Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan
Isteriku Kakak Kawasan
AiDa
4/3/2020 06:32:38
9,326
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 36

Ting Tonggg

Ting Tonggg


Loceng rumah berbunyi.


Pembantu rumah mewah tu berlari anak menuju ke pintu utama.


Tombol pintu segera dipulas dan daun pintu dikuak dengan penuh tertib.


"Kenapa lambat?" Soalnya dengan mata yang terbeliak.


"Maaf. Saya ada dekat dapur tadi." Jawab pembantu rumah tu sambil menundukkan kepalanya.


Huh! Rengusnya sebelum melangkah masuk ke rumah kediaman ibu bapanya tu. "Mummy dengan daddy ada dekat mana?" Soalnya lagi.


"Mereka baru jer keluar." Jawab pembantu rumahnya tu.


Sampai sahaja di ruang tamu, dia segera melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tersedia ada di situ. "Aku nak jus epal. Kalau ada kek ke kuih ke, bawak sini sekali. Aku tengah lapar ni." Pintanya.


Pembantu rumahnya mengangguk dan segera beredar pergi.


Matanya meliar memandang sekeliling, mencari bayangan seseorang. Hmm... Mana dia ni? Dia juga yang suruh aku datang sini tadi tapi bayang dia pun aku tak nampak. Haish!


"Hah! Dah sampai pun adik aku yang tercantik ni..." puji Khai sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan adiknya tu.


"Tak payah nak puji aku sangatlah, bro. Apa hal kau panggil aku ni?" Soalnya sambil menyilangkan tangan.


"Amboi! Orang berkejaya memang macam ni ke? Kerek giler kau ni, dik." Kata Khai sambil tersenyum sinis.


"Cepatlah. Kau nak apa sebenarnya?" Soalnya lagi.


Khai mengelengkan kepala. Adiknya memang begitu. Gelojoh. Semua benda nak cepat. Huh! "Sekejap." Jari-jemarinya ligat bermain di skrin telefon. Setelah dia menjumpai sesuatu, barulah ditunjukkan kepada adiknya tu.


"Apa tu?" Soalnya dengan dahi berkerut seribu.


"Gambarlah." Jawab Khai, sepatah.


"Gambar siapa?" Soalnya, lagi.


"Tengoklah." Suruh Khai.


Telefon tersebut bertukar tangan.


"Adik aku nikan bisnes woman. Mesti kenal dengan semua ahli perniagaan, kan? So, kau kenal tak dengan mamat dalam gambar tu?" Tanya Khai, penuh minat.


Senyuman manis terukir dibibirnya. Raut wajah yang terpampang di skrin tu tak mungkin dilupakan dan raut wajah itu jugalah yang mampu membuatkan hatinya berdegup kencang sewaktu ketika dahulu. Makin handsome dia sekarang ni... Rindunya aku dekat dia ni, monolognya sekadar di dalam hati.


Dahi Khai berkerut melihat adiknya yang sudah tersenyum tu. "Kenal tak?" Tanyanya sekali lagi.


"Nama dia Imran bin Ahmad Ilias. Dia ahli perniagaan yang sangat berjaya. Alaa, kau ni... Takkan dah lupa kut. Dialah boyfriend aku dulu tu. Apalah..." jawabnya sambil tersenyum simpul.


Khai terkejut. "Hoi, Katy! Kau serius ke?" Tanyanya dengan raut wajah yang masih terkejut.


Katy mengangguk sambil tersenyum.


Khai turut tersenyum. "Kalau macam tu, senanglah kerja aku, kan?"


"Kerja apa?" Tanya Katy dengan dahi yang berkerut.


Khai tersenyum dengan penuh makna yang tersirat. Dia terus menceritakan segalanya kepada adiknya tu dan dia sangat memerlukan pertolongan adiknya tu. Mereka harus bekerjasama.


"Aku dapat apa nanti, bro?" Tanya Katy, penuh minat.


"Kau dapat Imran lah dan bini dia tu aku kasi..." jawab Khai sambil tangan kirinya berlegar di lehernya yang membawa maksud, 'pancung'.


