Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 43

Telefon bimbitnya berdering, menandakan ada panggilan masuk. Yana mengeluh lemah sebelum jari jemarinya meraba-raba di atas meja lampu tidur yang terletak di sisi katilnya tu. Nama 'Ai Lin' tertera di skrin. "Hello!" Sapanya setelah telefon bimbitnya tu dilekapkan di cuping telinga.


"Kak, Katy sudah mati!" Beritahu Ai Lin tanpa basa-basi.


"Apa???" Terjerit kecil Yana dibuatnya.


"Sayanggg..." Imran menegur.


Ops!

Punggung anak bongsunya yang sedang lena kembali ditepuk dengan perlahan.


Ai Lin terus menceritakan apa yang telah terjadi sebentar tadi. Tiada satu cerita pun yang tertinggal. Ketika ini, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.


"Kenal tak dia orang tu?" Tanya Yana, ingin tahu.


"Tak." Jawab Ai Lin, sepatah.


Dahi Yana berkerut seribu sebelum merengus kasar.


Imran menoleh ke arah si isteri. Hmm... Ada yang tak kena ke ni??? Desis hati kecilnya.


"Akak rasa mereka tu musuh Tiger. Tak dapat abang, adik jadi mangsa. Nasiblah kan..." Yana malas nak berfikir lagi. Otaknya dah penat seharian ni.


"Macam mana sekarang ni kak?" Soal Ai Lin.


"Don't worry. Bukan kamu yang bunuh Katy tu kan. Jadi, chill lah..." kata Yana bersahaja.


Imran yang mendengar sudah terbeliak biji matanya. Katy? Apa kena mengena Katy dengan kes isterinya ni?


"Tutup kes. Jangan sesekali buka mulut pasal dia lagi. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Faham?" Tegas Yana.


Ai Lin mengangguk, tanda mengerti.


"Apa-apa hal, roger jer akak. Okay, bye!" Terus talian dimatikan. Kemudian, telefon bimbitnya kembali diletakkan ditempat asal. Keluhan kecil dilepaskan sebelum meraup muka dengan kedua belah telapak tangannya tu.


"Sayang..." panggil Imran.


Pantas Yana menoleh. "Ya, saya." Sahutnya.


"Siapa Katy yang sayang maksudkan tu?" Soal Imran, ingin tahu.


Yana hanya sekadar memandang encik suami. Soalan yang ditujukan kepadanya itu hanya dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan.


"Sayang, abang tanya ni kan?" Imran sengaja mengecilkan matanya.


Yana mengeluh sekali lagi sebelum membalas renungan encik suaminya tu.


"Siapa Katy tu?" Ulang Imran.


"Kekasih gelap abang tu lah." Jawab Yana, bersahaja.


"What???" Jerit Imran, gara-gara terkejut.


Sofea merenggek halus kerana terkejut dengan suara papanya ni.


"Ish! Abang ni..." omel Yana sambil menepuk punggung si   kecik yang sedang terganggu lenanya tu.


Imran masih terkejut.


Yana merengus kasar apabila melihat reaction encik suaminya tu. Tiba-tiba hatinya dilanda api cemburu. Hmm... "Abang dah kenapa? Risau dekat kekasih gelap abang tu ke? Dia dah mati pun bang. Kalau abang rasa nak tengok dia buat kali terakhir, pergilah. Yana takkan larang abang pun." Ujar Yana sambil mencium ubun-ubun si anak yang dirindui setengah mati tu.


Berkerut dahi Imran dibuatnya. Matanya masih setia memandang si isteri manakala otaknya ligat berfikir. Katy? Penculikan anaknya? Ada kena mengena ke?


Yana perasan akan pandangan encik suaminya tu tapi dia sengaja buat tak nampak. Ish!


"Sayang, explain dekat abang cepat. Apa kena mengena Katy dengan semua ni?" Akhirnya, Imran bersuara jugak setelah berapa minit berdiam diri.


"Abang tak payah tahulah. Nanti abang jugak yang sakit hatinya." Jawab Yana dengan penuh sarkastik.


Imran dah pandang si isteri semacam jer. "Sayang!" panggilnya, tegas.


Yana merengus. "Okay, fine! Kekasih abang tu..."


