Sudah beberapa hari berlalu sejak
Halimah masuk ke hospital. Hanna mengalirkan air mata kesyukuran apabila ibunya
sembuh dari penyakit gila. Halimah menghentakkan kepalanya pada dinding kerana
sudah mengabaikan satu-satunya anak yang dia ada. Dia benar-benar menyesal.
“Maafkan ibu, Hanna.” Halimah tidak
putus meminta maaf pada Hanna. dia benar-benar rasa bersalah. Bertahun-tahun
dia membiarkan Hanna hidup sendirian. Tabah sungguh hati anaknya. Air mata
makin laju mengalir.
“Ibu tak layak untuk jadi ibu Hanna.
Ibu ni ibu tak bertanggungjawab. Biar ibu mati je.” Halimah terus rasa
bersalah.
“Tak ibu. Jangan mati! Ibu tetap
Hanna sayang.” Hanna memeluk tubuh Halimah. Dia tidak mahu fikirkan masa
lalunya. Dia cuma harap ibu ada disisinya. Dapat menabur bakti pada ibunya yang
semakin tua.
“Ibu pun sayang Hanna.” kata Halimah
sambil membalas pelukan Hanna. Adi yang melihat hubungan ibu dan anak yang
akrab membuat air matanya mengalir. Dia juga rindukan belaian kasih seorang ibu
tetapi dia tiada keistimewaan itu.
Adi keluar dari bilik wad tersebut.
Membiarkan Hanna dan Halimah meluahkan perasaan masing-masing.
Selama ini Adi hidup dalam
kesederhanaan. Tidaklah kaya sangat dan tidak pula miskin sangat. Semuanya
cukup kerana sikapnya yang ingin menjadi orang yang kebanyakan.
Sejak dia berjumpa dengan Hanna, dia
nampak kasih sayang seorang anak terhadap ibunya begitu mendalam.
Adi duduk di taman yang ada di
hospital tersebut. Mendongak memandang awam yang gelap. Hanya diterangi oleh
bulan yang sentiasa bercahaya.
‘Aku tiada ibu. Ibu tinggalkan aku
kerana lelaki lain. Sejak itu aku benci pada perempuan yang bermuka-muka tetapi
sejak bertemu dengan Hanna, diri aku lebih ceria. Tindakan aku menjual kedai
buku itu adalah takdir ALLAH SWT supaya aku bertemu semula dengan Hanna. Ah!
Adakah hidup ini begitu mudah?’ bisik hatinya. Dia sedang munasabah diri
sendiri.
Sebentar tadi dia berjumpa dengan
doktor peribadinya. Tanpa pengetahuan Hanna, dia ada penyakit tapi sudah
menjalankan pembedahan dengan duit hasil penjualan kedai bukunya. Dia
benar-benar bersyukur diberi peluang untuk terus hidup di sisi Hanna.
Adi tersenyum. Dia mengeluarkan
telefon bimbitnya. Melihat wajah ceria Hanna membuat ukiran senyumannya menjadi
lebih lebar.
“Hanna, Adi akan pastikan Hanna
menjadi milik Adi. Itu janji Adi.” Adi berkata.
“Janji apa tu Adi?” tiba-tiba Hanna
muncul.
“Janji akan memiliki Hanna.” jawab
Adi. Hanna tersentap.
“Adi...” Hanna ingin menjelaskan
sesuatu.
“Tak payah cakap apa-apa. Hanna akan
kahwin dengan Adi kan? Adi janji akan membahagiakan Hanna. Sehingga saat kematian Adi tiba pun Adi akan
membahagiakan Hanna.” Adi tersenyum memandang Hanna yang duduk di sebelahnya.
“Adi...” Hanna serba salah. Apabila
teringat solat istikharahnya, dia jadi dilema. Siapa sepatutnya menjadi pilihan
hatinya?
“Hanna terima Adi kan? Please...”
Rayu Adi.
“Tapi ibu Hanna kan baru pulih.”
