Home Novel Cinta Isteriku Romantik
Bab 15

Hanna berlari. Dia terus berlari mengejar cahaya yang semakin hilang. Apabila dia berjaya mendapatkan cahaya itu, dunianya putih. Bagaikan dia seorang sahaja di situ. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri. Tiada sesiapa.

Hanna terasa lama dia berdiri di situ. Makin lama, dia rasa makin resah. Air mata mula mengalir. Tiba-tiba dari jauh, dia nampak seseorang yang sedang berjalan ke arahnya dan memakai baju berwarna hitam.

“Hey!” panggil Hanna. Dia berlari mendapatkan orang itu. Semakin dekat dan dekat. Hati Hanna berdebar hebat.

“Apa?!” Dia amat mengenali lelaki ini. Mikail Islam! Lelaki itu tersenyum sinis. Hanna pula menjauhi Mikail.

Mikail mendekatinya. Tangan kirinya disambar kasar oleh lelaki itu.

“Lepaskan aku!” jerit Hanna. Dia rasa sangat takut. Dia berusaha menarik tangannya kembali tetapi tidak berjaya. Jadi, dia bertindak menumbuk wajah Mikail dengan tangan kanan.

Mikail ketawa.

Hanna terperangkap. Kini, kedua-dua tangannya dalam cengkaman Mikail.

“Kau nak buat apa dengan aku hah?” Hanna sudah tiada kesabaran. Dia meronta semahunya supaya dirinya dilepaskan.

Mikail tidak berkata-kata. Hanya mempamerkan senyuman sinis yang sentiasa menyakitkan hati.

Mikail mendekatkan wajahnya pada wajah Hanna. Makin lama, makin dekat...

“Ya ALLAH! Astagfirullahalazim!” Hanna tersedar dan mengucap. Dia meraup tangan ke muka. “Rupanya aku bermimpi!”

Hati Hanna masih berdebar hebat.

“Tapi mimpi tu...” kata-kata Hanna terhenti. “Ada maksudnya ke?” Otak Hana ligat berfikir. Cuba mencerakin maksud mimpinya tadi.

“Aku dah Mikail. Mikail nak cium aku? Lelaki itu memang gila. Dia mesti ada niat jahat dengan aku ni.” Perlahan-lahan Hanna pejamkan mata dengan rasa penuh keinsafan. Dia sempat berdoa agar dijauhi daripada pandangan kejahatan.

“Inilah akibat kalau tidur tak sembahyang isyak dulu. Patutlah mimpi pelik-pelik. Kalau mimpi M ke, seronok juga.” Hanna cuba menyedapkan rasa hatinya.

Dia teringat akan kata-kata Zyla waktu maghrib tadi yang menyatakan Mikail suka padanya. Biar betul. Hanna teringat kembali mimpinya pula.

“Gila!” marah Hanna. “Kalau lama-lama macam ni, aku pun dah boleh join mak kat hospital sakit jiwa tu. Tak perlu aku dan mak berpisah lagi.”

“Astagfirullahalazim!” Hanna mengucap lagi. “Apa yang aku mengarut ni? Patutnya aku minta yang baik-baik.” Hanna menginsafi dirinya lagi. Jam dinding dalam biliknya menunjukkan 10.30 malam. Dia segera menuju ke bilik air.

Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat Isyak.

“Alhamdulillah.” Ucap Hanna. Dia duduk di kerusi solek. Dia merenung rambutnya yang panjang. Lantas dia mencapai sikat. Perlahan-lahan dia menyikat rambut itu.

“Bilalah aku mahu bertudung?” matanya masih merenung rambutnya di dalam cermin.

“Bila-bila masa sahaja boleh.” Ada suara yang hadir.

“Tetapi aku masih tak bersedia.”

“Ini perkara baik. Bukannya terus boleh berubah. Jadi perlahan-lahan bila mahu bertudung. Mulakan dengan berselendang dulu.” Cadang suara itu.

“Yalah. Kalau kita mahu, boleh sahaja kan?” Hanna tersenyum.

“Tapi kau cantik begini.” Ada suara lain pula yang memuji.

“Aku cantik ke?” Hanna bertanya pada diri sendiri.

“Cantik sangat.” Jawab suara yang jahat itu.

“Lebih cantik jika kecantikan itu diredhai ALLAH.” Suara yang baik itu berkata pula.

Hanna mula berperang dengan perasaannya. Lantas dia tidur kembali tanpa menjenguk facebook MR.Gangster.

*****

Mikail membuka facebooknya. Kebiasaannya dia akan tahu apa yang Hanna rasa pada hari ini tetapi hari ini dia terasa pelik.

“Eh, malam ni dia tak update apa-apa status pula!” Mikail mula rasa tidak selesa. Memang sebelum ini, Hanna tidak pernah begini.

Tanpa Mikail sedari, dia sudah menanti Hanna sudah masuk dua jam.

“Mungkin dia tidur awal kot.” Teka Mikail. Dia melihat jam di dalam komputer ribanya. “Sudah pukul 12 tengah malam ni. Lebih baik aku juga tidur.”

Mikail putus asa lalu tidur dengan lenanya. Bermimpi berkahwin dengan Hanna.

*****

Awal pagi lagi Hanna sudah bangun dan menuju ke pejabat Mikail. Dia ada sesuatu yang perlu di selesaikan dengan Mikail.

“Encik Mikail Islam!” panggil Hanna yang menyerang pejabat Mikail.

“Kenapa cik Hanna? Ada apa-apa yang boleh saya bantu,” ramah Mikail. Dia benar-benar terkejut dengan kehadiran Hanna di pejabatnya.

“Sebelum tu, tak payah nak formal-formal dengan saya.”

“Bukankah Cik HAnna yang formal dengan saya?” soal Mikail.

Hanna terdiam seketika. ‘Ish!’

“Aku datang ke sini nak bagi amaran pada kau!” Hanna sudah mula berkasar.

‘Memang layak jadi Mrs.Gangster nanti. Insya-ALLAH, kita akan bersatu suatu hari nanti.’Doa Mikail dalam hati.

“Amaran apa pula?” Mikail masih tidak faham apa yang Hanna katakan.

“Kau!” jari telunjuk Hanna di tunjuk tepat pada wajah Mikail. “Jangan nak mengada-ngada suka pada aku!” keras suara Hanna. wajahnya tegang. Tiba-tiba fikirannya teringat mimpi semalam. Makin panas hatinya.

Mikail tersentap. ‘Mesti Zyla yang beritahu dia. Memang nak kena ni!’ Mikail juga geram tetapi sekadar dalam hati.

Mikail merenung Hanna dengan pandangan tajam.

Hanna perasan dengan pandangan itu. Hatinya mula resah.

“Ingat tu! Amaran terakhir!” Hanna terus berlalu tanpa menanti balasan dari Mikail.

Mikail tercengang. Cepatnya dia pergi. Desis hati Mikail.

“Aku baru nak balas kata-kata dia. Terlepas peluang la.” Mikail agak kecewa. Dia menyambung semula kerjanya
Previous: Bab 14
Next: Bab 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.