“MAIRA?”
Hajah
Sakinah menegur lembut. Maira yang
sedang menikmati hidangan tengah harinya seraya menoleh. “Ya, tok?” jawabnya
sambil tersenyum kecil.
Hajah
Sakinah pamer senyum penuh makna. Figura Iqram yang sedang leka menyuap nasi
berlaukkan ikan masak tiga rasa itu, dikerling. Lalu, dia menoleh semula ke
arah Maira. Siap merenung wajah comel itu lagi.
“Err…
kenapa tok tengok Maira sampai
macam tu sekali?” Maira jadi tidak betah dengan tingkah laku Hajah Sakinah.
“Salah
ka kalau tok nak tenung hang, Maira? Hang ni comel sangat,” balas Hajah
Sakinah.
Maira
tergelak. “Hisy, tok ni… buat malu Maira aje tau. Biasa-biasa aje ni.” Dia
tersipu-sipu malu.
“Laa…
awat pulak hang nak rasa malu, Maira? Dah memang betui yang hang tu comel. Hati
tua tok ni betul-betul dah berkenan dengan hang tau.” Hajah Kamariah membalas.
Siap tersenyum penuh makna lagi.
Maira
tergamam. Haa? Gulp! Dia meneguk liur. Erk, dia ni semacam aje. “Err… apa
maksud tok?” tanyanya berdebar-debar.
Garis
senyum di bibir Hajah Sakinah semakin lebar. “Maira dah ada marka ka?”
tanyanya. sambil dia mengerling figura Iqram.
Maira
tergamam.
Demi
mendengar soalan itu, Iqram terus tersedak. Cepat-cepat dia mencapai gelas
minuman, lalu meneguk rakus air putih sehingga habis. Dadanya digosok perlahan.
Aduh, tekaknya terasa pedih! Ni semua gara-gara tok. Boleh pulak tok tanya
soalan cepumas tu pada Maira?
“Err…
kenapa tok tanya soalan macam tu pada saya?” balas Maira resah.
“Saja.”
Hajah Sakinah menjawab selamba.
“Hisy,
tok ni peliklah! Tiba-tiba aje tanya soalan yang bukan-bukan pada Maira. Kesian
dia tau, terus terkejut sebab dengar soalan tok tu,” celah Iqram kelam kabut.
Entah mengapa dia menjadi cacing kepanasan? Sungguh menghairankan!
Hajah
Sakinah pamer senyum sinis. “Laa… pasaipa pulak? Tok bukannya tanya kat hang
pun. Tok tanya kat Maira. Yang hang nak jadi cacing kepanasan tu, pasaipa?”
duganya.
Iqram
terdiam. Kelu lidahnya hendak membalas kata-kata itu. Erk, tak pasal-pasal dah terkena
sebijik! Naya aje tau!
“Haa…
Maira?” Hajah Sakinah merenung tepat ke segenap wajah Maira. “Hang belum jawab
soalan tok lagi.”
Maira
menelan liur. “Err… soalan apa tok?” Dia semakin berdebar-debar.
“Hang
dah ada marka ka?” ulang Hajah Sakinah lagi.
Maira
menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Erk, nak jawab apa ni ya? “Err…
belum, tok.” Dengan jujur dia menjawab. “Kenapa?”
Hati
Hajah Sakinah melonjak gembira demi mendengar jawapan itu. Hmm… ada can ni.
“Kalau tok nak kenen-kenekan Maira dengan seseorang, nak?”
Maira
tercengang. Ternganga mulut. “Siapa, tok?”
Iqram
ikut sama tercengang.
“AM pergi dulu ya, tok?” kata Iqram
sambil menyalami dan mencium tangan toknya tanda hormat. Serentak itu, dia
menegakkan tubuhnya kembali. Merenung figura itu dengan penuh rasa kasih dan
sayang.
“Hisy,
pasaipa awai sangat nak bergerak ni? Duduk la lama sikit. Bila lagilah hampa dua ni nak mai rumah tok?” balas Hajah Sakinah dengan muka sedih.
Iqram
tersenyum. “Am bukan tak nak duduk lama-lama kat sini, tok. Am kena pergi
Kedah. Kalau Am tak pergi, alamatnya bernanah telinga Am ni menadah bebelan
papa tau. Hisy, tak sanggup!”
“Ala…
kalau telinga abang tu bernanah, sapulah dengan krim. Esok lusa, sembuhlah
telinga abang tu,” celah Abshar dengan loyar buruknya.
