Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 17

"Kita tengok wayang dululah, ya." Saran Imran sambil memandang isterinya itu.


Seperti yang dijanjikan, mereka kini sudah pun berada di sebuah mall.


Yana sekadar mengangguk sahaja.


"Yeah! Adik cuka tengok wayang..." jerit Sofea, riang.


Suhaila dan Haikal turut bergembira. Tak sabar pulak rasanya nak tengok wayang.


Setelah sampai di bahagian cinema, Imran segera beratur di kaunter untuk membeli tiket. Mereka akan menonton cerita pilihan Sofea. Hmm... Cerita apa lagi kalau bukan cerita kartun. Aduhai! Layan kan aja lah...


Sambil menunggu encik suami membeli tiket, Yana sempat membeli popcorn dan lain-lain.


"Akak, jaga adik sekejap. Mama nak pergi toilet ni." Pinta Yana.


Suhaila hanya menurut. Pergelangan tangan adiknya dipegang rapi. Takkan sesekali dilepaskannya. Takut adiknya hilang pulak nanti.


Yana sudah menonong ke toilet.


Sampai sahaja di toilet, handphonenya berbunyi nyaring. Ish! Siapalah yang call ni? Handbagnya segera diletakkan di atas sinki. Handphonenya di ambil. 'Unknown number...?' Nak tak nak, butang hijau tetap ditekan lalu dilekapkan di cuping telinganya tu.


"Hello!" Sapanya.


"Yanaaaaa..." jerit si pemanggil dengan riangnya.


Yana kaget. Siapa pulak ni? "Siapa ek?"


"Yana oiii... Kau tak cam suara aku ke? Sampai hati kau kan." Rajuk si pemanggil.


Berkerut dahi Yana dibuatnya.


"Siapa?" Tanyanya, sekali lagi. Malas betul dia nak berteka-teki ni.


Huh! Rengus si pemanggil di hujung talian sana.


"Aku Julialah. Anak Pak Rashid. Kawan rapat kau time sekolah dulu. Ingat tak?" Beritahunya dengan beria-ria.


Julia? Otak Yana ligat memutar, mencuba mengingati sepotong nama itu. Terimbau kenangan lama. "Jueeeee...." jeritnya, riang.


Julia tergelak kecil di hujung talian.


"Akhirnya, kau ingat juga kat aku kan." Katanya sambil tergelak kecil.


"Hoi! Kau pergi mana? Tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan." Omel Yana.


"Aku masih ada kat Malaysia lagilah oii..." jawab Julia diiringi gelak tawanya.


"Hampeh!" Rengus Yana. "Wei, seriuslah. Aku call kau banyak kali, der. Tapi, tak dapat-dapat. Apa hal?"


Julia tersengih di hujung talian. Dia menceritakan kejadian yang pernah berlaku kepadanya sewaktu ketika dahulu. Memanglah Yana call tak dapat-dapat sebab dulu dia kena ragut dengan mat motor. Telefon bimbit, dompet dan lain-lain semua ada dalam handbag tu. Semua hilang di bawak larik oleh mat motor tu. Huh! Tak guna betullah...


"Kesian kau, beb. Tak pasal-pasal kena ragut." Yana bersimpati dengan nasib kawannya itu.


Julia tergelak kecil.


"Benda dah lama, beb..." jawabnya, meleret.


Sambil berborak, Yana sempat menilik wajahnya di cermin. 'Cantiknya...' pujinya sendiri, sekadar di dalam hati sahaja. Dalam dia leka menilik diri, tiba-tiba muncul seorang perempuan yang berperwatakkan lelaki a.k.a tomboy. Yana memandang perempuan itu sekali imbas melalui cermin. Rambut dah ler pendek, berwarna putih. Cacak-cacak pulak tu. Dah macam Naruto dah si Yana nengoknya. Baju dia tu dah macam mat rockers. Terkoyak sana, terkoyak sini. Serba hitam lagi. Aduhai! Dah macam budak black metal lah pulak...


Yana buat-buat pandang tempat lain apabila perasan yang perempuan tu memandang ke arahnya melalui cermin itu juga.


Julia sakan bercerita itu dan ini, macamlah esok mereka tak jumpa kan.


Yana menoleh sekali imbas ke arah cermin tetapi perempuan tu tak ada lah pulak. Takkan dah keluar kut. Mustahillah... Apabila dia mendengarkan bunyi air, kepalanya terus laju menoleh ke sebelah kiri. Kaget. Sejak bila pulak perempuan ni ada kat sebelah aku? Haish! Yana buat macam tak ada apa-apa jer sedangkan hatinya sudah dilanda gundah-gulana. Ada something fishy di sini...