Hanna cuba memberi alasan. Tanpa Hanna sedari dia sudah bersetuju dengan
lamaran Adi.
Adi tersenyu,. Hatinya gembira.
“Buat ala kadar je majlis nikah kita
ya?” tiba-tiba Adi berkata begitu.
“Apa?” Hanna terperangkap.
“Nanti Adi beritahu ibu Hanna
mengenai perkahwinan kita. Adi yakin ibu Hanna akan gembira.” Adi gembira. “Adi
balik dulu. Minggu depan kita kahwin ya? Adi tidak sabar untuk memiliki Hanna.”
“Adi...” Hanna menarik lengan Adi
yang mula bergerak ke tempat kereta.
Adi berpaling.
“Baiklah Hanna setuju tapi Hanna
minta sedikit masa dan sila hormat Hanna. Hanna ada keluarga. Hanna harap Adi
faham. Tambahan pula kita ada adat, Adi. Kan tak manis kalau kita tak buat
dengan cara yang betul.” Kata Hanna bercelaru. Ayatnya tidak tersusun. Dia
benar-benar tidak tahu mahu menjelaskan dengan cara apa.
“Hanna tak suka?” soal Adi. Dia
menatap wajah Hanna yang seperti serba salah.
“Bukan!” pantas Hanna menyangkalnya.
Biarlah dia berkorban untuk kehidupannya. Jika dia kena lupakan M, dia rela.
“Jadi?”
“Adi, tolonglah faham.”
“Baiklah. Nanti Adi hantar rombongan
meminang ke rumah Hanna. okey sayang?” Adi cuba menarik pipi Hanna tetapi Hanna
pantas mengelak.
Adi tersenyum lagi. Dia terhenti dan
terus berpaling. “Adi balik dulu.”
Hanna dapat rasakan sikap pelik Adi.
Macam terburu-buru mahu kahwin. Mahu kata umur sudah lanjut, tak pula sebab
baru 28 tahun.
Hanna masuk semula ke dalam wad
untuk menemani Halimah.
Wajah tua itu direnungnya. Dia
benar-benar bersyukur yang ibu kembali pulih. Dia tidak akan kesunyian lagi.
‘Ini bermakna aku kena maafkan ayah.
Tak apalah. Tak ada perkara yang menggembirakan dengan berita ibu sudah pulih.
Dengan hati yang ikhlas, Hanna maafkan ayah. Tiada dendam dalam hati ini untuk
ayah. Malah, Hanna doakan ayah bahagia dengan perempuan yang menjadi
pilihannya.’ Hati Hanna benar-benar lega.
Akhirnya dia terlelap di sisi
Halimah. Semoga hari esok ada kebahagiaan untuk mereka berdua.
*****
Zahrah tidak pulang ke rumah hampir
berbulan-bulan sejak kejadian bertemu dengan hantu hari itu. Mikail tersenyum.
Sedikit sebanyak hilang duka hatinya. Tiba-tiba dia rasa ada kerinduan untuk
Hanna. Gadis yang lincah dan aktif itu.
Mikail teringat kisah mengenai
Hanna. Kali pertama dia berjumpa dengan Hanna. Fikiran Mikail terus melayan
terus ke peristiwa zaman persekolahannya.
*****
Mikail berada di sebuah kedai
gunting rambut. Hasrat di hati mahu mengunting rambut yang panjang. Sudah
banyak kali dia dikenakan tindakan disiplin kerana berambut panjang. Di asrama
memang ada menyediakan perkhidmatan gunting rambut tetapi semuanya tidak
bertauliah. Terpaksalah dia gunting di kedai gunting.
“Adik mahu gunting macam mana?” soal
tukang gunting, Shell.
“Auntie Shell. Macam biasa ya?
Gunting dan cuci sekali ya?” pinta Mikail.
“Kamu tak mahu fesyen lain ke?”
soalnya lagi.
“Saya ni masih budak sekolah.
Nantilah auntie.” Ramah Mikail.
“Okey.”
