Home Novel Komedi/Romantik Komedi Mr Singa Miss Selamba (UPDATE)
BAB 28

BOS dah gila ke apa? Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya? Kita ni tak pernah bercinta tau! Tak pernah terlintas di fikiran saya untuk jadi isteri bos! Kalau bos dah gian sangat nak kahwin, pergilah cari perempuan lain! Banyak lagi perempuan yang ada kat muka bumi ni, bukan saya seorang aje!” herdik Maira dengan suara keras.

Iqram terus diam membisu, sambil mengusap pipinya yang masih lagi sakit.

Maira mendengus keras. Argh, rasa macam nak bertukar jadi naga aje tau! Nak sembur muka kau tu dengan api. Biar jadi hitam legam terus! bentak hatinya. “Bos ingat saya ni anak patung ke apa? Sesuka hati aje nak buat sesuatu tanpa pengetahuan saya tau!” Sekali lagi dia mengherdik keras.

Iqram berterus-terusan diam membisu.

Demi melihat figura Iqram yang terus diam membisu itu, sekali gus membuat rasa marah di benaknya itu semakin bercambah. “Yang bos diam macam mulut tu kena jahit tu, kenapa? Lepas kena tumbuk dengan saya, terus jadi bisu? Ataupun, telinga bos tu mengalami masalah pendengaran?” herdik Maira lagi.

Tiba-tiba Iqram tertawa kecil.

Maira terus tercengang. Mulutnya ternganga luas demi melihat telatah Iqram. Sungguh, dia jadi terpinga-pinga demi melihat refleksi lelaki itu. “Laa… bos boleh ketawa pulak?” Hisy, sahlah dia ni memang dah mereng! “Yang bos ketawa tu, kenapa? Saya rasa, saya tak buat lawak pun.”

Iqram pamer senyum penuh makna. “Sebab saya tengah bayangkan muka awak tu macam muka kartun Donald Duck bila tengah marah.” Dia memuntahkan kembali ayat yang pernah terucap di bibir Maira.

Membuntang terus biji mata Maira demi mendengar ayat itu. Erk, macam pernah ku dengar aje ayat itu, tapi di mana ya? “Bos tak payahlah nak buat sitkom komedi depan saya ya! Serius, tak kelakar langsung!”

“Selalunya, awak cop saya ni Mr. singa. Saya pulak cop awak tu Miss selamba. Tapi, sekarang dah jadi terbalik pulak? Awak pulak yang jadi Miss singa, saya pulak jadi Mr. selamba,” balas Iqram dengan muka selamba. “Hmm… macam mana boleh tertukar ni?”

Maira mencebik. “Tak payah nak banyak bunyilah! Bising aje tau! Dahlah buat benda yang bukan-bukan kat saya. Lepas tu, siap boleh tayang muka orang tak ada perasaan lagi!” Sebiji penumbuk ditayangkan ke muka Iqram. “Bos nak kena tumbuk dengan saya lagi ke?” Dia menambah dengan suara keras.

Iqram segera menggeleng. “Tak nak! Tak nak!”

Maira senyum sinis. “Haa… tahu pun takut!” ejeknya.

“Tapikan…” Iqram tersenyum menggoda. Dia merenung lembut wajah Maira. “Muka awak tu comel sangat bila tengah marah tau!” katanya dengan suara romantik.

Maira tergamam. Ah, berdebar pula rasanya hati demi mendengar pujian itu. Hisy, yang kau nak kembang semangkuk bila dengar pujian dia tu, kenapa? Ehem, dia berdehem kecil! “Kenapa tiba-tiba aje bos hantar rombongan meminang saya?” Dia segera mengubah topik perbualan. Tidak betah hendak membalas kata-kata Iqram.

Iqram berjalan ke hadapan Maira. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah gadis itu, membuat nafas mereka menjadi sekata. “Sebab saya dah jatuh cinta pada awak, Maira Qaisarah,” bisiknya bersama segaris senyum menggoda di bibir.

Maira terkedu. “Haa?”

“Ya, Maira. Sebab saya cintakan awak!” jawab Iqram lagi. Sungguh romantis suaranya itu.

Maira terus tergamam. “Err…” Aduh, kenapa tiba-tiba aje kau jadi gugup ni, Maira? Argh!

