“KENAPA
dengan bos ni? Pagi tadikan bos sihat walafiat aje? Kenapa tiba-tiba aje bos
sakit pulak ni?” tanya Maira lembut. Mempamer sikap ambil berat akan kesihatan
diri ketuanya itu.
Iqram
berjalan ke hujung katil, lalu duduk di situ. Perutnya yang semakin sakit
segera dicengkam. “Saya… saya…” Tersekat-sekat suaranya hendak melontarkan
kata.
Maira
pamer muka hairan. “Bos ni dah kenapa? Muka bos tu pucat semacam aje tau.
Kenapa, bos sakit ke?” tanyanya lagi.
Iqram
diam membisu. Berat hatinya hendak berterus-terang perihal sebenar pada Maira.
“Bos?”
Maira segera menegur apabila tiada tanda-tanda untuk Iqram bersuara.
Iqram
memandang lesu wajah Maira.
“Bos
sakit perut ke?” tanya Maira, sambil bola matanya terarah tepat ke tangan Iqram
yang sedang mencengkam kuat bahagian perutnya itu.
Iqram
hanya mengangguk sebagai jawapan.
Maira
bangun lalu berjalan ke katil. Dia melabuhkan duduk di sebelah Iqram. “Kenapa
tiba-tiba aje ni? Bos salah makan ke?”
Iqram
menjungkit bahu. “Manalah saya tahu, Maira. Tiba-tiba aje perut saya ni sakit,”
Dia membalas dengan suara lemah.
Maira
terdiam sejenak. Figura Iqram direnung sedalam-dalamnya. Seakan hendak menilik
sesuatu di wajah itu. “Baik bos cakap betul-betul, bos ada makan apa-apa ke
tadi?” Sekali lagi Maira menebak Iqram.
Iqram
menggeleng lemah. “Sebenarnya… sebenarnya…”
“Sebenarnya
apa, bos?” celah Maira dengan riak ingin tahu.
“Err…
sebenarnya, saya belum makan apa-apa lagi dari pagi tadi, Maira,” akui Iqram
jujur.
Maira
terkujat. “Haa… bos belum makan apa-apa lagi dari pagi tadi?” Dia mahukan
kepastian.
Iqram
hanya mengangguk.
Bola
mata Maira dikecilkan. Dia merenung tepat ke muka Iqram. “Bos ada penyakit
gastrik kan?” Dia menduga.
Iqram
menggigit bawah bibirnya. Dugaan Maira sememangnya tepat. Gadis itu memang
bijak. “Err…” Dia agak keberatan hendak berterus-terang. Tidak mahu mengundang
kerisauan di benak Maira.
“Baik
bos jujur dengan saya sekarang ni! Bos ada penyakit gastrik kan?” serkap Maira
lagi.
Iqram
tersenyum hambar. “Ya Maira, saya ada penyakit gastrik.” Dengan teragak-agak,
dia membalas.
Buntang
terus biji mata Maira demi mendengar jawapan itu. “Apa, bos ada penyakit
gastrik?” Bersama memek muka terkejut badaknya, dia menjerit nyaring.
Iqram
kaget. “Hei!” Dia berdecit geram. “Yang awak menjerit macam kena rompak dengan
penyamun tarbus tu, kenapa? Diamlah! Nanti tak pasal-pasal berduyun-duyun
manusia terjah masuk bilik ni tau! Awak nak ke muka kita terpampang besar di
corong media?” marahnya dengan suara geram. Argh! Suka hati kau aje nak
menjerit bak orang gila! Apa, ingat bilik hotel ni tempat karaoke ke?
“Kenapa
tak bagitahu saya yang bos tu ada penyakit gastrik, hah? Haa… lagi satu, kenapa
bos skip waktu makan? Dah tahu diri
tu ada penyakit gastrik, tapi tetap berkeras tak nak makan. Tengok, apa dah
jadi?” Maira mula berjeda panjang lebar.
