Mikail tersenyum lebar. Apa yang dirancangnya diharap dapat berjalan dengan
lancar. Dia akan membuat kejutan untuk Hanna. Dia setia menanti di KFC.
Walaupun agak sibuk dengan manusia, Mikail sudah menyewa untuk satu ruang di
KFC itu.
“Maaf lambat encik Mikail. Jalan
sesak tadi.” Mohon Hanna. Padahal, dia sudah lama sampai di Mayvelly. ‘Pergi
cuci mata.’
“Saya dah order untuk awak.”
Kata-kata Mikail itu telah membuat Hanna rasa seperti tercekik tulang ikan.
‘Aku baru nak order, dia dah
orderkan. Ini yang tak syok. Tak syok makan dengan orang kaya. Nak ikut selera
dia je.’ Hanna membebel dalam hatinya.
“Terima kasih encik Mikail.” Ucap
Hanna. ‘Nampak sangat yang aku tak ikhlas. Tapi apabila tengok makanan atas
meja, semuanya aku makan. So, tak jadi masalah la.’
“Kita makan dulu.” Ajak Mikail.
“Jemput makan.” Kata Hanna dengan
begitu bersemangat.
Hanna dan Mikail makan tanpa
mempedulikan orang sekeliling. ‘Sebenarnya dia lambat sampai sebab dia ada lalu
depan kedai kek. Tak ada orang nak wish hari lahirnya hari ni. Kalau ada
Thilaga dan Sui Mei dia tak pernah miss wish pada aku.’
“Muram je.” Tegur Mikail.
“Tak ada apa-apa. Eh!” Hanna
terkejut. Ada sesuatu dalam bekas kentang putar yang dia sedang makan. Dia
korek lagi dan lagi guna sudu. Ada cincin!
Pantas Hanna lap dengan tisu yang
ada.
Tiba-tiba Mikail bangun dan melutut
di tepi kerusi yang Hanna duduk.
Hanna terkejut. ‘Awat MI melutut kat
aku ni? Nak lamar aku ke?’
“Mikail!” ada seseorang menegurnya.
Mikail tidak sempat untuk melamar
Hanna, dia sudah berpaling ke belakang.
“Zyla!” jelas sekali wajah Mikail
terkejut.
“Apa you buat ni?” Zyla bertanya.
‘Siapa pula perempuan yang tak cukup
kain ni? Rasanya ini kali pertama aku jumpa perempuan pakai macam ni. Kalau
cina atau India tu tak kisahlah. Ini melayu.’ Hanna tidak pedulikan mereka
berdua. Dia terus makan dengan penuh selera. Cincin tadi, dia sarungkan di jari
manisnya. Muat-muat sahaja.
Mikail menarik tangan Zyla jauh sedikit
dari Hanna. Dia sempat melihat air muka Hanna. ‘Macam tak ada perasaan cemburu
atau ingin tahu pun.’ Dia rasa kecewa.
“What are you doing here?” soal
Mikail.
“I’m just doing window shopping over
here.” Selamba sahaja Zyla berkata. “I’m the one who is supposed to ask you
that.” Sambung Zyla.
“I’m just dining with someone.”
Mikail cuba menyembunyikan sesuatu.
“Who?” soal Zyla. Dia memandang
wajah perempuan yang sedang leka makan itu. Biasa aje. Aku lagi cantik.
“Bila you balik dari Paris?” tanya
Mikail. ‘Sejak bila la minah ni balik. Aku baru nak rasa aman dia pergi Paris
selama 3 bulan.’
“Ala, I baru aje balik dua hari
lepas. Tiba-tiba I nampak you kat sini.”
“Okay. Sekarang I nak pergi makan dan you balik.”
Mikail sudah bergerak ke tempat Hanna sedang makan.
“I pun nak makan juga.” Kata Zyla
sambil merangkul kemas lengan Mikail. Melekat bagaikan tidak boleh dipisahkan.
“Ish, lepaslah!” Mikail marah. Dia
cuba meleraikan rangkulan Zyla.
“Sejak bila you jadi pemalu ni. Dulu
dengan I tak kisah pun.” Sengaja Zyla buat suara manja seperti itu depan Hanna.