"Aku teringat zaman kita sekolah dulu der. Kelakar giler... Hahaha..." ujar Julia sambil tergelak kecil.


Yana turut tergelak sama. Kenangan lama kembali terimbau di ruangan ingatannya tu. Memang kelakar betullah...


Perempuan tomboy yang masih berada di sebelah Yana itu mulai mengambil kesempatan. Ketika Yana sedang leka bergayut, dia mulai menjalankan kerjanya. Apa lagi, terus laju tangannya hendak mencapai handbag berjenama milik Yana tu tetapi tindakkan Yana dengan menarik handbagnya itu lebih pantas daripada perempuan tomboy tersebut.


Mata perempuan tomboy tu terbeliak. Raut wajahnya kelihatan bengis sekali.


Yana tersenyum sinis.


"Bagi handbag kau tu. Cepat!" Pintanya dengan nada keras.


Yana buat pekak badak. "Beb, nanti aku call kau balik. Aku nak orkk orkk ni." Ujarnya sambil tergelak kecil.


"Ceh! Hampeh. Okaylah. Bye." Talian segera dimatikan.


Telefon bimbitnya segera dimasukkan ke dalam handbag tanpa menghiraukan perempuan tomboy tu yang sedang merenung tajam ke arahnya.


"Cepatlah..." desak perempuan tomboy tu.


Berkerut dahi Yana melihatnya.


"Yang kau pandang aku ni dah kenapa? Aku nak handbag tu sekarang jugak. Cepatlah." Jerkahnya.


Yana buat endah tak endah sahaja. Dia malas nak layan orang macam ni. Buat penat jer. Akhirnya, dia buat keputusan untuk beredar pergi kerana encik suami dan anak-anaknya sedang menunggunya di luar sana. Tanpa menghiraukan perempuan tomboy tu, dia segera mengepit handbagnya di celah ketiak lalu terus beredar pergi tetapi pergerakkannya terhenti apabila perempuan tomboy tu pantas menarik handbagnya dari arah belakang.


Yana mengeluh lemah. Dengan malasnya, dia berpusing ke belakang menghadap perempuan tomboy tu. "Lepaslah." Pintanya sambil cuba menarik handbagnya.


Perempuan tomboy itu tersenyum sinis. Tangannya masih utuh memegang tali handbag milik perempuan di hadapannya ni.


"Lepaslah." Yana meminta perempuan tomboy itu agar melepaskan handbagnya. Lagipun dia malas lah nak buat kecoh dekat sini. Haish! Kenapalah toilet ni sunyi jer..? Kalau ada orang lain, kan senang. Tak perlu aku nak berhadapan dengan minah tomboy ni. Grrr...


"Kalau aku tak nak lepas, kau nak buat apa?" Tanya perempuan tomboy tu sambil tersenyum sinis.


"Aku akan buat kau menyesal." Jawab Yana, bersahaja.


Perempuan tomboy tu tergelak besar mendengarnya.


Yana menjeling sekilas ke arah jam tangannya. Bosan betullah...


"Bagi aku handbag ni kalau kau tak nak sakit." Ugut perempuan tomboy tu sesudah habis tawanya.


"Kalau kau nak sangat handbag ni, kau belilah sendiri. Dahlah. Aku nak chow dulu. Laki dengan anak-anak aku dah tunggu lah. Huh!" Yana segera merentap handbagnya dengan kasar sehingga terlepas dan terus ingin beredar dari situ tapi...


"Tak semudah itu kau boleh pergi." Kata perempuan tomboy itu sambil menghalang laluan Yana.


Yana bengang. "Aku tak ada masa nak layan kaulah, bodoh." Jerkah Yana, sambil menolak kasar tubuh kecik perempuan tomboy tu.


Perempuan tomboy tu terkejut tapi dia cepat bertindak dengan menghalang Yana daripada keluar. Pisau lipat yang sentiasa di bawa segera dikeluarkan dan diacukan tepat di hadapan muka Yana. "Baik kau bagi handbag tu sebelum aku toreh muka kau yang cantik ni dengan pisau aku ni." Ugutnya, lagi.


"Aku cantik ke? Wah! Terima kasih." Ucap Yana separuh teruja. Tak ada langsung perasaan takutnya tu.


Perempuan tomboy tu merengus kasar. "Kau ni memang nak matilah." Jerkahnya lalu menghayunkan pisau lipat tu ke arah muka mangsanya tu.


Pantas Yana menggelak dengan berundur ke belakang setapak.


