Home Novel Thriller/Aksi Isteriku Kakak Kawasan (COMPLETE)
Bab 2

Kereta Myvi pemberian Encik Suaminya ini segera diparkingkan di garage. Sebelum dia keluar dari perut kereta, dia sempat menilik wajahnya di cermin pandang belakang. Fuh! Nasib baik tak ada yang lebam. Kalau tak, mampus aku. Mahu tiga hari tiga malam aku kena soal siasat dengan Encik Suami. Rambutnya yang nampak berselerakan di rapi dengan jari jemarinya yang halus mulus ini. Setelah dia yakin dengan penampilan dirinya, handbag yang terletak di kerusi sebelah di ambil dan dikepit di celah ketiaknya lalu dengan konfiden dia melangkah keluar.


Nafas ditarik panjang dan dihembuskan dengan perlahan. Senyuman manis terukir di bibir supaya Encik Suami tidak mencurigainya.


"Mana mama, pa? Adik rindu mama." Tanya si cilik yang leka bermain teddy bear tu.


Imran yang sedang menonton TV menoleh ke arah anaknya yang bongsu ni.


"Sekejap lagi mama baliklah sayang..." kata Imran sambil mengosok kepala anak manjanya ni. "Sayang main dengan teddy bear dulu, ya." Suruhnya sebelum matanya kembali tertumpu ke peti televisyion.


Ting tong... Ting tong...

Bunyi alarm rumahnya kedengaran. Imran buat tak tahu. Biarlah pembantu rumahnya sahaja yang bukakan pintu.


Ting tong... Ting tong...


"Tunggu sebentar." Laung bibik Riyanti. Dia bergegas membuka pintu untuk melihat siapakah gerangan yang datang berkunjung.


"Kenapa lambat sangat buka pintu ni, bik?" Tanya Yana, sambil melangkah masuk.


"Minta maaf, puan. Saya di dapur tadi." Jawab bibik Riyanti sambil menutup kembali pintunya.


"Maaf diterima." Kata Yana, bersahaja.


Bibik Riyanti tersenyum senang sebelum beredar pergi. Dia bergegas ke dapur untuk menyediakan makan malam pulak.


Kasutnya dibuka lalu diletakkan di tempat kasut. Dari jauh dia sudah nampak suami dan anak bongsunya itu. Seorang leka dengan anak patung dan seorang lagi leka dengan tv. Yana mengelengkan kepala sebelum tersenyum manis. Dia mengatur langkah ke arah mereka.


"Yeah-yeah, mama dah balik." Laung si cilik sambil berlari anak ke arah mamanya itu.


"Hai anak mama sayang..." ucap Yana sambil mendukung anak bongsunya.


Mata Imran berkalih ke arah isteri dan anaknya yang semakin menghampiri dirinya ni.


"Ni mesti sayang lupa bawa kunci rumah kan?" Soal Imran sambil memandang isterinya yang sudah pun duduk di sisinya ini.


"Aah, bang. Yana tertinggal kunci." Jawab Yana sambil tersenyum manis.


Imran hanya mampu mengelengkan kepala. Isterinya ni memang tau. Suka sangat tak bawa kunci. Kalau bibik tak ada dan dia dengan anak-anak pulak keluar, mahu isterinya tu jenuh tunggu kepulangan mereka kat luar. Malas dia nak membebel lagi daa... Nanti ada yang panjang muncungnya. Kalah muncung anak. Sabar ajalah.


"Mama pergi mana tadi?" Tanya anaknya penuh minat.


Yana tersenyum manis sambil mencium pipi gebus milik anaknya itu.


"Mama pergi jumpa kawan tadi, sayang." Balasnya sambil mengusap kepala anaknya pulak.


Anaknya yang masih berumur enam tahun itu hanya menganggukan kepala. Kemudian, dia kembali bermain dengan anak patungnya itu.


Yana bersandar di sofa. Riak wajahnya kelihatan agak letih sekali. Dengan perlahan matanya dipejamkan. Dia nak rehat sekejap sebelum melangkah ke biliknya yang terletak di tingkat atas.


"Sayang, pergi naik atas sana. Mandi dulu. Busukkk tau." Usik Imran sambil menutup hidungnya.


Berkerut dahi Yana mendengarnya. Matanya yang terpejam, dicelikkan kembali lalu dia mencium bahu badannya. Mana ada busukk. Wangi lagi tau. Ish! Laki aku ni... Sajalah tu.


"Mana ada busuk. Wangilah." Sangah Yana, sambil mencium bau badannya sekali lagi.