Aduh,
dia ni bisinglah! “Boleh tak kalau tolong kepit bibir awak tu kuat-kuat? Bising
tau tak? Kalau awak membebel macam ni, orang yang sakit pun bertambah sakit
tau!” bidas Iqram garang.
“Eh,
suka hati sayalah kalau nak membebel panjang lebar macam keretapi ekspres tu!
Saya ni bukannya apa, saya ambil berat akan kesihatan diri bos. Kalau sakit
macam mana? Saya jugak yang susah tau!” Maira terus membebel-bebel.
Iqram
menarik muka cemberut. “Siapa suruh awak tolong saya? Kalau awak tak ikhlas,
baik tak payah tolong!” gumamnya geram.
Maira
mencebik. “Ah… sakit-sakit macam ni pun, masih lagi nak bertikam lidah dengan
saya. Jom kita pergi klinik!” ajaknya beria-ia.
Iqram
cepat-cepat menggeleng. “Tak nak!” tolaknya dengan suara keras.
Maira
berdecit geram. Aduh, dia nilah… macam budak kecik! Karang, tak pasal-pasal aku
heret kau sampai ke tingkat bawah. Naya aje! bentak hatinya. “Jomlah kita pergi
klinik! Takkan nak biarkan sakit tu terus melarat?” desaknya lagi.
“Tak
nak!” bidas Iqram lagi.
Argh!
Maira terdiam seketika. Mencari idea untuk mengurangkan kesakitan yang sedang
dialami oleh ketuanya itu. Tiba-tiba, dia mendapat satu idea. “Kalau bos tak
nak pergi klinik, tak apa. Bak kunci kereta bos!” arahnya, sambil menyua tangan
kanannya ke muka Iqram.
Iqram
tercengang. “Awak nak kunci kereta saya?” Terpinga-pinga dia melihat tingkah
laku Maira.
“Ya,
bak kunci kereta bos!” ulang Maira lagi.
“Awak
nak buat apa dengan kunci kereta saya tu? Awak nak bawak lari kereta saya tu
pergi Siam ke? Awak nak jual kereta saya kan?” herdik Iqram dengan suara
garang.
Maira
mencebik. “Eleh… setakat BMW 3 Series tu, saya tak hairanlah! Kalau kereta sporttu, tak apalah jugak.” Sempat lagi
dia menyindir Iqram.
“Maira!”
Maira
berdecit. “Hisy, bos ni dah kenapa hah? Buat apa saya nak bawak lari kereta bos
tu hah? Muka saya ni macam muka penyamun ke?” Dia mula hilang sabar dengan
tingkah laku Iqram. Ada juga yang makan penumbuk karang!
Iqram
pamer senyum sinis. “Bukan macam penyamun, tapi macam Mona Fendi!”
Maira
ternganga. “Oh, muka saya ni macam Mona Fendi ya? Haa… lepas ni, bersiap sedia
untuk menemui ajal! Saya nak kerat 21 badan bos tu. Lepas tu, saya nak campak
bos kat tengah laut. Berpesta sakanlah ikan yu sebab dapat makanan percuma!”
bidasnya dengan suara geram.
“Maira
Qaisarah!” jerit Iqram. “Baik awak cakap, awak nak buat apa dengan kereta saya
tu hah?”
Maira
mendengus geram. “Buat apa saya nak bawak lari kereta bos tu? Daripada saya
bawak lari kereta tu pergi Siam, lebih baik saya humban kereta tu ke lombong.
Baru puas hati saya tau!” sindirnya.
“Awak…”
“Dah,
tak payah nak buang air liur bos tu membebel panjang kat sini! Bak kunci kereta
bos sekarang! Saya nak pergi beli bubur ayam McDonalds untuk bos,” arahnya
dengan suara tegas.
“Tak
nak!” Sekali lagi Iqram berperangai seakan budak kecil.
Maira
mula hilang sabar. Tak boleh jadi ni! Aku kena gunakan kekerasan! Siap kau,
Iqram Fattah!