Kening Iqram terjungkit sebelah. “Kenapa, awak pun dah jatuh cinta pada saya ke?”

Maira tersentak. Serta-merta dia mencebik. Tidak mahu Iqram mengesan gelora rasa di hatinya itu. “Saya jatuh cinta pada bos?” Dia pura-pura ketawa. “Ha ha ha… tak ada maknanya! Tolong jangan nak perasan, okey!”

“Ya ke?” Iqram cuba menduga.

“Yalah!” bentak Maira. Tiba-tiba, bola matanya teralih ke arah pipi Iqram yang sudah pun lebam dek tumbukannya itu. Serta-merta, rasa bersalah menjelma masuk ke sanubari.

“Err… bos tunggu kat sini!” Dia berjalan masuk ke dapur. Seminit dua, dia muncul semula bersama sebesen air suam bersama kain bersih di tangan. “Bos duduk dulu. Saya nak tuam lebam kat pipi bos tu!” arah Maira.

Bagai lembu dicucuk hidung, Iqram terus duduk di sofa.

Maira segera melabuhkan duduk di sebelah Iqram. Kain bersih itu direndam ke dalam besen, lalu diperah. Kemudian dituam ke pipi lelaki itu yang sudah pun lebam dek tumbukannya.

Iqram diam membisu, sambil merenung wajah Maira. Dia tersenyum. Hmm… baik juga hati Miss selamba kesayangan aku nikan? puji hatinya.

Demi menyedari renungan itu, Maira terus jadi tidak senang duduk. Dia mula resah. “Err… kenapa bos pandang saya sampai macam tu sekali. Tolonglah jangan buat macam tu, bos. Saya rasa tak selesa,” katanya dengan hati yang semakin berdebar-debar.

Tanpa diduga, Iqram mencapai tangan kanan Maira lalu meramasnya lembut. “Saya cintakan awak, Maira.” luahnya penuh syahdu.

Maira tergamam.

“Awak kahwin dengan saya ya? Jadi isteri saya, mama pada anak-anak kita, adik ipar pada Kak Erika, menantu pada mama dan papa saya dan cucu menantu pada tok saya.” Iqram memujuk dengan suara lunak menggoda.

Kening Maira terjungkit sebelah. “Bos nak saya terima lamaran bos ni?”

“Ya,” jawab Iqram beria-ia.

Maira tergelak sinis. “Wow, so sweet!” Wajahnya mula bertukar garang. “Simpan ajelah angan-angan bos tu ya? Walaupun bos tawarkan duit sebanyak RM10 juta kat saya, saya tetap tak akan terima lamaran bos! Bagi percuma pun, awal-awal lagi saya dah reject!” bidasnya dengan suara keras.

“Saya tak peduli, Maira! Awak tetap kena terima lamaran saya! Saya tahu, awak jga cintakan saya!” desak Iqram.

“Saya cintakan bos? Ha ha ha… saya rasa bos ni dah salah faham kot? Bila masa pula saya jatuh cinta pada bos?” herdik Maira.

Iqram mendengus keras. “Ah, saya tak nak dengar apa-apa lagi! Pokoknya, saya nak awak terima lamaran saya!” Dia mula menggunakan kuasa vetonya itu.

“Tak nak!” Maira membentak keras.

Iqram berdecit geram. “Nak!”

“Tak nak!”

“Nak!”

“Tak nak!”

Iqram mula hilang sabar. “Kalau awak tak nak terima lamaran saya, tak apa. Tapi, saya akan pastikan awak jadi isteri saya yang sah, Maira Qaisarah!” Dia berkata dengan penuh tekad.

Maira mencebik. “Buatlah! Tu pun kalau awak berjaya.”

“Fine! Saya akan buat sampai awak setuju untuk jadi isteri saya!” balas Iqram.

Maira tidak membalas. Dia tayang muka toya.

Iqram genggam buku lima. Geram dengan telatah Maira. Aku akan pastikan kau jadi isteri aku, Maira! Ini Iqram Fattahlah! tekad hatinya.

SEJAK peristiwa itu, Iqram tidak habis-habis mengganggu hidup Maira. Macam-macam perkara yang dia lakukan, sehingga mengundang ketidakselesaan di benak gadis itu.