Perempuan tomboy itu sudah mulai bengang dengan Yana. Pisau lipatnya dihayunkan sekali lagi.


Yana hanya menunggu di tempatnya.


Apabila pisau itu sudah berada betul di hadapan mukanya, Yana pantas menggelak ke kiri dan pisau itu tersasar daripada sasarannya. Kemudian, Yana cepat menangkap pergelangan tangan perempuan tersebut lalu dia segera berpusing satu kali dan terus menghayunkan sikunya tepat di bahagian perut perempuan tomboy tu.


Ergh!

Perempuan tomboy tu sudah mengerang sambil memegang perutnya yang sakit.


Tak cukup dengan tu, Yana terus memulas tangan perempuan tomboy tu ke belakang.


Perempuan tomboy tu meronta minta dilepaskan. Sambil meronta, dia cuba menghayunkan tangan kirinya pulak tapi Yana lagi tangkas pergerakkannya. Pisau yang sekian lama dipegang sudah pun berjaya dirampas oleh Yana.


Perempuan tomboy tu cuba menyerang lagi tapi langkahnya terhenti apabila Yana mengacukan pisau lipat tu tepat ke mukanya.


"Hey, perempuan. Kau tu bukan lawan akulah, bodoh." Sergah Yana, kasar.


Perempuan tomboy tu merengus kecil.


"Pisau ni kalau kena kat perut kau, memang ke hospitallah jawabnya tapi kalau pisau ni tepat kena jantung kau, kau rasa kau masih bernyawa lagi ke tak?" Tanya Yana sambil tersenyum sinis.


Perempuan tomboy tu hanya mampu memandang tanpa sebarang suara. Kalau dia melawan, tak mustahil pisau itu akan melayang ke tubuh badannya ni.


"Takat pisau lipat kau ni, aku tak takutlah oiii..." ujar Yana sambil mencampakkan pisau tersebut ke dalam tong sampah yang tersedia ada. Dengan senyuman sinis, dia terus ingin beredar pergi. Kesian encik suami dengan anak-anak aku tu. Tak pasal-pasal kena tunggu lama kan.


Perempuan tomboy tu masih tidak berpuas hati. Dia terus berlari anak mendekati Yana dari arah belakang lalu ingin menyerang Yana dengan cuba menghayunkan penumbuknya tetapi malang baginya apabila Yana pantas berpusing ke belakang sambil menghadiahkan satu tendangan padu tepat ke arah perutnya.


"Arghhh!" Jeritnya sambil menekan perutnya yang sakit.


Tak cukup dengan itu, Yana cuba melayangkan tumbukkan padunya pulak.


"Jangannn..." jerit perempuan tomboy tu sambil menghalang mukanya daripada terkena tumbukkan tu.


Pergerakkan Yana terhenti dengan serta-merta. Dua ulas bibirnya sudah terukir senyuman sinis. "Tahu pun takut. Ingatkan berani sangat. Nak kena ni tak?" Soalnya sambil menayangkan penumbuknya tu.


Perempuan tomboy tu mengeleng dengan lajunya.


Yana ketawa, puas.


Dirinya segera dirapikan dan setelah dia yakin dengan penampilannya, barulah dia melangkah pergi dengan meninggalkan perempuan tomboy tu sendirian di situ. Huh! Lain kali jangan nak main-main dengan aku. Kan tak pasal-pasal dah kena... Haish! Apalah nasib aku ni? Siang, malam ada jer yang datang mengacau. Tak bolehlah aku nak bersenang-lenang sikit kan. Hmm...


"Mana mama ni?" Rungut Sofea.


"Sabarlah sayang. Mama kan pergi toilet. Sekejap lagi mama sampailah." Pujuk Imran, sambil mengusap rambut anak bongsunya tu.


"Lamanya mama pergi..."


"Sorry. Mama lambat." Yana berlari anak mendekati encik suami dan anak-anaknya tu.


"Yeahhh! Mama dah campai. Jomlah ma, pa. Kita macuk. Adik dah tak cabar lagi ni." Ajak Sofea sambil menarik tangan mama dan papanya.


Imran dan Yana hanya menurut. Begitu juga dengan Suhaila dan Haikal. Mereka bergerak seiringan menuju ke room teater.


Hilang terus rasa bengangnya tu. Inilah kebahagiaanya dunia dan akhirat. Kalau mereka tak ada, hidupnya bagaikan tidak lengkap. Merekalah nyawa baginya. Kalau nyawanya sudah tiada, maka dirinya akan menjadi seperti patung yang tidak bernyawa...


Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.