Hanna penatnya seharian bekerja. ‘Rindunya pada kau orang berdua.’ Hanna
melihat gambar sahabatnya Thilaga dan Sui Wei.
Selepas mandi, duduk di hadapan
komputer ribanya.
“Layan ni sebelum tidur pun bagus
juga.” Hanna tersenyum.
Hanna terus membuka laman web sosial,
Facebook.
‘Sekarang ni ramai suka buka
Facebook. Aku suka buka Facebook pun
sebab dia, M. Walaupun Facebook dia tidak aktif lagi dan hanya ada 10 rakan
dalamnya tetapi aku gembira. Setiap hari mesti ada je komen aku di ruang wall
dia. Walaupun aku tahu dia tak akan memberi respon tetapi aku tetap nak tulis.’
Hanya seorang yang rajin membalas
komennya, Khairul. Hanna tersenyum hari ini dia meluahkan perasaannya.
Hari ni aku berperasaan gedik macam kau
ada dengan aku. Pelik! - HannaMakaroni
Nama Facebook M ialah Mr.Gangster. ‘Gangster la yang buat aku jatuh cinta dengan
kau, M.’ Hanna tersengih seorang. Dia jadi gembira apabila teringat M.
Hari ini pun ada –KyoMacho
‘Mamat ni dah muncul. Suka hati
akulah nak tulis apa.’ Hanna sedikit geram.
Ada
apanya? – HannaMakaroni
‘Padan muka kau. Sibuk je.’ Hanna
tersenyum. Dia menanti jawapan daripada Khairul.
Kau gedik hari ni? –Cik Thilaga
‘Mak ai, kawan aku! Aku nak gila ni.
Gembira punya pasal. Dia ada rupanya.’ Makin lebar senyuman Hanna.
Thilaga, aku tak tahu kenapa gedik macam tu. Nasib baik
masih terkawal- HannaMakaroni
Rindu betul dengan kawan-kawan. Khairul
muncul dengan jawapan yang panjang.
Buat-buat tanya pula. Kau nak aku
berpantun ke? Kan aku dah bagitau kau yang FB buah hati kau ni aktif tapi dia
tak on dah. Dia tak guna FB – KyoMacho
Ada aku kisah – HannaMakaroni
‘Ambik kau!’ Geram Hanna. ‘Aku
memang nak mengamuk ni. Suka hati aku la. Lagi pun aku tahu dia berpura-pura.
Aku pernah nampak dia komen tetapi lepas tu dia delete. Aku yakin dia baca apa
yang aku tulis ni. Kan dah kantoi tu.’ Makin lebar senyuman Hanna.
Hanna malas mahu melayan Facebook
zaman sekolah ni. Dia segera buka lawan web sosial Facebook kerja pula.
“Nak tulis status apa ya?” Hanna
berfikir seketika.
Sedap tak makan sushi hari ni? Orang
belanja mesti sedap kan?-Penjual insurans
Hanna tersenyum.’ Memang sedap juga
sushi ni tapi aku masih tak suka nak makan. Ada orang komen la.’ Hanna segera
klik.
Ada orang tu kata tak makan sushi
tapi makan banyak je tadi– Maya Asli
‘Apa pula ni? Jangan la heboh-heboh
Maya. ‘Hanna sudah tidak sedap hati. Ada lagi orang yang komen. Hanna memang
bagi open facebooknya. Sesiapa pun boleh komen. Senang dia mahu buat promosi
tentang insuransnya kepada orang ramai.
Kata puasa... – Mikail Islam
Ketika itu Hanna sedang minum air
tetapi tersendak. Hatinya berdebar ketika
dia melihat nama itu. Mikail Islam.
“Patutlah aku rasa tak sedap hati.
Mamat ni ada rupanya. Apa aku nak balas? Dah terkantoi ni. Ini mesti Maya yang
bagitau dia yang ini facebook aku.” Hanna tidak tahu mahu balas apa tapi dia
cuba juga.
Memang puasa tapi bila sampai
pejabat ABC pula – penjual Insurans
Hhihihihihihi – Maya Asli
ABC? Kenapa gelak, Maya – Mikail
Islam
Abang Islam kelakar... – Maya Asli
Abang tak buat lawak ok – Mikail Islam
“Kenapa dua orang ni macam berkasih
sayang je?” Hanna sedikit keliru. Dia menaip sesuatu.
Korang berdua ni couple ke? –
Penjual Insurans
Wei Hanna, ni abang sepupu aku la –
Maya Asli
Hihihhi Hai Hanna – Mikail Islam
“Oh, tidak! Aku terkena. Boleh pula
mamat ni main hai hai pula.” Geram Hanna. Dia geram dengan Maya sebab gadis itu seperti tidak mengenali
Mikail Islam.
Hai hai bye bye – Penjual Insurans
‘Itu untuk balasan orang yang buat
aku geram.’ Hanna terus log out. Dia menutup komputer ribanya lalu menuju ke
katil. Dia menarik selimut dan tidur. Lagi bagus!
