Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 22

"Bye-bye cikgu..." Sofea melambai kearah cikgunya sebelum beredar menuju ke arah kereta Myvi, milik mamanya tu.


Cikgu Hayati membalas lambaian anak muridnya yang keletah tu.


Sofea menghampiri pintu kereta di bahagian kiri lalu dibukanya.


"Akak???" Sofea kaget melihat kakaknya tu.


"Adik pergi duduk belakang sana." Arah Suhaila sambil menolak badan kecil adiknya tu, agar dia bisa menutup kembali pintu kereta tersebut.


Sofea akur dengan mulut yang sudah memuncung. Tak berlengah lagi, dia segera meloloskan diri ke dalam kereta. Nak tak nak, dia kena duduk belakang juga.


"Akak tak cekolah ke?" Tanya Sofea, bersahaja.


Yana terus memandu pergi. Dia hanya memasang telinga sahaja. Kalau ada yang tak betul, baru dia tegur...


"Tak." Jawab Suhaila, sepatah.


Dahi Sofea berkerut.


"Kenapa? Akak cakit ke?" Tanya Sofea lagi.


"Ha'ah! Akak cakitlah. Adik duk dediam kat belakang tu tau. Kalau adik bicing lagi, akak piat telinga adik nanti. Nak kena piat telinga ke?" Suhaila sengaja mengugut adiknya tu. Sebenarnya dia malas nak bersoal jawab.


Sofea terus terdiam. Sepanjang perjalanan dia tidak berbunyi langsung kecuali di tanya mamanya tu. Takut juga dia dengan Suhaila tu ya...


"Kenapa you serius sangat ni?" Soal Katy sambil merenung Imran yang berada di hadapan matanya ni.


"Dah nama pun kerja, kenalah serius." Jawab Imran, acuh tak acuh.


Katy tersenyum manja.


"Ala, you ni. Kita bukannya ada kat office you pun kan. Tak payahlah you nak serius sangat, darling. Pleaseee..." rayunya sambil merengek kecil.


Gulp!

Imran telan airliur. Ish! Minah ni dah kenapa? Geli pulak aku dibuatnya. Huh!


"Darling..." panggil Katy sambil memegang tangan Imran yang sedang leka membelek fail hitamnya tu.


Imran terkedu.


"Tak payahlah nak belek fail ni. Lebih baik you belek muka..."


Pelayan wanita datang menghantar menu yang di pesan tadi.


Imran menghembus nafas lega dan dengan cepat dia menarik pergelangan tangannya tu.


"Terima kasih." Ucap Imran kepada pelayan wanita tu.


Pelayan wanita tu menganggukkan kepalanya sebelum berlalu pergi.


"Darling..." panggil Katy lagi. Dia cuba memegang tangan Imran kembali tetapi Imran pantas menarik pergelangan tangannya tu.


Katy merengus kecil.


EHEM EHEM...

Ada seorang wanita berdehem disebelahnya.


Katy menoleh ke arah empunya suara manakala Imran masih buat-buat menilik fail hitamnya.


"Ya. Can I help you?" Soal Katy, bersahaja. Matanya menilik perempuan yang muncul tanpa diundang tu.


"Tolong tinggalkan kami berdua sekejap." Pinta wanita itu dengan lagak bersahaja.


Katy terkejut. Berubah terus raut wajahnya.


"Who are you?" Soalnya, ingin tahu.


"Saya Yana. Isteri Encik Imran ni. So, what?" Jawab Yana sambil tersenyum sinis.


Imran yang mendengar terus mendonggakkan kepalanya.


GULP!


"Sayang..." perlahan suara Imran memanggil isterinya tu.


Katy terkejut.


"Darling, you kenal ke perempuan ni? Takkan perempuan ni wife you? Are you sure?" Katy masih mahukan kepastian. Dia tak percaya akan kenyataan itu.


Terbeliak mata Yana mendengarkan perkataan 'DARLING' yang keluar daripada mulut perempuan seksi di hadapannya ni.


"Darling???" Ulang Yana sambil merenung tepat ke dalam anak mata encik suaminya tu.


Imran terus bangun daripada duduknya. Dia cuba menghampiri isterinya tetapi Yana berundur ke belakang. Tidak mahu didekati.


"Sayang, dengar dulu apa abang nak..."


"Stop! Yana tak nak dengar apa-apa pun." Yana cuba mengawal intonasi suaranya tu. Raut wajahnya berubah keruh.


"Tapi sayang..."


Yana tak mahu dengar apa-apa pun. Tak berlengah lagi, dia terus angkat kaki dari situ.


Imran terkejut. Dia cuba mengejar tapi lengannya di tarik oleh Katy pulak. Huh!


"What's your problem, Miss Katy?" Tanya Imran dengan renungan mata yang cukup membunuh tu.