Membuntang
mata Iqram. “Hei budak kecil, tolong diam ya! Awak tu budak bawah umur tau.
Belum masuk dalam kategori 18 tahun ke atas. Jadi, jangan memandai-mandai nak
menyampuk cakap orang tua-tua,” herdiknya dengan suara geram.
“Eleh,
biarlah… Abshar ni dah besar tau.” Abshar segera membalas.
Belum
sempat Iqram hendak bersuara, Hajah Sakinah cepat-cepat memintas. “Hampadua nilah… tok luku karang, baru
tau! Pantang berjumpa, mulalah nak berperang mulut!” bebelnya geram.
Dua
sepupu itu tidak membalas. Mereka hanya tersengih-sengih bak kerang busuk.
Hajah
Sakinah menggeleng-geleng. Apalah nak jadi dengan budak dua orang ni? Isyh…
isyh… Serentak itu, dia menoleh ke arah Maira yang sedang berdiri di sebelah
Iqram. “Maira?” Dia menegur lembut.
“Ya,
tok?” balas Maira bersama segaris senyuman di bibir.
“Ingat
pesan tok ni na. Tok nak hang fikir masak-masak apa yang tok cakap tadi. Tok
dapat rasa, hang adalah calon yang tepat,” pesan Hajah Sakinah beria-ia.
Maira
mengeluh. “Maira belum bersedia lagi, tok.” Dia menolak lembut. Bimbang
kalau-kalau menyinggung hati wanita tua itu.
Hajah
Sakinah tersenyum. “Tok sah buat keputusan terburu-buru, Maira. Fikir
masak-masak dulu na. Tok tak mau hang rasa menyesal dengan keputusan yang hang
buat tu.”
Maira
berdecit. Aduh, dia ni buat aku rasa serba salah tau. “Err… baiklah, Maira akan
pertimbangkan permintaan tok ni.” Akhirnya dia mengalah.
Hajah
Sakinah menarik nafas lega. “Terima kasih, Maira.
Maira
mengangguk.
“Ehem-ehem!”
Iqram berdehem. “Amboi, muka tu bukan main serius lagi. Ada apa-apa ke?” Dia
mencelah. Terdetik di hatinya rasa ingin tahu. Apa sebenarnya yang dibincangkan
oleh dua wanita itu?
Hajah
Sakinah menjeling. “Tok sah sibuk aih! Tak ada kena-mengena dengan hang pun!”
balasnya dengan suara tegas.
“Laa…
bagitahu ajelah, bukannya luak mana pun!” Iqram berterus-terusan mendesak.
“Tak
payah!” tegas Hajah Sakinah lagi.
Iqram
terus terdiam. Malas dia hendak berdebat dengan tok. Buang karan aje! “Okeylah
tok, kami bergerak dulu. Nanti lambat sampai pulak.” Dia segera berjalan ke
kereta BMW 3 Series miliknya.
Hajah
Sakinah mengangguk. “Hmm… molek sungguhlah! Hati-hati na,” balasnya beria-ia.
Maira
segera menyalami dan mencium tangan Hajah Sakinah tanda hormat. “Maira pergi
dulu ya, tok. Kalau diizinkan ALLAH, insya-ALLAh kita pasti akan berjumpa
lagi.”
Hajah
Sakinah tersenyum. “Insya-ALLAH,” balasnya. “Ingat pesan tok ni!” Sempat lagi
dia menambah.
“Baik,
tok!” jawab Maira ringkas.
“Abang?
Kakak?” Abshar meluru ke arah dua figura itu.
Iqram
dan Maira seraya menoleh. “Hmm?” balas mereka serentak.
Abshar
pamer senyum penuh makna. “Cepat-cepat kahwin na! Nanti bolehlah bagi baby kat kami!” usiknya lalu ketawa
besar. Puas hati kerana berjaya mengenakan dua figura itu.
Membahang
wajah Iqram dan Maira mendengar usikan itu. “Abshar!!!”
“TOK
nak melamar hang jadi isteri Iqram, Maira.”
Sebaris
ayat itu acap kali menampar gegendang telinga Maira. Sekali gus mengundang
sebuah keluhan berat dari bibirnya. Aku nak jadi isteri Mr. singa ni? Hah,
memang taklah! Nak jadi girlfriend
dia pun, aku tak hingin. Apatah lagi nak jadi isteri dia? Hisy, mintak simpang
44 malaikatlah! Tak sanggup!
