P/S : nama Hanna ditukar kepada Aisyah Nasuha... harap maklum...terima kasih.
Mikail
menghulurkan sesuatu kad yang di simpan dalam kocek seluarnya. Aisyah
menyambutnya.
“ANDAIKU
BERMIMPI, aku berharap ia mimpi tentang CINTA KAU DAN AKU. Cinta yang SETIA
HUJUNG NYAWA. Aku TAKKAN MELUPAKANMU HINGGA KE AKHIRNYA. Inilah di katakan
MEMANG DAH JODOH. DALAM DIAM ADA CINTA
kerana KUINGIN BERSAMAMU. MULANYA DI SINI KALA CINTA MENGGODA. DEMI
CINTA INI aku berharap kau memilih aku.
KENAPA AKU? Kerana aku PENCURI CINTA. KUPERSEMBAHKAN HATI yang merupakan CAHAYA
CINTA. JANGAN KAU TANGISI AIR MATA RINDU kerana EPISOD CINTA kita masih
panjang. Dan aku sentiasa berharap kau berkata ‘DIA HERO HATIKU’ kerana CINTA
HATIKU ini adalah CINTA UNTUKMU dan HANYA KAU KUSAYANGI. Walaupun kehadiran
aku KEJAP ADA KEJAP TAK ADA tetapi aku
yakin kau TANPA DI SISI aku, akan ber AKHIR SEBUAH CINTA. Jadi, SIAPA DI
HATIMU?” terperanjat Aisyah. Dia merenung wajah Mikail yang sedang tersenyum
malu.
“Abang
ke buat ayat ni?”
“Ya.
Tadi abang masuk bilik bacaan. Banyak pula novel sayang. So, abang ambil la
tajuknya dan cipta ayat ni.” jujur Mikail.
“Sangat
unik abang. Walaupun tersekat-sekat juga Aisyah baca tapi Aisyah sukakannya.
Terima kasih abang,” ucap Aisyah. Dia tidak sangka Mikail dapat idea mahu buat
seperti ini.
“Sama-sama.
Jadi siapa di hati Aisyah?” soal Mikail. Dia berharap jawapan Aisyah
mengembirakannya.