Tanpa
diduga, Maira menyeluk poket seluar Iqram. Hendak mengambil kunci kereta lelaki
itu.
Iqram
terkujat. “Eh, apa ni?” Sedaya upaya dia cuba menghalang perbuatan Maira.
Maira
tetap berusaha mengambil kunci kereta dari kocek seluar Iqram, akhirnya dia
berjaya. “Got it, yehha!” Dia
menjelir lidah ke arah Iqram. Sengaja hendak mengejek lelaki itu.
Iqram
bengang. “Eh, bak kunci kereta saya tu balik!” arah Iqram. Dia cuba bangun,
berniat untuk merampas kunci keretanya semula. Namun kesakitan di perutnya itu
menghalang dirinya dari berbuat demikian. Dia mendengus geram. Argh!
Maira
tayang muka toya. “Jangan haraplah saya nak bagi balik kunci kereta bos ni! Bos
tunggu aje kat sini tau. Saya keluar dulu. Tata! Titi! Tutu!” Dia terus
menghayun kaki keluar dari bilik Iqram.
“Maira!!!”
jerit Iqram nyaring.
“ASSALAMUALAIKUM!” sapa Maira di muka
pintu bilik hotel. Dia berjalan masuk ke dalam bilik. Bungkusan plastik berisi
bubur ayam McDonalds diletakkan ke meja.
Demi
melihat figura Maira, Iqram yang sedang terbaring di atas katil segera bangun.
Dia terus duduk bersila, sambil mencerlung marah ke muka gadis itu. “Haa… baru
ingat nak balik ke?” herdiknya dengan suara garang.
Maira
senyum lebar. “Apa, bos ingat saya ni dah lupa jalan pulang ke? Kedah darul
Aman ni negeri kelahiran saya tau!” balas Maira dengan muka selamba. Langsung
tidak terkesan di hatinya akan suara herdikan Iqram.
“Banyaklah!”
protes Iqram.
Maira
tidak membalas. Dia tayang muka toya.
“Haa…
mana kunci kereta saya? Bak balik!” arah Iqram keras. Tangannya disua ke muka
Maira.
Kening
Maira terjungkit sebelah. Satu idea nakal meresap masuk ke mindanya. Dia pamer
senyum penuh makna. “Kunci kereta?” Sengaja dia hendak bermain tarik tali
dengan Iqram.
“Ya!
Mana kunci kereta saya?” Sekali lagi Iqram menyoal.
Maira
tayang muka toya. “Saya dah buang dalam sungai, bos! Kunci kereta bos tu dah
selamat hanyut ke tengah lautan,” Dia membalas selamba. Langsung tidak rasa
bersalah.
Terjojol
mata Iqram demi mendengar jawapan itu. “Apa, awak dah buang kunci kereta saya?”
Dia tergelak sinis. “Ha ha ha… kelakarnya! Tolong jangan nak berloyar buruk
dengan saya, Maira! Kalau awak buang kunci kereta tu, jadi awak balik sini naik
apa? Kapal terbang?” bidasnya. Semakin geram dengan telatah Maira.
“Laa…
pandai bos teka kan? Ha’ah, saya balik sini naik kapal terbang! Yang bestnya,kapal terbang tu
mendarat atas bumbung hotel tau!” balas Maira selamba. Sengaja ingin
menyakitkan hati Iqram.
Iqram
mendengus geram. “Maira Qaisarah! Stop
make your stupid joking ok! Where is my car key?” Dia mula hilang sabar.
“Hisy,
takut sangat kunci kereta dia tu hilang,” Maira mencebik. Poket seluar tracknya
diseluk. Segugus kunci milik Iqram dibawa keluar dari kocek seluarnya lalu
disuakan ke muka Iqram. “Nah, kunci kereta kesayangan bos!” herdiknya.
Iqram
segera merampas kunci keretanya di tangan Maira. Dia menjeling tajam. Sungguh,
dia jadi geram dengan telatah Maira. Tak pernah ada sesiapa pun yang berani
melawan cakapnya sebelum ini. Gadis itulah orang pertama yang berani
melawannya. Argh, dia menjerit geram!
