BAGAI
tak
ingat dunia, Maira mengeliat sepuas hati. “Aduh, mengantuknya!” Suara dia
serak-serak basah. Bak baru lepas bermarathon karaoke selama 24 jam 7 hari. Cis,
tak senonoh punya anak dara! Mengeliat tak ingat dunia! Kalau mak mentua
tengok, awal-awal lagi dah kena reject
nak buat calon menantu tau.
Sebelah
matanya dicelikkan, lalu melihat jam loceng di atas meja. Jarum jam sudah pun
berganjak ke pukul 7.10 pagi. Sambil menggosok rambutnya yang serabai bak tidak
bersyampoo selama setahun, dia menguap panjang.
“Hmm…
awal lagi ni. Boleh membuta lagi ni. Wah, syoknya!” kata Maira. Bola matanya
dipejam rapat. Teddy bear yang ada di sebelahnya, segera dipeluk erat.
“No more excuse! Pokoknya, kita akan
sama-sama ke office esok. Tepat pukul 7.30 pagi, saya akan datang untuk ambil
awak kat rumah.” Tidak semena-mena bait-bait ayat umpama kilat menyambar
gegendang telinganya.
Maira
terus menjegil. Mulutnya sudah ternganga luas. “Alamak!” Aduh, macam mana aku
boleh tak ingat benda sepenting ni hah? Kan Mr. singa nak ambil aku tepat pada
pukul 7.30 pagi. Tapi, aku masih berkubang atas katil lagi. Mampus!
Mencicit
dia menuruni katil. Lalu, dia berjalan masuk ke dalam bilik air. Namun baru
sahaja gayung hendak mencecah ke tubuhnya, tiba-tiba gadis itu diam kaki.
“Aku
dah buat keputusan! Keputusan ni melibatkan hidup dan mati aku! Dari aku mandi
tak ingat dunia, siap berkaraoke jamban lagi, lebih baik aku bersiap terus,”
gumam Maira sendirian.
Cepat-cepat
dia menyarungkan baju kurung berwarna merah jambu ke tubuhnya. Sesudah itu, dia
membolos keluar dari bilik air lalu berjalan ke meja solek.
Bedak
compackberjenama Silky For Girl
dicapai, lalu ditepek ke wajahnya. Mukanya yang sedikit kusut masai itu dibelek
seketika. “Ala, muka aku ni dah macam muka pontianaklah pulak. Ah, tepek bedak
lagilah!” Dia segera menambah bedak compack
ke muka.
Setelah
puas dengan penampilan wajahnya, dia segera mencapai sebotol minyak wangi
berjenama Shurah sederhana besar lalu menyembur ke tubuhnya. Bau harum
ketiaknya dicium. “Hmm… butuk matam
pulak bau ketiak ni.” Segera dia menambah lagi semburan minyak wangi ke tubuh.
Sesudah
menyarung tudung ala-ala Fareeda ke kepala, cepat-cepat Maira membolos keluar
dari bilik. Dia menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.
Maira
mengerling sejenak jam berbentuk hati yang tergantung di dinding. “Fuhh, nasib
baik baru pukul 7.20 pagi.” Dia menarik nafas lega.
Mak
Uda Harlina berjalan keluar dari dapur sambil membawa mangkuk berisi nasi
goreng kampung di tangan, terkejut melihat figura Maira. “Aik, hang dah bangun,
Mai? Hmm… jarang hang bangun awai waktu-waktu lagu ni. Mak uda kena jadi
speaker Utara, baru hang nak bangun. Hang ni buang tabiat ke apa? Awat mak uda
rasa dunia ni macam nak terbalik na?” sindirnya.
Maira
menjeling. “Mak uda tak payah nak perli-perli Mai la! Mai bangun awai ni pun
bersebab.”
“Haa…
sebab apa?” Mak Uda Harlina menayang muka tercengang.