Katy terkejut sebelum tersenyum penuh makna.


Pada awalnya, semua rancangan mereka berjalan dengan lancar. Katy berpuas hati dengan apa yang telah terjadi kepada pasangan suami isteri tu. Dia berjaya membuatkan mereka bergaduh kerana kehadirannya yang tiba-tiba dan ketika itu jugak, dia mencuba memikat hati Imran kembali.


Selepas itu, dia dikejutkan pulak dengan sikap isterinya Imran yang pada mulanya disangkakan sangat lemah lembut orangnya tetapi semua tu hanyalah lakonan semata-mata. Dia tak sangka yang isteri Imran tu seorang yang ganas sebenarnya. Huh! Tak guna kau perempuan... Kau ingat kau pukul aku, kau ugut aku, aku akan mengalah macam tu aja. Kau silap. Aku akan pastikan kau menyesal dan merana seumur hidup, tekadnya di dalam hati.


Telefonnya dikeluarkan daripada handbag lalu segera mendail nombor telefon abangnya tu. Panggilan bersambung...


"Hello!" Sapa Khai di hujung talian.


"Hello! Bro, kau ada dekat mana sekarang?" Tanyanya tanpa basa-basi.


"Aku ada dekat rumah. Kenapa?" Tanya Khai, ingin tahu.


"Sekejap lagi aku sampai..." jawab Katy.


Berkerut dahi Khai dibuatnya.


Api kemarahan kelihatan jelas di mata Katy sekarang ni.


15 minit kemudian...


"Aku dah cakap yang bini dia tu ganas, kau tak caya. Kan dah mendapat..." kata Khai sambil memandang adiknya tu.


Katy merengus kasar. "Pandai perempuan tu berlakon. Depan Imran kemain lembut tapi belakang Imran, huh! Tak guna betullah..."


"Kau jumpa aku ni semata-mata nak mengadu ke apa? Aku tak ada masa untuk tu semualah, dik." Omel Khai.


"Aku nak kau culik anak bongsu perempuan tu..." saran Katy, bersahaja.


Khai terkejut.


"Kau nak Yana merana, kan? Aku pun sama. So, kita plan daripada sekarang. Culik anak dia yang bongsu tu. Baru dia tahu rasa. Huh!" Sarannya dengan penuh bersungguh-sungguh.


Khai memandang adiknya tu. Dari jauh dia sudah nampak api kemarahan yang terpancar di dalam mata adiknya tu.


Katy yang merancang segala-galanya manakala Khai menurut sahaja. Hanya satu yang mereka inginkan iaitu melihat Yana merana dengan kehilangan anak bongsunya tu. Senyuman sinis terukir dibibir mereka.


Apa yang dirancangkan, akhirnya berjaya jugak. Kini, anak bongsunya Yana sudah pun berada di tangan mereka.


"Aku salut dengan kaulah, dik." Kata Tiger atau nama panggilannya, Khai. Tangan kanannya di angkat lalu diletakkan di dahi seperti prajurit memberi hormat kepada pihak atasan.


"Aku tak kesah kena belasah, bro. Asalkan hati aku puas tengok dia merana. So, mana budak tu? Aku nak jumpa anak kesayangan Yana tu."


Tiger menunjukkan di mana anak Yana berada.


Tak berlengah lagi, Katy segera beredar pergi ke arah yang ditunjukkan.


Yana dan budak-budaknya sudah pun berkumpul. Dia sudah bertekad untuk berdepan dengan Tiger and the geng. Dia tak sanggup nak biarkan anaknya berada terlalu lama di samping mereka yang tak berguna tu. Huh! "Akak nak kau orang bersiap sedia untuk bertempur malam ni..." pesannya sambil memandang budak-budaknya satu persatu.


"Maksud akak?" Tanya Rita dengan dahi yang berkerut.


"Akak dah tahu dekat mana Tiger bawak anak akak. Jadi, malam ni kita akan berdepan dengan Tiger and the geng. Kau orang OKAY kan?" Tanyanya.


