Mikail termenung lama. Rindunya pada Hanna begitu menggunung. Walaupun dia tidak lagi membuka Facebook Mr.Gangster
lagi, dia yakin akan banyak komen dari Hanna. Tanpa Mikail sedari, Hanna tidak
lagi menghantar komen pada facebook Mr.Gangster. Jika Mikail tahu, pasti
bertambah kecewa hatinya.
Hujan yang lebat direnungnya dari
jendela yang dibuka luas. Deruan angin yang kuat dan dentuman kilat tidak mampu
menarik minat Mikail untuk menutup jendela itu.
Walaupun kedinginan mula terasa,
Mikail masih setia merenung kampung yang menjadi tempat Sazulee berubat. Malam
semakin melabuhkan tirai. Esok mereka bertiga akan pulang. Tinggallah Sazulee
untuk berubat.
Akhirnya Mikail menutup jendela
biliknya. Hujan masih menderu dan tiada tanda-tanda mahu berhenti. Dia menuju
ke katil.
Sebelum Mikail berbaring, dia
menguap sambil menggeliat. Matanya sedikit berair. Dia pun terus berbaring.
Sudah dua bulan tidak bertemu dengan Hanna. Mesti dia sedang bahagia dengan
lelaki itu. Wajah Hanna cukup ceria di pandangan matanya. Tidak pernah lagi dia
melihat Hanna tersenyum manis seperti itu. Kali terakhir dia melihat Hanna
menangis semasa ayahnya berkahwin lain.
“Kalaulah Hanna tahu hal sebenar,
adakah dia akan bertambah kecewa dengan aku?” Mikail bertambah runsing. Dia
tiada kekuatan untuk memberitahu Hanna hal sebenar. Biarlah dia kecewa seperti ini.
Mikail masih ingat ketika Hanna
merayu pada lelaki yang menjadi pengantin pada hari itu. Merayu supaya jangan
diheret ibunya seperti binatang. Air mata Hanna mengalir tanpa henti.
‘Itu kali pertama aku melihat Hanna
menangis. Sungguh tersentuh hati lelaki aku ini. Yalah! Dia selalu gedik dengan
aku. wajahnya sentiasa ceria. Ah! Aku rindukan Hanna. Kenapa sekarang baru aku
rasa gila bayang sedangkan masa Hanna mengorat aku dulu, tak ada pula
berperasaan begini.’ Mikail rasa tidak menentu.
Selepas letih berfikiran, mata
Mikail menjadi semakin berat. Akhirnya dia terlena. Dia berharap, dia akan
mimpikan Hanna yang sedang tersenyum manis padanya.
*****
Arina pergi berjumpa denga Zyla. Dia tahu sepupu Mikail yang seorang ini
begitu meminati Mikail. Dia perlu beritahu hal sebenar.
“Mana kau tahu?”
“Aku tahulah, Zyla. Mama aku nak
jodohkan aku dengan Mikail. Kau kena ambil tindakan sebab aku tahu yang kau
sukakan Mikail.”
“Tak guna!” Zyla tidak dapat
bersabar dengan apa yang diberitahu oleh
Arina. “Kejap dengan Hanna, ini pula dengan kau, Arina.”
“Cepat-cepatlah kau kahwin dengan
Mikail tu. Mama aku asyik desak aku goda-goda Mikail. Aku tahu apa dah jadi
dengan Mikail sekarang. Lain macam je gayanya.” Adu Arina.
“Apa yang lainya?”
“Dia macam tak ada nafsu pada
perempuan je. Serius memanjang.”
“Yeke? Tak pernah pula tengok dia
macam tu.” Zyla mula berfikir.
“Tak kisah. Asalkan kau akan
selesaikan masalah aku ni.” Arina terus berlalu lepas beritahu apa yang hendak
disampaikan.
Zyla masih memikirkan Mikail. Dia sendiri
buntu. Apa yang perlu dia lakukan? Dia benar tidak tahu.
“Qynyong...” panggil Zyla
“Ya, Zyla. Kenapa?” Khairul
bertanya. Tanpa pengetahuan Mikail, Khairul sudah lama pulang ke Malaysia.
“Tolong saya ya?” pinta Zyla.
Khairul hanya mengangguk kepala.
*****
Beberapa minggu kemudian...
Zahrah pulang ke villa lewat
malam. Badanya benar-benar letih. Dia
rasa hairan juga. Selalu ada pengawal di pondok mengawal tetapi tidak
kelihatan.
“Lantaklah!”