"You jangan lupa yang I ni masih client you, Imran. So, pleasee..." ugutnya dengan nada suara yang lembut.


Imran merengus kecil. Akhirnya, dia terpaksa mengalah. Buat masa ni, kerjanya yang lagi penting. Hmm... Tak apalah Imran oii... Balik nanti, kau pujuklah isteri tersayang kau tu. Maafkan abang, sayang...


"Jom balik." Ajak Yana sambil menarik tangan anak sulung dan anak bongsunya tu.


Suhaila dan Sofea terkejut tapi mereka tetap akur dengan ajakkan mamanya tu. Mereka beriringan keluar daripada restoran tersebut dan terus menuju ke tapak parking. Tengok daripada raut wajah mamanya yang masam mencuka tu, membuatkan mereka tidak berani nak bertanya. Masing-masing mati kutu dibuatnya...


Yana terus memecut pergi meninggalkan kawasan halaman restoran tu. Kalau diikutkan rasa hati ni, mahu saja dia drift sekarang ni tau tapi tulah, ada anak-anaklah pulak. Huh! Sabar ajalah...


"Kesian si Ila tu. Tak pasal-pasal kena buli. Huh!" Lisa merengus geram.


"Kan. Geram pulak hati kita ni..." omel Ema.


"Kalau aku dapat budak tu, memang aku kerjakan dia cukup-cukup. Nak sangat jadi samseng kan. Grrr..." rungut Thia pulak.


Masing-masing tengah menahan rasa geram dengan budak sekolah tu. Kalau mereka jumpa budak-budak tu, tak tahulah apa yang akan terjadi kan.


Lisa, Ema dan Thia merengus kecil sebelum menuju ke arah motorsikal. Baru nak melangkah naik motorsikal, mereka telah di tolak dengan kasar oleh seseorang.


Thia yang tidak dapat imbangkan diri, terus jatuh dan malang baginya apabila motorsikalnya itu telah menghempap dirinya yang kecil molek tu. "ADUH!" Dia terjerit kecil.


"Apahal main tolak-tolak ni?" Jerkah Lisa tanpa rasa takut.


Ema merengus kecil sambil membantu Thia.


"Kena tolak sikit, takkan sakit kut. Ilekslah." Taha memandang Lisa sambil menyengih.


Ema bengang. Thia pulak mengibas punggungnya untuk menghilangkan habuk di seluarnya tu.


"Tiger nak apa? Nak kawasan kita orang ni ke? Memang TAK lah..." kata Lisa sambil tersenyum sinis.


Taha merengus kecil.


"Kau orang ni tak takut mati ke? Tiger boleh bunuh kau orang bila-bila masa aja tau. Tak takut ke?" Malik cuba menakutkan mereka bertiga.


"Kami tak takut matilah, bodoh. Ajal maut tu di tangan Tuhan. Sepatutnya aku yang tanya kau orang ni. Tak takut mati ke? Tak takut ke jadi ahli neraka?" Sindir Lisa, pedas.


"Muka lawa tapi mulut puaka. Puihh!" Jeff meludah ke sisi.


"Kau baru tahu ke?" Lisa tersenyum sinis. Begitu juga dengan Ema dan Thia.


Taha, Malik dan Jeff mulai bengang dengan budak-budak Yana ni.


"Macam ni lah, bro. Kita orang takkan serahkan kawasan kita orang walaupun nyawa di hujung tanduk. Faham tak? Sekarang ni, kau orang boleh berambus..." tegas Lisa yang sudah bersiap siaga. Bila-bila masa sahaja mereka akan diserang oleh budak-budak Tiger ni.


"Bodoh punya perempuan." Jerkah Taha, bengis. Dia cuba mendekati Lisa tetapi Lisa berundur ke belakang. Begitu juga dengan Ema dan Thia.


"Kau orang ni memang bodoh. Ikut jer telunjuk si Yana tu. Bos kau orang tu bukannya hebat mana pun. Bodoh!" Kutuk Malik dengan renungan sinisnya.


Lisa dah panas hati manakala Ema dan Thia segera mengusap belakangnya tu untuk menenangkan hatinya yang sudah mendidih panas.


"Budak-budak Yana memang bodoh." Kutuk Jeff pulak.


"Tapi tak sebodoh kaulah, setan." Jerkah Lisa lalu dia terus berlari ke arah Jeff untuk melepaskan amarahnya tu. Tumbukkan padunya cuba dilayangkan di bahagian mulut tetapi si Jeff berjaya menggelakkan dirinya. Huh!


Malik mengambil kesempatan apabila Lisa berada berhampiran dengannya. Dia cuba memeluk Lisa dari belakang tetapi dia gagal melakukannya kerana Ema pantas menghantarkan serangan dengan mencuba memberikan tendangan padu ke arah betisnya. Senyuman sinis terukir dibibirnya apabila dia berjaya menggelakkan diri.