Tapi…
aduh, lamaran Hajah Sakinah membuat fikiran Maira menjadi kusut! Gila… memang
gila! Hisy, nak buat macam mana ni? desisnya keresahan.
Walaupun
Iqram memberi sepenuh perhatian pada pemanduan, namun sesekali dia menjeling
pandang figura Maira di seat sebelah. Dia berkerut dahi. Gelagat gadis itu
mengundang rasa hairan di benaknya. Dia ni dah kenapa? Macam ayam berak kapur
pun ada. Apa yang dah berlaku ni? desis hatinya hairan.
“Maira?”
Iqram menegur lembut.
Maira
tetap seperti tadi, masih lagi dalam dunia khayalannya.
Iqram
semakin hairan. “Maira Qaisarah!” Dia menjerit nyaring. Siap terbatuk-batuk
lagi.
Maira
terkejut. “Oh, nenek kau sweet!”
Tawa
Iqram terus terburai. Sungguh, dia jadi geli hati dengan reaksi Maira. “Nenek
saya sweet? Dulu awak kata saya ni
ahli sihir hot, lepas ni apalah pulak
ya?” sindirnya.
Maira
terus terdiam. Jadi malu dengan kesilapan diri. Hisy, tak pasal-pasal dah
terlepas cakap! Malu aje tau!
“Kenapa
awak diam aje ni, Maira? Ada apa-apa yang tak kena ke?” tanya Iqram ingin tahu.
Maira
senyum hambar. “Tak ada apa-apalah, bos. Saya okey aje ni.” Dia membalas
bersungguh-sungguh. Tidak mahu lelaki itu mengesan gelodak rasa yang sedang
dialaminya kala ini.
Iqram
semakin hairan. “Betul?” duganya.
Maira
spontan mengangguk laju. “Betul, bos!” jawabnya beria-ia.
“Okey!
Kalau tak nak bagitahu, tak apa. Tapi…” Rona wajah Iqram berubah serius. “Saya
tak tahu sesuatu,” tambahnya dengan suara tegas.
Gulp!
Maira meneguk liur. “Apa dia, bos?” Sedaya upaya dia cuba berlagak selamba di
hadapan ketuanya itu.
“Apa
maksud kata-kata tok tadi? Kenapa dia cakap macam tu pada awak?” tanya Iqram dengan
muka serius. Hatinya semakin membuak-buak dengan rasa ingin tahu. Apa
sebenarnya yang toknya itu cuba sampaikan?
Maira
pura-pura terkejut. “Kata-kata tok? Yang mana satu, bos?” balasnya cuba
berlagak selamba. Kalaulah lelaki itu tahu perkara sebenar, pasti dirinya akan
ditertawakan. Ah, lebih baik dia berdiam dari bersuara.
Iqram
pamer senyum sinis. “Awak betul-betul tak faham ke atau pura-pura tak faham?”
Dia menyindir Maira.
Maira
tergamam.. Dia menarik nafas panjang, lalu menghembus keluar perlahan-lahan.
Sabar Maira, jangan sampai terkantoi tau. “Buat apa saya nak menipu? Saya
betul-betul tak faham apa yang bos cakapkan ni,” balasnya, berusaha menafi
kebenaran sebenar.
“Betul?”
tebak Iqram.
“Betul!”
Maira membalas laju.
Iqram
terus terdiam. Dia berdecit geram. Hisy, apa sebenarnya yang tok maksudkan ya?
Kenapa tiba-tiba aje tok tanya soalan-soalan pelik macam tu pada Maira? desis
hatinya tertanya-tanya.
Figura
Maira dikerling sekilas. Sekali lagi dia berdecit geram. Tak payah nak tipu
aku, Maira! Dari mata kau pun, aku dah boleh baca. Aku tahu, ada sesuatu yang
kau sedang sembunyikan, gumam hatinya lagi. Tapi, apakah dia?
Maira
menarik nafas lega. Fuhh, nasib baik Mr. singa ni tak tanya apa-apa lagi. Kalau
tak, mahu terbelit lidah aku nak menjawab. Dia ni bukannya betul sangat! Serupa
polis pencen aje gayanya, desisnya lagi.
Teringatkan
lamaran Hajah Sakinah, fikiran Maira bertambah kusut. Aduh, nak buat macam mana ni? Argh!