Zahrah terus memanjat tangga untuk
ke biliknya. Tiba-tiba villa yang cerah dengan lampu kini gelap gelita. Zahrah
tersentap dan cuba bertenang.
“Mak cik Kiah! Mak cik Kiah kat
mana?!” Zahrah memanggil orang gajinya. Senyap!
“Kamal! Kama!” Zahrah memanggil pula
pengawal keselamatan. Tetap senyap dan tiada sahutan. Hatinya mula terusik
dengan perasaan takut. Sememangnya dia tidak suka gelap.
Jika Zahrah mahu tidur, dia akan
membiarkan lampu terpasang.
Dia terus memanggil nama mereka
sambil meraba-raba dalam beg tangan untuk mengambil telefon bimbitnya.
“Jumpa!” Zahrah keluarkan telefon
bimbitnya. Cahaya telefon itu suram.
Bertemankan cahaya dari telefon
bimbit, Zahrah bergerak ke pintu utama lalu membukanya. Dia ingin meminta
bantuan pengawal. Puas dipanggil tetapi tiada sahutan.
“Mesti Kamal tidur. Memang nak kena ni.”
Zahrah membebel seorang diri di dalam gelap.
Kreeekkk!
Kedengaran kuat bunyi pintu yang
dibuka. Kesunyian villa itu dirasai oleh Zahrah. Cukup menyeramkan. Matanya
meliar memandang sekeliling halaman rumahnya.
Hati Zahrah berdebar hebat apabila
ternampak sesuatu yang berwarna putih sedang melompat di depan keretanya.
Pantas Zahrah menutup kembali pintu
rumah itu. Dia bersandar di pintu. Jantungnya berdenyut laju. Matanya meliar
memandang sekeliling ruang tamu rumah. Manalah tahu ada sesiapa di dalam villa
ini tetapi ternyata hampa.
Perasaan takut mula bermaharaja di
dalam hati dan fikiran Zahrah.
Selama dia hidup, dia tidak pernah
berjumpa dengan makhluk-makhluk ghaib seperti hantu. Fikirannya bercelaru. Dia
sudah fikir bukan-bukan.
‘Mana Mikail, Syaa dan Iraa? Dia
orang kata pulang hari ini.’ desis hati Zahrah. Mikail ada kata yang dia akan
tinggal di tempat Sazulee berubat beberapa minggu dan pada masa yang sama Syaa
dan Iraa cuti semester.
“Kenapa aku tak call dia orang je?
Ish!” Zahrah marah pada dirinya sendiri. Perasaan yang bercelaru itu, Zahrah
cuba mencari nombor telefon Mikail tetapi tangannya menggigil.
“Mana ni?!” nada Zahrah mula tinggi.
Tiba-tiba ada sesuatu lembaga di
sofa yang sedang berdiri di ruang tamu. Zahrah nampak begitu jelas lembaga
putih itu. Telefon bimbitnya terus terlepas dari tangan. Dia terduduk dan
bersandar pada pintu.
Zahrah pejamkan mata seketika.
Apabila dia membuka kembali, lembaga itu sudah tiada di situ. Makin kuat hati
Zahrah berdebar. Peluh mula mengalir.
Lama juga Zahrah bersandar pada
pintu itu. Dengan kudrat yang ada. Dia berjalan perlahan-lahan menuju ke
tangga. Belum sempat dia naik ke tangga pertama. Ada satu tangan memegang bahu
kanannya pula. Zahrah terkaku. Wajahnya makin pucat.
Dia dalam dilema sama ada mahu
memandang belakang atau tidak. Tanpa dia sedari, tangan itu tiada lagi di
bahunya. Zahrah tidak jadi untuk berpaling. Dia
terus berlari masuk ke bilik. Dia cuba membuka pintu biliknya tetapi
tidak boleh.
“Siapa pula yang kunci bilik ni?”
Zahrah semakin cemas.
Tiba-tiba dia perasan yang ada
sesuatu yang berlompat-lompat di belakangnya. Zahrah terasa mahu pengsan saat itu tetapi dia tidak mahu kalah
dengan perasaannya. Dia pun terus berlari masuk ke bilik tamu yang sememangnya
berada bahagian hujung.
Sebaik sahaja pintu dibuka, Zahrah
terburu-buru menutup kembali pintu lalu menguncinya. Zahrah menarik nafas lega.
Apabila dia berpaling untuk berbaring atas katil, seseorang yang mukanya putih
sangat rapat dengan Zahrah.
“Arrgggghhhh!”Zahrah menjerit sekuat
hati lalu pengsan.