“Masuk bilik saya sekarang, Maira!” arah Iqram yang tiba-tiba sahaja berdiri di tepi meja Maira.

Maira yang sedang makan biskut Tiger itu, terkejut demi mendengar arahan itu. Dia menoleh ke arah figura Iqram. Mukanya cemberut. “Kenapa?” bentaknya dengan muka tidak puas hati.

Iqram pamer senyum penuh makna. “Adalah.”

Maira berdecit geram. “Hisy, cakap ajelah!” bentaknya. “Kalau bos tak nak bagitahu, saya tak nak masuk bilik bos!” ugutnya.

Kening Iqram terjungkit sebelah. Dia mendekatkan wajahnya ke wajah Maira. “Awak betul-betul tak nak masuk bilik saya?” balasnya separuh berbisik.

Maira berpeluk tubuh. “Hmm!”

“Kalau macam tu, tak apalah. Sekarang juga saya tarik tangan awak dan bawa awak masuk ke bilik saya. Biar semua staf tengok kita. Biar semua orang fikir yang kita ni memang tengah bercinta,” ugut Iqram lalu mengenyit mata nakal.

Maira terkesima. Dia merenung tajam figura Iqram, sambil menggenggam buku lima tanda geram. “Argh!” jeritnya. “Yalah… yalah… saya masuk!” protesnya dengan mulut muncung Donald Ducknya itu.

Iqram tersenyum kemenangan. “Good girl! Saya tunggu awak dalam bilik ya, sayang.” Dengan selamba badaknya, dia menghayun kaki pergi meninggalkan Maira sendirian di mejanya.

Maira berdiri, lalu menghentak kakinya. “Hisy, dia ni memang suka paksa orang tau! Bencilah!” Dengan langkah geram, dia berjalan menuju ke bilik Iqram.

“Haa… awak nak apa?” tanya Maira sejurus selepas dia duduk di atas bangku. Figura Iqram di hadapannya itu langsung tidak dipandang. Sebaliknya, dia membuang pandang ke tempat lain. Rasa geram pula hendak melihat wajah itu. Buat sakit hati aje!

“Pandanglah muka saya, sayang,” tegur Iqram dengan suara romantis.

Maira tersentak. Hampir gugur jantungnya demi mendengar suara romantis itu. Bagaikan terpukau, dia menoleh ke arah Iqram. “Aa… awak nak apa?” Dia membalas dengan suara gugup.

Iqram tersenyum. “Awak terima lamaran saya ni ya?” pujuknya lembut,

“Err…”

“Awak terima ya?” Sekali lagi Iqram memujuk.

Terkebil-kebil mata Maira, seakan baru tersedar sesuatu. Eh, kau ni dah kenapa, Maira? Dia baru aje bersikap romantik, kau dah jadi gelabah tak tentu hala? “Saya tetap tak akan terima lamaran awak, wahai Encik Iqram Fattah!” tegasnya dengan suara keras.

Iqram mendengus. Geram kerana usahanya untuk memujuk Maira sekali lagi tidak berhasil. “Okey!”

Aku dah tak ada cara lain lagi. Aku kena minta tolong tok untuk pujuk Maira terima lamaran ni, desis hatinya.

Serentak itu, dia menarik laci meja di sebelah kiri. Telefon bimbitnya yang berjenama Samsung Galaxy S5 dicapai. Dia menaip satu nombor di skrin. Punat dail ditekan. Lalu, dia membawa telefon bimbit itu ke telinga. Seminit dua, kedengaran nada bersambut.

“Tok?”

IQRAM menyua telefon bimbitnya ke arah Maira. “Nah! Tok nak cakap dengan awak.”

Maira kaget. Terpinga-pinga dia memandang figura Iqram. “Haa… tok nak cakap dengan saya?” Gulp! Dia meneguk liur. “Kenapa?”

Iqram tersenyum penuh makna. Dengan selamba badaknya, dia menjungkit bahu sebagai jawapan. “Entah, mana saya tahu!”

Maira menggigit bawah bibirnya. Telefon bimbit di tangan Iqram itu ditenung lama. Fikir dua kali sama ada hendak menjawab panggilan itu ataupun tidak.

“Yang awak tenung phone tu, kenapa? Jawab ajelah! Tok dah lama tunggu tu,” desak Iqram.

