempraktikkannya dalam kehidupan hariannya. Benar apa yang diperkatakan oleh Arif, Zahra ni pemarah orangnya. Ada kala panas baran tak bertempat. Jadi dia mahu mengamalkannya. 

Tiba-tiba Zahra teringat kepada Arif. Matanya. Wajahnya. Perlakuannya. Mendamaikan. Kenapa air muka dia nampak sentiasa tenang? Astaghfirullahal'azim! Ya Allah, kenapa dengan aku ni? Hatinya berdebar-debar. Kepala digeleng laju-laju, menepis segala benda yang muncul di benaknya. Tak boleh jadi ni. Mata dipejam. Tenang Zahra, tenang, ok. Nafas panjang ditarik sebelum dihela perlahan.

Niat untuk menghafal diteruskan. Hafal punya hafal, dia terlena juga.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Pistacia Vera