******
Mikail Islam termenung. ‘Kata puasa, dia tipu aku ya? Tak berubah langsung
minah ni. Tak kan dia tak tahu nama aku. Aku ni lelaki yang dia suka dulu. Tapi
dia macam tak kenal je. Dah banyak kali aku sebut nama tapi buat donno. Macam
tak ada perasaan.’
Mikail masih menanti balasan Hanna
dalam Facebok tetapi gadis itu hanya mendiamkan diri sahaja. ‘Dah tidur ke?’
Teka Mikail.
Akhirnya, Mikail juga tertidur.
Beberapa hari kemudian, Mikail
menghubungi Hanna.
Mikail menanti dengan sabar
panggilannya dijawab oleh Hanna.
“Ada pun, Assalamualaikum.” Mikail
mengukir senyuman.
“Waalaikumusalam. Kejap! Kejap!”
Hanna berkata.
‘Eh, kenapa dengan minah ni?’ Mikail
pula yang terasa pelik.
Bukk!
Satu bunyi kedengaran.
“Hanna, kau okey?” risau Mikail.
Gangsternya muncul. Dia tiada kesabaran lagi.
“Aduh! Maaf kita terjatuh katil masa
lipat selimut.” Kata Hanna.
“Lipat selimut?” Mikail mula keliru.
‘Minah ni lipat selimut sambil berdiri atas katil ke? Macam pelik je.’
Macam-macam Mikail bayangkan.
“Ya, encik? Nak beli insurans ke?”
soal Hanna
“Ya. Saya Mikail Islam.” Mikail
memperkenalkan diri.
Hampir terlepas telefon bimbit Hanna
apabila nama tersebut disebut. ‘Kenapa dia telefon aku di pagi ahad. Kan cuti.
Kalau nak beli insurans pun, hari isnin kan ada.’
“Cik Hanna.” Panggil Mikail. Dia cuba
mengawal suaranya. Sebenarnya dia sudah lama sukakan Hanna tapi sikap gedik dan
manja yang dikatakan oleh Khairul itu membuat dirinya segan untuk mengakui
perasaan itu.
Mikail dapat tahu mengenai Hanna
apabila adik sepupunya menyebut nama Hanna.
“Hanna!” tiba-tiba suara Mikail
tinggi.
“Kenapa dengan abang Islam ni?” Maya
sedikit terkejut.
“Ya, kawan kamu tu nama apa? Hanna
apa?”
“Hanna Hashim. Kenapa?”
“Oh! Dia jual insurans juga ke?”
soal Mikail lagi.
“Ya.”
“Abang nak beli insurans dengan dia.
Boleh tak?” pinta Mikail.
“Boleh je.” Kata Maya. ‘Dengan aku
tak nak beli ke?’
“Encik Mikail Islam.” Panggil Hanna.
Mikail tersedar. Dia sempat teringat
perbualannya dengan Maya mengenai Hanna.
“Ya! Kita jumpa hari ni. Waktu
tengah hari.” Kata Mikail.
‘Rasanya perasaan ini tidak dapat
ditahan. Aku nak jadi gedik juga ke?’ Soal Hanna sendiri dalam hati.
“Di mana?”
“Di...” belum sempat Mikail katakan
pantas Hanna yang menjawab.
“Di KFC Mayvelly ya?” ajak Hanna. ‘Setujulah
wahai pelangganku. Setuju please!!!!’ Hatinya meraung.
“Baiklah. Kat situ kita jumpa.”
“Alhamdulillah.” Ucap Hanna.
Talian di tamatkan.
Hanna melompat kegirangan. Makan percuma
lagi hari ini. Memang bertuah.
“Eh, lupa nak tanya pukul berapa?”
Hanna berfikir.
“Tadi dia kata tengah hari. Pukul 1
kot.” Teka Hanna. Dia kembali ceria. Pada masa yang sama, dia melihat jam
dinding.
“Baru pukul 8 pagi. Nak buat apa
pagi ni?” lagi sekali Hanna berfikir.
“Pergi pasar!” Pantas Hanna bersiap.
Suasana pasar pagi sangat
riuh-rendah. Sejak dulu lagi dia lebih gemar ke pasar berbanding pasaraya. Di pasar
menyediakan ayam dan ikan yang segar. Sayur pun lebih elok.
Selepas membeli, dia sempat singgah
di sebuah kedai buku yang ada menjual novel. Hanna tersenyum.
“Ada novel terbaru tak?” Hanna
berkata. Matanya meliar mencari novel. Kebiasaannya dia akan memilih novel
dengan melihat covernya terlebih dahulu.
“Yang mana cantik ya?”
“Asam pedas untuk dia. Menarik tajuk
ni? Cover pun cantik warna merah gitu.” Hanna mengambil novel yang ditulis oleh
Nureen Mirza. “Sinopsis pun okey. Beli!”
Hanna ke kaunter untuk membayarnya.
Selepas itu dia pulang dan
membacanya sementara menunggu waktu tengah hari.