"Busuk. Kalau tak caya, sayang cuba tanya kat Fea ni. Budak-budak tak pandai menipu tau." Suruh Imran sambil menunding jari ke arah anaknya.


Nak tak nak, Yana pun bertanyalah. "Fea sayang, mama nak tanya sikit, boleh?"


"Mama nak tanya apa?" Tanya Sofea sambil memandang mamanya.


"Fea kena jujur dengan mama tau. Mama ni wangi ke busuk?" Tanyanya.


Sofea seakan sedang berfikir. Yana menunggu dengan penuh sabar. Berdebar pulak rasa hatinya ni.


"Bucuk." Jawabnya, sepatah dan pelat.


Imran yang mendengar sudah terburai tawanya manakala Yana sudah terkelu.


"Kan betul abang cakap..." kata Imran dalam tawanya.


Sofea turut mengetawakan mamanya.


"Bencilah. Anak dengan bapak sama aja." Rungut Yana sambil berlalu pergi. Dia ingin naik ke atas. Nak mandi dan berehat sebentar.


Imran dan Sofea masih gelak berdekah-dekah di ruang tamu.


Tengok tu. Sakan anak-beranak tu gelakkan kita. Bertuah betullah..., omel Yana dengan geram sambil meniti anak tangga menuju ke tingkat atas.


Sampai sahaja dia di dalam bilik, nada dering doremon terus kedengaran di corong telinganya. Aduhai! Lupa pulak nak tukar ringtone. Buat malu jer kalau budak-budak aku dengar ringtone ni. Ish! Yana biarkan panggilan tak berjawab. Dia segera menghempaskan tubuh kecik moleknya ini ke atas katil yang empuk itu. Bestnya... Dia mengeliat kecil membetulkan segala urat sarafnya. Nada deringnya berhenti sudah. Yana memejamkan matanya tetapi malang baginya apabila telefon bimbitnya berdering kembali.


Huh! Yana merengus kecil.


Siapalah yang duk kacaunya time-time macam ni? Tak bolehlah nak tengok orang senang sikit tau. Yana dah start membebel. Nak tak nak, dia kena bangun juga. Dengan lagak malasnya, dia menapak menuju ke meja soleknya untuk mengambil handbagnya. Telefon bimbit di keluarkan lalu dia melihat skrin untuk melihat nama si pemanggil.


"Lisa?" Dahinya berkerut seribu. Butang hijau ditekan lalu telefon bimbitnya ditekapkan di telinganya ini. "Hello." Sapanya.


"Kak, Thia ada bagitahu yang budak-budak si Rozy ada datang tempat kita. Mesti dia nak buat kacau kak." Beritahu Lisa, bersungguh-sungguh.


Yana merengus.


"Habis tu. Tak reti-reti nak handlekan mereka tu. Takkan nak akak juga yang hadap mereka tu." Omel Yana, geram.


Lisa mengeluh lemah.


"Tapi kak..."


"Tak ada tapi-tapinya. Kau orang handlekan mereka tu. Kalau mereka takat datang dan tak buat kacau, kau orang tak payah nak buat kecoh. Biarkan jer. Faham?" Kata Yana, tegas.


"Baiklah kak." Lisa patuh pada arahan.


"Lain kali, kalau tak ada hal penting, tak payahlah nak call akak. Benda simple macam tu, kau orang sendiri boleh settle kan. Ini tak, sikit-sikit nak akak juga campur tangannya." Yana dah start membebel.


Lisa di hujung talian sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Tak pasal-pasal dia kena tadah telinga. Apa boleh buat? Nasib badan...


"Baiklah kak. Maaf menganggu. Assalamualaikum."


"Waalaikumusalam." Talian segera dimatikan. Yana mengeluh lemah. Geram pulak rasa hatinya ni. Benda simple macam tu pun tak boleh nak handle sendiri. Semua benda nak harapkan aku ni ah. Banyak cantik. Kalau semua benda aku yang nak kena settle kan, lebih baik aku tak payah ada budak-budak. Settle sendiri lagi bagus. Eeeiii... Geramnya. Telefon bimbitnya dicampakkan di atas katil lalu dia mencapai tuala yang tersangkut di tempat penyidai. Dia ingin bersiram agar hatinya kembali sejuk.


...


"Akak kata apa?" Tanya Thia, ingin tahu.


Lisa mengeluh lemah.


"Akak suruh kita handlekan mereka tu. Kalau dia orang buat kecoh, baru kita bertindak. Kalau tak, biarkan jer." Katanya sambil memandang kawannya yang berada di sisi.


Thia menganggukan kepala, tanda mengerti.


"Jom kita pergi." Ajak Lisa.