"Abang tak ada kekasih dan abang cuma ada isteri aja." Sampuk Imran.


Yana menjerling encik suami. "Nak dengar ke tak nak ni?"


Imran menyengih apabila perasan akan jerlingan si isteri tu.


Yana segera menceritakan segala-galanya manakala Imran nampak terkejut sekali lagi. Dia betul tak sangka yang Katy dan Tiger ada kena mengena di antara satu sama lain. Bermakna perculikkan anaknya tu telah dirancang oleh mereka. Tak guna punya manusia. Kalau tak puas hati, jumpa depan-depanlah. Tak payahlah culik budak kecik. Huh! Omel Imran, sekadar di dalam hati sahaja.


"Siapa bunuh Katy?" Soal Imran, lagi.


Yana menjerling encik suami buat sekian kalinya. "Kenapa nak tahu? Abang nak cari pembunuh tu ke? Tak payah nak ngada-ngada ya. Nanti timbul masalah lain pulak."


"Kalau abang nak jugak carik si pembunuh tu, sayang nak kata apa?" Imran sengaja ingin menguji si isteri.


"Cariklah. Kalau apa-apa terjadi, Yana tak nak back up abang eh. Lagipun, abang sendiri yang carik penyakit kan." Jawab Yana bersahaja.


"Sampai hati." Rajuk Imran.


"Kenapa abang nak carik si pembunuh tu? Abang nak tuntut bela atas kematian kekasih gelap abang tu ke? Please lah..." Semakin membara api cemburunya ni.


Imran memandang si isteri. "Sayang cemburu ke?"


Yana mengerling encik suami sekali imbas sebelum matanya kembali merenung si kecik yang sedang lena tu. "Tak ada masa nak cemburu." Jawabnya, perlahan.


Imran sudah tersenyum sumbing. "Boleh percaya ke?" Usiknya.


"Suka hati abang lah nak percaya ke tak. Yana nak tidur. Selamat malam." Yana terus menarik selimut dan mata segera dipejamkan. Malas nak layan kerenah encik suami tu. Huh!


Imran tertawa halus sebelum mendekat. "Abang sayang isteri abang ni. Love you so much, honey." Ucapnya sebelum mengucup dahi si isteri.


Yana terharu. Hilang terus api cemburunya tu. Pandai betul encik suaminya tu kan. Dah buat kita cemburu, lepas tu pandai pulak buat kita cair dengan kata-katannya tu. Ish!


"Akak cakap apa?" Tanya Lashmi.


"Akak kata, don't worry sebab bukan kita yang bunuh dia. Jadi, kita berempat selamat." Beritahu Ai Lin.


Lashmi menghembus nafas lega sambil mengurut dadanya tu. Begitu juga dengan Zack dan Joe.


"Cerita ni habis dekat sini jer lah ya. Jangan ungkit-ungkit lagi. Kalau tak, kita yang dapat susah nanti." Kata Zack pulak.


"Yes! Betul tu. Akak cakap, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. Tu jer. Pandai-pandailah simpan rahsia ni." Ujar Ai Lin lagi.


Lashmi, Zack dan Joe sudah terangguk-angguk macam burung belatuk.


Keesokkannya...


"Adikkk..." jerit Suhaila dan Haikal, serentak. Tubuh kecik si adik dirangkul penuh erat dengan silih-berganti. Satu hari tak jumpa, rasa macam satu tahunlah pulak. Rindunya...


"Semalam adik pergi mana?" Tanya Haikal, ingin tahu.


Sofea terkebil-kebil melihat kakak dan abangnya tu.


Yana yang melihat, pantas mencegah. Dengan lantangnya dia menjerit memanggil nama anak-anaknya tu.


Suhaila, Haikal dan Sofea bergegas menuju ke meja makan.


Yana segera menghidangkan sarapan pagi untuk mereka. "Cepat makan. Sekejap lagi kita nak keluar." Arahan dikeluarkan dengan nada yang tegas. Nak tak nak, anak-anaknya kena turuti jugak.


Mereka menjamu selera dengan penuh tata-tertib.


Tak lama kemudian, mereka sudah pun berada di dalam perut kereta kesayangan mamanya tu. "Kita nak pergi mana, maa?" Tanya Suhaila.