“Mak
uda dah lupa ke? Kan kereta Mai rosak, tersadai kat pejabat. Lepas tu, Encik
Iqram hantar Mai balik semalam. Haa… pagi ni pulak, dia janji nak ambil Mai kat
rumah. Kami pergi kerja sama-sama,” balas Maira.
Membuntang
mata Mak Uda Harlina mendengar jawapan itu. Dia senyum penuh makna. “Amboi,
hampa berdua ni ada apa-apa ka?” usiknya.
“Mak
uda!!!” Merah padam muka Maira mendengar usikan itu. Cis, selamba badak aje mak
uda mengusik aku. Buat aku malu aje tau! “Mai dengan bos? Haa… minta simpang
empat puluh empat malaikat, mak uda. Hisy, tak naklah Mai ada boyfriend macam Mr. singa tu! Garang
macam singa jantan aje tau.”
“Hang
tok sah kata lagu tu, Mai. Nanti terkena kat batang hidung hang, baru padan
dengan muka! Manalah tau, kot-kot hang berjodoh dengan dia kan,” usik Mak Uda
Harlina sambil menjungkit keningnya berkali-kali.
Ha
ha ha… pandai betul mak uda aku ni buat lawak kan? “Mai dengan Encik Iqram?
Huhh! Dalam mimpi pun, Mai tak ingin tau!” tegas Maira.
Tiba-tiba,
kedengaran bunyi hon kenderaan dari luar. Membuat dua pasang mata itu tertoleh
ke muka pintu.
Maira
mengalihkan wajahnya ke wajah Mak Uda Harlina. “Mai pergi dulu, mak uda. Bos
Mai dah sampai tu.” Dia segera menyalami dan mencium tangan ibu saudaranya itu.
Mak
Uda Harlina pamer senyum penuh makna. “Hmm… jangan lupa kirim salam kat bakal
menantu mak uda tu na.” Dia mengusik lagi.
“Mak
uda!!!” Maira terjerit kecil. Hisy, buat malu aku aje tau! Nasib baiklah Mr.
singa tu tak dengar tau. Kalau tak, alamatnya aku kena tutup muka aku dengan
buku bila berdepan dengan dia nanti, marah hatinya.
Tawa
Mak Uda Harlina terus meledak. Lucu melihat reaksi wajah Maira.
Maira
menjeling. “Hisy! Dahlah, malas Mai nak layan mak uda ni. Mai pergi dululah.
Nanti bos Mai tu bising pula. Assalamualaikum! Bye!”Dia terus berjalan keluar meninggalkan Mak Uda Harlina
sendirian di ruang makan.
IQRAM mengerling jam yang terikat di pergelangan
tangan. “Hmm… dah pukul 7.32 pagi,” Dia mendengus. “Dia nikan, kalau tak lambat
dalam sehari memang tak sah kan?” bebelnya.
Sedang
asyik membebel, tiba-tiba daun pintu rumah terkuak dari dalam. Tersembul figura
Maira di situ. Setelah melangkah keluar, dia terus menutup pintu rumah.
Terkocoh-kocoh dia berjalan ke pintu pagar yang sudah pun terbuka. Serentak
itu, dia berjalan masuk ke dalam perut kereta BMW 3 Series Iqram.
Maira
memandang Iqram. Di bibirnya terukir segaris senyum manis. “Assalamuaikum, bos!
Selamat pagi!” Dia menyapa lembut. Hmm… bos aku ni nampak kacaklah pagi ni.
Siap pakai cermin mata hitam lagi tu, puji hatinya. Amboi kau ni Maira, gatal
ya? Babap sekali, baru tau!
“Hmm…
waalaikumusalam! Selamat pagi!” jawab Iqram. Dia merenung tajam figura Maira.
Wajahnya kelihatan begitu serius. “Awak tahu tak, awak dah lambat selama dua
minit. Kan saya dah cakap semalam, saya nak awak terpacak depan rumah awak
tepat pada pukul 7.30 pagi!” bidasnya.