"Jom." Thia dan Lisa bergegas ke tempat yang dimaksudkan. Dia ingin melihat budak-budak Rozy tu.


Dari jauh mereka boleh nampak yang budak-budak Rozy datang melepak kat kedai makan Pak Hamid. Mereka berdua hanya perhatikannya sahaja. Sambil mereka memerhati, sambil mereka telefon budak-budak yang lain. Takkan mereka berdua yang nak kena handle mereka berempat tu. Walaupun mereka tu perempuan juga tapi mereka memiliki tubuh badan yang agak besar. Mereka berdua ni pulak berbadan kecik. Takut mereka yang kena lenyek nanti.


"Amacam? Budak-budak lain dapat datang tak?" Tanya Thia, lagi. Matanya masih tertumpu kepada budak-budak Rozy.


"Mona tak dapat datang. Macam biasa. Bini oranglah katakan. Si Ema pun tak dapat datang sebab petang tadi dia kena belasah teruk. Sakit-sakit badan katanya. Si Nani pun tak dapat datang. Anak dia demam. Hanya si Rita jer yang boleh datang." Kata Lisa sambil memandang kawannya itu. "Dia orang pulak macam mana? Dapat datang tak?" Soalnya, ingin tahu. Harap dia orang dapat datanglah.


Thia merengus kecil.


"Si Ai Lin, Si Lashmi dengan si Lynn tak dapat datang. Macam biasa. Laki tak bagi keluar malamlah. Apalah. Macam-macamlah. Cuma si Sherry jer dapat datang." Beritahu Thia, beriya.


Lisa menganggukan kepalanya sekali lagi. Tak apalah. Tak ramai pun tak apa. Cukuplah mereka berempat. Dia orang pun empat orang juga. Empat lawan empat. Bolehlah daripada empat lawan dua kan. Mereka kembali menumpukan perhatian ke arah budak-budak Rozy. Daripada pandangan mereka berdua, budak-budak Rozy tak ada tanda-tanda nak buat kecoh. Mereka sekadar melepak di situ.


Tak lama kemudian, Rita dan Sherry datang. Mereka berempat duk perhatikan budak-budak Rozy dari kejauhan.


Jenuh mereka menunggunya. Budak-budak Rozy releks jer sambil minum-minum kat kedai Pak Hamid tu. Tak ada tanda-tanda dia orang nak buat kecoh pun.


"Okay je dia orang tu." Kata Rita, bersahaja.


"Mungkin dia orang datang minum jer kut." Kata Sherry, pula.


Lisa dan Thia hanya mendengar sahaja. Mereka tak percaya yang budak-budak Rozy tu datang semata-mata nak minum jer. Banyak kedai lain kut. Apasal dia orang pilih kedai Pak Hamid pulak. Ini sangat mencurigakan.


"Daripada kita melangut dekat sini, lebih baik kita pergi melepak kat tempat lain. Kat sini panas derr... Tak ada angin pulak tu." Ajak Sherry, sambil memegang bahu Thia dan Lisa.


Thia dan Lisa merengus kecil.


"Aku pulak yang panas dengan kau ni. Eeeiiii..." marah Thia sambil mengetap bibir.


Telan air liur Sherry dibuatnya.


"Releks ah, beb. Tu pun nak marah." Balas Sherry sambil tergelak kecil.


Lisa dan Rita hanya mengelengkan kepala sahaja. Perhatian mereka kembali tertumpu ke arah budak-budak Rozy.


"Bad, lama lagi ke? Aku dah bosan, doh." Tanya Adib atau nama penuhnya, Adibah.


"Entahlah. Bos pun tak call-call lagi. Kita tunggulah." Jawab Bad atau nama penuhnya, Badariah.


Adib merengus kecil. Air teh ais limau nya di hirup dengan rakus. Bosan betullah.


"Adib, releks ah." Pujuk Fad, sambil menepuk bahu kawannya itu. Nama penuhnya, Fadilah.


Kringgg Kringgg... Kringgg Kringgg...

Telefon bimbit 3310 milik Bad berbunyi.


"Hah! Bos dah call tu. Jawablah, Bad." Suruh Ram atau nama penuhnya, Ramlah.


Bergegas Bad mengambil telefon bimbitnya yang berada di dalam kocek seluar jeansnya ni. Nama 'BOSS' tertera di skrin. Dengan pantasnya, dia menekan butang hijau lalu telefon 3310nya dilekapkan ke telinga.


"Hello, bos." Sapa Bad.


"Hello. Kau orang ada dekat mana?" Tanya Rozy, ingin tahu.