"Pergi rumah kawan mama sekejap." Jawab Yana, sambil menghidupkan enjin kereta. Dengan lafas, 'Bismillah' dia segera memulakan perjalanan mereka.


Yana memandu dengan penuh berhemah tanpa sebarang gangguan.


"Maa..." panggil Haikal yang berada di seat belakang.


Yana tak menyahut tapi matanya memandang anak terunanya tu sekali imbas di cermin pandang belakang.


"Maa..." panggil Haikal lagi.


"Iya, abang." Sahut Yana akhirnya.


"Cuti sekolah dah dekat. Bolehlah kita pergi holiday. Jalan-jalan ya, maa." Saran Haikal dengan nada penuh teruja.


Suhaila yang mendengar sudah bersinar matanya. Hatinya tak sabar nak tahu balasan daripada mamanya tu.


Yana memandang anak terunanya di cermin pandang belakang sambil otaknya ligat berfikir. Hmm... Jalan-jalan? Cuti sekolah?


"Bolehlah maa..." rayu Haikal.


"Akak teringin nak mandi laut maa. Kita pergi Port Dickson, nak tak?" Saran Suhaila pulak.


Haikal sudah terangguk-angguk. Best tuu... Dah lama sangat mereka tak mandi laut tau.


"Adik cuka mandi laut maa..." sampuk Sofea.


"Bolehlah maaa..." rayu Haikal serentak dengan Suhaila.


"Nanti mama tanya papa dulu. Kalau papa kata OKAY, kita pergi. Kalau tak, cuti sekolah ni kita duduk rumah aja lah." Kata Yana sambil tertawa kecil.


"Alaaa..." jawab Suhaila, lemah.


"Call lah papa, maa." Suruh Haikal.


Yana buat tak dengar sahaja. Tiba-tiba telefonnya berbunyi nyaring.


"Yes! Mesti papa yang call. Jawablah maa..." suruh Haikal lagi.


Yana yang sedang memandu segera mengambil telefon bimbitnya tu. "Papa call..." beritahunya.


"Jawablah cepat, maa." Desak Haikal.


Yana mengeleng melihat telatah anak terunanya tu. Nak sangat pergi holiday ler tu...


Butang hijau ditekan lalu earphone dipasangkan ditelinganya. "Assalamualaikum, abang." Sapanya dahulu.


"Waalaikumusalam, sayang. Tengah buat apa tu?" Soal Imran di hujung talian.


"Tengah drive ni haa..." jawab Yana, ringkas.


"Tanyalah papa, maa." Suruh Haikal yang sudah tak senang duduk di seat belakang.


Imran yang mendengar segera menanya si isteri. "Nak tanya apa tu, sayang?"


"Macam biasalah, bang. Cuti sekolah kan dah dekat. Apa lagi, nak ajak bercuti ler tu..." jawab Yana.


Imran sudah tersenyum di hujung talian. "Bercuti? Ke mana?"


"Bercuti dekat mana eh?" Yana sengaja buat-buat tanya.


"Port Dickson." Jawab Haikal dan Suhaila, serentak.


Imran dah tergelak. Begitu juga dengan Yana.


"Okay! Nanti kita pergi Port Dickson. Boleh kita honeymoon sekali lagi, yang." Ujar Imran sambil tersenyum meleret.


Amboi! Honeymoon terusss...


"No komen!" Jawab Yana.


"HAHAHA!" Tawa Imran.


Yana mengulum senyum.


"Okaylah! Abang nak sambung buat kerja sikit. Hati-hati drive tu, yang. Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam." Talian segera diputuskan.


Suhaila dan Haikal menanti dengan penuh sabar.


"Papa kata OKAY. Ke PD lah kitaaa..." beritahu Yana dengan penuh teruja.


"Yeahhhhh!" Anak-anaknya mulai bersorak keriangan.


Rumah yang bersepah dengan permainan anaknya tu segera dikemaskan dan disimpankan di dalam kotak. Setelah itu, ruang tamu pulak yang dikemasnya dan kusyen kayu yang terletak di situ segera disusun dengan penuh rapi. Selesai sahaja tugasnya tu, dia terus menyapu ruang tamunya.