Ema merengus.


Taha tak suka membuang masa, maka dia terus mendekati Thia.


Thia berundur setapak.


Renungan mata Taha kelihatan begitu tajam sekali.


"ARGHHHHHHHH..." jerit Taha sambil berlari ke arah Thia dan setelah dia semakin hampir, dia terus melompat dan sikunya mulai dihayunkan tepat ke arah kepala Thia.


Thia hanya menanti serangan tersebut.


"Hoiii!!!" Jerit seseorang dengan penuh lantang.


Taha merengus kasar apabila dia gagal melakukan serangan akibat jeritan itu. Raut wajahnya yang bengis sudah cukup membuktikan yang dia tengah bengang dengan orang yang menjerit tadi. Dengan hati yang panas, dia segera menoleh ke arah empunya suara.


GULP!


Taha, Malik dan Jeff terkedu melihat budak-budak Yana yang sudah berkumpul di hadapannya ni. Mereka bukan datang dengan tangan kosong tetapi mereka datang bersama parang, lembing dan kayu baseball. Kalau mereka masih berdegil, mereka mati di tangan budak-budak Yana. Huh! Tak guna betullah...


Akhirnya, mereka membuat keputusan untuk berundur. Perlahan demi perlahan, mereka berundur sebelum mereka melarikan diri.


Budak-budak Yana mentertawakan mereka. Berlagak hebat tapi penakut sebenarnya...


"Kau orang semua memang the best lah. Datang tepat pada waktunya. Thanks, geng." Ucap Ema sambil memeluk bahu Mona.


"Kan..." kata Thia pulak. Bahu Lisa dipeluk erat.


"Lantaklah dia orang tu. Jom kita berlatih." Ajak Sherry.


Mereka bersetuju dengan ajakkan Sherry tu. Daripada memikirkan pasal budak Tiger tu, lebih baik mereka berlatih. Musuh mereka ada dimana-mana sahaja. Kalau tak ada ilmu pertahankan diri, mereka juga yang bakal susah nanti.


Lisa, Ema dan Thia hanya menurut. Mereka tak jadi nak pulang ke rumah gara-gara nak berlatih bersama.


"Kakak bawak adik naik atas. Pergi mandi. Lepas tu, turun makan. Mama nak hidangkan makanan sekejap." Arah Yana dengan nada serius.


"Adik tak nak makan, ma." Kata Sofea.


"Kakak pun sama, ma." Suhaila pun turut tidak mahu makan jugak. Perutnya masih tak rasa lapar lagi.


Yana memandang anaknya silih berganti. "Iyalah. Pergilah naik atas..."  suruhnya.


Suhaila terus memimpin tangan adiknya menuju ke tingkat atas manakala Yana sudah menghempaskan punggungnya di atas sofa yang empuk tu. Mukanya di raup dengan kedua belah telapak tangannya. Haish!


Baru nak berehat, telefon bimbitnya dah berbunyi dengan nyaring menandakan ada panggilan yang masuk. Yana merengus kecil. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya tu dan melihat nama yang tertera di skrin. Huh! Encik suami yang call rupanya. Malas dia nak layan. Butang merah di tekan lalu diletakkan telefon bimbit tu di sebelahnya.


Nada dering telefon bimbitnya berkumandang lagi. Kali ini, Yana buat don't know jer... Dua, tiga kali telefon bimbitnya berbunyi. Satu panggilan pun dia tidak mahu jawab. Rasakan... Huh!


Tutt Tuttt

Tutt Tuttt


Bunyi itu menandakan ada pesanan yang masuk melalui peti WhatsApp. Nak tak nak, Yana mengambil jugak telefon bimbitnya tu untuk membaca pesanan yang di hantar.


Encik Suami

Sayangggg...

Kenapa tak jawab call ni? Janganlah macam ni. Abang tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia tu. Percayalah. Abang hanya cintakan sayang seorang aja tau. Sayanggg, please... Jawab call abang sekejap. Abang nak explain ni.


Yana merengus. Malas nak layan encik suaminya tu. Tak ada apa-apa konon tapi siap ber'DARLING' lagi kan. Huh! WhatsaAp yang di hantar di biarkan begitu saja. Bluetick jer yang ditinggalkan. Kemudian, telefon bimbitnya tu kembali diletakkan di sebelah. Mata di pejam rapat cuba menenangkan hati dan akal fikirannya tu.


Nada dering telefon bimbitnya bergema lagi tapi kesudahannya tetap sama juga. Panggilan itu mati begitu sahaja.


"Sayang, jawablah call. Janganlah macam ni." Rawan hati Imran. Dia meraup wajahnya berulangkali. Walaupun dia berada di office tetapi otaknya ligat memikirkan si isteri yang sedang merajuk di sana. Ya Allah...


Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.