Sudah dua hari Adi kerja luar. Dia pula terasa
pening-pening. Muntah pula usah di kata. Masuk sahaja makanan akan keluar
semula. Dia tidak pula memberitahu Adi mengenai hal ini. Dia tidak mahu Adi
bimbang memandangkan lelaki itu sedang bekerja.
Hanna
baru tiba di klinik. Entah mengapa dia berasa berdebar.
“Puan
mengandung.” Kata doktor yang memeriksanya. Mata Hanna terkebil-kebil. Betul ke
dia mengandung? Inilah berita yang Hanna dan Adi selalu nantikan.
“Terima
kasih doktor.”
Hanna
pulang dengan perasaan gembira. Dua hari lagi hari lahir Adi. Hanna bercadang
mahu memberitahu malam itu. Rasanya itulah hadiah yang paling berharga yang Adi
akan terima. Hanna bagaikan tidak sabar menanti Adi pulang petang ini. Kerinduan
pada suaminya itu amat kuat.
Adi pulang ke rumah selepas segala urusannya
selesai. Sebaik sahaja dia tiba di rumah, dia sudah mendengar bunyi di dapur.
Hanna sedang memasak. Dia terus mencari isterinya dahulu sebelum melakukan
perkara lain.
“Hanna...”
sapa Adi sambil memeluk erat tubuh isteri yang di rinduinya.
“Abang
baru sampai ke?”
“Ya.
Hari ni sayang buat apa je? Cerita la pada abang.” Pinta Adi. Kalau boleh dia
ingin tahu apa yang dilakukan oleh isterinya seharian dan apa perasaannya.
Hanna terdiam. ‘Adakah
dia perlu memberitahu Adi yang dia ke klinik. Mana boleh. Nanti dia tahu.’
Akhirnya dia mendiamkan diri.
“Duduk
rumah je abang. Tak keluar pergi mana-mana pun.” Jawab Hanna. “Tapi sekarang,
Hanna rasa cepat penat la.” Adu Hanna pula.
“Penat?
Alahai. Kasihan isteri abang.” Adi cuba memahami Hanna yang seharian mengurus
rumah.
“Tak
apa. Hanna gembira melakukannya. Lagi pun abang bukannya buat sepah rumah.
Masih terjaga kebersihan rumah ini.” Hanna tersenyum.
“Terima
kasih sayang. Abang kan dah janji nak bahagiakan sayang sehingga nyawa terakhir
abang.” Adi melafazkan kata-kata yang sering dia lafazkan kepada Hanna.
“Abang
ni suka cakap macam tu. Hanna tak suka la. Lagi pun abang ada di sisi Hanna pun
dah cukup rasa bahagia.” Hanna memeluk Adi.
Adi membalasnya. Rasa
pilu hatinya mendengar kata-kata si isteri.
“Abang akan kotakan
janji abang tu. Saat nyawa abang terakhir pun, Hanna akan rasa bahagia dengan
abang.” Bersungguh-sungguh Adi melafazkannya.
“Ish, tak mahu dengar
tu semua.”
“Kenapa pula?”
“Hanna rasa macam abang
nak mati je. Tak nak dengar apa-apa dah!” Hanna meleraikan pelukannya dan
menyambung memasak semula.
“Sayang dengar ni...”
Adi menarik tangan Hanna dan menutup api dapur gas. Dia menarik Hanna duduk di
kerusi makan. Dia melutut depan Hanna.
“Tak nak dengar.” Hanna
menarik muncung. Dalam fikirannya begitu bimbang jika Adi pergi meninggalkannya
selamanya.
“Tolonglah dengar abang
cakap ni...” separuh merayu suaminya.
Hanna merenung wajah
Adi. Wajah itu pucat tapi tetap pamerkan senyuman untuknya.
Hanna berdiri.
“Sayang...” panggil Adi
dengan tangannya yang masih utuh memegang tangan Hanna.
Hanna menolak kerusi
makan itu lalu duduk melutut depan Adi. Dia rasa bersalah sehingga suaminya
sendiri melutut padanya. Pantas dia leraikan pegangan Adi dan bersalam dengan
Adi.
“Maafkan Hanna abang,
Hanna minta ampun.”
“Kenapa ni sayang?”
“Tak sepatutnya Hanna
merajuk dengan abang. Kesalahan abang bukannya besar tapi Hanna yang
besar-besarkan hal itu.” Wajah Hanna masih mencium tangan Adi.
Adi memegang ke dua
belah bahu Hanna supaya isterinya bangun dan melihatnya.
“Sudahlah, abang tak
simpan dalam hati. Hanna...” panggil Adi dengan nada yang lembut.
Hanna tersenyum.
“Kalau nak tahu, dalam
hati abang cuma tersimpan perasaan cinta dan kasih untuk Hanna sahaja.” Dengan
nada yang romantik Adi berkata.
Hanna rasa lega
mendengarnya. Dia terus memeluk suaminya.
“Terima kasih abang.”
“Sama-sama. Wah,
wanginya!” puji Adi.
“Seorang isteri bukan
sahaja kena wangi tapi kena cantik apabila bersama suami. Lagi pun Hanna kan
tak kerja, jadi banyak masa terluang.” Jelas Hanna.