"Rajinnya adik akak ni..." puji Nerina sambil memeluk bahu adiknya tu.


"Selama ni pun memang adik akak nilah yang rajin mengemas, kan?" Sindir Nani tanpa memandang raut wajah kakaknya yang sudah berubah mendadak tu.


Nerina malas nak bertekak dengan adiknya tu, lalu dia segera beredar  menuju ke kamarnya. Pintu bilik dibuka dan dihempas sekuat hatinya. "Tidur lagi bagus..." rungutnya sambil menghempaskan tubuhnya di atas tilam yang tak berapa nak hempuk sangat tu. Huh!


Nani merengus kecil. Sikap kakaknya tu tak pernah nak berubah langsung. Grrr...


Tukk Tukkk

Tukk Tukkk


Ketukkan di pintu membuatkannya terkejut.


"Assalamualaikum!"


Terbeliak mata Nani apabila mendengar suara tersebut. Bergegas dia berlari anak menuju ke pintu sambil membawa penyapu. Nasib baik dia sempat menyapu ruang tamunya tu. "Waalaikumusalam." Sahutnya sambil memulas tombol pintu.


Senyuman lebar terukir dibibir apabila terpandangkan budak perempuan yang sedang memegang teddy bear tu. Comel sangat... "Dah sampai pun. Jemputlah masuk, kak." Pelawa Nani.


Yana dan anak-anaknya segera melangkah masuk ke dalam kediaman Nani tu.


"Jemputlah duduk, kak. Maaflah, rumah saya ni kecik sikit." Nani merendah diri.


"Eh! Tak apa. Akak tak kesah pun." Balas Yana sambil melabuhkan punggung di kusyen. Begitu juga dengan anak-anaknya.


"Saya pergi buat air sekejap, ya." Nani ingin beredar ke dapur tetapi langkahnya dihalang oleh Yana.


"Tak payah susah-susah. Akak sekejap jer ni. Budak-budak ni pun dah minum dekat rumah tadi." Kata Yana lagi.


Nani kembali melabuhkan punggungnya di kusyen satu.


Tanpa berlengah lagi, Yana terus memberitahukan tujuannya datang bertandang secara mengejut ni.


Suhaila dan Haikal terkejut mendengarnya manakala Sofea sedang leka bermain dengan teddy bearnya tu.


"Mama nak pergi mana?" Soal Haikal, ingin tahu.


Nani berbesar hati ingin membantu bosnya tu.


"Mama ada hal sikit nak kena settlekan. Akak, abang dengan adik tinggal dekat sini sekejap, ya. Tak lama pun." Beritahu Yana dengan penuh bersungguh-sungguh.


"Tapi..." Raut wajah Suhaila sudah berubah. Dia tak kesah tapi dia segan. Itu aja.


"Jangan nakal-nakal. Jaga adik tu haa..." pintas Yana sambil bangun dari duduknya.


Nak tak nak, Suhaila dan Haikal terpaksa akur. Sofea pulak tidak banyak bunyi hari ni. Mentang-mentang ada teddy bear kesayangannya tu, kan.


"Hati-hati, kak." Pesan Nani sambil menghantar bosnya tu ke muka pintu.


"Sorry sebab dah menyusahkan kamu. Akak takut nak tinggalkan budak-budak ni dekat rumah. Lagipun, tak ada siapa nak jaganya. Laki akak kerja pulak tu." Beritahu Yana.


"Tak apa, kak. Saya boleh jaga budak-budak ni. Don't worrylah." Ujar Nani sambil tersenyum senang.


Yana mengangguk sambil tersenyum lega. "Terima kasih. Akak pergi dulu. Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam." Sahut Nani, perlahan.


Kalau tak disebabkan namanya yang naik, tak ada maknanya dia nak tinggalkan anak-anaknya dibawah jagaan Nani. Dia bukannya jenis suka menyusahkan orang. Haish! Nak hantar anak-anak ke office encik suami, memang taklah. Office kut, bukannya rumah. Hmm... "Menyusahkan betullah!" Monolognya sendirian.


Pedal minyak terus ditekan dan keretanya segera meninggalkan kawasan halaman rumah flat tersebut.


15 minit kemudian...