Maira
pura-pura tak nampak jelingan maut itu. Dia tayang muka tak ada perasaan.
Hatinya berkata, ada aku kisah?
“BOS?” Maira menegur dengan suara
lembut. Bekas penutup tupperware bulat berisi bubur ayam McDonalds segera
dibuka. Sambil membawa bekas tupperware itu, dia berjalan ke arah katil. Dia
terus duduk di sebelah Iqram.
“Hmm?”
Iqram membalas acuh tak acuh. Hatinya masih lagi geram dengan perbuatan Maira.
Nasib baiklah aku tengah sakit! Kalau tak, memang berdesinglah telinga kau bila
dengar ceramah aku ni! bentak hatinya.
Maira
menyua bekas tupperware itu ke arah Iqram. “Bos makan dulu ya?” katanya dengan
suara lembut.
“Tak
nak!” protes Iqram.
Maira
mendengus geram. “Hisy, bos ni mengada-ngadalah! Susah sangat ke nak makan,
hah? Bos nak tahu tak, bos ni terlebih manja tau! Nak makan pun susah!”
herdiknya.
Buntang
biji mata Iqram demi mendengar sindiran itu. Dia mencerlung marah figura Maira.
“Jaga mulut awak tu ya! Nasib baiklah saya ni tengah sakit tau! Kalau tak,
memang dah lama saya tonyoh mulut awak tu dengan cili merah tau!”
Maira
senyum sinis. “Buatlah!” cabarnya.
Iqram
genggam buku lima. “Argh!” Dia menjerit geram.
Maira
tertawa sinis. “Kenapa, bos sakit hati ke?” sindirnya dengan riak selamba.
Iqram
menjeling. “Shut up!” herdiknya.
Maira
tidak membalas. Sudu plastik segera diambil. Dia menceduk sesudu bubur ayam,
lalu menyuanya ke mulut Iqram. “Dah, jangan tayang perangai kebudak-budakan bos
tu kat sini! Makan bubur ni! Kalau bos tak nak makan, makin melarat sakit bos
tu!” arahnya dengan suara tegas.
“Tak
nak!” protes Iqram lagi.
Maira
makin hilang sabar. Dia nilah… degil bebenor! Aku pulas juga telinga kau tu,
biar terus jadi capang! bentak hatinya geram. “Kenapa susah sangat bos nak
dengar cakap saya hah? Bos diserang penyakit gastrik tu sebab bos tak nak makan
tau! Takkanlah bila dah check in kat
hospital, barulah bos nak makan?” herdiknya.
“Kan
saya dah cakap, saya tak nak makan. Kenapa susah sangat awak nak faham? Buat
apa awak nak sibuk ambil berat pasal diri saya? Saya yang sakit, biar saya
ajelah yang tanggung!” bidas Iqram.
Api
kemarahan Maira mencanak naik ke tahap maksimum. Dia memang sengaja mencabar
aku! “Baik bos makan sekarang. Kalau tak…”
“Kalau
tak apa? Awak nak buat kat saya? Awak nak paksa saya makan?” cabar Iqram.
Maira
tersenyum sinis. “Kalau terpaksa, saya buat ajelah!”
Iqram
mendekatkan wajahnya ke wajah Maira. “Buatlah! Tu pun kalau awak berani!”
Sekali lagi dia mencabar Maira.
Maira
mendengus. “Bos jangan paksa saya! Bos belum kenal siapa Maira Qaisarah yang
sebenarnya. Saya buat betul-betul nanti, bos jugak yang merana!” ugutnya.
“Buatlah!”
cabar Iqram lagi.
Maira
genggam buku lima. “Kalau bos tak nak makan, saya sumbat bubur ayam ni ke dalam
mulut bos! So, make your right choice
now. Bos nak makan bubur ni secara paksaan atau kerelaan?” Dia mengugut
keras.