Maira mengeluh. “Yalah…” Dengan berat hati, dia menyambut telefon bimbit yang disua Iqram. Telefon itu diletakkan ke telinga.

“Assalamualaikum, tok.” Dia menyapa lembut.

“Waalaikumussalam, Maira!” Hajah Sakinah membalas dengan suara gembira. Gembira rasanya hati demi mendengar suara gadis itu.

Maira tersenyum. “Tok sihat?” tanyanya sekadar berbasa-basi.

“Alhamdulillah, tok sihat,” balas Hajah Sakinah. “Hang sihat ka?” Giliran dia pula yang menyoal.

“Maira sihat, tok.” Dia membalas ringkas.

Sejenak mereka terdiam, melayani perasaan masing-masing.

“Maira, tok harap hang terima lamaran Iqram na. Tok nak sangat hang jadi bini Am.” Begitu lirih suara Hajah Sakinah. Berharap benar agar gadis itu dapat memenuhi permintaannya itu.

Maira membuang keluhan. “Maira… Maira…”

“Maira apa?” celah Hajah Sakinah. “Hang terima pinangan kami ni na?” Sekali lagi wanita tua itu merayu.

Maira berdecit. Dia mengusap belakang tengkuknya. “Tolong jangan buat Maira rasa serba salah, tok,” pohonnya.

Hajah Sakinah tersenyum. “Tok bukan nak buat hang rasa serba salah, Maira. Tok cuma nak hang pertimbangkan lamaran kami ni. Am betul-betul cintakan hang, Maira. Dia nak sangat hang jadi isteri dia. Tok pun dah berkenan sangat dengan hang. Tolong jangan hampakan harapan kami ni.” Dia membalas dengan suara memujuk.

“Tapi…”

Hajah Sakinah mengeluh. “Hang pikiaq la dulu na. Tok sah buat keputusan terburu-buru. Pikiaq masak-masak,” celahnya.

Maira tersenyum hambar. “Tapi…” Dia cuba menolak dengan cara baik, namun sekali lagi wanita tua itu memintas kata-katanya.

“Tok harap sangat dapat bermenantukan hang, Maira.” Sejujus itu, talian terus dimatikan.

Maira termanggu sendirian. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aduh, Mr. singa ni sengaja buat aku rasa serba salah tau. Dia memang sengaja letakkan aku dalam keadaan dilemma. Hisy, nak buat macam mana ni? Nak terima ke tak?

“Ehem-ehem!” Tiba-tiba Iqram berdehem.

Maira seraya menoleh. Merenung kosong figura Iqram. “Hmm?”

Iqram tersenyum. “Awak terima lamaran saya ni ya? Saya janji, saya akan bahagiakan awak, sayang. Saya tak akan sesekali melukakan hati awak,” janjinya beria-ia.

Maira menjeling. Dia segera bangun. “Awak ni jahat tau! Sengaja buat saya serba salah! Bencilah!” Selepas menuturkan sebaris ayat itu, dia bingkas berjalan ke muka pintu.

“Maira!”

Sebelum sempat dia membolos keluar dari bilik itu, langkahnya terus mati demi mendengar panggilan Iqram.

“Saya betul-betul berharap agar awak terima lamaran saya, Maira. Saya terlalu cintakan awak. Dan saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri saya,” ucap Iqram bersungguh-sungguh. Mempamerkan kesungguhan niatnya untuk menyunting Maira sebagai suri hidupnya.

Maira mencebik. “Tengoklah macam mana nanti!” jawabnya acuh tak acuh. Serentak itu, dia memulas tombol pintu lalu membolos keluar dari bilik Iqram.

Iqram mengeluh. Hmm… aku gagal lagi, ngomel hatinya.

Dia terdiam sejenak. Sedaya upaya memerah otak untuk mencari idea supaya Maira menerima pinangannya itu.

Tiba-tiba, bayangan wajah keluarga Maira menerpa ke ruang matanya. Terdetik satu idea di benak fikirannya. Spontan, dia tersenyum lebar. “Kalau nak pikat anak, kena pikat hati keluarganya dulu. Kan?” ucapnya lalu ketawa penuh makna.

Previous: BAB 27
Next: BAB 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.