Bangunan gabungan dua warna iaitu biru dan putih itu dipandang dengan lemas sekali. Kepala digeleng sebelum dia memakai mask menutupi raut wajahnya yang tercela dengan tompok kebiruan akibat pertarungan semalam. Topi yang tersarung di kepala dibetulkan agar nampak kemas dan rapi.


Dia harus settelkan semua ni dengan cepat. Pintu kereta dibuka dan dia segera keluar dari dalam perut keretanya tu. Kemudian, dia mengatur langkah ke bangunan yang nampak megah dihadapannya ni.


"Ada apa yang boleh saya bantu, puan?"


"Saya Liyana."


"Oh, Puan Liyana. Tunggu sekejap, ya."


Yana mengangguk sambil melabuhkan punggungnya di kerusi yang tersedia di situ.


"Puan Liyana..." panggil seorang lelaki berseragam biru.


Yana pantas menoleh.


"Terima kasih sebab datang." Ucap lelaki berseragam biru tu.


"Ada apa, ya?" Soal Yana tanpa basa-basi.


"Mari ikut saya." Ajak lelaki berseragam biru tu.


Yana membuntuti langkah kaki lelaki di hadapannya ni.


"Saya cuma nak puan mengecam saspek ni jer. Saspek yang cuba memecah masuk rumah puan semalam. Mungkin puan kenal sebab saspek mengaku yang dia kenal sama puan." Beritahu lelaki berseragam biru tu lagi.


Yana berdecit di dalam hati sebelum kepalanya mengangguk.


Lelaki berseragam biru itu segera bercakap dengan seseorang yang sama persis dengannya tu. Berseragam biru jugak. Hmm...


Terbeliak mata Yana apabila melihat Achong yang diseret oleh pegawai polis tersebut. Nasib baik mereka dipisahkan dengan cermin di hadapannya ni. Kalau tak, mahu digayangnya si apek tua tak sedar diri tu. Huh!


"Puan kenal tak dengan saspek ni?" Tanya Inspektor Fikri.


Pantas Yana mengelengkan kepalanya. "Saya tak kenal dia. Mungkin dia salah orang." Jawabnya penuh bersahaja. Gerak-gerinya tiada yang mencurigakan. Dia harus bertindak dengan penuh kelicikkan.


"Betul puan tak kenal?" Tanya Inspektor Fikri lagi.


"Betul! Saya tak kenal." Jawab Yana, tegas.


Inspektor Fikri mengangguk tanda mengerti dan dia segera menyuruh pegawai polis tadi membawa saspek kembali ke sel tahanan. "Terima kasih puan di atas kerjasamanya."


Yana mengangguk sebelum mereka kembali ke tempat asal tadi.


"Terima kasih, puan. Hati-hati." Ucap Inspektor Fikri sekali lagi.


"Sama-sama." Yana terus beredar pergi. Punggungnya segera dihempaskan di seat pemandu. Enjin kereta dihidupkan lalu tangannya pantas membuka mask dan topi yang dipakainya tu. Tanpa berfikir panjang, dia terus memecut pergi meninggalkan kawasan halaman balai polis tersebut.


Di dalam perjalanan, Yana terus mendail nombor encik suami.


Panggilannya berjawab.


"Hello! Abang ada bagi nombor Yana dekat polis ke?" Terjah Yana tanpa memberi salam terlebih dahulu.


"Yup!" Akui Imran tanpa bersalah.


Yana mengeluh lemah. Patutlah dia terima panggilan daripada mereka pagi tadi. Sabar jer lah dengan encik suami aku ni tau...


"Kenapa, sayang?" Tanya Imran di hujung talian.


Yana segera menceritakannya. Selepas ni, dia berharap sangat yang pihak polis takkan menelefonnya lagi. Habis dekat sini jer lah... Dia tak nak dikaitkan dengan pihak polis dan dia tak nak ambil tahu langsung pasal mereka yang tak berguna tu. Huh!


Imran hanya memasang telinga di hujung talian tanpa ada niat nak menyampuk.


"Okaylah, bang. Yana tengah drive ni. Nak ambil anak-anak pulak. Bye-bye." Talian segera diputuskan.


Imran mengelengkan kepala sebelum kembali menyambung tugasnya yang tergendala.


Previous: Bab 42
Next: Bab 44

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.