Hanna mendongak untuk melihat mereka
berdua. Pandangannya kosong. Tiada apa-apa perasaan. Dia terus tunduk dan
sambung makan ayam KFC itu.
Mikail terasa hati. ‘Dalam facebook
bukan main lagi kata suka aku. Suka Mr.Gangster tapi sekarang? Pura-pura tak
kenal aku pula.’ Mikail tidak berpuas hati.
“Sayang...” manja sekali suara Zyla.
Kini mereka berdua duduk
bersebelahan. Mikail tidak pedulikan Zyla.
“Hanna.” Panggil Mikail.
“Yup!” sahut Hanna sambil memandang
muka Mikail.
“Rambut awak.” Kata Mikail dan pada
masa yang sama tangannya pantas menyentuh anak rambut itu dari terus masuk ke
dalam mulut Hanna.
Hanna terpana dengan tindakan
Mikail. Pantas mukanya digerakkan sedikit ke belakang. Mengelak dari disentuh
oleh Mikail.
Saat itu hati Hanna sangat berdebar.
Perasaan itu datang lagi mengganggu lubuk hatinya yang sunyi dan hanya ada
kenangan M sahaja.
“Rambut saya?” Hanna pantas
membetulkan sikit rambutnya agar lebih kemas.
Zyla yang melihat adegan itu rasanya
tidak sedap duduk.
“Kawan you ni kerja apa?” Zyla
menjeling tajam ke arah Hanna.
“Kawan I jual insurans. I jumpa dia
nak bincang pasal ni la.” Jelas Mikail.
“Oh!” Zyla mula faham. “I pun nak
beli insurans.” Kata Zyla.
“Hah! Bagus la! Ada dua orang sekali
gus.” Mata Hanna bersinar-sinar. ‘Ada dua orang sekali gus dah cukup bagus.
Untung la aku macam ni. Inilah di namakan rezeki.’ Makin lebar senyuman Hanna.
Mikail mengeluh. Menyibuk aje si
Zyla ni.
Selepas berbincang. Mereka berdua
bersetuju mahu membeli insurans dengan Hanna. Hanna pulang dengan hati yang
gembira. Tinggallah Mikail bersama dengan Zyla.
“I balik dulu.” Mikail tidak mahu
lama-lama dengan Zyla.
“Nanti dulu Mik! I...” Suara Zyla
begitu manja. Tangannya mula hinggap di lengan Mikail.
Mikail mengeluh. Minah ni kalau
bercakap tak sentuh aku memang tak sah.
“Mikail, I tahu you tak cintakan I,
tapi kita boleh jadi kawan kan?” Zyla meleraikan pegangannya lalu hulurkan
tangan untuk bersalam.
‘Biar betul si Zyla nak berkawan
dengan aku? Gedik yang menyakitkan hati ada je aku rasai.’
“Bolehlah Mikail.” Makin manja suara
Zyla. Jari telunjuknya bermain-main di bahu Mikail. Sengaja dia senyum
menggoda.
‘Ingat aku tergoda. Jangan mimpi la.’
Mikail memegang tangan Zyla yang nakal itu.
Zyla pula tersenyum.
“Okey! Jom datang rumah I.” Ajak
Mikail.
“Rumah you? Auntie ada tak?” was-was
Zyla bertanya.
“Ada.” Mikail mempamerkan
senyumannya.
“Tak apa la. I ada hal ni. Nantilah
I datang rumah you ye?” Zyla mengelak. Dalam diam, dia tidak suka pada mama
Mikail.
“Okey. Bye!” Mikail meninggalkan
Zyla bersendirian. Dia tahu yang Zyla sememangnya tidak menyukai mamanya.
Zyla menghentak-hentakkan kakinya
kerana geram. Dia tahu yang Mikail sengaja mahu kenakan dia.
“Tak apa Mikail. Hari ni hari kau.
Esok belum tentu lagi.” Kata Zyla. Dia mengeluarkan telefon Samsung Galaxy
miliknya lalu menghubungi seseorang.
“Hello Qyn Yong.” Zyla
tersenyum-senyum.