Budak-budaknya mengangguk secara serentak.


"Kami sedia membantu, kak." Jawab Lisa bagi pihak kawan-kawannya.


Yana terharu. "Thank you..." ucapnya dengan penuh ikhlas.


Budak-budaknya tersenyum senang.


"Sambil tunggu si Rozy sampai, kau orang berlatihlah dulu." Arah Yana pulak. Rozy? Iya. Rozy akan turut membantunya. Tak macam Achong tu... Dasar tali barut tak berguna. Huh!


Budak-budaknya tu akur dengan arahannya. Mereka segera berlatih. Tiba-tiba...


"Lisa..." panggil Yana.


Lisa yang baru nak berlatih tu, pantas menoleh.


"Tolong akak sekejap." Pintanya sambil bergerak ke arah satu sudut yang menyimpan segala peralatan seperti kayu baseball, kayu hoki, pisau dan lain-lain lagi.


Berkerut dahi Lisa apabila melihat bosnya yang sedang memilih pelbagai jenis senjata tu. "Kak..." panggilnya.


"Jangan banyak tanya. Ambil ni, cepat!" Katanya sambil menghulurkan beberapa senjata kepada budaknya tu.


Lisa akur lalu segera menyambut huluran tersebut. "Nak buat apa ni kak?" Tanyanya jugak.


"Persiapan untuk malam ni. Tiger takkan lawan dengan tangan kosong. Jadi, lebih baik kita..."


"Sediakan payung sebelum hujan?" Sambung Lisa.


"Lebih kurang macam tu lah..." kata Yana sebelum mengeluh lemah. Hatinya bimbang akan keselamatan budak-budaknya tu. Hmm... Setahunya, Tiger ni ada senjata api. Takut pulak budak-budaknya cedera akibat terkena peluru. Cedera kecil tak apa tapi kalau peluru terkena jantung? Rasa? Ya Allah ya Tuhanku, engkau permudahkanlah segala urusan kami ni dan engkau jauhkanlah kami daripada marabahaya. Aamiin, doa hati kecilnya ni.


"Jangan risau kak. Kita orang akan buat yang terbaik dan anak akak akan selamat. Tiger and the geng akan terima padah malam ni jugak. Huh!" Lisa menepuk bahu bosnya tu. Dia tahu bosnya tu tengah susah hati.


Yana menoleh ke arah Lisa dengan renungan penuh sayu. Nafas berat dilepaskan. Hatinya tetap merisaukan keselamatan budak-budaknya tu. Harap Tiger and the geng tak main taktik kotor. Berhadapan dengan mereka yang memiliki senjata api ni sangat tinggi risikonya. Itu yang merisaukan... Ya Allah!


Ehem-ehem!

Rozy berdehem.


Budak-budak Yana yang tengah berlatih terus menoleh ke arah empunya suara.


"Mana bos kau orang?" Tanyanya tanpa sebarang riak.


"Aku kat sini." Jawab Yana separuh menjerit. Dia terus menyuruh Lisa pergi dari situ kerana dia ada benda nak bincangkan dengan si Rozy.


Rozy melihat Yana berada di satu sudut yang sedikit jauh daripada budak-budaknya tu.


Yana mengamitkan tangannya, memanggil Rozy supaya mendekatinya.


"Kau orang stay jer dekat sini. Jangan pergi mana-mana. Faham?" Rozy memberikan arahan kepada budak-budaknya.


Adib, Bad, Fad, Ram, Zack, Joe dan Jie menganggukkan kepala secara serentak.


Rozy bergerak menuju ke arah Yana manakala budak-budaknya masih setia di tempat mereka berdiri. Takut sangat dengan bos mereka tu... Ileks haa! Santai-santai sudah ler, kan.


Budak-budak Yana kembali berlatih tanpa menghiraukan mereka.


"Wei..." panggil Sherry sambil memandang ke arah budak-budak Rozy tu.


Yang lain turut menoleh. Sebenarnya, mereka rasa janggallah pulak. Berlatih depan budak-budak lain kut. Itu yang rasa janggal dan pelik tu. Haish!