“Saya
tak nak makan. Faham?” balas Iqram dengan suara keras.
Dia
nikan… memang sengaja mencari penyakit! Siaplah kau, Iqram Fattah! “Bos
betul-betul tak nak makan? Bos tak rasa menyesal kalau saya sumbat bubur ayam
ni ke dalam mulut bos?”
Iqram
tayang muka tak ada perasaan. “Tak!”
Oh,
kau betul-betul berkeras tak nak makan kan? Haa… siaplah kau, wahai Mr. singa!
“Okey, tak apa. Tapi…” Dia pamer senyum penuh makna.
Berkerut
dahi Iqram. “Tapi apa?”
Maira
menjungkit sebelah keningnya. Serentak itu, dia terus menyumbat bubur ayam itu
ke dalam mulut Iqram.
Iqram
terus tersedak. Dadanya ditepuk perlahan. Berair matanya menahan rasa pedih di
tekak. Serentak itu, dia mencapai gelas kaca di tepi katil. Cepat-cepat dia
meneguk air putih itu sehingga habis.
Maira
tergelak sinis. Haa… padan muka kau! Rasakan penangan Maira Qaisarah! Ha ha ha…
puas hati aku sekarang! Tulah… cabar aku lagi kan? Kan dah kena!
Iqram
merenung marah figura Maira. Berapi-api dadanya dek sakit hati dengan perbuatan
gadis itu. “Awak ni memang jahat tau! Selamba badak aje awak sumbat bubur ayam tu
ke dalam mulut saya.” Dia memprotes. Mulutnya yang sedikit comot itu segera
dikesat dengan tangan kanannya.
“Padan
muka! Tulah… jual mahal sangat! Orang suruh makan, tapi tak nak! Saya sumbat
ajelah, habis cerita! Nak bagi makan pun susah. Ingatkan budak kecik aje yang
susah nak makan, orang tua pun sama jugak.” Maira mengherdik dengan muka
selamba.
Iqram
menjeling tajam. Sungguh, dia geram dengan tingkah laku Maira. Cis, hantu
betul!
Maira
merenung tajam wajah Iqram. “Sekarang ni, saya nak bos buat pilihan. Bos nak
makan sendiri ke atau nak saya yang suap? Pilihlah! Kalau bos nak suruh saya
suap, saya taka da masalah. Saya boleh aje sumbat bubur ayam tu ke dalam mulut
bos.”
Demi
mendengar ugutan itu, cepat-cepat Iqram menyambar bekas tupperware itu dari
tangan Maira. “Okey, saya makan!”
Maira
tersenyum kemenangan. “Haa… kan senang macam tu!”
Iqram
mendengus. “Awak perli saya ke hah?”
“Aik,
bos terasa ke? Saya tak berniat pun nak perli bos. Saya cuma cakap benda yang
betul aje.” Maira membalas.
Iqram
mencebik. “Banyaklah!”
“Okeylah,”
Maira segera bangun. “Saya nak masuk bilik dulu. Mata saya ni betul-betul dah
mengantuk.”
Iqram
tidak membalas.
“Saya
nak bos makan bubur ayam ni sampai habis tau! Jangan tinggal walau sedikit pun!
Kalau bos tak nak makan, saya akan tunggu kat sini sampailah bos habis makan!”
ugut Maira dengan suara tegas.
“Hmm…
saya makan!”
Maira
berjalan ke muka pintu. “Saya pergi dulu. Selamat malam, bos!” Dia terus
membolos keluar dari bilik. Tinggallah Iqram sendirian di dalamnya.
Iqram
merengus. “Suka-suka aje nak paksa aku makan! Dia ingat dia tu siapa? Huhh!”
bentaknya tidak puas hati.
Demi
teringatkan ugutan Maira, spontan mengundang rasa gerun di benaknya. “Sebelum
Miss selamba tu buat kerja gila, baik aku makan sekarang!” Dia terus menyuap
bubur ayam itu ke dalam mulut.