Maira
terlongo. Ternganga sedikit mulutnya. Eh, eh dia ni… puihh! “Laa… saya cuma
lambat dua minit aje, bukannya dua jam pun. Takkanlah benda kecik macam tu pun,
bos nak marah?” Dia menayang muka tidak puas hati. Argh, dia ni betul-betul
poyo!
Iqram
menjeling. “Bagi awak, dua minit tu sekejap aje. Tapi bagi saya, dua minit tu
amat berharga. Awak pernah dengar pepatah melayu ni, masa itu emas? Haa… setiap
saat yang berdetik di muka bumi ni adalah penting bagi kita semua. Untuk
menjadi manusia yang berjaya, kita yang kena kejar masa. Bukannya masa yang
mengejar kita. Faham?” Dia mula berkhutbah panjang lebar.
“Hmm…”
Maira membalas acuh tak acuh. Malas hendak melayan telatah Iqram. Sungguh
menjengkelkan hati!
Serentak
itu, Iqram memusingkan tubuhnya menghadap ke arah jalan. Lalu, dia memandu pergi
meninggalkan perkarangan rumah teres dua tingkat itu.
“Awak
dah breakfast ke belum, Maira?” soal
Iqram.
Maira
yang sedang mengelamun jauh, terus jadi terpinga-pinga mendengar soalan itu.
“Haa… apa dia, bos?”
Iqram
berdecit geram. Dia ni ada masalah sindrom lambat faham ke apa? “Awak dah breakfastke belum?” ulangnya lagi.
“Err…
belum!” jawab Maira. Dia menoleh ke arah Iqram. “Kenapa, bos?”
“Awak
temankan saya bersarapan, ya? Saya belum jamah apa-apa lagi dari pagi tadi,”
kata Iqram bersungguh-sungguh. Perutnya yang sudah berkeroncong lagu lapar itu
menggesa supaya dirinya mempelawa stafnya itu untuk bersarapan. Kalau dia tidak
mengisi perutnya, bimbang pula kalau-kalau penyakit gastrik datang menyerang.
“Okey,”
Tanpa protes, Maira terus menerima pelawaan itu. Sebetulnya, dia jadi hairan
dengan tingkah laku lelaki itu. Erk, tiba-tiba aje ajak aku bersarapan ni.
Buang tabiat ke apa? Ah, tak kisahlah! Janji aku dapat makan free.He he he…
“ORDER?”
tanya figura seorang pelayan wanita yang sedang memegang pen dan nota kecil.
Bersiap sedia untuk mengambil pesanan pelanggan.
“Hmm…”
Iqram ralit membelek buku menu. “Err… bagi saya horlick panas dan roti bakar
satu set.”
Dia menoleh ke arah
Maira. “Awak nak makan apa?” tanyanya.
“Err…”
Maira menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Err… saya order macam bos jugaklah.”
Iqram
menjungkit kening. “Betul?”
Maira
mengangguk.
“Okey,”
jawab Iqram.
Dia
menoleh ke arah figura pelayan perempuan itu. “Err… saya order menu yang sama untuk dua orang.”
Sesudah
mengambil pesanan, figura gadis itu berjalan pergi meninggalkan Iqram dan
Maira.
Seminit
dua, figura itu muncul semula bersama sebuah dulang berisi dua set roti bakar
dan dua gelas horlick panas. Dia meletakkan hidangan itu ke atas meja.
“Enjor your breakfast.”
Iqram
menoleh ke arah Maira. “Makanlah.”
Maira
hanya mengangguk. Dia terus menjamah hidangan sarapan paginya dengan penuh
berselera sekali.
Iqram
hanya tersenyum. Roti bakar itu diambil, lalu dia menyuap masuk ke dalam mulut.
Mereka
terdiam sejenak.
Sedang
ralit menjamu selera, tiba-tiba kedengaran satu suara menegur mereka. Dua
pasang mata itu segera menoleh ke arah figura itu.
“Hai?”
sapa figura itu.