"Kami dah ada kat kedai Pak Hamid tu, bos. Macam mana?" Tanya Bad, pulak.


Adib, Fad dan Ram hanya sekadar mendengar sahaja. Mereka dah tak sabar nak mulakan operasinya ni. Lagipun, budak-budak Yana tak ada dekat sini. Mereka dengar cerita, budak-budak Yana dah lunyai kena hentam dengan si Botak and the geng. Tu pasal mereka tak nampak kelibat budak-budak Yana. Padan muka dia orang tu. Berlagak lagi. Kan dah mendapat... Hahaha


"Baik, bos." Jawab Fad lalu mematikan talian.


"Bos cakap apa?" Tanya Adib, Fad dan Ram serentak. Mereka dah tak sabar ni.


"Kasi habiskan..." jawab Bad sambil tersenyum sinis.


Mereka bertiga turut tersenyum sinis. Mereka sempat menghabiskan sisa minuman yang dipesan. Kemudian, dengan bersahaja mereka bertiga mencampakkan gelas tersebut ke lantai lalu bersepai pecahnya.


Beberapa orang pelanggan yang berada di situ agak terkejut. Mereka memandang budak-budak Rozy dengan riak wajah yang pelik manakala Pak Hamid bergegas menghampiri meja budak-budak Rozy.


"Kenapa ni, dik?" Tanya Pak Hamid yang masih terkejut.


"Tak ada apa-apa, pakcik. Kami sengaja pecahkan gelas tu." Jawab Adib sambil tergelak besar. Diikuti oleh Bad, Fad dan Ram.


"Mana boleh macam tu, dik. Adik dah pecahkan. Jadi, pakcik nak mintak ganti ruginya." Kata Pak Hamid, tegas.


Semakin galak mereka mentertawakan Pak Hamid.


"Tepilah orang tua..." suruh Bad sambil menolak orang tua itu hingga tersungkur jatuh.


Beberapa pelanggan yang ada di situ segera mendapatkan Pak Hamid. Mereka menolonginya manakala budak-budak Rozy segera mengucar-gacirkan kedai makan tersebut dengan mencampak segala benda yang ada di situ. Berterabur kedai itu jadinya. Tiada siapa yang berani menegur budak-budak Rozy ketika itu.


"Kurang ajar betullah dia orang tu. Memang nak kena ni." Lisa merengus kasar. Begitu juga dengan yang lain.


"Jom. Kita tak boleh biarkan mereka buat sewenang-wenangnya. Ini tempat kita." Ajak Thia.


Rita dan Sherry menganggukan kepala. Mereka pon turut merasa geramnya. Dengan orang tua pun mereka nak berkasar. Tak guna betullah.


Mereka berempat bergegas ke kedai makan Pak Hamid itu. Riak wajah mereka bengis sekali. Mereka memang tidak berpuas hati dengan budak-budak Rozy ni. Dahlah datang kedai orang, lepas tu berani buat kecoh pulak. Semaklah dengan dia orang ni. Huh!


Budak-budak Rozy menghumban kerusi meja yang ada di kedai tu. Pinggan dan gelas yang ada di atas meja pun habis dihumbannya. Berderai pecahnya manakala Pak Hamid hanya mampu melihat kekejaman tersebut tanpa berkata apa-apa. Hatinya sedih dan pilu melihat kedainya seakan tongkang pecah dikerjakan oleh mereka berempat.


Selepas mereka dah berpuas hati dengan kerja yang mereka lakukan, mereka ingin beredar pergi tetapi langkah mereka terhenti apabila mereka ternampak budak-budak Yana yang sudah pun menunggu mereka di luar kedai. Terbeliak biji mata mereka melihat budak-budak Yana yang cekeding tu.


Mereka harus berdepan dengan budak-budak Yana ni. Mereka berbalas pandangan. Riak wajah mereka semua nampak bengis sekali. Tiada senyuman yang terukir di bibir mereka.


Budak-budak Rozy tersangatlah yakin dapat menumpaskan budak-budak Yana ni disebabkan tubuh badannya yang jauh berbeza dengan mereka. Sekali tendang, mahu melayang jauh perginya. Hahaha


Yang pastinya, mereka memandang rendah terhadap budak-budak Yana. Belum kena belum tahu. Dah kena konpem mengaduh punyalah...


Walaupun budak-budak Yana ni berbadan kecil tapi semangat juang mereka tinggi. Selagi kemenangan belum jadi milik mereka, selagi itulah mereka akan lawan habis-habisan. Ini semua demi keselamatan orang ramai yang berada di tempat mereka.


Previous: BAB 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.