Budak-budak Rozy serentak menoleh ke arah Sherry.


Gulp!

Sherry meneguk airliur.


"Errr... Tak penat ke berdiri dekat situ? Kalau penat, pergilah duduk dekat sana tu. Buat macam rumah  sendiri, okay? Jangan malu-malu." Kata Sherry separuh gugup.


Budak-budak Rozy saling berpandangan.


Lisa berdecit sebelum menghampiri mereka. "Hey!" Tegurnya sambil memeluk bahu Bad.


Bad terkejut.


"Kita pernah bergaduh dulu tapi tu semua dah lepaskan. Jadi, chill lah weiii... Sekarang ni, team kita dah bergabung. Kau dengan aku dah jadi satu geng der... Jomlah berlatih bersama. Tak pun, jom melepak bersama. Amacam?" Saran Lisa dengan penuh excited.


Bad berfikir sejernak sebelum menoleh ke arah kawan-kawannya sekali lagi. "Okay!" Jawabnya, sepatah. Senyuman terukir di bibir mereka semua.


"Yeah!" Lisa mengajak mereka berlatih bersama dan setelah penat berlatih, mereka tersandar kepenatan.


Sepanjang perjalanan, dia berdoa agar si isteri masih berada di situ. Hatinya takkan tenang selagi tak berdepan dengan si isteri. Haish! Dia berharap sangat agar si isteri tidak bertindak melulu. Nak berhadapan dengan penculik anaknya tu sangat berisiko tinggi. Penculik ni akan buat apa sahaja asalkan berjaya melepaskan diri. Huh! Itu yang merisaukannya. Dia tak nak terjadi apa-apa dekat isterinya tu. Ya Allah... "Tunggu abang, sayang." Imran bermonolog sendirian. Raut wajahnya kelihatan risau sekali. Hmm, hati suami mana yang tak risau, kan?


Dia memasuki simpang kiri dan dia semakin menghampiri tempat si isteri. Dia berdoa di dalam hati.


Akhirnya, dia sampai juga ke tempat si isteri. Dia menghembuskan nafas lega apabila melihat bayangan budak-budak isterinya tu.


Kereta terus diparkingkan dan tak berlengah lagi, dia segera keluar dari perut keretanya tu. Kemudian, langkah diaturkan dengan penuh berhati-hati. Bangunan usang itu didekati dengan perasaan yang penuh kerisauan. Semoga isterinya masih berada di situ. Aamiin..., doanya sekadar di dalam hati.


"Sayang..." panggil Imran sambil matanya meliar memandang sekeliling, mencari si isteri tercinta.


Budak-budak Yana dan budak-budak Rozy pantas menoleh ke arah empunya suara.


"Sayanggg..." jerit Imran lagi, tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang. Masih tiada sahutan, maka dia terus dengan misi pencariannya tu. "Sayanggg..." jeritnya sekali lagi.


Budak-budak Yana dan Rozy terkebil-kebil melihatnya. Mereka duduk diam membisu gara-gara terkejut dengan kehadiran Imran di situ.


"Sayanggg..." jerit Imran sekuat hati.


Yana yang sedang berbincang dengan Rozy segera menjengahkan kepalanya di sebalik tembok yang memisahkannya daripada budak-budaknya tu. Matanya terbeliak apabila melihat kelibat encik suaminya di situ. "Sekejap beb." Pintanya kepada Rozy sebelum berlari anak menuju ke arah encik suami yang kelihatan agak cemas tu.


"Sayanggg..." panggil Imran tanpa jemu.


"Iya!" Sahut Yana dari belakang.


Pantas Imran menoleh. Hatinya merasa lega apabila melihat si isteri. Tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang, dia terus menerjah si isteri tercinta. Tubuh kecil milik si isteri segera dirangkul penuh erat. Tak cukup dengan itu, dahi si isteri pulak yang menjadi sasarannya. Dikucup bagai tak mahu.


Yana terkedu manakala budak-budaknya sudah tersenyum simpul. Begitu juga dengan Rozy dan budak-budaknya.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh AiDa