Sudah menjadi kebiasaannya dia akan
terlelap dengan mudah jika ada yang membelai rambut atau kepalanya.
Mikail tertidur. Sebaik sahaja dia
tersedar, dia terkejut ada perempuan lain yang sedang mengusik kepalanya. Dia
yakin yang perempuan itu bukan pekerja di situ.
“Woi! Kau buat apa ni?” marah
Mikail. Rambutnya masih ada buih. Buih syampoo kot.
Perempuan itu terus berlari keluar
dari kedai tersebut. Saat itulah kali pertama Mikail bertemu dengan Hanna.
“Auntie!” jerit Mikail. Selepas
rambutnya dicuci, dia amat terkejut dengan perubahan warna rambutnya.
“Auntie, apa sudah jadi dengan
rambut saya?” soal Mikail. Warna rambutnya kini adalah warna hijau gelap. Apa
dah jadi ni?
“Auntie pergi jawab panggilan tadi.
Bila auntie kembali tengok rambut kamu sudah dicuci. Auntie terus bagi bersih.”
Jelas Auntie Shell dengan rasa bersalah.
“Tapi
auntie?”
“Auntie nak
kamu bayar juga.” Kata Auntie Shell.
“Tapi ini
bukan saya minta.” Balas Mikail. Saat itu duit yang ada sekeping not duit merah
iaitu sepuluh ringgit.
“Nah,
sepuluh ringgit. Selebihnya hutang.” Mikail terus keluar dari kedai itu.
‘Dah warna
rambut ni, mana boleh buat sembahyang. Siapa punya kerja la buat aku macam ni?’
geram Mikail. Dia terpaksa senyap-senyap pergi ke bilik mandi untuk potong
rambut tersebut.
Mikail
memulas tombol bilik air tetapi ia dibuka dari dalam. Dia terkejut apabila
terserempak dengan ketua pengawas yang kebetulan ada dalam bilik mandi
tersebut.
“Mikail, kau
warnakan rambut? Ini kes berat. Salah! Mari ikut aku ke rumah warden.” Ketua
pengawas tersebut terus menarik lengan Mikail. Mikail tidak dapat berbuat
apa-apa selain menerima hukuman tersebut. Rasa malas pula mahu membela diri.
Orang bukan percaya kata-katanya.
“Mikail akan
dikenakan hukuman potong rambut di perhimpunan. Tidak pernah sekolah kita
menghadapi masalah disiplin macam ni.” Kata warden lelaki itu.
“Kenapa nak
tunggu esok? Potong sahaja malam ni atau botakkan sekarang. Nanti saya tak
boleh nak sembahyang. Sembahyang saya tak sah.” Kata Mikail. Bab sembahyang
kena tegakkan. Mana boleh buat macam ni. Kejam!
“Kau selalu
buat masalah, masih ingat nak sembahyang?” Laser ketua pengawas.
“Sembahyang
tu aku dengan ALLAH. Kau tak layak nilai aku.” Mikail mula rasa marah. Sensitif
apabila ditegur begitu.
“Berlagak
baik. Kau dengan bapak kau tu sama je!” marah Ketua pengawas yang sememangnya
tidak menyukai dia sejak dia berpindah ke asrama ini.
“Bapak!
Bapak! Jangan sebut! Ini dah lebih!” Mikail terus menumbuk muka ketua pengawas
itu.
Disebabkan
tindakan itu dia dikenakan tindakan disiplin. Nasib baik tidak dibuang sekolah.
Keesokan dia
dibotakkan di perhimpunan. Memang sadis!
*****
“Abang!”
suara Iraa membuatkan ingatan Mikail pada zaman persekolahannya hilang. ‘Dengki
betul pengawas tu dengan aku.’ Mikail menggelengkan kepala.
“Kenapa
Iraa?” soal Mikail.
“Jom makan!
Lapar!” ajak Iraa.
“Okey. Jom!”
Mikail tersenyum. Senang hati apabila Zahrah tidak ada di rumah ini.